Anda di halaman 1dari 6

AZREEN:

Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,


Sayang Pesanan Terlupa Sudah,
Majlis Bermula Tirai Dibuka,
Dengan Alunan Madah Yang Indah
(BISMILLAHIRAHMANHIRAHIM)
Yang berusaha Encik Abdul Said Bin Haji Mahid, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Kabogan II, Semporna. Yang dihormati, yang Dipertuan Persatuan
Ibu Bapa dan Komuniti SMK KABOGAN II, Encik Ali Osman Bin Haji Yakub.
Turut Dihormati, Encik Dandai Bin Haji Uddang Penolong Kanan Pentadbiran
Smk Kabogan II, Puan Sharmila Binti Haji Abdul Sala Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Encik Muhadi Bin Haji Majid Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Amirullah Bin Ajirul Penolong Kanan Petang, Barisan ketua bidang,
ketua ketua panitia, guru guru, seterusnya rakan pelajar SMK KABOGAN II
yang dikasihi sekalian...
SALMIZA:
Sebagai pemula acara pada pagi yang berbahagia ini, marilah kita bersama
sama menyanyikan rangkaian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah
Airku dan Lagu Sekolah. Sidang hadirin dipersilakan untuk berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Sidang hadirin dipersilakan duduk.
A
S
A
S

:Indah Berbalam si Awan Petang,


:Berarak di Celah Pepohon Ara,
:Pemanis Kalam Selamat Datang,
:Awal Bismillah Pembuka Bicara

AZREEN:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH,
SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM AIDILFITIRI
SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
AIDILFITIRI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KABOGAN II, SEMPORNA BAGI TAHUN 2015
Bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapatlah kita bersama sama berkumpul pada pagi yang mulia

ini untuk MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT


SMK KABOGAN II, SEMPORNA bagi tahun 2015.
SALMIZA:
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al Fadhil Ustaz
Mohammad Ishak Bin Zaini...... Majlis mempersilakan,
(BACAAN DOA)
Amin.. amin Ya Rabbal Alamin.....
Majlis mengucapkan terima kasih diatas bacaan doa itu tadi. Semoga yang baik
kita mulai, yang baik jua kita datangi, insyaAllah...
AZREEN:
Guru Guru serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian,
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata.
Majlis dengan penuh rasa hormat mempersilakan, En. Abdul Said Bin Haji
Mahid ,Pengetua SMK KABOGAN II, SEMPORNA untuk menyampaikan
sepatah kata... Majlis mempersilakan..
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan
Pengetua atas ucapan itu tadi..
SALMIZA:
Guru guru serta para hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis dengan ini, menjemput dan mempersilakan Yang Dipertuan Persatuan
Ibu Bapa dan Komuniti SMK KABOGAN II, Encik Ali Osman Bin Haji Yakub
bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitiri peringkat SMK KABOGAN II, bagi tahun 2015.. Majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan...
(UCAPAN YDP PIBK)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan itu tadi..

AZREEN:
Berhias cantik di aidilfitiri,
Busana indah jadi penyeri,
Kain songket berwarna cerah,
Pertunjukan baju cantik ceria acara.
Sidang Hadirin Sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara pertunjukan baju cantik oleh para pelajar
SMK KABOGAN II,
(PERTUNJUKAN BAJU CANTIK)
Demikianlah acara pertunjukan baju cantik itu tadi..

SALMIZA:
Guru Guru serta para hadirin yang dihormati sekalian...
Seterusnya, majlis beralih ke acara yang dinanti nantikan iaitu penyampaian
hadiah bagi para pemenang pertandingan . Bagi menyempurnakan penyampaian
ini, dijemput
_______________________________________________________________
Terima Kasih diucapkan kepada _________________________
Tahniah diucapkan kepada para pemenang..

AZREEN :
Bersongkok sampan segak bergaya,
Berbaju kurung anggun jelita,
Majlis mengucapkan selamat hari raya,
Tangan dihulur maaf dipinta.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan duit raya kepada para
pelajar SMK KABOGAN II. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis
menjemput Tuan Pengetua, Encik Abdul Said Bin Haji Mahid untuk
menyampaikan duit raya.... Majlis mempersilakan...
.........................
Terima Kasih Diucapkan kepada Tuan Pengetua...

SALMIZA:
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Bagi meneruskan acara ini, majlis menjemput Yang dipertuan Persatuan Ibu
Bapa dan Komuniti SMK KABOGAN II, Encik Ali Osman Bin Haji Yakub
untuk menyampaikan sumbangan duit raya.. Majlis mempersilakan..
...................................................
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ali Osman....

AZREEN:
Seterusnya, majlis menjemput Timbalan Yang dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan
Komuniti SMK KABOGAN II, Encik Marzuki Bin Haji Omar Baki untuk
menyampaikan sumbangan duit raya.. Majlis mempersilakan..
...................................................
Terima kasih diucapkan kepada Encik Marzuki...
SALMIZA:
Hadirin Sekalian,
Acara kita teruskan lagi dengan penyampaian SIJIL TADARUS kepada guru
guru SMK KABOGAN II, SEMPORNA. Untuk itu, majlis menjemput
____________________________ untuk menyampaikan sijil.. Majlis
mempersilakan..
(PENYAMPAIAN SIJIL)

Terima Kasih diucapkan kepada _________________________.


Begitulah tadi penyampaian Sijil Tadarus kepada guru guru SMK KABOGAN
II yang mengakhiri majlis kita pada pagi ini. Para guru dijemput untuk sesi
bergambar sebagai kenang kenangan...
AZREEN:
Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan puan menjamu selera.
Dipersilakan semua guru dan pelajar SMK KABOGAN II menjamu selera
dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu selera, marilah kita
bersama sama dengarkan gemersik alunan lagu lagu raya sepanjang zaman.
Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru,
hari ini ibarat rumah terbuka warga SMK KABOGAN II, SEMPORNA, untuk
itu, janganlah malu, janganlah segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan
oleh para guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.

SALMIZA:
Sebelum Majlis bersurai izinkan kami untuk membacakan pantun..
Dagang Singgah Membeli Kajang,
Tambat Perahu di Muara Deli,
Kalau ada Umur yang Panjang,
InsyaAllah, Boleh Kita Berjumpa Lagi..
AZREEN:
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
ALLAH SWT dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah
kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta....
Dengan itu, berakhirklah sudah majlis kita pada hari ini..
AZREEN : Dikesempatan ini saya Azreen Iqvarizani Safuwan Bin Hj Abd
Mohd dan
SALMIZA : saya Salmiza Binti Abdul Azis ingin mengucapkan

AZREEN: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI, MAAF ZAHIR DAN


BATIN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KABOGAN II, SEMPORNA
SALMIZA : Wabilahitaufik walhidayah, waasalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh dan Sekian Terima Kasih...

Anda mungkin juga menyukai