Anda di halaman 1dari 2

FRIDAY, OCTOBER 05, 2007

Mengenal Diri Dan Wali Allah

ini adalah salah satu koleksi buku kegemaran Mr. Moderator secara peribadi.
kiranya termasuk dalam 10 ranking buku terbaik yang pernah dibaca didalam
hidupnya setakat ini. buku ini walaupun nipis (buat apa tulis buku tebal-tebal
kalau sepatah haram pun pembaca tak faham apa yang ditulis) namun
penulisnya Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi Al-Ahmadi telah berjaya
mengupas persoalan dan tuduhan melampau puak ekstremis kepada
golongan sufi dan tarekat. selaku Sheikh Tarekat Ahmadiah, penulis dengan
begitu bersahaja tanpa tergocoh-gacah menangkis segala tuduhan dan fitnah
yang tidak berasas terhadap jemaah tarekat sufi...
buku ini berharga RM8.50 (sudah cukup murah!) dan diterbitkan oleh
Pustaka Aman Press sdn. bhd.
Buku ini memang sesuai bagi mereka yang baru ingin melibatkan diri dalam
jemaah tarekat sufi dan ingin mengenal diri dan mendekatkan diri kepada
Allah swt secara tulus ikhlas agar segala persoalan terlerai dengan
sendirinya...
POSTED BY MODERATOR INDIE AT FRIDAY, OCTOBER 05, 2007
LABELS: ULASA N B UKU

1 COMMENTS:
ibnu abdullah said...

Assalammualaikum..
Setahu saya Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi bukanlah sheikh
thariqat Ahmadiah, di akhir 90an dan awal 2000, di negeri Kelantan
terdapat 2 atau 3 pusat pengajian pondok yang mengamalkan Thariqat
Ahmadiah, 1. Kg Pek Machang oleh Allahyarham Pak Da Awang iaitu
anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal, 2. Di Bukit
Abal Pasir Puteh yang diKetuai oleh anak Allahyarham Tuan Guru Hj
Daud Bukit Abal, 3. Yang ketiga ini saya kurang jelas yang mana saya
pernah bertemu dengan seseorang pelajar pondok yang mengakui
beliau adalah murid kepada Ustaz Uthman El-Muhammadi yang juga
mengamalkan Thariqat Ahmadiah, dan dari apa yang saya ketahui
ketiga-tiga orang ini adalah satu perguruan mempelajari Tasawwuf dan
menerima Thariqat Ahmadiah dari Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal.
Allahyarham Tuan Guru Pak Da Awang dimasa beliau masih sihat dan
kuat memang mengajarkan kitab Mengenal Diri Dan Wali Allah kepada
anak-anak murid beliau di pondok Kg Pek Machang, dan sebelum
Allahyarham meninggal dunia, Mustapha Mohamed Al-Jiasi ada
mengunjungi beliau untuk beberapa kali dan berbai'ah kepada
Allahyarham Tuan Guru Pak Da Awang.
Sekiranya adalah salah dan silap berkenaan fakta saya ini, harapnya
sesiapa yg lebih mengetahui dapat memperbetulkan kesilapan saya..
Terima Kasih
T H U SE P 0 4, 0 7 :39: 0 0 A M 2 0 0 8