Anda di halaman 1dari 2

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku

yang tidak normal dan terkeluar daripada nilai dan norma sosial
masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk
sekolah. Tingkah laku bermasalah seseorang individu juga didefisikan oleh
Mohd Nazar Mohamad (1990) sebagai tingkah laku yang mengganggu
perjalanan kehidupannya.
Sigmund Freud (1856-1939) merupakan pengasas kepada
pendekatan psikoanalitik. Pendekatan ini telah menyatakan bahawa
pembentukan tingkah laku seseorang individu adalah bermula daripada
zaman kanak-kanak iaitu pada peringkat perkembangan lima tahun yang
terawal. Bagi menjelaskan teori psikoanalitik ini, sigmund freud telah
membahagikan personaliti kepada tiga tahap kesedaran di dalam diri
seseorang individu. Tiga tahap tersebut adalah tahap sedar (concious),
prasedar (preconcious), dan bawah sedar ( unconcious). Freud telah
mengutarakan beberapa konsep personaliti bagi memahami pemikiran
manusia. Konsep personaliti tersebut mempunyai tiga sistem yang
mempunyai saling kaitan antara satu sama lain dalam pembentukan
tingkah laku seseorang individu tersebut. Tiga sistem yang dimaksudkan
adalah id, ego dan superego. Ketiga-tiga sistem ini terkandung dalam dirii
manusia yang berinteraksi dalam menentukan agihan tenaga untuk
pembentukan sesuatu tingkah laku tersebut.
Sistem yang pertama adalah Id.
Id dinyatakan berfungsi
berteraskan kenikmatan, sentiasa mendesak untuk memperoleh sesuatu
yang menyenangkan, menyeronokkan dan yang memuaskan. Id juga
dinyatakan bahawa merupakan sumber libido. Libido ini pula adalah satu
tenaga psikik yang berfungsi untuk menggerakkan pemikiran dan tingkah
laku seseorang. Id akan bertindak dengan berlandaskan kepada prinsip
kenikmatan dengan mencari kepuasan dan mengelak kesakitan. Walau
bagaimanapun tidak semua kehendak dapat dipuaskan dan ini akan
menimbulkan ketegangan dan pergelutan. Untuk mengatasi permasalahan
tersebut, proses pemikiran asas atau premier ( premiery process ) dengan
membentuk dan membayangkan sesuatu objek yang diingini.
Ego pula berfungsi sebagai penyelaras atau pengurus yang
memastikan sama ada membenarkan atau tidak membenarkan id
bertindak menggunakan tenaga libido. Ego juga beroperasi berlandaskan
kepada prinsip realistik. Hal ini kerana perlu untuk mencari jalan yang
realistik dan mempertimbangkan kewajaran dalam memenuhi keperluan.
Dalam masa yang sama cuba untuk mengelak masalah yang disebabkan
oleh fikiran dan tingkah laku yang bersifat mementingkan diri sendiri.
Sistem yang terakhir adalah superego yang merupakan personaliti
yang mempunyai nilai moral. Menurut Freud lagi, id dan ego tidak
mempunyai nilai moral. Superego ini dibahagikan kepada dua komponen
iaitu hati nurani ( conscience ) dan ego ideal. Hati nurani adalah

merupakan kesemua tingkah laku yang menyebabkan


kanak-kanak
dihukum dan kesannya mereka berasa bersalah manakala ego ideal pulah
adalah tingkah laku yang menyebabkan seseorang kanak-kanak tersebut
dipuji dan diberi ganjaran dan ini akan membuatkan mereka berasa
bangga. Ketiga-tiga sistem personaliti ini boleh dilihat dalam sesuatu
situasi. Sebagai contoh, ketika lapar id akan mendesak untuk
mendapatkan makanan dan akan dikendalikan oleh ego dengan merujuk
kepada superego untuk mencari makanan yang harus dimakan, di mana
boleh diperoleh dan bagaimana harus dimakan.
Dalam mengurus tingkah laku murid-murid berkeperluan khas, guruguru pendidikan khas mempunyai peranan yang besar. Guru-guru
pendidikan khas harus mempunyai strategi ataupun langkah-langkah yang
sesuai untuk membentuk tingkah laku murid-murid yang baik. Sebagai
contoh, apabila murid pendidikan khas melakukan kesalahan, guru harus
memberikan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini adalah untuk
menyedarkan murid tersebut bahawa murid tersebut telah melakukan
kesilapan. Pengajaran tersebut haruslah membuatkan murid tersebut tidak
mengulangi lagi kesilapan dan hendaklah pengajaran tersebut tidak
mendera murid tersebut. Apabila murid tersebut melakukan sesuatu yang
baik dan membanggkan, pujian haruslah diberikan. Ganjaran juga
digalakkan. Hal ini secara tidak langsung akan membuat murid tersebut
berasa bangga dan sentiasa akan berkelakuan baik. Melalui cara tersebut,
murid-murid dapat membezakan kelakuan yang baik dan buruk.

Anda mungkin juga menyukai