Anda di halaman 1dari 7

Teks pengacaraan Hari Kanak-kanak

.. ..
(Nash)
Dan salam sejahtera.
Yang berusaha, Tn Hj Md Isa b. Budin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tg.
Minyak,
Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan,
Puan Rohaya bt Abdul Hamid, GuruPenolong Kanan Pentadbiran,
Puan Jamilah bt Ishak, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Hajjah Zabedah bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
En. Mazlan b. Mohd Sabran, Guru penolong Kanan Pend. Khas,
Pn Hajjah Rozizah bt Md Dom, Guru Cemerlang,
Ketua-ketua Panitia,
Rakan-rakan guru,
Yang Berbahagia, Mej. Munajat b. Mokhtar (B) , YDP PIBG dan bariasan ahli-ahli
jawatankuasa,
Seterusnya,
Yang dikasihi, anak-anak didik sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Allah SWT, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dipertemukan lagi pada pagi ini.

( nad )
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput AlFadhil, Ust.
Syahrizal b. Abdullah untuk memimpin bacaan doa pada pagi ini.
Dipersilakan.......

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada AlFadhil Ust.
Syahrizal b. Abdullah dengan bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Tuan Hj Md Isa b. Budin, Guru besar
SK Tg Minyak, untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Md Isa b. Budin. Dengan ucapan itu tadi.

( Nash )
Hadirin sekalian,
Pada 1 November yang lalu, kita telah mendapat khabar gembira. Pn Rohaya bt Abd
Hamid telah dinaikkan pangkat sebagai GB di SK Telok Mas. Syukur ke hadrat Allah
SWT, Warga SK Tg Minyak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan.
Majlis, dengan ini berbesar hati menjemput dan mempersilakan Pn Rohaya bt Abdul
Hamid, Mantan GPK 1 SKTM untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan#.........

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Puan kami ingati,
Jadi azimat dalam ingat

( NAD )
Seterusnya, majlis menjemput mempersilakan murid-murid dari Prasekolah SK Tg
Minyak, untuk membuat persembahan. Dipersilakan........

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.


Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah membuat persembahan. Semoga
sidang hadirin terhibur........

( NASH )
Hadiri sekelian, pihak sekolah amat berbesar hati dengan sumbangan dan kejayaan
yang telah dilakar oleh murid-murid sekolah ini.
Dengan itu, majlis diteruskan lagi dengan anugerah Ikon Murid. Calon-calon diminta
bersedia,
Bagi menyempurnakan majlis anugerah ini, majlis dengan ini menjemput dan
mempersilakan Tn Hj Md Isa b. Budin, GB SKTM, mengiringi Mej. Munajat b. Moktar
untuk menyampaikan anugerah-anugerah tersebut, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Bagi kategori murid Pendidikan Khas, Ikon Murid lelaki disandang oleh
...........................................................................,

Ikon murid perempuan pula adalah milik ___________________________________

Prasekolah

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, Mej. Munajat b. Moktar (B)
dengan penyampaian angerah itu tadi.

( NAD )
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan __________________________,
diringi oleh Tn Guru Besar, Tn Hj Md Isa b. Budin untuk menyampaikan sumbangan
dan cenderamata kepada anak-anak yatim.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Dijemput adik ;
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ____________________________
dengan penyampaian sumbangan itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput Pn Rohaya bt Abdul Hamid dengan diiringi oleh Pn


Jamilah bt ishak untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang kurang
berkemampuan.

Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.

( Nash )
Mailis pada pagi ini diteruskan lagi dengan pertunjukan silap mata yang akan di
persembahkan oleh

ACARA SUKANEKA.
( Nad ) perhatian kepada semua guru dan murid, acara sukaneka akan dijalankan
sebentar lagi. Mohon kerjasama dari guru-guru menyediakan peserta sukaneka.

Acara pertama adalah acara kutip gula-gula untuk murid prasekolah. Dijemput
kepada penguru peserta prasekolah untuk menyediakan murid di dataran
perhimpunan.

Acara sukaneka diteruskan lagi dengan acara untuk murid-murid tahun 1.


i. Tahun 1 bawa bola pingpong dalam sudu dengan sebelah
tangan.
ii. Tahun 2 bawang air dalam gelas di atas dulang.
iii. Tahun 3 ____________________________________
( NASH )
iv. Tahun 4 - ____________________________________
v. Tahun 5 - ____________________________________
vi. Tahun 6 - ____________________________________

( NAD )

Majlis diteruskan lagi dengan acara Penyampaian piala pusingan bagi Johan
Keseluruhan.
Johan Keseluruhan bagi acara sukaneka sempena Hari Kanak-kanak jatuh kepada
Rumah _______________________

( NASH )

Hadirin sekalian, tibalah saat yang ditunggu oleh semua orang.


Cabutan Nombor Bertuah.
Mohon semua hadirin merujuk kepada nombor cabutan masing-masing.
Nombor bertuah yang pertama :
1.
2
3
4
5
6
7
8
9
10.

( NAD )

Burung kelicap makan padi,


Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan
jamuan di kantin.

b. Jamuan makan.
c. Minta guru kelas uruskan pemberian aiskrim kepada murid-murid kelas

Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai