Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS TERAS BIL 1/ 2015

Tarikh : 9 Mac 2015


Masa : 2.30 pagi
Tempat :Bilik Kuliah Tingkatan 6
KEHADIRAN :
i.

ii.

HADIR :
1) En. Lezabit Dusin
2) Pn. Roslizawani binti Che Mat
3) Pn. Nik Nurulhuda binti Nik Abdul Hamid
4) Pn. Theressa Millon
5) En. Alizam bin Rahmat
6) Pn. Catherine Chee Chai Lan
7) Pn. Nur Syahida bt Abd Manap
8) Cik Yusra bt Ab.llah
9) En. Mohamad Faqih Bin Junus
TIDAK HADIR :
1) En. M Salim Bin Masrah (Bersebab)
2) En. Azizan bin Abdullah (Bersebab)

AGENDA :
1) Ucapan Pengerusi
2) Pengesahan Minit Mesyuarat lepas
3) Perkara berbangkit
4) PCG 2015
5) Pencerapan dan penyeliaan buku pelajar
6) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
7) Program peningkatan prestasi kecemerlangan PT3 dan SPM
8) Hal-hal lain

1) Ucapan pengerusi
1.1 Pn. Roslizawani selaku Ketua Panitia Sains Teras mengucapkan terima kasih kepada semua

guru panita yang hadir ke Mesyuarat Panitia Sains Teras kali pertama untuk tahun 2015.
2) Pengesahan Minit Mesyuarat lepas
2.1 Minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan.
3) Perkara berbangkit

3.1 Perkara 3.3- Pn. Roslizawani memaklumkan Bengkel Sains Dan Matematik untuk SPM dan
PT3 belum bermula lagi.
3.2 Perkara 4.1 Pn. Roslizawani memaklumkan kemungkinan penyusunan jadual guru akan
memenuhi keperluan opsyen guru.
3.3 Perkara 5.1 - Pn. Roslizawani memberitahu wang PCG tahun 2014 telah habis digunakan
untuk membeli keperluan panitia. Cadangan Pn Nik Nurulhuda ditangguhkan memandangkan
makmal dalam penambahbaikan.
3.4 Perkara 8.1 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Bengkel Penskoran Sains PT3
yang dijangka akan diadakan pada 23 Mac 2015 dan semua guru panitia diwajibkan hadir.Puan
Theresa dan En. Alizam perlu bersiap sedia untuk memberi taklimat dalam bengkel tersebut.
3.5 Perkara 8.2 En. Lezabit meminta borang SPKS perlu diserahkan kepada ketua panitia untuk
simpanan.
3.6 Perkara 8.3 Pencerapan tahun ini akan diadakan dua kali setahun.
4) PCG 2015
4.1 Peruntukan PCG untuk tahun 2015 adalah RM 3374.40 selepas ditolak kos percetakan
4.2 Duit PCG akan digunakan untuk Program Peningkatan Prestasi , pembelian ABM, Minggu
Sains Dan Matematik , pembelian buku rujukan dan pembelian radas makmal.
5) Pencerapan dan Penyeliaan Buku Pelajar
5.1 Pn. Roslizawani meminta semua guru merujuk jadual pencerapan yang telah diedarkan dan
memaklumkan bahawa semua guru panitia boleh mendapatkan borang penilaian pencerapan
daripada penolong kanan pentadbiran sebagai persediaan.
5.2 En. Lezabit memaklumkan pencerapan mestilah menggunakan instrumen pencerapan SKPM
2010 versi 2013 dan pencerapan kedua dijangka akan dilakukan antara bulan Jun hingga Julai
.
5.3 Puan Roslizawani memaklumkan semakan buku latihan akan diadakan sebanyak 4 kali
setahun iaitu pada bulan Mac, Mei, Julai dan September dan semua guru panitia boleh
mendapatkan borang semakan buku latihan di bilik PKP.
6) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
6.1 Pn. Roslizawani memaklumkan surat lantikan jawatankuasa PBS akan diedarkan bermula
pada bulan Januari dan perlu disimpan di dalam fail.
6.2 Pn. Nik Nurulhuda memaklumkan pelaksanaan PBS pada tahun ini, semua guru hendaklah
mengisi prestasi dalam modul PBS dan mencetak keputusan pelajar serta menyerahkan
satu salinan kepada guru kelas dan ketua panitia.

6.3 Pelaksanaan PEKA bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5 masih berjalan seperti biasa pada
tahun ini dan pelaksanaan amali berpusat untuk sains tulen akan ditunda sehingga pembinaan
makmal siap .Keputusan PEKA Sains SPM perlu diisi pada bulan 7.
6.4 Pelaksanaan PBS untuk tingkatan 1 hingga 3 , semua guru panitia perlu merujuk kepada
Panduan Pembejaran Murid dan semua guru boleh mendapatkannya daripada Pn. Nik
Nurulhuda.
6.5 Pn. Roslizawani membentangkan jawatankuasa PBS bagi tahun 2015.
6.6 Keputusan akhir PBS subjek Sains mestilah diserahkan kepada ketua pentaksir tingkatan
masing-masing.
6.7 Pn. Roslizawani memaklumkan tugas ketua pentaksir bagi setiap tingkatan hendaklah
memantau pelaksanaan PEKA dan mengumpul keputusan PBS bagi tingkatan 1 hingga 3
manakala tugas ketua penyelaras tingkatan berperanan dalam menyelaraskan penggubalan
soalan dan skema peperiksaan ,mengumpul markah setiap ujian dan peperiksaan dan
laporan post mortem yang dibuat oleh guru panitia bagi setiap tingkatan masing-masing.
7) Program Peningkatan Prestasi Kecemerlangan PT3 dan SPM
7.1 Pn. Roslizawani membentangkan cadangan Program Peningkatan Prestasi Kecemerlangan
untuk SPM dan PT3 iaitu kelas tambahan , Program Mesti A, Program GALUS , kelas
tambahan malam, pelaksanaan modul dan Bengkel Teknik menjawab Soalan Sains PT3 dan
SPM.
7.2 Pn. Nik Nurulhuda memaklumkan ramai 144 orang pelajar calon PT3 pada tahun ini
termasuk 2 orang pelajar pendidikan khas dan modul Mesti A untuk PT3 akan dilaksanakan
seperti yang dirancang.
8) Hal-hal lain
8.1 En Lezabit meminta semua guru panitia melengkapkan biodata guru dan menyerahkan
kepada ketua panitia. Semua guru juga hendaklah menyerahkan rancangan pengajaran
tahunan 2015 dan headcount kepada ketua panitia.
8.2 Semua guru panitia hendaklah menyerahkan salinan jadual menghadiri kursus dan surat
tawaran Kursus kepada ketua panitia sebagai bukti untuk aktiviti perkembangan staf .
8.3 Semua guru panitia mestilah mengisi borang pemantauan sukatan berdasarkan kepada
rancangan pengajaran tahunan dan diserahkan kepada ketua panitia.
8.4 En. Lezabit menyarankan semua guru panitia untuk membuat satu kajian tindakan sama
ada secara individu atau berkumpulan pada tahun ini.
8.5 En. Lezabit menegaskan bahawa pihak pentadbiran sekolah sangat menitik beratkan
keberadaan guru dalam kelas dan mengingatkan kepada semua guru yang terlibat dengan

kursus atau bercuti untuk menyediakan tugasan kepada pelajar di dalam kelas serta
menekankan tentang sistem jual beli jadual .
8.6 En. Lezabit meminta semua guru memaklumkan kepada pelajar bahawa dua puluh
peratus dari hasil kerja pelajar akan diambil kira untuk markah akhir peperiksaan dan
semua guru mestilah menyediakan latihan kepada pelajar semasa cuti sekolah serta rekod
latihan pelajar perlu dicatit di dalam buku rekod mengajar guru
8.7 En. Lezabit memaklumkan tarikh pelaksanaan Minggu Sains Dan matematik belum
ditentukan lagi kerana kekangan masa dan pada tahun ini, tiada aktiviti pameran
diadakan serta lebih berfokus kepada aktiviti pertandingan.
8.8 En. Lezabit memberitahu semua guru yang terlibat dengan pelaksanaan TIMS dan PISA
supaya bersiap sedia dengan arahan pelaksanaan dari PPD.
8.9 Pn. Catherine mencadangkan program kecemerlangan prestasi perlu dilaksanakan untuk
kelas yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam dengan tujuan dapat meningkatkan
motivasi pelajar.
8.10 En. Lezabit menyokong cadangan itu dan meminta mana-mana guru yang ingin
mengadakan program peningkatan prestasi bagi kelas tingakatan 1,2 dan 4 supaya
membuat kertas kerja terlebih dahulu dan akan disokong oleh Ketua Bidang.
9) Penutup
9.1 Pn. Roslizawani mengucapkan terima kasih kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik,

En. Lezabit Dusin dan semua guru panitia yang hadir di atas kerjasama yang telah
diberikan.
Mesyuarat ini ditangguh pada jam 4.30 petang
Minit mesyuarat ini dicadangkan untuk disahkan oleh__________________
Dan disokong oleh _____________________ pada

jam_____________.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.............................................

.........................................................

( CIK YUSRA BT AB.LLAH )

( PN. ROSLIZAWANI BT CHE MAT )

Setiausaha,

Ketua Panitia

Panitia Sains Teras

Panitia Sains Teras

SMK Abdul Rahim, Kudat

SMK Abdul Rahim, Kudat

Anda mungkin juga menyukai