Anda di halaman 1dari 2

Soalan 12

Langkah-langkah Memupuk Semangat Patriotik


Oleh: Mohd Shah Farhan
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang
didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam
hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah
lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu,
melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Pengaruh guru di sekolah turut beperanan penting dalam usaha
menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Hal ini kerana guru-guru
yang mengajar di sekolah boleh menekankan unsur-unsur patriotik di dalam kelas. Mereka perlu mendorong
kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Contohnya , pihak
sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu
Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa
berada dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak
kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari
anak-anak. Anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana bapa
borek, anak rintik. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa dan sikap yangdiamalkan
semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa. Oleh sebab itu, ibu bapa sewajarnya
mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan menerapkan semangat patriotik bagai menatang minyak yang
penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial yang begitu yang kian
menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang
tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Selain itu, ibu bapa juga harusnya mendidik mereka
tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air.
Sebagai contoh, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa
cuti sekolah dan sebagainya. Segala semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara
turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa
adalah sangat penting dalam langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam masyarakat Malaysia.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran tentang
menerapkan semangat patriotik antara masyarakat. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik
ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Oleh
itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan ini
bukan sahaja semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita seperti
sambil menyelam minum air. Sebagai contoh, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau
program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang

kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit
Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Kesimpulannya, jika
pihak yang bertanggungjawab mengambil peranan mereka masing-masing, semangat patriotik dapat diterapkan
dalam diri masyarat.
Di samping itu, sering bermuhasabah terhadap diri sendiri. Kita juga seharusnya berasa diri amat bertuah
kerana dapat hidup bernegara yang aman dan damai. Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh
negara sendiri untuk lahir perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi. Dengan
membuat perbandingan dengan masyarakat pendatang yang dilayan sebagai warga kelas kedua apabila berada
di negara orang akan lahirlah perasaan sayang akan negara. Menyimpan cita-cita untuk menjadi insan yang
berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam kerjaya yang terbilang dan mahu
berkhidmat untuk negara. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Sebagai contoh, melawat tempat bersejarah seperti Kota A Famosa di Melaka.
Sambil melawat ke tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai lawatan tersebut akan menceritakan
tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A Famosa. Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah
bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, seperti kata peribahasa Arab, Kasih akan negara adalah
sebahagian daripada iman. Oleh itu, sedari kecil binalah kekuatan semangat patriotik terhadap diri kita sendiri.
Akhir sekali, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Program yang
dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan.
Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka ke
arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab,
kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum,
budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen
yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu,
program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan
dan kedaulatan negara. Sebagai contoh, remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
Kesimpulannya,
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu
yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya
agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik
dapat dipupuk dan disuburkan dalam generai akan datang, masa depan itu dibeli oleh masa sekarang, katakata Samuel Johnson yang merupakan seorang penyair, penulis esei, moralis, pengkritik sastera, biografi, editor
dan penyusun kamus yang terkenal.

Anda mungkin juga menyukai