Anda di halaman 1dari 2

FUNGSI LUKISAN

1. Mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi lukisan


Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual
selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik titik lorekan dan gurisan digunakan untuk
merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga
boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan,
cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga
dikenali sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan
karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi
nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis
merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita
samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had
masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya
memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk
menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai
minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya
menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis
objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan
lukisannya.
2. Berkomunikasi

Alat untuk berkomunikasi.


Melalui lukisan orang ramai dapat memahami

maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis.


Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara
berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua
masyarakat di dunia.

3. Luahan idea dan emosi


Luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea danemosi ini diterjemahkan dalam bentuk
visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat memberi kepuasan dalam meluahkan apa
yang dilihat dandialami dalam bentuk visual
4. Bentuk dam makna

Lukisan yang mempunyai makna mengenaisesuatu yang boleh diterima oleh

masyarakat
Sebagai contoh : lambang bintang dan bulansebagai simbol agama islam. Bintang

berbuculima menandakan Rukun Islam terdapat 5perkara.


Lambang wau bulan yang mempunyai maksudSistem Penerbangan Malaysia ( MAS )
Wau digunakan kerana cirinya yang bolehterbang di udara

5. Ilustrasi

Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan


Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci
Menyampaikan kritikan atau penerangan,bahan atau subjek dengan lebih jelas
Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa
bersejarah.

6. Dokumentasi budaya dan sejarah

Melalui lukisan orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat.


Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang
pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas

permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi sejarah


Melalui lukisan ini kita dapat tahu budaya sesuatu kaum

Anda mungkin juga menyukai