Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Zoom out
www.zolace.com
Kandungan
05
08
Table of Contents
12
15
18
22
25
28
31
Cara Ringkas Menggayakan Tudung Bawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!
34
37
40
44
47
52
55
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Kandungan
58
61
65
70
72
75
78
81
84
88
91
95
98
100
104
107
Share E-book
Table of Contents
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Company Introduction
Company Introduction
Follow us on Facebook:
www.facebook.com/zolacemalaysia
Follow us on Twitter:
www.twitter.com/zolacemalaysia
Follow us on Instagram:
www.instagram.com/zolacemalaysia
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Anda kesuntukan masa untuk bersiap? Lewat ke pejabat mahupun kuliah kerana terlewat bangun? Jika anda pernah
mengalami situasi ini, anda pasti pernah terdetik untuk bersiap ala kadar sahaja kerana ingin mengejar masa. Malah
bagi kaum wanita, mereka berasa runsing kerana banyak masa yang terbuang apabila memakai tudung. Maka, ramailah yang hanya mengenakan pakaian dan tudung yang senang dipakai akibat kesuntukan masa. Namun, penampilan yang terhasil kadang-kadang kelihatan membosankan, tidak kemas dan kurang menarik. Hal ini kadang-kadang
akan membawa kepada rasa kurang keyakinan diri dan ketiadaan semangat untuk bekerja pada hari tersebut.
Lihat juga: Cara Ringkas Menggayakan Tudung Bawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!
Tutorial tudung pada kali ini akan menunjukkan kepada anda cara memakai tudung bawal yang ringkas namun masih
menarik dan bergaya. Gaya ini sudah semestinya amat sesuai untuk dipraktikkan apabila anda mempunyai masa yang
singkat untuk bersiap akibat situasi seperti yang dinyatakan di atas. Ayuh, jangan membuang masa lagi, mari kita lihat
tutorial memakai tudung bawal yang mudah dan ringkas ini.
Antara perkara yang diperlukan:
1. Tudung bawal (kosong atau bercorak)
2. Anak tudung
3. Pin kerongsang
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Mulakan dengan langkah asas dalam memakai tudung bawal. Lipatkan tudung menjadi segi tiga dan kemudian letakkan tudung di atas
kepala. Sebelum pin kerongsang disematkan, pastikan panjang keduadua bahagian tudung di sebelah kanan dan kiri adalah sama.
Simpulkan tudung dengan kemas seperti di dalam gambar. Pada langkah ini juga anda boleh menetapkan jarak reben mengikut kehendak
masing-masing.
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tadaaa! Inilah hasil akhir penggayaan tudung bawal ini. Sangat mudah dan ringkas bukan? Cubalah sendiri.
DONE
Gaya tudung ini adalah sangat mudah dan boleh anda gayakan di mana-mana jua pada bila-bila masa. Oleh sebab
gaya yang amat ringkas dan pantas ini, ia sangat ideal untuk mereka yang mempunyai masa yang singkat untuk
bersiap. Lambat ke kelas, ke pejabat, ataupun bertemu janji dengan pasangan mahupun teman-teman, hanya ikuti
langkah tutorial yang mudah ini untuk tampil menarik dan berasa yakin dan juga ceria sepanjang masa!
Mungkin sesetengah fesyenista Muslimah berasa kurang tertarik dengan gaya ini kerana ia sangat pendek dan tidak
menutupi dada seperti yang dianjurkan oleh syariat. Usah risau, sekiranya anda berminat dengan gaya ini namun masih mahu menutup aurat dengan sempurna, gunakan tudung bersaiz besar. Ia pasti menyelesaikan masalah tersebut.
Sekiranya anda juga teringin mengenakan aksesori, tambahkan penggunaan rantai untuk menghasilkan penampilan
akhir yang lebih elegan dan menawan.
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tudung bawal ataupun segi empat boleh digayakan dengan pelbagai jenis fesyen pada hari ini. Ia tidak lagi tertumpu
kepada gaya biasa seperti sebelum ini. Oleh itu, jika anda seorang pencinta tudung bawal atau segi empat dan ingin
mengubah fesyen anda yang membosankan, mari cuba tutorial ini. Ia mudah dan hasilnya juga menarik dan berjaya
menjadikan pemakainya kelihatan anggun dan bergaya. Mari lihat bersama-sama langkah-langkah mudah tutorial ini!
Lihat juga: Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Pakai anak tudung atau inner neck dengan kemas. Kemudian letakkan
tudung di atas kepala dan bahagikan bahagian tudung dengan sama
panjang. Setelah itu, sematkan kerongsang di bawah dagu.
Untuk langkah ini pula, ambil bahagian hujung tudung sebelah kiri
di belakang tadi dan tarik ke sebelah kanan seperti di dalam gambar.
Pastikan lilitan tudung tadi kemas dan bebas dari sebarang lipatan
dan kedutan agar hasilnya tampak cantik. Sesudah itu, sematkan
jarum peniti dengan berhati-hati.
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Lakukan seperti di langkah keempat tadi namun, bawa sikit ke hadapan. Pegang bahagian tengah tudung dan bawa selebihnya ke bahagian sebelah kiri atas kepala anda. Pastikan anda melipatnya dengan
kemas dan sematkan jarum peniti di hujung tudung tadi.
10
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
DONE
Perkembangan fesyen dan kebijakan para fesyenista Muslimah pada hari ini sememangnya telah terbukti dengan
beribu-ribu idea dan ciptaan fesyen bertudung yang boleh di dapati secara online. Ke mana-mana sahaja anda pergi, pasti terdapat ramai wanita dan gadis di luar sana yang tampil dengan pelbagai jenis dan fesyen tudung terkini
dan menarik. Gaya ini juga salah satu daripadanya. Anda boleh pergi ke mana-mana aktiviti dan acara dengan gaya
yang versatil dan anggun in sama ada untuk gaya kasual, ke pejabat mahupun menghadiri acara-acara istimewa.
Serlahkan lagi gaya ini dengan penggunaan aksesori tambahan seperti rantai, kerongsang dan juga peniti yang
menarik.
Berikut disediakan beberapa cadangan pakaian dan penampilan akhir yang boleh anda padankan dengan gaya
tudung ini. Jom lihat bersama-sama. Bagaimana? Semuanya menarik bukan?
Share E-book
11
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tidak semua manusia dilahirkan dengan penglihatan yang sempurna. Hal ini kadang-kadang menjadi satu masalah kepada wanita di luar sana untuk tampil bergaya dengan tudung ataupun fesyen hijab mereka. Memakai kaca
mata kadang-kadang menjadi bentuk muka kelihatan tidak menarik dengan sesetengah tudung sebagai contoh,
tudung menjadi kembang kerana pemakaian kaca mata.
Lihat juga: 6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata
Namun, pelbagai fesyen hijab dan beribu penggayaan hijab pada hari ini terbukti menjadi satu penyelesaian kepada si gadis dan wanita berkaca mata. Tutorial pada kali ini akan menunjukkan kepada anda satu cara berhijab yang
amat bersesuaian kepada fesyenista Muslimah yang berkaca mata. Ia amat mudah dan hanya mengambil masa
yang singkat untuk digayakan. Tanpa membuang masa, mari kita lihat tutorial ringkas ini!
12
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Pakai inner neck yang bersesuaian atau berpadanan dengan selendang anda. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan kepada
dua bahagian iaitu, bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada
pilihan masing-masing untuk menetapkan panjang dan pendek tersebut pada sebelah kiri atau kanan.
Share E-book
13
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tadaaa! Fesyen selendang mudah ini telah pun siap digayakan. Bolehlah anda memakai kaca mata tanpa rasa merosakkan bentuk selendang di bahagian wajah. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah.
Gaya selendang ini boleh anda pakai di mana-mana pada bila-bila masa.
Bersiar-siar bersama teman, pergi ke pejabat, menghadiri kuliah mahupun
bertandang ke majlis-majlis istimewa. Gaya yang versatil ini juga boleh
diperindah dan diserlahkan lagi dengan pemakaian aksesori seperti anting-anting dan juga rantai. Ini amat bersesuaian apabila anda menjadi
tetamu jemputan pada mana-mana majlis istimewa. Kini, kaca mata tidak
menjadi penghalang kepada fesyenista di luar sana untuk tampil menawan
dan elegan.
DONE
14
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Rasanya semua wanita berhijab di seluruh dunia perlu berterima kasih kepada pencetus idea hijab menggunakan
selendang. Ini kerana saiz selendang yang panjang membolehkan pelbagai jenis gaya menarik dan kreatif digayakan oleh semua Muslimah di luar sana.
Lihat juga: Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan
Tutorial pada kali ini akan menunjukkan anda tutorial mudah untuk menghasilkan efek lipatan yang pastinya
menambah kelainan yang menarik kepada pemakainya. Jom lihat bersama-sama tutorial mudah dan mengambil
masa yang singkat ini.
Share E-book
15
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Pakai inner neck atau anak tudung anda dengan kemas. Letakkan
selendang di atas kepala dan bahagikan selendang kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda
menentukan sebelah mana yang pendek dan panjang.
Sebelum anda sematkan kerongsang di bawah dagu, betulkan bahagian selendang di bahagian wajah untuk keselesaan anda.
Kemudian, lebihan selendang tadi pula anda bawa pula ke arah bertentangan. Sebelum itu, tentukan berapa banyak lebihan selendang
yang anda ingin bawa ke bahagian sebelah kepala anda. Pastikan lebihan selendang tadi cukup-cukup sehingga ke sisi kepala anda.
16
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Setelah berasa puas hati dengan efek lipatan yang terbentuk di atas
kepala anda, sematkan jarum peniti dengan kemas di kedua-dua bahagian sisi kepala anda tadi.
DONE
Gaya ini sangat mudah dan mengambil masa yang singkat. Anda boleh
menggayakannya di mana-mana jua pada bila-bila masa. Anda boleh membayangkan anda keluar bertemu rakan-rakan, bersiar-siar di taman ataupun
bertandang ke majlis-majlis istimewa dengan gaya selendang ini. Tambahkan juga penggunaan aksesori seperti rantai, kerongsang di kedua-dua
bahu kiri dan kanan, dan peniti yang unik dan menarik untuk menghebatkan
lagi gaya ini. Mudah, cepat dan hasil yang menawan. Apa lagi yang diperlukan bukan?
Gaya tudung ini boleh anda padankan dengan pilihan-pilihan pakaian dan
aksesori seperti di dalam gambar-gambar berikut. Tidak kira fesyen apa yang
ingin diketengahkan, kasual, ke pejabat mahupun menghadiri majlis-majlis
istimewa, gaya selendang ini sangat bersesuaian dan boleh menarik ramai
mata-mata memandang kerana keunikan gaya anda yang tersendiri.
Share E-book
17
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Walaupun pelbagai fesyen tudung mahupun hijab yang boleh ditemui sekarang, populariti tudung bawal atau tudung segi empat ini masih lagi kekal sehingga kini. Malah, ramai fesyenista Muslimah yang mencintai tudung klasik
ini telah memberikan idea yang sangat kreatif dalam menggayakan tudung bawal seperti memakai selendang.
Lihat juga: Tampil Anggun Dan Ranggi Di Majlis Istimewa Dengan Tudung Bawal
Sekiranya anda beralih dan bertukar menjadi seorang pencinta selendang daripada seorang pemakai tudung bawal,
jangan buang koleksi tudung tersebut kerana ia juga boleh digayakan seperti memakai selendang. Tutorial pada kali
ini akan menunjukkan kepada para Muslimah di luar sana cara lain menggayakan tudung bawal seperti selendang.
Ia bukan sahaja mudah, malah mengambil masa yang ringkas dan hasilnya juga amat menakjubkan! Tidak perlu
membuang masa lagi, mari kita lihat cara-caranya.
18
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Letakkan tudung bawal atas kepala dan mulakan dengan langkah asas
memakai selendang iaitu membahagikannya kepada bahagian yang
panjang dan pendek. Terpulang kepada anda untuk menentukannya
sama ada di sebelah kiri atau kanan. Kemudian sematkan kerongsang
di bawah dagu.
Sebelum ke langkah seterusnya, betulkan alunan selendang yang terbentuk untuk efek yang cantik dan kemas. Ambil bahagian belakang
tudung bawal dan bawa ke bahagian hadapan. Rujuk gambar untuk
lebih faham.
Share E-book
19
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Pada langkah ini, anda harus mendapat hasil seperti di dalam gambar.
Anda bolehlah betulkan-betulkan alunan yang terbentuk tadi untuk
efek yang lebih kemas dan cantik. Setelah puas hati, sematkan jarum
peniti di bahagian kedua-dua tepi kepala dengan kemas.
Pada langkah ini, satu lipatan akan dilakukan untuk mencantikkan visual gaya tudung ini. Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung
tudung dan bawa ke bahagian belakang kepala.
20
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Voila! Inilah hasil terakhir gaya ini. Menarik dan kelihatan menawan
bukan? Cubalah sendiri!
Melihat kepada gaya ini, tiada sesiapa sangka yang ia menggunakan tudung bawal, bukannya selendang. Sedikit sukar
untuk dipercayai, tapi percayalah hanya dengan sehelai tudung bawal ataupun tudung segi empat ini anda juga mampu
tampil bergaya dan eksklusif seperti memakai selendang.
Gaya yang menarik ini juga bersesuaian dipakai ke mana-mana jua pada bila-bila masa. Sekiranya anda memutuskan
untuk menggayakannya di majlis-majlis istimewa, hanya tambahkan penggunaan aksesori seperti rantai untuk menyerlahkannya. Pelbagai koleksi jarum peniti yang menarik dan cantik juga boleh di dapati dengan mudah di mana-mana
pada hari ini. Hanya pilih dan kemudian gunakan pada gaya tudung ini. Itu sudah cukup untuk menyerikan penampilan
anda. Sekiranya anda menggunakan tudung bawal yang bercorak, pastikan anda bijak memilih aksesori tambahan agar
tidak kelihatan serabut dan mencacatkan penampilan akhir anda.
Berikut beberapa gambar cadangan pakaian dan aksesori yang boleh anda padankan dengan gaya tudung ini. Pilih,
pakai dan bersedialah untuk menerima banyak pujian!
Share E-book
21
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tampil menawan, anggun dan menutup aurat pada masa kini bukan lagi menjadi satu masalah kepada Muslimah
sejati. Jikalau sebelum ini, tudung labuh menjadi pilihan utama untuk menutup aurat dengan sempurna, kini selendang juga boleh digunakan.
Pelbagai jenis selendang yang boleh ditemui pada masa kini, malah terdapat juga selendang yang bersaiz lebih
besar ataupun labuh untuk memenuhi keperluan para Muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna.
Tutorial kali ini adalah sangat mudah dan mengambil masa yang singkat untuk digayakan. Meskipun demikian,
hasilnya adalah sangat mengagumkan dan memberikan imej wanita Muslimah yang anggun dan santun. Tanpa
perlu membuang masa, mari kita lihat langkah-langkah mudah ini.
22
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Pakai inner neck dengan kemas. Letakkan selendang di atas kepala
dan bahagikan kepada dua bahagian yang pendek dan panjang. Terpulang kepada anda menentukan bahagian mana yang panjang dan
pendek.
Setelah berasa selesa dan puas hati dengan lipatan tadi, sematkan
jarum peniti dengan kemas.
Betulkan alunan yang terbentuk untuk efek yang kemas dan cantik.
Share E-book
23
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Sematkan kerongsang atau jarum peniti dengan kemas. Betulkan alunan yang terbentuk di kedua-dua bahagian untuk efek yang cantik dan
kemas sebagai langkah terakhir.
Gaya ini amat bersesuaian untuk dipakai sebagai fesyen seharian ataupun
menghadiri majlis istimewa. Ia kelihatan sederhana dan menampilkan kesantunan serta keayuan pemakainya.
DONE
24
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Adakah anda sudah bosan dengan gaya memakai tudung yang sama? Tiada hiasan , tiada tambahan yang
menarik ? Sampaikan ada sesetengah masyarakat memandang pemakaian tudung ini sesuatu yang agak
kuno dan tidak bergaya.
Mari kita buktikan bahawa tanggapan mereka salah! Kita boleh bergaya dengan apa sahaja cara, kuncinya
adalah kreativiti dan berani menggayakan gaya yang dicipta. Kamu fikir bagaimana pereka cipta jenama
pakaian terkenal boleh menjadi kaya dan dikenali seantero dunia? Kerana mereka bukan sahaja mempunyai
kretiviti, bahkan mereka tidak berasa malu untuk memperkenalkan ciptaan mereka, dan sekarang terbukti
mereka berjaya. Semestinya mereka yang pernah memandang rendah idea mereka berasa malu pada saat ini.
Mari kita mulakan gaya diatas,dan jangan lupa untuk mencubanya!
Share E-book
25
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
1
Gaya ini memerlukan anda memakai inner neck. Anda perlu memilih inner neck yang mempunyai warna yang sesuai dengan pakaian
anda serta reben yang bakal anda kenekan di tudung anda.
Ambilkan selendang dan bahagikannya kepada dua bahagian. Sebelah kanan bahagian pendek, dan sebelah kiri di bahagian panjang.
Langkah kedua:
2
Pinkan kedua-dua tudung menggunakan jarum peniti . pinkan di bahagian tulang pipi anda.
Langkah ketiga:
3
Langkah keempat:
4
26
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Kemaskan bahagian dada dan belakang tudung anda supaya nampak kemas.
DONE
Saya merasakan gaya ini sangat comel, walaubagaimanapun, ia tidak sesuai
untuk dibawa ke kelas. Anda tidak mahu keseluruhan kelas memandang pelik
terhadap anda dan menarik perhatian orang ramai. Memang benar kita haruslah berani bergaya, tapi kita perlu melihat situasi dan tetamu yang hadir.
Share E-book
27
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tidak dinafikan bahawa ramai lagi yang meminati tudung bawal dan kekal setia menggunakannya walaupun
pelbagai jenis dan fesyen tudung boleh ditemui pada masa kini. Namun kini, tudung bawal juga boleh digayakan dengan pelbagai variasi gaya menarik yang pastinya mungkin membuat orang lain tidak menyangka
anda hanya menggunakan tudung bawal.
Tutorial ini akan menunjukkan anda cara menggayakan tudung bawal untuk kelihatan berbeza dan berfesyen. Ia mudah, ringkas dan hanya mengambil masa yang singkat untuk menggayakannya.
28
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Letakkan tudung di atas kepala. Untuk gaya ini anda tidak perlu
melipatnya menjadi bentuk segi tiga. Pastikan kedua-dua bahagian
hujung tudung mempunyai panjang yang sama.
Share E-book
29
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tudung akan kelihatan seperti di dalam gambar setelah anda selesai membetulkan dan mengemaskan bahagian dalam tepi tudung di
kedua-dua belah kanan dan kiri.
Inilah hasil akhir penggayaan tudung bawal tadi. Menarik dan kelihatan berbeza bukan? Cubalah.
Gaya ini amat sesuai dipakai apabila anda bertemu rakan-rakan ataupun keluar bersiar-siar terutamanya kepada wanita yang ingin kelihatan muda dan
mempesona. Anda juga boleh menggayakannya ke majlis-majlis istimewa
sekiranya anda ingin. Ia kelihatan berbeza tetapi mampu menarik perhatian
setiap orang dengan kelainan fesyen tudung ini. Gunakan aksesori tambahan
anda seperti anting-anting besar dan juga rantai untuk menyerlahkan lagi
gaya ini.
DONE
30
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tidak dinafikan bahawa masih ramai para wanita dan gadis di luar sana yang lebih menyukai tudung bawal
ataupun tudung segi empat untuk melengkapkan penampilan harian mereka. Meskipun pelbagai gaya dan
fesyen yang diketengahkan sekarang melalui penggayaan selendang mahupun tudung sarung, populariti tudung bawal masih lagi kekal. Malah, pelbagai fesyen menarik juga boleh digayakan oleh si pencinta tudung
klasik ini.
Tutorial pada kali ini akan menunjukkan cara menggayakan tudung bawal untuk menyerlahkan lagi gaya
feminin anda . Lebih menarik, anda mampu tampil comel dan bergaya seperti model tutorial ini hanya dalam
masa dua minit! Hebat bukan? Jangan buang masa lagi, mari kita lihat tutorial mudah dan ringkas ini.
Share E-book
31
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah langkah:
1
32
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
6
Lilitkan bahagian tudung yang panjang tadi ke bahagian atas kepala anda. Pastikan lilitan anda kemas dan tanpa lipatan mahupun
kedutan untuk hasil yang lebih cantik.
Taadaaa! Inilah hasilnya, mudah dan cepat bukan? Tunggu apa lagi,
cubalah.
Untuk gaya ini, adalah penting untuk anda memastikan panjang bahagian
pendek hanya 3 inci. Ini kerana bahagian pendek ini tidak akan digunakan.
Gaya tudung bawal yang ringkas dan mudah ini boleh anda gayakan tidak kira
ke mana tujuan anda sama ada ke tempat kerja, bertemu rakan, berjalan-jalan
ataupun ke kuliah. Gaya ini amat santai dan bersahaja, namun masih mampu
menampilkan keanggunan dan keayuan si pemakainya.
Jenis kain tudung yang digunakan iaitu chiffon juga membantu dalam menggayakannya kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan terletak. Jika anda
merasa gaya ini terlalu ringkas dan ingin menambah aksesori tambahan, anda
boleh memilih pelbagai pilihan jarum peniti yang bergaya dan menarik untuk
disematkan di bahagian atas kepala anda.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pin kerongsang di bahu kiri dan
kanan anda agar tudung tidak bergerak dan sentiasa kelihatan kemas. Penggunaan rantai juga boleh anda tambahkan dalam gaya ini untuk penampilan
keseluruhan yang lebih elegan dan menawan.
Share E-book
33
DONE
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Penggunaan selendang sebagai busana para wanita dan gadis sudah tidak asing lagi. Malah, ia berjaya menarik perhatian ramai wanita dan gadis di luar sana untuk bergaya dengannya. Kini, terdapat pelbagai jenis kain
selendang dengan corak-corak menarik boleh didapati di mana-mana. Lebih hebat lagi, kebanyakan selendang
mempunyai harga mampu milik!
Beratus gaya dan fesyen selendang boleh anda cuba sendiri. Tutorial video mahupun bertulis boleh anda temui
dengan mudah di internet. Jadi, tiada alasan lagi untuk anda tampil menawan dan bergaya dengan selendang.
Tutorial selendang kali ini akan menunjukkan anda cara yang ringkas dan anggun yang boleh anda gayakan ke
tempat kerja.
34
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah :
1
Pada gaya ini, bahagian pendek di sebelah kiri tidak akan digunakan.
Seterusnya, bawakan bahagian selendang di bahagian kanan yang
panjang tadi ke sebelah ke bahu kiri anda untuk dililit.
Lilit ke bahagian atas kepala anda dengan kemas tanpa kedutan dan
lipatan agar kelihatan lebih cantik.
Share E-book
35
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Inilah hasil akhir gaya ini. Kelihatan menawan dan ringkas bukan?
Cubalah.
DONE
Penggayaan selendang yang amat ringkas dan cepat ini menjadikannya satu gaya yang ideal untuk dipakai ke
pejabat. Kini anda tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap ke pejabat. Malah, hasil akhir gaya ini
yang anggun pasti menarik perhatian rakan sekerja wanita yang lain untuk mencubanya. Bukan itu sahaja, fesyen
selendang yang menutup dada ini juga pasti menarik minat ramai Muslimah lain. Kesopanan yang ditonjolkan
membantu dalam menyerlahkan lagi keayuan dan kejelitaan pemakainya.
Gaya versatil ini juga boleh anda gayakan dengan jenis kain selendang yang lain. Selendang kosong ataupun bercorak? Terpulanglah kepada anda dalam memilih selendang idaman untuk digayakan dengan cara ini. Anda juga
boleh menggunakan kerongsang menarik dan cantik di bahu kiri dan kanan anda sebagai aksesori tambahan yang
secara tidak langsung dapat menyerlahkan lagi keanggunan anda melalui gaya ini.
Akhir sekali, tidak kira apa jenis gaya dan fesyen yang anda suka, keselesaan adalah sangat penting untuk tampil
yakin dan bersemangat dalam melakukan aktiviti seharian. Gaya selendang yang kelihatan menyelesakan ini sudah pasti akan menjadikan si pemakainya berasa lebih selesa.
36
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Gaya di atas sangat mudah digayakan dan sangat sesuai jika dibawa ke pejabat. Anda boleh mengenakan gaya
seperti di atas bersama blazer atau kemeja. Sesuai di gayakan ke majlis-majlis formal. Di bawah adalah cara-cara
berkenaan pemakaian tudung di atas.
Jika anda sudah mencuba gaya ini, kongsikan pendapat anda dan cara anda menggayakannya!
Share E-book
37
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Letakkan tudung di atas kepala dan bahagikan tudung sebelah panjang dan sebelah pendek.
Pinkan bahagian belakang yang sudah di bawa ke hadapan itu mengunakan jarum peniti.
38
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
DONE
Jika anda mahu tampak lebih comel dan bergaya, anda boleh mengenakan
headband bercorak bunga-bunga. Digayakan juga bersama dress panjang dan
kembang. Sangat cantik jika digayakan ke majlis-majlis makan malam. Pasti
anda akan memenangi anugerah pakaian tercantik malam itu.
Share E-book
39
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Saiz selendang yang panjang memudahkannya untuk digayakan dengan pelbagai fesyen yang menarik. Oleh itu,
tidak hairanlah apabila selendang menjadi pilihan utama para fesyenista untuk tampil bergaya dan menarik.
Selain daripada itu, langkah yang mudah dan cepat dalam menggayakannya juga turut menjadi salah satu faktor
tarikan utamanya. Pemakaian selendang yang fleksibel dan versatil pasti menjadi pilihan ideal untuk wanita berkerjaya ataupun yang mempunyai masa singkat untuk bersiap.
Tutorial selendang kali ini akan menunjukkan anda satu lagi cara yang mudah, ringkas dan pantas untuk digayakan tatkala anda mempunyai masa yang singkat untuk bersiap dan berhias. Tanpa membuang masa lagi, mari kita
lihat langkah-langkah untuk menggayakannya.
40
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Bawa kedua-dua bahagian hujung selendang tadi ke bahagian belakang tengkuk anda. Rujuk gambar.
Share E-book
41
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Bawa bahagian tudung tadi sehingga ke bahu kiri anda, pada gaya
ini anda tidak perlu melilit selendang dengan ketat. Hanya cukup untuk menutup bahagian kepala seperti di dalam gambar. Kemas-kemaskan bahagian alunan selendang mengikut cita rasa anda.
Setelah puas hati dengan bahagian hadapan selendang tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas di kedua bahagian sisi kanan dan
kiri selendang mengikut aras telinga anda.
10
42
10
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
DONE
11
Inilah hasil gaya selendang yang mudah ini. Menarik dan unik bukan? Cubalah sendiri.
11
Penggayaan selendang yang kasual, santai dan ringkas ini membolehkan anda menggayakannya di mana-mana
sahaja. Anda boleh membayangkan diri anda memakai selendang dengan cara ini ke kuliah mahupun bersiar-siar
di taman pada waktu petang bersama rakan-rakan atau yang tersayang. Meskipun kelihatan ringkas, anda masih
mampu tampil bergaya dan menonjol di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, mana-mana gadis dan wanita yang menggayakannya pasti kelihatan ayu dan menawan.
Sekiranya anda ingin tampil berani dan unik di majlis-majlis istimewa dengan gaya ini, tambahkan aksesori seperti
anting-anting besar dan rantai untuk menyerlahkan lagi gayanya. Pasti banyak mata yang tertumpu kerana gaya
anda.
Share E-book
43
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Bosan dengan pemakaian tudung bawal anda yang biasa? Tercari-cari idea mudah untuk menggayakan tudung
bawal anda agar kelihatan ranggi dan anggun di majlis-majlis istimewa? Tutorial tudung bawal kali ini adalah
mudah namun mampu menarik perhatian setiap mata untuk memandang anda. Gaya ini juga amat sesuai untuk
si gadis yang ingin menghadiri majlis atau jamuan istimewa tetapi mempunyai masa yang singkat untuk bersiap.
Gaya ini bukan sahaja mudah dan menjimatkan masa, malah hasilnya pasti membuat anda kelihatan bergaya walaupun hanya dengan sehelai tudung bawal!
44
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Kemaskan bahagian kepala dan setelah anda berasa puas hati, lipatkan sedikit bahagian atas tudung, terpulang kepada anda sama ada
untuk melipat bahagian tudung sebelah kiri atau kanan. Lipat dengan kemas untuk hasil yang cantik. Ambil jarum peniti dan sematkannya dengan kemas.
Ambil bahagian hujung tudung mengikut lipatan bahagian atas tudung. Sekiranya anda melipat bahagian atas tudung sebelah kiri,
ambil hujung tudung sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan. Tidak
perlu terlalu tinggi, cukup pada aras telinga anda. Kemaskan bahagian alunan tudung dan kemudian sematkan dengan jarum peniti.
Share E-book
45
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
DONE
Anda juga boleh menambah atau menggunakan aksesori tambahan kegemaran seperti anting-anting besar untuk melengkapkan gaya ini. Namun,
pastikan anda bijak memilih aksesori agar hasil keseluruhan tidak menjadikan anda kelihatan seperti seorang mangsa fesyen. Sekiranya anda menggunakan tudung bawal corak untuk gaya ini, pemakaian aksesori mungkin
tidak diperlukan. Sederhana itu lebih baik bukan?
Untuk opsyen jarum peniti, pelbagai pilihan jarum peniti yang bergaya dan
cantik yang boleh anda temui dan miliki sekarang. Anda boleh memilih jarum
peniti yang cantik untuk hasil yang lebih elegan. Secara tidak langsung jarum
peniti tersebut juga berperanan sebagai aksesori tambahan anda.
Gaya ini bukan sahaja mudah dan ringkas, malah juga fleksibel dan boleh digayakan oleh semua gadis di luar sana. Mungkin ada yang meminati gaya ini
namun mematahkan hasrat untuk menggayakannya kerana tidak menutup
bahagian dada. Usah risau, kerana anda boleh menyelaras saiz tudung bawal
mengikut keselesaan anda pada langkah pertama.
Sekiranya anda gemarkan gaya mudah yang anggun dan ranggi ini, anda
juga boleh menggayakannya pada bila-bila masa, sama ada di tempat kerja
ataupun bertemu rakan-rakan. Pasti rakan-rakan anda tidak jemu bertanya
cara untuk melakukannya dan turut teruja untuk mencuba gaya ini!
46
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Share E-book
47
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Rantai statement
Ia boleh dipakai bersama hijab untuk dijadikan sebagai tarikan,
lebih-lebih lagi jika ianya bersaiz besar. Jika anda adalah seorang
turbanista, anda hanya perlu memakai rantai ini dengan cara biasa.
Terdapat beberapa kesukaran untuk memakai rantai ini. Wanita yang
berhijab perlu menyesuaikan lapisan-lapisan fabrik hijab di bawah
rantai itu, atau belajar untuk meletakkan rantai itu di sekeliling leher
anda dan di bawah lapisan hijab tanpa mewujudkan ketulan pada
lapisan hijab. Cara terbaik ialah dengan menyelak beberapa lapisan
hijab pada bahagian leher dan pakai rantai itu. Lihatlah beberapa
cara yang cantik untuk menggayakan rantai statement. Penampilan
ini menunjukkan cara yang paling ringkas untuk seorang hijabista
memakai rantai statement.
Memakai rantai statement ke tempat-tempat biasa mungkin membuat hati anda berdebar-debar. Adakah anda akan kelihatan terlalu bersungguh jika memakainya ke kedai runcit atau apabila anda
hendak keluar minum dengan beberapa rakan? Saya ingin membuat
sedikit pembantahan, Tidak! Ia mampu menyerlahkan lagi pakaian
yang anda gayakan dan menjadikan anda bersedia untuk menghadapi hari-hari yang sibuk. Dan jika anda terserempak dengan rakan
atau musuh lama semasa memakainya, anda akan berasa bangga
untuk menggayakan aksesori yang cantik ini.
48
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
kepala anda
Share E-book
49
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
3 Subang
Memakai subang bersama hijab merupakan sesuatu yang sedikit
sukar untuk dilakukan. Anda tidak mahu kelihatan seperti Dumbo
Si Gajah dengan subang besar yang mewujudkan ilusi seakan-akan
anda mempunyai telinga yang besar! Untuk menyelesaikan hal ini,
ubah cara anda mengenakan hijab. Dengan memakai turban atau
memakai hijab dengan longgar, anda boleh memakai dan menyerlahkan subang anda tanpa menampakkan bahagian leher anda.
50
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
5 Tali pinggang
Sama ada anda mahu mencipta satu tarikan fesyen atau menambah sedikit kelainan pada pakaian yang biasa, tali pinggang boleh membantu
anda berbuat demikian. Kadangkala, anda tidak perlukan aksesori-aksesori yang lain kerana seutas tali pinggang boleh melengkapkan keseluruhan penampilan anda! Ada banyak perkara yang anda perlu tahu;
bermula dengan jenis tali pinggang sehinggalah bagaimana cara untuk
menggayakannya.
Tali pinggang yang ringkas dan terdiri daripada satu warna tidak akan
mengalihkan fokus orang ramai daripada pakaian anda, tetapi ia menyerlahkan susuk tubuh badan anda.
Selain berfungsi sebagai fesyen, tali pinggang juga amat berguna apabila dipakai. Anda boleh menyesuaikannya dengan pakaian yang kasual
dengan hanya memakainya pada pinggang, untuk menghasilkan susuk
penampilan yang lebih kurus dan kemas.
Jika anda mahu menyerlahkan keyakinan anda, cubalah memakai tali
pinggang besi berwarna emas seperti yang digayakan oleh model ini!
Ianya cantik bukan? Tali pinggan ini boleh didapati di Zolace.
Share E-book
51
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Pemakaian tudung pada masa kini tidak hanya terhad kepada tudung empat segi biasa ataupun lebih dikenali sebagai tudung bawal. Pelbagai fesyen dan jenis tudung lain boleh di temui seperti selendang, tudung
sarung dan syria. Kepelbagaian fesyen dan jenis tudung terkini menyebabkan tudung bawal juga berevolusi
mengikut kesesuaian dan lambakan fesyen tudung sekarang.
Tutorial tudung kali ini memperkenalkan anda dengan tudung bawal terkini squircle. Ia sama seperti tudung
segi empat biasa tetapi berbeza dari segi fabrik yang digunakan dan tidak mempunyai bucu tajam. Pelbagai
gaya yang boleh anda lakukan dengan tudung ini yang pasti memberi hasil yang anggun dan menarik kepada si pemakainya.
Mari kita mulakan cara penggayaan mudah tudung bawal squircle ini.
Tudung squircle
Pin kerongsang
52
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
Mulakan dengan langkah asas dalam memakai tudung bawal. Lipatkan tudung menjadi bentuk segi tiga dan letakkan atas kepala.
Jangan lupa pakai anak tudung agar kelihatan lebih kemas.
Ambil bahagian dalam tudung sebelah kanan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Setelah selesai pin, ambil pula tudung di sebelah kiri tadi dan bawa
ke sebelah kanan. Anda boleh mengambil hujungnya ataupun sejengkal dari hujung tudung tadi. Kemaskan dahulu alunan tudung
untuk efek yang lebih cantik sebelum anda sematkan kerongsang.
Share E-book
53
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Taadaaa! Inilah hasilnya. Mudah, cepat dan kelihatan menarik bukan? Cubalah.
Sama seperti model di atas, anda juga boleh menggunakan kerongsang bunga
ataupun kerongsang lain yang menarik sebagai aksesori tambahan kepada
gaya ini.
Gaya tudung bawal yang mudah dan ringkas ini sesuai dipraktikkan di mana-mana pada bila-bila masa sahaja. Ingin bergegas ke pejabat mahupun ke
kuliah kerana takut terlewat? Gaya tudung bawal ini adalah gaya yang paling
ideal untuk si pemakai yang mempunyai masa yang singkat namun masih
mahu kelihatan bergaya. Gaya tudung squircle yang juga menutup dada dan
sopan ini pasti menarik ramai gadis di luar sana untuk mencubanya.
Keunikan tudung squircle yang tidak mempunyai bucu tajam seperti tudung
bawal biasa memberi ruang kepada pencinta setia tudung bawal untuk bergaya dan berfesyen. Bukan itu sahaja, tudung ini juga mempunyai harga yang
murah dan diperbuat daripada fabrik yang berkualiti.
54
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Kepelbagaian fesyen tudung pada masa kini memberi banyak pilihan kepada setiap gadis di luar sana. Jika sebelum ini pemakaian tudung hanya terhad kepada tudung bawal dan gaya biasa, kini tidak lagi. Selendang terutamanya menjadi pilihan si gadis muda kerana hasil gayanya yang cantik dan sopan. Selain daripada harganya
yang mampu milik, anda juga boleh tampil dengan pelbagai fesyen yang hebat dan anggun hanya dengan
sehelai selendang.
Namun, mungkin ada gadis di luar sana yang mempunyai banyak koleksi tudung bawal sebelum beralih kepada
selendang. Jika anda merancang untuk membuangnya atau memberikannya kepada orang lain, tunggu dulu,
kerana tutorial kali ini akan menunjukkan kepada anda cara yang mudah dan cepat untuk menggayakan tudung
bawal seperti selendang. Mari mulakan tutorial tudung bawal yang mudah dan cepat ini.
Share E-book
55
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah-langkah:
1
Untuk gaya tudung bawal ini, anda tidak perlu melipatnya menjadi
bentuk segi tiga. Hanya letakkan tudung di atas kepala. Sama seperti langkah asas memakai selendang, bahagikan tudung anda kepada
bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada anda membahagikan bahagian tersebut sama ada di sebelah kiri atau kanan.
Ambil hujung sebelah atas bahagian tudung yang panjang dan lilit
ke atas kepala dengan kemas mengikut kepanjangan tudung. Pastikan lilitan tidak terlalu ketat ataupun longgar untuk keselesaan
anda.
Setelah puas hati dengan lilitan tudung, sematkan jarum peniti dengan kemas. Pastikan lilitan tersebut tegang tanpa kedutan dan lipatan untuk hasil yang lebih kemas dan cantik.
56
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Ambil bahagian hujung bawah tudung anda seperti di dalam gambar dan sematkan kerongsang di bahagian bahu anda dengan kemas.
Kemaskan-kemaskan bahagian alunan tudung agar efek yang terhasil kelihatan cantik terletak.
Bahagian belakang tudung anda pula akan kelihatan seperti di dalam gambar.
Gaya yang ringkas dan kasual ini boleh dipakai pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Di tempat kerja, membeli-belah, bertemu rakan-rakan mahupun ke kuliah. Sekiranya anda ingin menggayakannya di majlis-majlis istimewa, hanya tambahkan aksesori seperti rantai leher untuk menyerlahkan lagi
stail keseluruhan anda. Pilihan jarum peniti dan pin kerongsang yang cantik
dan menarik juga akan membantu dalam menyerlahkan lagi gaya ini.
Kini anda tidak perlu lagi membazir membeli selendang baru. Hanya guna semula koleksi tudung bawal lama
anda dan gayakannya seperti selendang mengikut tutorial mudah ini. Ia sangat menjimatkan! Anda juga kini
boleh tampil bergaya seperti rakan-rakan anda yang menggunakan selendang, bezanya anda hanya menggunakan tudung bawal. Pasti rakan-rakan anda yang mempunyai banyak tudung bawal turut tertarik untuk mencuba gaya mudah ini.
Share E-book
57
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Jika anda merupakan seorang hijabi atau berminat dalam mengumpulkan skarf/tudung, anda pasti mempunyai
koleksi tudung yang sangat BANYAK! Dan apabila anda memiliki terlalu banyak tudung, mungkin agak sukar
untuk anda menguruskan tudung-tudung itu dengan kemas di dalam almari pakaian anda.
Setelah bertahun lamanya saya menjadi seorang hijabi, saya telah mengumpulkan sungguh banyak tudung .
Pada mulanya, saya menggulung tudung-tudung itu dan menyusunnya di dalam laci. Tetapi apabila saya membeli lebih banyak tudung, ruang di dalam laci itu menjadi semakin tidak mencukupi untuk menampungnya, dan
saya mendapati bahawa teknik susunan yang saya telah praktikkan adalah tidak sesuai, kerana menggulung dan
membuka semula gulungan tudung itu adalah satu perkara yang agak leceh untuk dilakukan.
Jadi, saya mula mencari pelbagai cara untuk menyusun dan mengemaskan tudung-tudung saya. Rupa-rupanya
terdapat sangat banyak cara susunan tudung yang boleh dilakukan!
Di sini, anda akan mendapat beberapa cara dan idea baru untuk menyusun koleksi hijab anda. Ada di antaranya
memerlukan anda membeli sesuatu daripada kedai-kedai berhampiran, dan ada juga di antaranya yang memerlukan anda untuk merekanya sendiri. Jadi, anda perlu mempertimbangkan bajet dan berapa banyak masa yang
anda ada untuk memilih cara susunan yang terbaik untuk anda. Mari kita mulakan!
58
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
1 Rak
Anda boleh menyusun tudung-tudung anda dengan mudah di dalam rak-rak yang ada di rumah anda, ataupun anda boleh juga
membeli rak-rak dengan harga yang berpatutan di Ikea. Ini adalah
satu cara menyusun yang sesuai untuk mereka yang mempunyai
koleksi tudung yang banyak dan mahu menggunakan ruangan
simpanan dengan maksimum.
Melipat tudung adalah satu cara yang agak leceh, lebih-lebih lagi
apabila anda mahu mengambil hijab yang terletak di bahagian
bawah. Jadi, saya lebih suka untuk menggulung tudung-tudung itu,
teknik ini menyenangkan proses penyimpanan dan juga memudahkan anda untuk mencari tudung untuk dipakai pada satu-satu
masa!
Alang-alang anda mahu membeli almari pakaian yang boleh diubah suai, apa kata anda menambah satu lagi ruang penyimpanan,
iaitu rak penyimpanan untuk koleksi hijab anda? Cara penyelesaian ini mungkin merupakan tip penyelesaian yang paling mahal,
tetapi ianya juga sangat efektif! Anda boleh menentukan sendiri
lebar setiap unit penyimpanan untuk menyesuaikannya dengan
panjang tudung anda. Dan anda juga boleh menambah seberapa
banyak unit penyimpanan sesuai dengan keperluan anda!
Bakul
Share E-book
59
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Penyangkut tudung
60
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Setiap hijabi memerlukan warna tudung yang berwarna solid yang sesuai dengan tona kulit mereka. Sudahkah berulang kali anda tidak mempunyai corak yang sesuai atau pakaian anda terlalu berserabut dan memerlukan tudung
berwarna solid?
Baca tip-tip di bawah berdasarkan tona kulit anda dan jangan lupa untuk melihat kesemua solid skaf di Zolace!
Bagi anda yang mempunyai tona kulit yang cerah, warna solid yang sesuai
dengan anda bergantung sama ada kulit anda lebih bertona merah jambu atau
kuning.
Antara peraturan yang umum, warna putih dan hitam tampak cantik untuk kulit
yang cerah (walaupun warna hitam berpotensi untuk nampak kasar di kulit
yang cerah) dan warna yang anda perlu elakkan adalah warna beige, camel
dan warna taupe kerana warna-warna ini tidak melakukan apa-apa efek untuk
tona kulit anda.
Share E-book
61
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Jangan berasa takut untuk cuba warna yang lain! Warna yang terang dan berani dan warna pastel akan melakukan keajaiban terhadap anda dan kelihatan
cantik di kulit yang cerah dan jika anda lebih bertona merah jambu. Namun jika
anda lebih bertona kuning, warna pastel akan menenggelamkan anda.
Gambar di atas adalah contoh yang tepat untuk perbezaan tona pink dan kuning. Oleh sebab tona kulitnya agak kekuningan dia haruslah mengelakkan warna olive-y neutral, manakala Yaz the Spaz di bawah, mempunyai tona kulit yang
agak merah jambu dan berkulit cerah yang memudahkannya menggayakan
warna pastel dengan mudah.
Bagaimanakah cara untuk anda mengetahui anda mempunyai tona cerah berwarna merah jambu atau kuning? Anda nampak cantik dengan barang kemas
emas atau silver?Jika warna silver, bermakna kulit anda bertona merah jambu
manakala emas bertona kuning. Nampak cantik dengan kedua-duanya? Anda
sangat bertuah! Anda akan nampak cantik dengan semua warna solid!
Untuk gadis kulit bertona sederhana, beberapa bukti pilihan warna neutral
yang baik adalah warna ivory, beige, sand, taupe, light blush, olive green dan
camel.
62
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Gambar di bawah ini adalah bukti yang sempurna tentang pilihan warna solid
untuk tona kulit sederhana. Warna camel sangat bersesuaian dengan tona kulit
sederhana seperti ditunjukkan dalam gambar, menyerlahkan lagi warna dan
tona sesuai di muka saya, sementara warna hitam solid sangat sesuai untuk
Nura dan tona kulitnya yang cerah dan ciri-ciri warna gelapnya.
Selain daripada warna neutral untuk tona kulit sederhana, cubalah warna yang berani dan barang kemas dalam
warna seperti zamrud, kobalt, royal purple, merah ruby dan merah jambu. Elakkan memakai warna pastel oleh
sebab ia menampakkan warna muka anda pudar.
Share E-book
63
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tona kulit gelap adalah tona kulit yang paling versatail berbanding tona kulit yang lain. Selain warna coklat atau mocha yang warnanya hampair sama
dengan warna kulit asal anda, anda akan nampak cantik dengan kebanyakkan
warna solid yang lain.
Nadiya nampak sangat menawan dengan warna ungu, manakala Rukiyat dari
Nigeria sangat sesuai dengan semua warna Tiffany Blue yang ditunjuki di
bawah!
Tidakkan semua warna solid ini tampak hebat dipakai oleh Basma di bawah?
Sama ada ia warna terang, warna mati, neutral atau pastel-hampir ke semua
warna solid sesuai dengan tona gelapnya.
64
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Entri pada kali ini adalah cara untuk mempelbagaikan gaya pashmina anda. Pashmina adalah sejenis kain yang
lembut dan agak berat. Wanita yang memperkenalkan pashmina adalah Hana Tajima. Gadis yang menetap di
London dan mula memeluk agama Islam seawal usia 17 tahun.
Walaubagaimanapun, gaya pada kali ini bukanlah berasas pada gaya Hana Tajima. Gaya ini lebih sesuai digayakan
dengan budaya dan cuaca di Malaysia. Gaya ini juga mudah dipadankan dengan fesyen-fesyen muslimah terkini
yang berada di Malaysia.
Antara pakaian yang sesuai untuk dipadankan dengan gaya tudung di atas adalah maxi dress, blouse dan kemeja
dari jenis kain yang tidak tebal. Ini adalah kerana, Pashmina ini adalah sejenis kain licin dan agak panas. Untuk
keselesaan anda digalakkan memakai pakaian yg selesa dan cantik.
Anda boleh menggayakannya dengan baju kurung moden. Sebab gaya tudung di atas mempamerkan pernampilan yang anggun dan ayu, jadi sangat sesuai jika mahu digayakan denga baju kurung moden.
Bagi pilihan warna tudung pula , anda digalakkan untuk memilih warna tudung yang gelap tetapi pekat seperti
warna hitam, biru navy dan coklat gelap.
Tona warna juga boleh memberikan peranan besar sebagai pelengkap keseluruhan penampilan anda. Anda haruslah memilih warna bersesuai dengan kulit supaya menampakkan diri anda kelihatan cantik dan menaikkan
keyakinan diri anda.
Share E-book
65
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
2
Langkah kedua:
66
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Pastikan tudung sebelah kiri berada di bawah dan tudung sebelah kanan (yang lebar) di luar.
Langkah ketiga:
Bawa lebihan tudung tadi ke kepala bahagian kanan dan pinkannya menggunakan jarum peniti.
Langkah keempat:
10
Share E-book
67
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
11
12
13
Ini adalah bagi mengelakkan penampilan kita menjadi tidak kemas dan nampak serabut.
Pinkan lipatan yang telah dibuat tadi menggunakan jarum peniti satu persatu.
14
68
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
15
Ambil bucu bahagian tudung belah kiri yang belum disentuh tadi, dan
pinkan dia di bahu belah kanan anda.
16
Selesai!
Sekarang bolehlah anda keluar dan menggayakannya.
Bagi gadis yang menggayakan Pashmina jenis plain ini, anda digalakkan
untuk menambah aksesori seperti rantai leher di luar tudung ini.
DONE
Share E-book
69
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Gaya hijab pada kali ini boleh digayakan pada bila-bila masa. Gaya ini akan bertambah cantik jika anda bijak
memilih warna dan corak yang bakal digayakan. Pilihan warna yang terang dan tampak berani akan menaikkan
lagi seri pakaian anda, walaupun anda hanya menggayakan baju tanpa corak dan kosong.
Sebelum memulakan langkah pertama, gaya ini memerlukan anda memakai inner kerana terdapat langkah
yang memerlukan anda in tudung terus ke bahagian inner anda .
70
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
2 Langkah pertama:
Langkah ketiga:
Pinkan tudung anda menggunakan brooch yang kecil atau jarum peniti.
4 Langkah ketiga:
Share E-book
71
DONE
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Gaya pada kali amat cantik sekali. Menggayakan tudung bawal berbidang 60 dengan cara yang baru dan mempersonakan.
Penggunaan tudung bermaterial silk atau satin memberikan efek licin dan penghasilan daripada pantulan cahaya
menambahkan lagi keistimewaan gaya tudung ini.
Gaya ini sesuai digayakan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa mahupun ke pejabat.
Gaya yang nampak kompleks ini sebenarnya amat mudah digayakan dan hanya mengambil masa yang singkat untuk
menyiapkan keseluruhan gaya ini.
72
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
1
Langkah pertama:
L a n g k a h ke t i g a :
Share E-book
73
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Kini tutorial tudung anda sudah lengkap dengan hanya tiga langkah mudah.
DONE
Gaya tudung ini sangat ringkas dan menggunakan jumlah pin peniti dan
brooch yang sangat sedikit.
Gaya tudung ini menghasilkan efek beralun hasil daripada lebihan tudung
yang sengaja dibiarkan tidak berpin itu.
Pilihan warna yang menarik dan corak yang menarik boleh mengubah keseluruhan tema gaya anda.
74
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Entri pada kali ini menunjukkan salah satu cara untuk memvariasikan wideshawl anda. Tutorial kali ini agak kompleks dan memerlukan sedikit trial and error untuk menyesuaikan gaya ini dengan anda .
Apa yang dimaksudkan dengan trial and error tadi?
Ianya bermaksud, anda perlulah kerap menukar lebar tudung anda kerana tidak biasa dengan gaya ini. Ditakuti
jika lebarnya terlalu pendek akan menampakkan bahagian leher belakang anda ataupun tudung akan kelihatan
terlalu singkat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. Shawl (Gaya ini memerlukan wideshawl)
2. Brooch
3. Jarum peniti
Tudung yang digayakan model ini adalah berjenis cotton viscose. Jika anda memakai jarum peniti yang biasa dan
kecil, jarum peniti tersebut boleh hilang atau beralih arah kerana struktur kain tersebut. Anda digalakkan untuk
memakai jarum peniti yang sedikit tebal dan panjang bagi mengelakkan jarum itu beralih arah.
Share E-book
75
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah Pertama:
Anda digalakkan untuk memakai inner neck kerana gaya ini memerlukan
anda pinkan tudung anda terus ke inner neck.
Langkah Kedua:
Jika anda lebih menggemarkan tudung anda menjadi sedikit bulat dan
tidak berbucu, lipatkan bahagian atas tudung anda supaya tudung lebih
rapat dengan dahi anda.
Langkah Ketiga:
Ambil tudung di bahagian kanan anda, pastikan kedua-dua kiri dan kanan
tudung anda mempunyai panjang yang sama.
Langkah Ketiga:
76
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah Kelima:
Bawa tudung anda ke bahagian kiri anda dan letakkan ia di bawah bahagian tudung sebelah kiri .
Ini bermakna , tudung yang asalnya di bahagian kiri tadi berada di atas ,
dan tudung yang daripada bahagian kanan tadi berada di bawah .
Langkah Kelima:
Pegang tudung dari bahagian kanan anda, dan tudung di bahagian kiri
anda.
Bawa tudung di bahagian kiri tadi melalui bawah tudung bahagian kanan
anda.
Sekarang ini tudung bahagian kiri anda berada di sebelah kanan, dan tudung bahagian kanan anda berada di atas tudung bahagian kiri anda di
sebelah kiri.
Langkah Ketujuh:
DONE
Letakkan jarum peniti di atas kepala dan bahagian tepi berhampiran telinga anda.
Selesai sudah sesi penggayaan tudung kita pada kali ini! Disebabkan corak tudung yang sudah terlalu serabut
dan penuh digabungkan dengan cara penggayaan yang agak kompleks dan beropol, anda tidak digalakkan untuk
mengenakan aksesori tambahan seperti rantai atau anting-anting di luar.
Anda juga disarankan untuk menggayakan gaya tudung ini dengan baju kosong atau plain. Anda juga boleh
menggayakan tudung ini dengan skirt kembang dipadankan dengan baju kemeja yang berkain chiffon atau mengenakan gaya ini dengan seluar Jeans dan t-shirt disarungkan dengan Kimono Kardigan. Selain itu , gaya tudung
ini juga boleh digayakan untuk ke pejabat. Anda bolehlah padankan gaya ini dengan sepasang baju kurung yang
bercorak minimal. Jika anda tidak mahu berbaju kurung , gaya ini juga boleh dipadankan dengan blazer berwarna
gelap bagi menonjolkan lagi gaya tudung anda. Gaya tudung ini juga sangat sesuai untuk remaja-remaja dan
gadis berumur awal 20-an kerana ia menonjol sifat wanita muda yang menggemarkan fesyen dan trend-trend
terkini.
Share E-book
77
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Entri pada kali ini digayakan oleh seseorang yang agak terkenal dengan kisah dia berhijrah ke Islam baru-baru ini .
Walaupun baru berhijab , Felixia sangat kreatif tentang cara pemakaian tudung supaya ia nampak menarik dan tidak
bosan.
Tutorial pada kali ini sangat mudah dan ringkas . Hanya boleh disiapkan dalam masa 5 minit sahaja! Gaya seperti
ini sangat sesuai di bawa ke mana-mana sahaja, seperti pergi ke kuliah atau ke pejabat . Gaya seperti ini juga sesuai
digayakan ketika pergi ke majlis-majlis formal. Jenis tudung yang digayakan oleh model ini lebih kepada tudung jenis
halfmoon. Tudung jenis ini adalah berbentuk separa bulat. Tudung ini terdapat pelbagai corak dan pelbagai jenis. Ada
yang tudung halfmoon kosong, berlabuci dan halfmoon yang labuh.
Jenis kain yang digayakan pula kain chiffon lembut dan tidak panas. Walaubagaimanapun kain seperti ini agak jarang
dan akan menampak sedikit bentuk leher dan kepala si pemakai. Oleh itu , pemakai haruslah memakai sesuatu di
dalam sebelum mengenakan tudung ini seperti memakai inner neck untuk menutup bahagian leher and kepala.
Ayuh kita mulakan tutorial ini!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. Tudung halfmoon. (Pada kali ini model memakai tudung jenis instant plane jane )
2. Brooch (perlu memakai 3 brooch kecil sahaja)
78
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
Tudung yang dikenakan oleh model , adalah tudung instant jadi model
tidak perlu membahagikan bahagian panjang dan pendek.
Bagi yang tidak memiliki tudung seperti ini, anda perlulah membahagikan
tudung anda kepada dua bahagian.
Untuk tudung jenis instant shawl ini, dua bahagian panjang dan pendek
itu telah dijahit dan meninggalkan bahagian yang panjang sahaja untuk
digayakan.
Langkah kedua:
Bagi yang tidak mempunyai tudung seperti di atas, anda bolehlah mencantumkan dua bahagian panjang dan pendek anda menggunakan jarum
peniti.
Pegang tudung anda dengan ukuran lebih kurang setengah depa dari hujung tudung anda.
Langkah ketiga:
Share E-book
79
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah keempat:
Bawa alunan dibuat tadi ke kepala dan pinkan alunan tersebut di kepala.
DONE
Sentuhan terakhir:
Terpulang kepada anda jika anda mahu meletakkan brooch di tepi bahu
kiri dan kanan anda.
80
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Tutorial gaya loose pada entri kali ini adalah untuk gadis berwajah bulat. Gaya ini amat mudah dan tidak mengambil
masa yang lama. Cara penggayaannya juga amat senang dan ringkas.
Disebabkan oleh gaya ini menghasilkan efek loose pada si pemakai , gaya ini hanya sesuai dipadankan dengan jenis
kain yang ringan seperti chiffon crepe supaya mudah dibentuk untuk menghasilkan efek loose yang lebih cantik .
Mari kita mulakan tutorial ini.
Share E-book
81
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
Pemakaian tudung pada kali ini memerlukan anda memakai inner neck
bagi menutup leher anda, kerana pada akhir penggayaan anda akan dapati gaya ini menghasilkan ruang di bahagian leher ke dada bagi menghasilkan efek loose.
Langkah kedua:
82
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah keempat:
Pinkan bahagian tepi kiri dan kanan anda dengan menggunakan jarum
peniti.
Langkah keenam:
Pastikan bahagian tudung yang pendek ini berada dibawah tudung yang
panjang.
Penggunaan brooch yang kecil atau besar adalah terpulang kepada anda.
Share E-book
83
DONE
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Meskipun terdapat berbagai warna dan model kanta lekap di pasaran, ada di antara kita yang masih memilih untuk
menggayakan kaca mata kerana ia dianggap lebih praktikal dan mudah. Hijab menutupi seluruh bahagian kepala kecuali muka anda. Oleh itu, ia agak rumit bagi segelintir wanita untuk memakai kaca mata bersama hijab.
Jika anda pandai menggayakan kaca mata anda dengan pakaian anda, satu personaliti yang anggun akan terhasil dalam penampilan anda, tidak kiralah apa tujuan anda memakai kaca mata tersebut. Sama ada kerana penglihatan anda
yang kurang jelas, untuk berfesyen ataupun kerana sinaran matahari sangat terik.
Pernahkah anda memiliki sepasang kaca mata yang memusnahkan penampilan tudung anda? Kini, anda tidak perlu
menghadapi itu semua kerana Zolace mempunyai senarai tips yang membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Tips
ini telah dikumpulkan daripada berbagai sumber. Ikuti senarai ini dan anda boleh mencubanya sendiri untuk mengetahui hasilnya.
84
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Kaca mata yang berbingkai separa atau tidak berbingkai adalah pilihan yang terbaik untuk digayakan bersama hijab yang
besar seperti khimar Gulf, cadur Iran dan tudung labuh Malaysia. Memakai kaca mata yang berbingkai tebal hanya akan
membuat wajah anda kelihatan terlalu tersorok.
Jangan sesekali memadankan hijab yang banyak corak dengan kaca mata yang terlalu mewah dan bergaya. Jika anda
memakai hijab yang menonjol, pilihlah kaca mata berbingkai hitam yang klasik dan ringkas.
Jika anda mahu memakai kaca mata berbingkai mewah dan
bergaya, lupakan selendang-selendang yang bercorak, dan
pakailah skarf segi empat yang ringkas.
Pilihan warna bingkai kaca mata anda pula haruslah semakin halus dan pudar apabila warna hijab pilihan anda semakin pekat dan terang.
Juga sebaliknya, jika anda memakai hijab yang berwarna
suram, bingkai kaca mata yang berwarna terang amat sesuai
untuk digayakan bersamanya.
Share E-book
85
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Bagi wanita yang berhijab, berfesyen dengan kacamata mungkin menjadi satu perkara yang agak sukar.
Kadang-kadang bingkai kaca mata yang tersepit pada daun telinga anda akan menimbulkan rasa tidak selesa, bahkan boleh menyebabkan sakit kepala yang mengganggu. Ruangan kecil yang terhasil apabila memakai kaca mata
juga boleh menyebabkan rambut anda terkeluar melaluinya. Memakai kaca mata pada bahagian dalam hijab akan
merosakkan hijab anda, manakala jika dipakai pada bahagian luar, mungkin ia akan tergelincir daripada wajah anda.
Berikut adalah langkah-langkah memakai hijab yang mudah dan ringkas untuk membantu dalam menyelesaikan
masalah-masalah ini.
86
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Share E-book
87
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Entri ini akan mengajar anda cara memakai selendang kurang dari 10 minit. Style ini adalah sangat ringkas, mudah
digaya tetapi cantik dan versatile.
Gaya tudung ini sangat sesuai untuk wanita yang sibuk dengan tugasan harian tetapi mahu tampil bergaya ketika
berhadapan dengan khalayak umum kerana gaya ini tidak membataskan pergerakkan anda.
Gaya ini juga sangat selesa untuk digayakan ke pejabat dan menghadiri majlis-majlis formal kerana gaya ini sememangnya ringkas tetapi tidak mempamerkan imej yang selekeh kepada si pemakai.
Mari kita mulakan:
Antara barang-barang yang diperlukan adalah:
Shawl
Jarum peniti
Brooch
88
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
Gaya pada kali ini memerlukan anda memakai inner neck kerana
ia akan menampakkan leher dan rambut anda jika anda tidak memakai inner neck. Selain itu, gaya ini juga memerlukan anda pinkan
tudung terus ke inner neck tersebut.
2 Langkah kedua:
Pinkan kedua-dua tudung tersebut di inner neck anda selari dengan tulang pipi anda menggunakan jarum peniti.
Langkah ketiga:
4 Langkah keempat:
Ambil bahagian bawah tudung anda di sebelah kiri, dan bawakannya ke kepala sebelah kanan.
Pinkannya di kepala sebelah kanan selari dengan mata anda menggunakan jarum peniti ataupun brooch kecil.
Share E-book
89
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
5 Langkah kelima:
6 Langkah kelima:
90
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
utorial tudung untuk gaya pada entri kali ini adalah sedikit kompleks. Gaya seperti ini sangat sesuai digayakan ketika
menghadiri majlis-majlis formal atau makan malam bersama yang tersayang.
Disebabkan oleh gaya ini menghasilkan banyak ropol-ropol di bahagian dada si pemakai, gaya ini hanya sesuai dipadankan dengan jenis shawl yang plain dan jenis kain berat seperti kain satin untuk mengasilkan efek beralun yang
lebih cantik.
Antara perkara-perkara yang diperlukan adalah:
1. Shawl (jenis shawl yang disarankan kain satin , berat dan lebar)
2. Jarum peniti
3. Brooch
Share E-book
91
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
Langkah yang paling asas semasa memakai shawl, iaitu pilih bahagian
mana yang mahu dijadikan bahagian yang panjang. Dan bahagian mana
yang perlu dijadikan bahagian yang pendek.
Ukuran untuk panjang sebelah kanan adalah lebih kurang 1/3 daripada
panjang sebelah kiri.
Langkah pertama:
Bagi mengelakkan shawl bergerak semasa proses penggayaan, sila pakai inner neck atau cotton scarf.
Ini adalah kerana jenis kain shawl yang dipakai adalah kain yang licin.
Langkah ketiga:
Pastikan bahagian yang pendek tadi berada di luar dan bahagian yag panjang berada di dalam.
Lilitkan bahagian yang panjang tadi ke atas kepala secara kemas dan rapi.
Langkah keempat:
Kemaskan lilitan di atas kepala tadi kemas dan tegang (tiada kedutan atau
lipatan) dan selaraskan bahagian bawah shawl tersebut untuk menampakkan efek alunan yang cantik dan kemas.
92
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah kelima:
Bawa lebihan shawl tadi kebawah dan pinkannya di kepala selari dengan bahagian pipi anda.
Langkah keenam:
Pada ketika ini, terdapat dua bahagian (kiri dan kanan) mempunyai lebihan shawl yang lebih kurang sama panjang.
Langkah ketujuh:
Langkah ketujuh tadi adalah bertujuan untuk menghasilkan efek alunan yang lebih cantik dan beralun.
Share E-book
93
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah kelapan:
Pinkan dengan menggunakan brooch yang kecil supaya dua bucu tadi
tidak akan tercabut daripada shawl.
Kemaskan alunan shawl supaya nampak lebih kemas dan tidak serabut.
DONE
Gaya ini amat sesuai bagi muslimah-muslimah di luar sana yang sudah lama mengidamkan cara pemakaian shawl
yang boleh menutup dada dan tidak nampak bosan.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah individu yang tidak menggemarkan shawl yang terlalu labuh, panjang dan
pendek bolehlah diselaraskan oleh kita sendiri ketika di bahagian langkah pertama.
Jangan takut untuk mencuba sesuatu gaya dan menambahkannya dengan aksesori sendiri sebab itulah yang
melambangkan peribadi dan cara kita berfikir secara tak langsung.
94
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Entri ini adalah untuk mengajar anda cara untuk tampil bergaya dan
anggun ke pejabat hanya dalam masa yang singkat dengan tudung segi
empat. Gaya ini sesuai digayakan oleh pelbagai golongan kerana langkahnya yang mudah dah ringkas.
Langkah pertama:
Share E-book
95
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
2 Langkah kedua:
Langkah ketiga:
4 Langkah keempat:
Ambil bucu tudung anda di bahagian kanan, dan pinkannya di bahu bahagian kiri.
96
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
DONE
Share E-book
97
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Gaya tudung bawal pada kali ini boleh digayakan pada bila-bila masa. Gaya ini akan bertambah cantik jika anda
bijak memilih warna dan corak yang bakal digayakan . Pilihan warna tudung yang terang dan tampak berani
akan menaikkan lagi seri pakaian anda, walaupun anda hanya menggayakan baju tanpa corak dan kosong.
Sebelum memulakan langkah pertama , gaya ini memerlukan anda memakai inner kerana terdapat langkah
yang memerlukan anda pin tudung terus ke bahagian inner anda.
Langkah pertama:
98
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
2 Langkah kedua:
Langkah ketiga:
Ambil bucu tudung bahagian kanan anda , dan pinkannya di bahagian atas kepala anda.
4 Langkah keempat:
Share E-book
99
DONE
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Adakah anda mempunyai banyak shawl bercorak tetapi sudah kering idea tentang cara untuk menggayakan
shawl tersebut?
Shawl bercorak penuh sememangnya mudah untuk digayakan, namun gaya yang dikenakan haruslah bersesuaian supaya gaya tersebut tidak menyebabkan si pemakai nampak begitu penuh dengan gabungan corak dan
cara penggayaan yang salah.
Gaya pada kali ini sangat sesuai untuk wanita korporat, sesuai dipakai ke office kerana gaya ini tidak nampak
begitu berlebih-lebihan dan sangat ringkas.
Antara perkara-perkara yang diperlukan adalah:
Brooch
Pada entri kali ini, adalah wajib untuk memakai inner neck kerana gaya ini akan menampakkan sedikit susuk
leher dan akan menampakkan rambut anda jika anda tidak memakai inner neck.
100
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
Lipatkan lebar shawl tersebut supaya lebar shawl bersesuaian
dengan anda.
Jadikan bahagian yang lebih lebar sebagai bahagian luar dan bahagian yang pendek sebagai bahagian dalam.
2 Langkah kedua:
Langkah ketiga:
Jadikan lilitan itu semakin serong ke bahagian telinga, menampakkan sedikit Inner Neck yang anda pakai sebentar tadi.
4 Langkah keempat:
Kemaskan bahagian shawl anda, pastikan bahagian depan dan belakang dengan berada ditempat yang betul.
Share E-book
101
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
5 Langkah kelima:
Bawa dan lilitkan shawl tadi sekali lagi di kepala anda dengan ke-
6 Langkah keenam:
Bawakan shawl tadi ke sebelah. Jika pada langkah kelima kedudukan shawl anda di bahagian kiri, maka bawakan shawl anda ke bahagian kanan.
7 Langkah ketujuh:
Sekarang, ambil 1/3 daripada bahagian shawl tadi dan pinkannya di belakang kepala. Bahagian belakang atas kepala, tempat di
mana perempuan tocang rambut.
102
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
8 Langkah kelapan:
DONE
Sentuhan terakhir:
Share E-book
103
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Entri pada kali ini sangat unik dan comel. Ia juga sangat mudah digayakan.
Gaya seperti ini sangat sesuai digayakan oleh para remaja masa kini. Ia boleh digayakan ke majlis-majlis formal
dan juga ketika keluar bersama rakan-rakan anda.
Mari kita lihat bagaimana cara untuk menggayakan tudung bawal yang comelini.
Langkah pertama:
Bahagikan tudung anda secara sama panjang di bahagian kiri dan kanan anda.
Kemaskan bahagian bucu tudung anda bersesuaian dengan bentuk muka anda.
104
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah kedua:
Ambil bahagian tepi tudung anda, dan lipatkan menjadi lipatan yang sangat kecil.
Langkah ketiga:
Ambil bahagian dalam tudung anda (di bahagian kanan), dan bawakannya ke tepi kepala anda.
Langkah keempat:
Ambil bucu tudung di bahagian kiri anda dan pinkannya di bahagian bahu kanan anda.
Anda boleh melaraskan labuh tudung anda di bahagian dada mengikut keselesaan anda.
Final Look
Share E-book
105
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Nota:
Anda boleh mengenakan brooch yang lebih besar di bahagian lipatan untuk tepi atas kepala itu untuk menjadikan gaya dan penampilan anda tampak lebih comel.
Lihatlah betapa comel dan cantiknya gaya tudung bawal pada kali ini. Kami amat sukakan sentuhan di bahagian
tepi itu, ia mengubah gaya tudung bawal yang bosan kepada gaya yang lebih menyerlah sekaligus menjadikan
keseluruhan penampilan tampak lebih klasik.
Untuk menghasilkan bahagian tepi itu, ia memerlukan inner dan pemilihan warna inner anda serta warna tudung anda haruslah tepat dan bersesuaian.
Untuk menjadikan gaya ini lebih ranggi dan terkini, and boleh mengenakan anting-anting besar di bahagian
luar tudung anda.
Pilihan aksesori juga penting agar anda tidak nampak sangat ganjil di hadapan rakan-rakan anda dan khalayak
umum.
Anda perlu mempertimbangkan tiga perkara ketika memilih aksesori anda iaitu warna aksesori anda, saiz aksesori anda dan juga gaya yang anda mahu aksesori itu pamerkan.
Harap anda sukakannya!
106
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Apa kata anda cuba sesuatu yang baru untuk digayakan dengan selendang harian anda supaya ia tidak kelihatan
bosan seperti hari-hari biasa!
Tutorial selendang ini adalah sesuai digayakan untuk setiap ketika. Plain shawl sangat disyorkan untuk digayakan seperti ini kerana akan tampak lebih menarik dan stylish.
Gaya ini sesuai untuk golongan wanita yang ingin berketerampilan elegan dalam selendang. Mari mulakan!
Barang-barang yang diperlukan adalah seperti berikut:
Sehelai selendang (panjang dan keleberan mengikut kesesuaian pemakai)
4 biji kerongsang (1 besar dan 3 kecil)
5 pin jarum atau lebih
Share E-book
107
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
Langkah pertama:
Pakai skaf terlebih dahulu kerana untuk mengekalkan kedudukan selendang daripada bergerak ketika pemakaian. Tidak mengapa jika anda tidak mahu mengenakan skaf kerana ini mengikut keselesaan seseorang
individu.
Bahagikan selendang kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, lebarnya hendaklah melebihi separuh daripada bahagian yang satu lagi.
Putarkan bahagian yang lebar dahulu untuk jadikan ia berpintal/berpulas. Selepas itu, ambil bahagian belakang dan lakukan yang sama.
Guna satu kerongsang yang kecil dan pin dibawah dagu anda.
2 Langkah ke-2:
2
Ambil pula bahagian yang pendek dan pin pada bahagian panjang
selendang dibawah bahu.
Contoh: jika anda pilih selendang yang panjang disebelah kanan dan
bahagian pendek di sebelah kiri, pinkan bahagian pendek selendang di
bahu kanan anda.
Langkah ke-3:
108
Share E-book
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
4 Langkah ke-4:
5 Langkah ke-5:
5
Tarik selendang anda dengan perlahan dan letak dibahagian kepala sehingga sampai ke bahagian asal iaitu bahagian yang panjang itu tadi.
Kemudian pin menggunakan kerongsang dibahagian tepi garisan pipi.
Langkah ini akan menghalang selendang daripada bergerak atau
terangkat ketika angin bertiup atau semasa berjalan.
Untuk menampakkan gaya elegan tersebut, anda perlu menggunakan
kerongsang yang besar pada bahagian ini.
6 Langkah ke-6:
Share E-book
109
Zoom in
Zoom out
www.zolace.com
7 Langkah ke-7:
DONE
110
Share E-book