Anda di halaman 1dari 28

METODOLOGI

KAJIAN TINDAKAN

KUALITATIF

JABATAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SRI LAYANG, GENTING
HIGHLANDS

Metodologi Kajian Tindakan

Pendekatan kajian (Definisi)


Instrumen
Kaedah mengumpul data
Analisis data

Pendekatan Kajian

1. Kuantitatif
Objektif Kajian
Persoalan Kajian

2. Kualitatif

Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian

Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran penyelidikan untuk membuat kajian

Pengkaji boleh menggunakan lebih dari satu teknik pengumpulan data dari kedua-dua pendekatan

Pendekatan Kualitatif

Penyelidikan yang datanya adalah bersifat subjektif yang diperoleh melalui percakapan,
pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan dengan fenomena yang dikaji.

Instrumen Kajian

Alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul data.

Contoh alat kajian kualitatif

Pemerhatian

2 Temu bual
Analisis dokumen
3

Teknik Mengumpul Data


Pemerhatian

Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan
persekitaran dan sebagainya

Dijalankan secara sistematik (ada tujuan, mengikut masa yang ditentukan, mengikut peraturan dsb)

Boleh mencatat nota (nota lapangan) dan membuat rakaman (video) terhadap pemerhatian yang dijalankan

Boleh dilakukan melalui dua cara:

1.

Pemerhatian Berstruktur

Aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu

Penyelidik memerhati,mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti

Penyediaan senarai semak amat membantu

1. Pemerhatian Berstruktur
Contoh :
Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan atau tidak
menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Jadual pemerhatian digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yahg dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kod nombor 1 hingga 9 berikut
menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan.
Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi
Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas
Berangan-angan
Berjalan dari satu tempat ke tempat lain
Membuat kerja lain
Menganggu murid lain secara fizikal
Mencuba untuk menarik perhatian
Mengasah pensel
Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

2. Pemerhatian Tidak Berstruktur

Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti yang telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan fokus pemerhatian.

Perlu juga tentukan tingkahlaku responden yang ada kaitan dengan perkara yang dikaji.

Temu Bual dan Protokol Temu Bual

Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (face-to face) atau melalui
percakapan telefon antara penyelidik dengan orang yang ditemu bual (responden).

Protokol temu bual adalah senarai yang mengandungi soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temu
bual yang dijalankan.

Teknik temu bual berstruktur


Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal

Setiap subjek hendaklah diberi soalan yang sama

Contoh :

Sudah berapa lama tuan menjadi Guru Besar/Penolong


Kanan?
Berapa bilangan muri-murid di sekolah ini?

Teknik temu bual separa berstruktur


Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan jawapan responden.
Contoh :

Penyelidik :Bagaimana tanggapan guru-guru sekolah


ini terhadap tuan sejak menjadi Guru Besar / Penolong Kanan di sekolah ini?
Responden:Baik

Penyelidik :Boleh tuan jelaskan maksud baik?

Teknik temu bual tidak berstruktur (Temu bual terbuka)


Temu bual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan terlebih dahulu, temu bual ini selalunya secara spontan. Hal
ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden.
Contoh :

Peperiksaan UPSR dan PMR,akan dimansuhkan apa pandangan tuan tentang cadangan tersebut?

Analisis Dokumen

Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan, penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan
terperinci yang dibuat terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji
Dokumen adalah sumber data yang paling mudah, murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada
Contoh dokumen adalah diari, jurnal, sukatan pelajaran, Buku Rancangan Mengajar Harian, kertas peperiksaan, ujian
bulanan, buku kedatangan, gambar, carta dan sebagainya
Penyelidik hanya perlu menyaring maklumat yang perlu diperoleh. Jika perlu minta kebenaran untuk
membuat salinan bagi memudahkan kerja

ANALISIS DOKUMEN

Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan


kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan telah
sedia ada.
Contoh jenis dokumen yang boleh digunakan dalam kajian tindakan termasuklah :
Sukatan pelajaran
Minit mesyuarat panitia
Kertas peperiksaan dan ujian
Tugasan dan latihan murid
Bahagian yang berkaitan dalam buku teks
Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan peperiksaan awam

Analisis Data

erhatian berdasarkan sembilan (9) aktiviti direkodkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual yang ditunjukkan pemerhatian
terhadap murid dilakukan sebanyak 10 kali untuk melihat apakah aktiviti yang dilakukan. (Sebagai contoh murid Q
didapati telah menjalankan paling banyak aktiviti 80%) dan aktiviti-aktiviti ini merangkumi
i. pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas. ii. Berangan-angan. iii. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat lain.

Jadual Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah


Murid

Pemerhatian (skan)

S
T

3
3

3
6

10

8
4

6
5

40
3

7
5

80
50

5
8

50
1

60

Pemerhatian : Penggunaan nota lapangan (field notes)


Contoh :
Jadual pemerhatian berdasarkan kronologi peristiwa guru lewat masuk ke kelas penggunaan nota
lapangan
Peristiwa (Event)
Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi, murid-murid kelas 3A masih beratur di luar
kelas kerana guru masa pertama masih belum datang.
10 minit kemudian guru A datang dengan tergesa-gesa dan menyuruh murid- murid masuk
ke kelas. Sambil berdiri murid-murid member i salam kepada guru A. Guru A menjawab
salam dan menyuruh murid-murid duduk. Begitu juga dengan guru A juga duduk.
Guru A menyuruh murid-murid membuka buku teks sambil bertanya kepada murid-murid
pelajaran yang lepas. Guru A masih lagi duduk sambil membelek- belek buku teks di
tangannya.
Guru A sekali lagi bertanya kepada murid-murid tentang pelajaran lepas. Murid- murid
berbisik sesama sendiri. Seorang murid angkat tangan dan memberitahu guru tidak masuk
kelas minggu lepas.
Jam telah menunjukkan jam 7.55 pagi, guru A menyuruh murid-murid membuka halaman 15
dan membuat latihan yng terdapat dalam buku teks berkenaan. Ada murid yang
mengeluarkan buku nota dan ada yang tidak berbuat apa-apa. Guru A masih lagi duduk di
kerusinya.
Loceng sekolah berbunyi jam 8.05 pagi, guru A bangun dari kerusi sambil mengemas
bukunya kemudian menyuruh murid-murid terus membuat latihan dan guru A berjalan keluar
meninggalkan kelas 3A.

Catatan
Guru lewat masuk kelas

Berfikir dan mengingat


semula
Termenung

Koding Temu Bual

Jadual 1 : Faktor-faktor Murid-murid Tahun 5 C Ponteng Kelas


Respond Murid

Kod

Soalan : Apakah yang menyebabkan kamu tidak masuk kelas


Guru X setiap kali masa pengajarannya?
Murid 1

Boringlah cikgu setiap kali masa cikgu x dia suka membebel. Bukannya
sekejap lama pula tu.
Yang silap seorang saja, tetapi yang kena marah satu kelas
Cikgu tak mengajar bukannya menarik, mata saya mengantuk, itu yang saya
keluar dari kelas.

Murid 2

Murid 3

1
1
1

Saya tak fahamlah cikgu x mengajar. Dia seorang sahaja yang bercakap, lepas itu dia tanya.
Saya tak minat sebab itu saya keluar kelas cikgu x

Saya tak faham cikgu x mengajar sebab kelas selalu bising

dan cikgu x diamkan saja

Penentuan Kod
1. Faktor Guru
Guru suka membebel
Guru selalu marah
Pengajaran tidak menarik
2. Suasana Kelas
Kelas bising
3.

Faktor Murid Tidak faham Tidak


berminat

Contoh Proses Analisis:


Analisis Dokumen Kehadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari Mac
2010
Bil

Nama

Ketidakhadiran Dalam Bulan Januari Mac 2010

15

10

16

12

13

10

15

17

10

10

12

Analisis Dokumen Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari Jun 2010

Bil

Nama

Ketidakhadiran Sebelum

Ketidakhadiran Selepas

Tindakan Jan-Mac 2010

Tindakan April-Jun 2010

15

10

16

12

13

10

15

17

10

10

12

Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Januari Jun 2010

Sampel dan Pensampelan


Sampel sebahagian daripada populasi
Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif
Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu supaya
mereka mewakili populasi di mana mereka dipilih
Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian
tersebut
Sampel hendaklah terdiri daripada populasi

JENIS PENSAMPELAN

Pensampelan Bertujuan
(Purposive Sampling)

JENIS-JENIS PENSAMPELAN

Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian


(Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya;
pengikut parti)
2.

Sesuai untuk kajian awal.

3.

Sesuai untuk penerokaan

4.

Uji soal selidik

5.

Untuk dapatkan maklum balas segera

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai