Anda di halaman 1dari 1

Di Malaysia, karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan sudah tidak asing

lagi dan tidak dapat dinafikan juga bahawa seni cetak ini merupakan seni lukis
yang popular di kalangan pelukis sama ada di dalam Negara atau di luar Negara.
Cetakan dapat didefinasikan sebagai proses terapan blok atau plat ke atas
sesuatu permukaan atau proses menekap huruf dan gambar di atas kertas, kain
dan di dinding. Dalam penghasilan karya cetakan, permukaan blok akan diukir
atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum
dipindah dan dicetak di atas kertas, atau bahan lain. Cetakan yang biasa
dihasilkan adalah menggunakan pelbagai teknik dan media. Teknik yang biasa
digunakan adalah seperti teknik timbulan atau relif, cetakan planograf atau
litografi, dan cetakan sutera saring. Manakala media yang biasa digunakan
adalah syelek, lino, lekar dan media campuran, lino, lekar dan media campuran.
Keistimewaan seni cetakan ialah blok yang sama dapat menghasilkan beberapa
keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut sebagai edisi.
Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.
Kebanyakan pelukis atau pengkaryanya suka menghasilkan karya cetakan
sendiri dengan cara untuk memikir atau mengguris kepingan logam ataupun
menuris blok kayu mereka sendiri. Hal ini kerana mereka boleh mendapat
kefahaman secara mendalam dan ingin mengalami keseronokan serta
kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakannya. Pengalaman
yang semakin banyak bukan sahaja dapat keseronokkan dan pengalaman, malah
ia juga dapat meningkatkan kemahiran yang tinggi serta dapat mencipta karya
dengan penggunaan pelbagai alat, media dan teknik. Rentetan itu, para pelukis
dapat menggunakan sepenuhnya sesuatu media dalam mencipta karya-karya
yang bermutu tinggi dan nilai estetik sesuatu karya juga dapat meningkat.

Anda mungkin juga menyukai