membaca
mesti
dapat
menghasilkan
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang
sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan
bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku
kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga
galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.
Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada
peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik.
Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula
menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring
boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalansoalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina
kemahiran memahami.
Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan
seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan
kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat
dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak
dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber
dan juga internet.
Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap
suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati
dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan
pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan
sebagainya.
Pemulihan Bacaan
1. Menguji Kemahiran Membaca
Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting
dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan
dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya
seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan
kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan.
Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji
kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian
diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukarankesukaran khusus bacaan murid.
Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat
mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid
dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang
aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah
dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah
membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam
pelajaran secara keseluruhan.
Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya
maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan
murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai
semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru
menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik
mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.
2. Ujian Bacaan Nyaring
Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan
guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring
merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran
secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian
lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran
dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian
bacaan:
A. Peringkat huruf (abjad)
Huruf kecil (a-z)
- mengenal bentuk huruf
- mengenal nama huruf
- mengenal bunyi huruf
Huruf besar (A-Z)
- mengenal bentuk huruf
- mengenal nama huruf
- mengenal bunyi huruf
- memadan huruf besar-huruf kecil
Diskriminasi penglihatan
- huruf-huruf yang berdekatan bentuk
- huruf besar dalam perkataan
kata
yang
Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan
Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan
D. Peringkat Frasa
Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.
E. Peringkat Ayat
Membaca ayat-ayat pendek
membaca ayat-ayat panjang
Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji
melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara
Kesimpulan
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak
kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan
mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru
memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran
membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan
baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan
bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.
P O S T E D B Y C I K G U G R I F F E N AT 1 2
tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat
pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan
yang efektif.
Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak
didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem
nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung
kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang
kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap
perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep
melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih
berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah
mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.Pada
pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak berkembang
dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih
dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan
perkembangan potensi pada anak. Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang
anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan
perkembangan potensi membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu,
menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan
teman sebaya.
individu hidup dan alat-alat itu berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan
pada anak-anak oleh anggota-anggota kebudayaan yang lebih tua selama
pengalaman pembelajaran yang dipandu. Pengalaman dengan orang lain
secara berangsur menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran
batin anak tentang dunia. Karena itulah berpikir setiap anak dengan cara yang
sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya.
Menurut
vygotsky
(1962),
keterampilan-keterampilan
dalam
keberfungsian mental berkembang melalui interaksi sosial langsung. Informasi
tentang alat-alat, keterampilan-keterampilan dan hubungan-hubungan
interpersonal kognitif dipancarkan melalui interaksi langsung dengan manusia.
Melalui pengorganisasian pengalaman-pengalaman interaksi sosial yang
berada di dalam suatu latar belakang kebudayaan ini, perkembangan mental
anak-anak menjadi matang.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa
konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan
jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak
akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan
orang lain.
Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak berkembang
dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang,
tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membedakan antara aktual
development dan potensial development pada anak. Actual development
ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan
orang dewasa atau guru. Sedangkan potensial development membedakan
apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, memecahkan masalah di
bawah petunjuk orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.
1. Konsep Zona Perkembangan Proksimal (ZPD)
Zona Perkembangan Proksimal adalah istilah Vygotsky untuk rangkaian
tugas yang terlalu sulit dikuasai anak seorang diri tetapi dapat diipelajari
dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau anak-anak yang
terlatih. Menurut teori Vygotsky, Zona Perkembangan Proksimal merupakan
celah antara actual development dan potensial development, dimana antara
apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa
dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang
dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Batas bawah dari ZPD adalah
tingkat keahlian yang dimiliki anak yang bekerja secara mandiri. Batas atas
adalah tingkat tanggung jawab tambahan yang dapat diterima oleh anak
(3) Gagasan tentang kelompok kerja kreatif ini diperluas menjadi pengajaran
pribadi oleh teman sebaya (peer tutoring), yaitu seorang anak mengajari anak
lainnya yang agak tertinggal dalam pelajaran. Satu anak bisa lebih efektif
membimbing anak lainnya melewati ZPD karena mereka sendiri baru saja
melewati tahap itu sehingga bisa dengan mudah melihat kesulitan-kesulitan
yang dihadapi anak lain dan menyediakan scaffolding yang sesuai.
Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar
seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian.
Anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan,
berfikir dan menyelesaikan masalah. Fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini
dianggap sebagai alat kebudayaan tempat individu hidup dan alat-alat itu
berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan pada anak-anak oleh anggotaanggota kebudayaan yang lebih tua selama pengalaman pembelajaran yang
dipandu. Pengalaman dengan orang lain secara berangsur menjadi semakin
mendalam dan membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Karena itulah
berpikir setiap anak dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam
kebudayaannya. Menurut vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam
memfungsikan mental anak berkembang melalui interaksi sosial langsung.
Dalam teorinya, Vygotsky lebih banyak menekankan bahasa dalam
perkembangan kognitif daripada Piaget. Bagi Piaget, bahasa baru tampil
ketika anak sudah mencapai tahap perkembangan yang cukup maju.
Pengalaman berbahasa anak tergantung pada tahap perkembangan kognitif
saat itu. Namun, bagi Vygotsky, bahasa berkembang dari interaksi sosial
dengan orang lain. Awalnya, satu-satunya fungsi bahasa adalah komunikasi.
Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi selanjutnya anak
mendalami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk
membantu memecahkan masalah.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa
konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan
jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak
akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan
orang lain. Vygotsky mengemukakan bahwa fungsi-fungsi kognitif anak-anak
belum benar-benar matang, tetapi masih dalam proses pematangan.
Sehingga secara tidak langsung anak membutuhkan orang lain untuk
mematangkan dan mengembangkan pola pikirnya.
PENGENALAN
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi
walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam
pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas
semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan
menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .
Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan
seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera.
Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru
untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan
oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca
masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa
Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu
sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid.
OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,
2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,
3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca
MASALAH MEMBACA
Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal
membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk
memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran
telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau
KIA2M.
buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap
ditinggalkan semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut
mengandung dan sebagainya.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang
disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan
perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;
Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan
rojak.
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku
apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca
sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
g) Salah sebutan
Latihan:
Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah
atau kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.
Latihan:
Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi.
Berikan contoh untuk menjelaskan jawapan anda.
Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara
khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca
masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :
i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
Faktor Fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal
seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan
bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang
serius, dll).
Faktor Kognitif dan Bahasa
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan
menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah
tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi
kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan
bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik
dan sintaksis.
Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan
Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang
memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanakkanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal
atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan
membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas
emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung
seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada
galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam
pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak
menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian
terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita
pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca
dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan
berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi
pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting
adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas
bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka
menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu
mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya
Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya
bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana
penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah
berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan
dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu
yang terbentuk melalui gabungan suku kata.
Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar
mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak
mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali
huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-
bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini
digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa
Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga
membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum
dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.
Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.
Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri
daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu
dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan
perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan
sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai
contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut
sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih
dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat
diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
Kaedah VAK
Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan
(kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut
perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal
Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.
Kaedah Fernald
Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah
ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran
berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk
pengajaran secara individu.
Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:
i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang
diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.
Peringkat 1:
- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar
Peringkat 4:
- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya
dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan
yang sudah dipelajari.
- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan
minat membaca.
Kaedah Gillingham
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN
Langkah-langkah pengajaran;
Langkah 1:
- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya
- Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?
Langkah 2:
- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan
strategi ejaan lisan
Langkah 3:
- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf
itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.
Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun hurufhuruf menjadi perkataan.
Latihan:
Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.
6.7 Kesimpulan
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru
hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak
mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak
yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak
berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan.
Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru
hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu.
Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau
mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh
mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.
Rumusan
1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui
aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat
Kata Kunci
Kinestetik
Surih
Pelbagai deria
Kognitif
Aphasia
Rujukan
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties:
Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.
Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:
Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
Posted by Dr.Mohd Anuar at 12:01 PTG
murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat-ayat yang
mengandungi suku kata kv+ kvk.
4. 3 Mereka juga kurang minat dalam masalah pembelajaran.Latihan yang
diberikan dalam kelas tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana masalah membaca
yang dihadapi oleh mereka. Melalui pemerhatian yang telah dibuat menunujukkan punca
murid ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti murid-murid lain
disebabkan oleh tahap kognitif mereka lemah berbanding murid-murid-murid lain. Selain
itu murid-murid ini tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah dan dibawah
paras kemiskinan. Mereka ini kurang bimbingan kerana tiada siapa yang dapat member
sokongan semasa mereka berada di rumah. Proses pembelajaran mereka terhad dan
hanya berlaku di sekolah sahaja. Faktor lain, mereka kurang tumpuan dan hilang minat
untuk belajar dan hanya mementingkan bermain sahaja. Sukatan Pelajaran yang diajar
dikelas biasa agak tinggi dan tidak sesuai dengan aras pemikiran mereka. Beberapa ujian
saringan telah dibuat untuk mengenalpasti dimana kelemahan murid-murid ini.Antara
ujian tersebut ialah ujian pra mengenal huruf dan membaca perkataan mudah beserta
gambar. Kebiasaannya murid pemulihan ini tidak melepasi ujian dan tersekat sekat dalam
membaca walaupun perkataan tersebut mudah. Kajian ini lebih memfokuskan kepada
peningkatan kemahiran membaca dengan memberi penekanan dalam mengenal huruf
memadamkan dengan gambar dan menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan
satu kaedah yang dikira berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad
kata. Namun banyak kekangan yang terpaksa di hadapi oleh guru dalam masalah ini
kerana kebanyakkan murid ini mempunyai keluarga yang tidak mementingkan pelajaran.
Tahap kesedaran yang rendah di kalangan ibubapa dan mereka mudah selesa dengan
apa yang ada. Disebabkan golongan ini berpendapatan rendah maka mereka tidak
mampu untuk membeli bahan bacaan dan mengharapkan pelajaran di sekolah sahaja.
1.1Latar belakang program
5. 4 Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca
dengan memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan
menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan
iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata 1.1.1 tempat kajian : sk sultan
ismail 1.1.2 tempoh kajian : 3 minggu 1.1.3 kumpulan sesaran : Murid tahap 1 1.1.4
bilangan kumpulan sesaran : 35 orang ( 1 kelas) 1.2Tujuan dan objektif program 1.2.1
tujuan program Menghasilkan modul pembelajaran berasaskan permasalahan membaca
di kalangan murid.Dan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca berasaskan
pengunaaan kad bergambar dan suku kata. 1.2.2 Objektif program Kajian ini dijalankan
bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah pandang dan sebut dalam membantu
murid tahap satu kelas pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca dengan cepat
tanpa mengalami keciciran berulang dan mencapai kejayaan kearah sifar buta huruf 2020
nanti. Antara objektif yang hendak dicapai iaitu: 1.2.2.1 Mengkaji keberkesanan kaedah
pandang dan sebut untuk digunakan kepada murid-murid pemulihan dalam menguasai
kemahiran membaca. 1.2.2.2 Memastikan kaedah pandang dan sebut dapat menarik
minat murid-murid membaca dan meransang perkembangan kognitif mereka supaya
dapat menguasai kemahiran membaca. .1.2.2.3 Mengenapasti kaaedah dan teknik yang
digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap
kognitif murid-murid.
6. 5 1.3Signifikan kajian Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini
akan dapat diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
pemulihan dan dapat member manfaat kepada semua murid supaya dapat menguasai
kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Program cepat membaca ini diharapkan
akan dapat membendung masalah keciciran murid dalam menguasai kemahiran
membaca di kalangan murid-murid sekolah Rendah. Selain itu kajian ini dapat member
manfaat kepada guru Bahasa Melayu mengenalpasti kelemahan murid dan menangani
sifar buta huruf menjelang 2020 di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Program
pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat memberi dorongan atau motivasi
kepada guru untuk mengajar murid-murid tanpa rasa jemu dan dapat memupuk minat
membaca supaya bacaan mereka lebih lancar berbanding menggunakan kaedah lain. Di
samping itu, guru pemulihan dapat menyumbang idea yang kreatif kearah mendidik anak
bangsa 1.4Jawatan kuasa program Tajuk : JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN
2M Penasihat: : TUAN GURU BESAR SK SULTAN ISMAIL 1 Pengerusi : GPK 1
Penyelaras Program : Pn Noor laily Bt Mustapha Setiausaha : En Radnan Ibrahim
Jawatan Kuasa Kerja 1. Latihan Dan Pengayaan
7. 6 En Mazri bin Ibrahim( Guru BM tahun 1) En Abdullah Awang ( Guru Linus
tahap 1) 2. Penilaian Pentaksiran Pn Shalkis Samihah Bt Ismail Pn Azzizah Joned Cik
maznah Hamid 3. Bimbingan Dan Bantuan Pn Rohaizat bt Jamaluddin En Azam
Derahman En Zainuddin Salleh 4. Bahan Bantu Mengajar Dan Sokongan Encik Ahmad
Murdani B Yusuf BAB 2
8. 7 LITERATURE Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di
dalam Islam.Bahkan wahyu pertama didalam Islam ialah iqra yang bererti bacalah. Di
dunia moden kini,kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi sesuatu yang
keperluan. Tanpa kemahiran membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan
maju dalam kehidupan. John Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 )
telah mendefinisikan membaca sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.
Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar Membaca : Teori dan
Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran ( 2004:159 ), telah mendefinisikan membaca
sebagai proses mengecam,membuat interpretasi,membuat persepsi keatas bahan
bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses penguasaan terhadap konseo
huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd Sharani Ahmad dan Zainal
Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang bidang membaca memberikan makna
membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah susunan ayat. Secara
ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-lambang kedalam
bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu mudah diberikan,kita
terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta huruf yang agak
tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak
kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca namun ada
sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang terlalu
muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu. Umur
yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.Perlu
keberkesan kajian ini. i) Sasaran Kajian Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang
terdiri daripada pelajar kelas Satu yang terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 14 orang
perempuan dan 16 orang pelajar lelaki. ii) Instrumen Kajian
14. 13 Kajian ini akan melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di
bawah : Pemerhatian- Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap
penguasaan pelajar terhadap penggunaan perbendaraan kata Bahasa Melayu di
kalangan pelajar Melayu. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan
serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan
soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam
kelas. Ujian Pencapaian- Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut
beberapa patah perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta
berkomunikasi di dalam kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian
tahap penguasaan pelajar-pelajar tersebut. iii) Metod Analisis Analisis data akan
dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan kajian yang akan diambil.
Manakala satu solan berbentuk karangan ringkas akan dijawab oleh pelajar. Semua
soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan- soalan berkaitan tatabahasa dan
pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji
sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan pembendaharaan kata dalam membina
ayat mudah. bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula
dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka
pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata
manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana
kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan
pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum
15. 14 ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata
pelajaran perlu diperolehi.Ketiga aktiviti akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana
jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di
sekolah ini. Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh
dianalisis melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu
berinteraksi dalam kumpulan menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang
betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil.Selain itu pemerhatian ini juga
dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka
membuat respon terhadap pengajaran guru.
16. 15 BAB 4 MODUL LATIHAN 4.1modul 1 Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan
sebutan yang betul Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih.
Tarikh : 17 Januari 2013, 7 Mac 2013, & 4 April 2013 Tempoh : 30 minit Langkah- langkah
: a) Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar. b) Pelajar diminta menyebut
suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang oleh pengkaji dan mengulang
sebutan yang diajar. c) Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan
rakan- rakan kelas sekurang-kurangnya 10 kali. d) Oleh itu, mereka dapat menyebut suku
kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali secara berulang-ulang.
terbuka dengan sebutan yang betul FOKUS SAMPINGAN SK : 3.2 : Menulis secara
mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas SP : 3.2.2 : Menulis
suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. OBJEKTIF Pada akhir
pengajaran murid dapat: i. Mengeja suku kata terbuka dengan betul ii. Membatangkan
suku kata terbuka dengan betul. iii. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul
dan tulisan yang kemas.
24. 23 PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pendidikan Moral ii. KBT: KB
mencirikan KP Verbal Linguistik BCB Bacaan Intensif SISTEM BAHASA : Tatabahasa:
kata nama BBM : Buku Teks, Buku Aktiviti, Bahan Grafik, Laptop NILAI : Kasih Sayang,
Hormat Menghormati STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Set Induksi; 1. Guru memperdengarkan lagu IBU
Lirik Lagu IBU Ibu.ibu.. Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan
selalu Ibu.ibu Engkaulah ratu hatiku. - KBT Kecerdasan pelbagai - Muzik Lembaran
Kerja Lirik Lagu Ibu BBB : Laptop, LCD Versi/Melodi : P. Ramlee Langkah 1 1. Guru
mengedarkan lirik lagu kepada murid 2. Guru membaca lirik lagu mengikut sebutan dan
intonasi yang betul. KBT KP Verbal Linguistik Lirik lagu
25. 24 3. Guru mengeja dan membatangkan suku kata terbuka yang terdapat
dalam lirik lagu dan diikuti oleh murid. Langkah 2 1. Murid diminta mengeja suku kata
terbuka yang terdapat lagu Contoh: ibu, bila, ratu 2. Murid diminta mengeja suku kata
terbuka yang terdapat dalam buku teks sambil dipantau oleh guru. Contoh: bi, bu, la, ra,
tu, la, ti KBT KP- Verbal Linguistik Lirik lagu Langkah 3 1. Murid diminta membatangkan
suku kata berdasarkan kata nama yang diberi dengan menggunakan sebutan yang betul.
Contoh: gula cili baju pagi muka dadu 2. Murid membatang suku kata berdasarkan kata
nama yang terdapat dalam buku teks. Contoh: Gu la Ba ju KBT KB- Mencirikan Buku teks
m/s 13 Langkah 4 1. Murid diminta menulis suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik
lagu dengan betul dan kemas. KBT BCB bacaan intensif Buku aktiviti (jilid 1) M/s : 13
26. 25 2. Murid diminta mengeja semula suku kata yang telah ditulis dengan betul
sebagai latih tubi. Pentaksiran Terdapat 10 daripada 25 orang murid yang masih lemah
dalam mengeja dan membatangkan suku kata terbuka berdasarkan perkataan yang
diberikan oleh guru. Pemulihan 1. Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi
suku kata terbuka sebagai latih tubi kepada murid. Pengayaan 1. Murid membaca kata
nama yang mengandungi suku kata terbuka secara mekanis. Buku teks Refleksi
Sebahagian murid tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata terbuka. Objektif
pada hari ini tidak tercapai.
27. 26 Bibliografi Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, (1989),
Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung
Malim: Quantum Books. Azman Wan Chik (1979).Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1:
Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh
Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa
Melayu. Tanjung Malim:UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu:
Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca
Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971).
Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited Norjiah Bt.
Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Kementerian
Pendidikan Malaysia Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New
York: ProfessionalBooks.