Anda di halaman 1dari 10

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu

berlaku. Peristiwa serangan Israel terhadap Gaza yang mengorbankan beribu-ribu nyawa
manusia tidak seharusnya dinafikan. Selaku seorang petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), pelbagai langkah dapat dilakukan untuk menghentikan krisis ini dengan
menumpukan perhatian kepada 3 aspek iaitu dari segi menghentikan peperangan,
penyelesaian masalah secara aman dan juga langkah pencegahan.
Konflik antara Israel dan Palestine telah bermula sejak akhir 1800-an daripada
imigrasi sekumpulan orang Yahudi yang dipanggil zionis ke tanah Palestine. Mereka
bermaklamat untuk mendirikan sebuah negara Yahudi yang telah dimusnahkan oleh
Roman 2000 tahun dulu. Peningkatan populasi orang Yahudi yang drastic ke Palestine
akibat pembunuhan besar-besaran oleh Adolf Hitler di eropah telah menyebabkan konflik
orang Palestine dan Yahudi bertambah kritikal. Peperangan yang telah berlaku antara
tahun 1947 hingga 1949 telah menyebabkan Israel menguasai 78 peratus tanah Palestine
dan terus menanam semangat kebencian antara kedua-dua pihak sehingga kini. Kejadian
3 orang remaja Israel yang hilang tahun ini yang disyaki diculik oleh Hamas telah
mencetuskan semula peperangan dan menyumbang kepada krisis Gaza kali ini.
Dari segi menghentikan peperangan, salah satu langkah drastik ialah sekatan
ekonomi kepada pihak Hamas yang menguasai Gaza dan juga penghentian sokongan
daripada Amerika Syarikat terhadap Israel. Pihak-pihak tersebut haruslah dikenakan
sekatan kewangan dan perdagangan yang menyeluruh oleh Majlis Keselamatan PBB.
Matlamat pertama ini adalah untuk mendedahkan dan menghapuskan sebarang senjata
pemusnah besar-besaran. Contohnya, Revolusi 661, Resolusi 687 terhadap Iraq yang
mengharamkan segala perdagangan dan sumber kewangan kecuali perubatan dan
makanan "atas perkara kemanusiaan" (Fas.org, 1991). Pembekuan atau pengurangan dana
yang mengalir masuk ke dalam kedua-dua akaun melalui saluran pasaran gelap dan juga
saluran sah yang mampu memberi impak kritikal kepada perbendaharaan kedua-dua
pihak untuk terus membeli senjata. Aset-aset dan wang tunai yang disimpan dalam akaun
bank luar negara tidak dapat digunakan atau dipindah ke tempat lain semasa pembekuan
dilaksanakan dan fenomena ini menyebabkan mereka kekurangan wang untuk terus
membeli senjata api.
Di samping itu, sumber pendapatan merupakan antara ciri-ciri yang menyebabkan

peperangan. Sumber tersebut dapat digunakan untuk menbeli senjata-senjata pemusnahan


seperti AK-47, Rocket Propulsion Grenade (RPG) dan mortar . Sumber pendapatan utama
militan Hamas diperoleh daripada penyeludupan barangan dan juga senjata api melalui
lorong tikus Philadelphi Corridor yang terletak di antara sempadan Egypt dan juga
Genting Gaza (H.Cordesman, 2009). Oleh yang demikian, saya selaku petugas PBB telah
menggunakan pengaruh dan kuasa saya untuk memberikan mesej kepada pihak kerajaan
Egypt untuk berkerjasama mencari dan memusnahkan lorong tikus yang mendorong
kepada krisis ini. Kerajaan Palestine yang diketuai oleh Mahmoud Abbas juga meminta
kerajaan Egypt untuk memusnahkan lorong tikus. Hal ini kerana beliau berpendapat
bahawa lorong tikus ini tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Gaza.
Pendapatan tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Gaza tetapi hanya berguna kepada
milatan Hamas untuk mendapatkan senjata api (Ma'an News Agency, 2014). Hasil
daripada inisiatif dan juga kerjasama yang baik oleh kerajaan Egypt, kebanyakan lorong
tikus daripada jumlah yang sebanyak 1200 telah dimusnahkan oleh tentera Egypt.
Selain itu, pengurangan pengaliran dana masuk ke Israel turut merupakan satu
agenda yang penting untuk menghentikan krisis Gaza ini. Dalam konteks ini, kongress
Amerika Syarikat telah memainkan peranan yang mustahak kerana Amerika Syarikat
telah menghulurkan bantuan kewangan yang banyak secara langsung kepada Israel
(McArthur, 2013). Sejak tahun 1949 sampai November 2011, anggaran kasar jumlah
bantuan kewangan Amerika Syarikat kepada Israel dalam semua bentuk dijangka
sebanyak 130.212 billion US Dollars. Dalam tahun 2013 sahaja, bantuan kewangan
tentera telah berjumlah 3.1 billion US Dollars.
Lantaran itu, saya selaku petugas PBB akan menyokong pertubuhan-pertubuhan
NGO Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada ahli-ahli kongress untuk
menghentikan bantuan kewangan Amerika Syarikat kepada Israel seperti stop us aid to
israel.
Justeru itu, unsur-unsur pengaliran masuk senjata-senjata api ke dalam Israel dan
Gaza turut menjadi salah satu cabaran yang sukar dan perlu ditangani dengan segera.
Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap senjata-senjata api militan Hamas adalah
Iran, Syria, Libia, Lebanon dan Sudan. Kebanyakan senjata-senjata api yang diseludup

berasal dari pelabuhan Iran dan Syria dan kemudian dihantar ke Sinai di Egypt dan
akhirnya tiba di Gaza (llleik, 2012). Senjata-senjata api yang digunakan oleh militan
Hamas adalah banyak bergantung kepada teknologi era-Soviet Union dan contohnya
adalah seperti senjata berikut: heavy mortar, Grad and Qassam Rocket yang berfungsi
sebagai senjata jarak pendek, senjata jarak jauh seperti Fajr-5, M75 dan juga Khaibar-1
yang mampu mencecak jarak sebanyak 160Km (Marcus, 2014). Oleh itu, saya sebagai
pegawai petugas PBB, tanggungjawab saya adalah untuk membawa masuk isu ini ke
dalam Majlis Keselamatan PBB dengan menyeru kelima-lima anggota tetap yang
mempunyai kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan juga British
untuk memberi tekanan dan amaran kepada pihak yang terlibat dalam gejala
penyeludupan senjata-senjata api. Dengan ini, pengaliran masuk senjata-senjata api dapat
dikawal dan menghentikan peperangan.
Amerika Syarikat yang menjadi rakan sekutu Israel yang terpenting merupakan salah
satu pihak yang penting dalam menyelesaikan krisis ini. Hal ini kerana kebanyakan
senjata api tentera Israel berasal dari Amerika Syarikat, iaitu pengeluar senjata api
terbesar (Berrigan and D. Hartung, 2006). Pesawat pejuang F15 dan F16 yang digunakan
untuk pengeboman Gaza telah dibekal oleh Amerika Syarikat kepada Israel dan
jumlahnya adalah sekurang-kurang 467 buah pesawat pada tahun 2008. Dari segi senjata
kenderaan darat, Amerika Syarikat juga membekalkan sebanyak 1500 buah kereta kebal
M-60 kepada tentera Israel pada tahun 2009. Lantaran itu, saya selaku petugas PBB akan
mencadangkan pelaksanaan sekatan penjualan senjata api kepada Israel dan Hamas
kepada Majlis Keselamatan PBB. Justerunya menyeru Amerika Syarikat supaya tidak
menggunakan kuasa veto agar pembunuhan nyawa yang tidak berdosa dapat dihentikan.
Majlis Keselamatan PBB turut dapat berfungsi untuk mengawal konflik antara Israel
dan juga militan Hamas dengan menghantar pasukan pemelihara perdamaian ke Gaza
untuk menghentikan peperangan yang telah berlarutan selama ini. Pasukan ini merupakan
instrumen dinamik yang dibangunkan oleh PBB sebagai satu cara untuk membantu negara-negara yang
dilanda konflik agar kewujudan syarat-syarat bagi mencapai keamanan dapat dikekalkan (Luttwak, 1999) .

Mesyuarat Majilis Keselamatan haruslah diadakan untuk mengemukakan cadangan untuk


meluluskan resolusi menghantar pengaman PBB ke Gaza. Tujuannya adalah untuk
memastikan kedua-dua pihak melakukan gencatan senjata api serta meminimumkan

risiko bahaya yang dihadapi oleh penduduk Gaza. Pengaman PBB ini melaksanakan
tugasnya dengan berpandukan tiga prinsip asas iaitu persetujuan pihak-pihak,
kesaksamaan, tidak menggunakan kekerasan kecuali mempertahankan diri dan
pertahanan mandat. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu operasi Pengaman PBB tidak
dapat dijanjikan dan kerjasama semua pihak haruslah diberi dengan penuh komitmen dan
dedikasi.
Di samping itu, PBB juga berperanan dalam segi pemberian bantuan kepada
mangsa-mangsa peperangan yang terdiri daripada penduduk-penduduk Gaza. Misalnya
bantuan makanan dan air minuman bersih serta tempat perlindungan haruslah diberikan
kepada mangsa-mangsa peperangan (Oxfam International, 2014). Barang-barang tersebut
dapat dikumpul melalui Perbadanan NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah,
Persatuan St. John Ambulance, dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menyediakan
tempat perlindungan yang selamat dan kondusif kepada mereka yang terlibat. Tempat
perlindungan yang disediakan oleh PBB mesti diisytiharkan sebagai zon bebas
peperangan dan mewajibkan kedua-dua pihak untuk mematuhi undang-undang
peperangan antarabangsa. Pembinaan klinik-klinik dan hospital sementara yang
dilengkapi dengan peralatan perubatan pembedahan, anestetik dan juga pembasmian
kuman haruslah dipercepatkan supaya peratusan kehilangan nyawa mangsa peperangan
dapat diminimumkan (Map-uk.org, 2014).
Strategi seterusnya dalam menghentikan krisis Gaza adalah membaik pulih
keadaan di Gaza. Penjelasan yang lebih nyata ialah petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) mengadakan dialog keamanan antara kedua-dua pihak yang terlibat serta
pembinaan infrastruktur yang memangkinkan kelahiran penduduk Gaza yang sukakan
keamanan serta dapat hidup dalam kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk memenuhi objektif ini. Antaranya
ialah mengadakan dialog antara pemimpin Israel dan Hamas (Milton-Edwards, 2004).
Tujuannya adalah membolehkan mereka dap membincangkan apa-apa soalan serta
menyelesaikan perselisihan faham yang timbul antara kedua-dua pihak. Ini adalah untuk
mengelakkan mereka menggunakan kaedah peperangan sebagai jalan penyelesaian.
Tujuan lain ialah memupuk persefahaman antara kedua-dua pihak tersebut. Seseorang
yang memahami orang lain dengan lebih mendalam tidak akan menjejaskan hubungan

melalui keganasan kerana setiap insan menginginkan kehidupan yang aman damai.
Selain itu, disebabkan kemusnahan yang dilakukan oleh serangan tentera Israel,
infrastruktur-infrastruktur yang penting di dalam negara Gaza seperti hospital, sekolah
dan kawasan perumahan berada dalam keadaan purana. Penduduk-penduduk Gaza tidak
dapat menikmati kehidupan yang normal dan bermaruah kerana kehilangan nyawa yang
dikasihi serta elemen asas kehidupan seperti makanan dan minuman yang mencukupi
ataupun tempat tinggal yang selesa (Lewando Hundt et al., 2004). Situasi ini akan
menyebabkan penduduk-penduduk Gaza terus membenci pihak Israel. Lama-kelamaan,
penduduk-penduduk Gaza akan mengangkat senjata untuk cuba memusnahkan Israel
dengan apa-apa cara walaupun peratus kejayaannya adalah rendah. Tindakan terburuburu ini akan mengakibatkan kehilangan lebih banyak nyawa yang sepatutnya boleh
digunakan untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat pada masa akan datang.
Tindakan sebegini akan menyukarkan proses pendamaian antara kedua-dua pihak
kerana Israel akan membalas dengan keganasan juga. Keganasan ini akan berterusan
sampai bila-bila jika tiada pihak yang menampilkan diri untuk mengemukakan
perdamaian. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menyatakan bahawa
pihak Hamas seolah-olah kumpulan ekstremis ISIS yang suka berperang dan ingin
menghancurkan negara Israel (the Guardian, 2014). Keadaan seperti ini akan
menyebabkan Israel menjadi lebih defensif kerana Hamas sering melakukan serangan
roket terhadap Israel.
Israel sepatutnya memberhentikan sekatan darat dan laut Gaza supaya usaha-usaha
perikemanusiaan dapat dijalankan di Gaza, contohnya rawatan kecemasan dan perhatian
perubatan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah. Israel juga harus berwaspada supaya
senjata-senjata api tidak dapat diseludupkan ke dalam Gaza.
Selain itu, negara seperti Israel dan petugas PBB harus memperolehi bantuan
kewangan daripada International Monetary Fund (IMF), iaitu sebuah badan
antarabangsa yang bertujuan membantu ahli-ahli negaranya yang menghadapi masalah
kewangan untuk memperbaiki keadaan ekonomi, sosial dan politik negara tersebut (BBC
News, 2014). Oleh itu, Israel boleh meminjam wang daripada badan tersebut untuk
membaik pulih infrastruktur-infrastruktur di Gaza.

Infrastruktur politik seperti dewan bandaraya dan pejabat pengurusan Gaza harus
dibina untuk memberi status pengiktirafan kepada pentadbir-pentadbir Gaza (Khoury,
2014). Sebuah pasukan polis Gaza ditubuhkan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada
penduduk-penduduk Gaza. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti
keganasan dijalankan atau mencegah unsur-unsur subversif dijalankan di dalam Gaza.
Unsur-unsur subversif ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang ingin menjejaskan
keamanan dan kemakmuran antara Gaza dan Israel demi kepentingan diri sendiri.
Contohnya pembelian senjata-senjata yang tidak sah ataupun pembunuhan rakyat Israel
dan Gaza. Lebih-lebih lagi tindakan yang tidak boleh dimaafkan ialah penyimpanan
senjata-senjata berbahaya di tempat-tempat awam yang mempunyai aliran orang yang
ramai seperti pusat beli-belah, sekolah dan hospital.
Kuasa politik Gaza yang teguh, rasional dan tidak menggunakan peperangan
sebagai

jalan

penyelesaian

membolehkannya

mempunyai

kelebihan

untuk

membincangkan hal-hal perdamaian dengan Israel tanpa pertumpahan darah. Ini dapat
dicapai melalui pembinaan infrastruktur-infrastruktur politik Gaza yang kukuh.
Justerunya, infrastruktur-infrastruktur ekonomi seperti pusat beli-belah, institusi-institusi
kewangan serta kawasan pertumbuhan perniagaan dan ekonomi harus diwujudkan (G.
Verstandig, 2014). Bantuan kewangan sepatutnya diberikan kepada penduduk Gaza yang
miskin supaya mereka dapat membina semula perumahan mereka untuk menjalani
kehidupan

biasa

mereka.

Golongan

yang

berpendapatan

rendah

dapat

memperkembangkan taraf kehidupan mereka melalui peluang pekerjaan yang telah


disediakan.
Langkah ini akan membasmi kemiskinan menmbolehkan penduduk-penduduk
Gaza mempunyai tujuan hidup yang baru selain daripada berperang. Penduduk-penduduk
Gaza yang telah membina perniagaan dan mempunyai kehidupan yang stabil tidak mudah
terjerumus ke dalam aktiviti keganasan atau mengambil risiko untuk bersuhabat dengan
mereka demi memulihara mata pencariannya dan kehidupannya. Risiko ini berkali ganda
apabila mereka mempunyai sebuah keluarga yang bergantung kepada mereka.
Akhir sekali, pembinaan infrastruktur-infrastruktur sosial seperti sekolah dan
hospital di Gaza merupakan elemen-elemen penting dalam membaikpulih keadaan di

Gaza. Contohnya, pembinaan sekolah di Gaza membolehkannya mewajibkan semua


penduduk-penduduk Gaza menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ini adalah untuk
memastikan kanak-kanak Gaza tidak didedahkan kepada elemen kebencian dan
keganasan sejak kecil lagi. Ko-kurikulum sekolah harus dipantau dari semasa ke semasa
untuk memastikan unsur-unsur keganasan dan pemikiran yang bercelaru tidak akan
disampaikan kepada generasi muda Gaza. Mereka harus dibimbing untuk melahirkan
perasaan cinta dan kasih sayang, saling memahami serta berikhtiar mencari jalan
penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan konflik tanpa pertumpahan darah (ALMUGHRABI, 2014). Ini akan melahirkan generasi baru Gaza yang cintakan keamanan.
Mereka boleh menambah ilmu dan mencungkil kemahiran lain supaya mereka dapat
menjadi golongan profesional seperti doktor, jurutera, guru, pensyarah dan lain-lain lagi.
Golongan-golongan tersebut boleh menabur bakti kepada komuniti mereka untuk
membangunkan dan memajukan Gaza (Morello and Booth, 2014). Kedudukan
sosioekonomi Gaza dan tahap kehidupan penduduk Gaza akan bertambah baik. Penduduk
Gaza juga dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup. Oleh itu, dengan sikap
penduduk Gaza yang sukakan keamanan dan anti-perang, Israel tidak mempunyai alasan
untuk menyerang dan menzalimi Gaza. Israel juga tidak akan berbuat sedemikian kerana
ia akan menjejaskan imejnya apabila menyerang penduduk yang tidak bersenjata.
Media massa Gaza juga harus diwujudkan, ia harus merangkumi perkhidmatan
radio, televisyen, surat khabar dan Internet untuk memerangi propaganda yang berunsur
keganasan dan suka memuliakan peperangan (Hosain, 2014). Media massa ini harus
memberikan gambaran yang sebenar tentang situasi di Gaza serta tidak bersikap berat
sebelah supaya tiada pihak yang beruntung. Penduduk Gaza harus mengetahui kebenaran
bahawa tindakan keganasan akan mengakibatkan kesengsaraan dan merekalah yang
memainkan peranan penting dalam menghentikan pertumpahan darah.
Isu-isu kemerdekaan Gaza boleh dicapai tanpa peperangan, seperti yang dicapai
oleh Tanah Melayu pada tahun 1957 daripada British. Walau bagaimanapun, penduduk
Gaza seharusnya hidup dalam keamanan tanpa gangguan seperti orang lain di seluruh
pelosok dunia ini. Hak ini adalah hak manusia sejagat dan hak ini patut dipertahankan
oleh kedua-dua pihak dalam kemelutan ini dan perkara ini mesti menjadi keutamaaan.

Rujukan
AL-MUGHRABI, N. (2014). Post-war counseling awaits Gaza children going back to
school. [Online] Reuters. Available at: http://www.reuters.com/article/2014/09/15/usmideast-gaza-education-idUSKBN0HA04T20140915 [Accessed 7 Oct. 2014].
BBC News, (2014). Donors offer $5.4bn for Palestinians. [Online] Available at:
http://www.bbc.com/news/world-middle-east-29586636 [Accessed 12 Oct. 2014].
Berrigan, F. and D. Hartung, W. (2006). U.S. Military Assistance and Arms Transfers to
Israel: U.S. Aid, Companies Fuel Israeli Military. 1st ed. [ebook] pp.2-7. Available at:
https://web.archive.org/web/20060814225820/http://www.worldpolicy.org/projects/arms/
reports/israel.lebanon.FINAL2.pdf [Accessed 12 Oct. 2014].
Fas.org, (1991). RESOLUTION 687 (1991) Adopted by the Security Council at its 2981st
meeting,on

April

1991.

[Online]

Available

at:

http://fas.org/news/un/iraq/sres/sres0687.htm [Accessed 10 Oct. 2014].


G. Verstandig, T. (2014). Rebuilding Gaza and Representing the Palestinian People.
[Online]

Aspen

Journal

of

Ideas.

Available

at:

http://aspen.us/journal/editions/septemberoctober-2014/rebuilding-gaza-%E2%80%93and-representing-palestinian-people [Accessed 8 Oct. 2014].


H.Cordesman, A. (2009). THE GAZA WAR: A Strategic Analysis. Going to War.
Washington: Center for Strategic & International Studies, Burke Chair In Strategy, pp.510.
Hosain, A. (2014). 8 Ways to Help the People of Gaza. [Blog] THE BLOG. Available at:
http://www.huffingtonpost.com/anna-hosain/8-ways-to-help-the-people_b_5635388.html
[Accessed 9 Oct. 2014].
Kershner, I. (2014). As Gaza Tunnels Closed, Hamas Lost Cash, Israeli Official
Says. The

New

York

Times.

[Online]

Available

http://www.nytimes.com/2014/01/31/world/middleeast/hamas-cash-flow.html?_r=2
[Accessed 11 Oct. 2014].

at:

Khoury, J. (2014). Palestinian PM: Rebuilding Gaza top priority - Diplomacy and
Defense. [Online] Haaretz.com. Available at: http://www.haaretz.com/news/diplomacydefense/.premium-1.620014 [Accessed 12 Oct. 2014].
Lewando Hundt, G., Chatty, D., AZIZ THABET, A. and Abuateya, H. (2004). Advocating
multi-disciplinarity in studying complex emergencies: the limitations of a psychological
approach to understanding how young people cope with prolonged conflict in
Gaza. Journal of Biosocial Science, 36(04), pp.417--431.
llleik, H. (2012). How Hamas Gets its Weapons. alakhbar english. [Online] Available at:
http://english.al-akhbar.com/node/13950 [Accessed 12 Oct. 2014].
Luttwak, E. (1999). Give war a chance. Foreign Affairs, pp.36--44.
Ma'an News Agency, (2014). Egypt 'destroys 1,370 Gaza smuggling tunnels,' says army.
[Online]

Available

at:

http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=680987

[Accessed 12 Oct. 2014].


Map-uk.org, (2014). No quick fix when it comes to surgery in Gaza - News - Medical
Aid

for

Palestinians.

[Online]

Available

at:

http://www.map-

uk.org/news/archive/post/146-ano-quick-fixa-when-it-comes-to-surgery-in-gaza
[Accessed 8 Oct. 2014].
Marcus, J. (2014). What weapons are being used in the Israel-Gaza conflict. BBC News.
[Online] Available at: http://www.bbc.com/news/world-middle-east-28245343 [Accessed
13 Oct. 2014].
McArthur, S. (2013). Washington Report on Middle East Affairs. A Conservative
Estimate of Total U.S. Direct Aid to Israel: More Than $130 Billion. Washington:
American Educational Trust, pp.22-24.
Milton-Edwards, B. (2004). Elusive ingredient: Hamas and the peace process. JSTOR.
Morello, C. and Booth, W. (2014). Kerry pledges more U.S. aid to rebuild Gaza. The
Washington Post. [Online] Available at: http://www.washingtonpost.com/world/kerry-incairo-for-talks-on-rebuilding-war-ravaged-gaza/2014/10/12/e386d5b2-f17c-429f-85f90d6ce78d6c37_story.html [Accessed 13 Oct. 2014].

Oxfam International, (2014). Gaza: Food vouchers provide a lifeline for families who
have lost everything. [Online] Available at: http://www.oxfam.org/en/crisis-gazaoccupied-palestinian-territory-and-israel/gaza-food-vouchers-provide-lifeline-families
[Accessed 9 Oct. 2014].
the Guardian, (2014). Binyamin Netanyahu: Isis and Hamas 'branches of the same
poisonous

tree'.

[Online]

Available

http://www.theguardian.com/world/2014/sep/29/netanyahu-un-isis-hamas-branchespoisonous-tree [Accessed 10 Oct. 2014].

at:

Anda mungkin juga menyukai