Anda di halaman 1dari 17
KAJIAN PEMBACAAAN SURAH AL-FATIHAH DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Muhamad Farhan Bin Ismail & Siti Nurfarhana Bt Zakaria Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah penguasaan bacaan surah Al- Fatihah dengan fasohah (lancar) di kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Kajian ini dijalankan secara soal selidik yang telah penyelidik bekalkan kepada para pelajar di politeknik berkenaan. Politeknik yang dikaji ialah Politeknik Kuching Sarawak dengan bilangan responden seramai 100 orang yang telah dipilih secara rawak oleh penyelidik. Dengan kata lain, pemilihan sampel seramai 100 orang itu berdasarkan tempat penyelidik bertugas. Data yang dianalisis secara statistik deskriptif yang menjurus kepada huraian peratus. Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru agama atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di kelas serta mempertingkatkan kemahiran pembacaan Al-Quran. PENGENALAN Al-Quran merupakan Kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril as. Dalam Al-Quran ini terdapat satu surah yang wajib dibaca oleh sctiap muslim ketika menunaikan solat iaitu Surah Al-Fatihah. Surah ini terletak di awal mushaf Al-Quran dengan mempunyai 7 ayat. Sesetengah ulama’ menyatakan bahawa surah ini mempunyai 6 ayat Kerana basmalah tidak termasuk dalam surah Al-Fatihah. Akan tetapi bagi mereka yang menyatakan basmalah termasuk dalam surah Al-Fatihah maka surah ini menjadi 7 ayat. Dewasa kini, ramai dari kalangan pelajar melayu islam yang tidak dapat membaca Al- Quran dengan baik sekali gus tidak dapat membaca surah Al-Fatihah dengan baik dan ini mencacatkan solat individu terbabit. Antara yang dikenal pasti punca kehilangan pengetahuan ini ialah dari ketidakbolehan anak anak muda Melayu ini membaca tulisan jawi sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Al-Quran. Oleh itu, peranan guru guru agama dituntut bagi membolehkan generasi anak muda Melayu dapat membaca Al-Quran sekali gus dapat menunaikan solat dengan sempuma. Kewajipan ini merupakan sesuatu yang amat berat kerana ia berkaitan dengan ibadat yang diterima dan ditolak. Penyelidik berpendapat satu tindakan rastik mesti diambil dan kajian harus dijalankan bagi mengenal pasti dan mengetahui kkaedah yang berkesan untuk membendung ketidakbolehan masyarakat Islam di Malaysia membaca Al-Quran khususnya di Politeknik Kuching Sarawak. REFLEKSI DARI PEMBELAJARAN LEPAS Setelah penyelidik menyelidiki permasalah yang berlaku dikalangan pelajar di Politeknik Kuching Sarawak, penyelidik mendapati bahawa para pelajar di politeknik berkenaan masih ada yang tidak dapat membaca surah Al-Fatihah dengan lancar dan ‘masih ada yang tidak dapat membacanya dengan betul, ini menyebabkan mereka tidak dapat menghafaz dengan betul. Masalah membaca Al-Fatihah dengan betul dikaji kerana ia berkaitan hukum fekah iaitu sah atau pun tidak solat seseorang itu jika bacaannya tidak sempuma. Oleh kerana surah ini amat penting dalam kehidupan seorang muslim dan diwajibkan kepada setiap muslim untuk membacanya setiap kali bersolat berdasarkan hadith Nabi yang bermaksud sa idak dikira solat bagi mereka yang tidak membaca Al-Fatihah.” (Hadith Al-Bukhari dan Muslim) ‘Barangsiapa yang bersolat lalu tidak dibacakan padanya Al-Fatihah maka solatnya adalah cacat (tipu), solatnya adalah cacat, solatnya adalah cacat.” (Riwayat Muslim) Berdasarkan dari hadith Nabi s.a.w itu tadi menunjukkan bahawa kepentingan membaca surah Al-Fatihah amat penting schingga dapat menjejaskan solat seseorang itu sendiri. Kerana itu, timbul perasaan ingin memperbaiki keadaan ini dalam hati penyelidik sekaligns para pelajar dapat mendirikan solat dengan sempurna Penyelidik merasakan teknik yang bersesuaian akan diperkenalkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih berkesan lagi MASALAH YANG DIKAJI Berdasarkan refleksi seperti temubual dengan murid murid serta sempelan soal selidik seramai 100 orang pelajar, kesimpulan yang boleh di ambil ialah Tidak megenal huruf sehingga tidak dapat membaca langsung Membaca tanpa waqaf (berhenti) Berhenti ditempat yang dilarang bethenti Bertukar makhraj huruf huruf tertentu dalam surah terbabit. Tidak membaca dengan tajwid yang betul PERNYATAAN MASALAH = Apakah faktor kelemahan pembacaan Al-Fatihah? = Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Fatihah? = Adakah teknik peneguhan dapat membantu menyelesaikan masalah _ tidak dapat membaca Al-Fatihah dikalangan pelajar dapat diatasi? OBJEKTIF KAJIAN = Umum - Membantu pelajar untuk membaca surah Al-Fatihah dengan betul dan Iancar. * Khusus - Mengenal pasti faktor kelemahan bacaan Al-Fatihah - Meningkatkan kemahiran membaca Al-Fatihah dengan lancar - Meningkatkan kemahiran menghafaz Al-Fatihah dengan sepurna. -Memperkenalkan teknik yang lebih berkesan bagi merangsang minat pelajar untuk mempelajari Al-Quran. KKUMPULAN SASARAN Pelajar Politeknik Kuching Sarawak seramai 100 orang yang dipilih secara rawak. PELAKSANAAN ~ Tinjauan Masalah = Sebilangan pelajar tidak dapat membaca surah Al-Fatihah dengan betul ~ Pelaksanaan Program = Latih tubi * Kaedah talaqgi dan hafazan (membetulkan bacaan) * Kaedah tasmi’ dan latih tubi SOROTAN LITERATUR Menurut Saleh bin Yusof (2005), bacaan atau hafazan secara bersendirian yang digunakan oleh murid tanpa panduan tertentu menyebabkan masa yang diambil agak lama dan kadang kala tidak membuahkan hasil. Kerana itu, ramai dikalangan pelajar tidak dapat menguasai Al-Quran dengan baik, dengan kata lain tidak dapat menguasai surah Al-Fatihah dengn baik. Menurut beliau lagi, pelajar juga harus ditekankan dari sudut penulisan semula ayat ayat yang dihafal. Ini kerana, dengan menggunakan kaedah penulisan semula ini dapat meningkatkan daya hafalan. Jika pelajar dapat menulis semula ayat ayat yang dibafalnya maka mustahil mereka lupa. Manakala menurut Abdurrahman bin Abd Khalik (1994) pula menyatakan perlunya ada sifat ikhlas dalam niat menghafaz, membetulkan ucapan dan bacaan,menghadkan kadar hafalan setiap hari, jangan melebihi kadar hafalan setiap hari, menetapkan satu mashaf Al-Quran, memahami makna dan sentiasa mengulangi hafalan. Menurut beliau lagi, perlunya ada adab adab bagi mereka yang ingin menghafaz Al- Quran seperti mempunyai sifat sifat yang mulia, menahan dirinya dari larangan Al- Quran demi menghormati Al-Quran, dan hendaklah dia terhindar dari kehinaan, mempunyai jiwa yang mulia, melepaskan diri dari kaum penguasa dan orang orang yang mencintai dunia, merendahkan diri kepada golongan yang soleh, orang orang yang membuat kebajikan dan fakir miskin dan hendaklah dia kusyuk, tenang dan penuh wibawa, METODOLOGI KAJIAN a) Soal selidik / instrumen : Instrumen merupakan sebarang alat yang dipergunakan untuk mendapat maklumat, mengukur atau untuk mengkaji sesuatu perkara (contoh : ujian, soal selidik). Instrumen yang dibina haruslah lengkap agar ia dapat mengumpul semua maklumat yang diperlukan. Instrumen yang pernah digunakan boleh dikelaskan kepada kepada dua jenis instrumen. Satu jenis yang diisi sendiri oleh penyelidik dan satu lagi diisi oleh partisipan (orang yang dikaji), Bagi instrumen yang dilengkapi sendiri oleh penyelidik termasuklah : skala kadar, jadual temuduga, senarai semak, rekod anekdot dan lain lain lagi. Manakala bagi instrumen yang diisi oleh partisipan ialah : soal selidik, senarai semak kendiri, skala sikap, inventori syakhsiah dan sebagainya. Penyelidik menggunakan soal selidik yang mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mempunyai enam soalan yang mengkehendaki responden menjawab dengan menggunakan Skala Liket iaitu 1 untuk sangat baik, 2 untuk baik, 3 untuk sederhana, 4 untuk lemah dan 5 untuk sangat Iemah. Responden hanya perlu memilih salah satu jawapan dari skala liket bagi setiap soalan. Bahagian ini memfokuskan kelancaran pelajar membaca Al-Fatihah dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Bagi bahagian B pula terkandung soalan bernombor 7 hingga 15 yang menggunakan soalan tertutup. Responden hanya perlu memilih sama ada Ya atau Tidak bagi setiap soalan yang dinyatakan. Manakala bagi bahagian ini pula bertujuan untuk melihat sejauhmana kefahaman pelajar tentang surah Al-Fatihah. Kebaikan soal selidik yang penyelidik gunakan ini ialah : 1. dapat mengumpulkan maklumat dengan banyak. dapat diedarkan kepada responden yang ramai. 3. tiada masa yang dihadkan untuk mereka menjawab semua soalan dalam instrumen berkenaan. b) — sampelan kajian: Sampel kajian terdiri daripada pelajar pelajar Politeknik Kuching Sarawak seramai 100 orang dipilih secara rawak. Contoh borang soal selidik yang diberikan kepada pelajar adalah seperti lampiran A. DAPATAN KAJIAN Analisis Data Data kajian ini telah dianalisis tanpa menggunakan mana-mana perisisan seperti SPSS dan lain-lain, Penyelidik hanya mengguna peratusan untuk menganalisis data yang ada. Kajian dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang dipilih secara rawak di Politeknik Kuching Sarawak yang beragama Islam, mereka dipilih seramai 100 orang bagi melengkapkan kajian ini. Dapatan Bil ~ Perkara ia ee 1 Adakah anda dapat membaca surah Al- | 9% | 23% | 11% | 57% : Fatihah dengan lancar? 2 |Bagaimanakah tahap penguasaan tajwid | 3% | 13% [21% | 63% | - anda? 3 |Bagaimanakah tahap hafalan surah Al-|3% |77% | 15% | 5% | - Fatihah anda? 4 | Adakah anda mengetahui makna surah Al-| - | 15% | 21% | 35% | 29% Fatihah? 5 | Jika anda diminta untuk menulis surah AI] - [| - | - [49% | 51% Fatihah tanpa melihat pada Al-Quran, bagaimanakah tahap penguasaan anda? © |Sejauh mana penghayatan anda ketika | 3% | 13% | 21% | 63% | - ‘membaca surah Al-Fatihah? Jadual 1: Fokus Kelancaran Membaca Al-Fatihah’ Dapatan menunjukkan bahawa pelajar masih lagi gagal menguasai Al-Quran, Khususnya dalam surah Al-Fatihah, sekaligus mencacatkan pelaksanaan solat dikalangan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar masih lemah walaupun mereka dapat menghafaz surah tersebut. Dari sudut tajwid, responden juga masih leah dari sudut penguasaannya. Ini bermakna responden hanya menghafaz sahaja walaupun tidak dapat membaca dengan lancar dan tidak menguasai tajwid Membaca dengan lancar Membaca d Perkara bilangan 1 Jadual 1 hanya 9% dikalangan pelajar yang sangat baik dalam membaca surah tersebut dan majoriti dari mereka iaitu 57% tidak mampu membaca dengan fasohah (Iancar), i Perkara 2 Jadual 1 pula memjelaskan mengenai penguasaan tajwid. 63% dari responden menyatakan bahawa mereka lemah dalam penguasaan tajwid, ini merupakan kumpulan responden yang tertinggi bagi perkara bilangan dua ini, 21 % dalam Kategori sederhana, 13 % dalam kategori baik dan hanya 3 % sahaja dari kalangan responden menyatakan bahawa mereka sangat baik dalam penguasaan tajwid, Tahap hafalan Walaupun pelajar tidak dapat membaca dengan lancar mereka tetap juga menghafaznya. Ini dibuktikan dalan perkara bilangan 3 yang menunjukkan 77% dari pelajar baik dalam hafazan mereka dan hanya 5% yang lemah dalam hafazan. Kesimpulannya, pelajar hanya menghafaz surah tersebut walaupun dengan kesalahan dari sudut fasohah (kelancaran), Graf yang dipaparkan di atas menggambarkan bahawa terdapat responden yang memahami maksud surah Al-Fatihah yang dihafaz oleh mereka walaupun mereka tidak dapat membacanya dengan lancar. Ini terbukti dengan 15% dari kalangan responden baik dari sudut pengertian makna, 21% berada di tahap sederhana, 35% berada di tahap lemah dan 29% pula berada di tahap yang sangat lemah. Penguasean penulisan Froqueney Bagi perkara bilangan 5 Jadual 1 menunjukkan bahawa 51% dari responden sangat Jemah untuk menulis semula surah Al-Fatihah setelah dihafaz oleh mereka dan 49% dari mereka lemah. Ini membuktikan bahawa pelajar langsung tidak dapat menulis apa yang dihafaz oleh mereka. Graf yang terakhir dalam bahagian ini pula menceritakan mengenai penghayatan pelajar Ketika membaca surah Al-Fatihah. Majoriti pelajar lemah dari sudut penghayatan iaitu sebanyak 63%,21% pula berada dalam tahap sederhana,13% di tahap baik dan hanya 3% sahaja dari kalangan responden menyatakan bahawa mereka berada di tahap yang sangat baik. Bil Perkara Ya/ | Tidak/ Betul | Salah 7 | Adakah anda mengenali surah Al-Fatihah? 100% - 8 | Adakah anda membaca surah Al-Fatihah Ketika| 100% - mengerjakan solat? 9 | Surah Al-Fatihah mempunyai 11 ayat. 3% 97% 10 |Semasa membaca surah Al-Fatihah, adakah anda | 100% - merasa yakin bahawa susunan ayat dalam surah yang, anda baca itu betul? 11 _| Surah Al-Fatihah terletak di akhir mushaf. = | 100% 12 | Adakah bacaan Fatihah merupakan bacaan sunat dalam | 93% ‘| solat? 13 | Adakah anda membaca surah Al-fatihah sebanyak 21| 37% | 63% kali dalam solat_yang wajib bagi tempoh schari semalam. 14 _| Adakah anda faham maksud surah ini? 36% | 64% 15 | Vika anda tidak membaca surah Al-Fatihah ketika dalam | 7% 93% | solat, adakah solat anda terbatal? Jadual 2 : Kefahaman Pelaja Dalam Jadual 2 pula menjelaskan mengenai kefahaman pelajar tentang surah Al- Fatihah. Kefahaman pelajar penting dalam menghayati surah tersebut kerana dengan kefahaman yang betul barulah pelajar akan kusyuk dalam solat Perkara bilangan 7, 8, 10 dan 11 menunjukkan peratusan yang maksimum iaitu 100%. Ta merangkumi pengenalan mengenali surah, pembacaan dalam solat , susunan dalam pembacaan dan kedudukan surah tersebut dalam mushaf. Ini menunjukkan pelajar menpunyai asas dalam pengetahuan mengenai A-Quran, Cuma perlu kepada sedikit penggarapan ilmu kepada mereka agar lebih elok dan mantap bacaan serta hafazan mereka, Buktinya, pada perkara bilangan 9, terdapat pelajar (3%) yang masih keliru mengenai bilangan ayat dalam surah Al-Fatihah walaupun mereka mengenalinya. Manakala dalam bilangan 12 menunjukkan 7% dari kalangan pelajar mengatakan bahawa ia adalah bacaan sunat dalam solat walaupun mereka membacanya dalam setiap kali solat (perkara bilangan 8 menunjukkan 100% dari kalangan pelajar membacanya dalam solat). Perkara bilangan 13 menceritakan kepada kita bahawa ada segelintir pelajar masih lagi gagal untuk mengetahui bilangan bacaan surah Al-Fatihah iaitu sebanyak 37% sedangkan bilangan bacaan surah tersebut adalah sama dengan bilangan rakaat dalam solat yang wajib iaitu sebanyak 17 kali Perbincangan Dan Rumusan Dari kedua-dua jadual tersebut, ia membuktikan bahawa pelajar masih lagi lemah dalam penguasaan Al-Quran terutamanya dalam Surah Al-Fatihah. Mereka mempunyai asas tetapi ia belum mencukupi kepada mereka. Ini kerana usia mereka yang berada dalam lingkungan 17 hingga 21 tahun, sepatutnya tidak lagi diperkatakan dari sudut kelancaran (fasohah) akan tetapi boleh difokuskan kepada permasalahan yang lain. CADANGAN Penyelidik ingin mencadangkan satu kaedah yang perlu dilaksanakan di Politeknik Khusus kepada mata pelajaran Pendidikan Islam. Ini kerana, ,didapati sebelum ini kaedah sebegini jarang digunakan dalam mata pelajaran tersebut bagi membangkitkan semangat para pelajar dalam meningkatkan penguasaan mereka. Kaedah yang ingin dicadangkan ialah pengajaran melalui Sistem Makmal sebagaimana yang dijalankan kepada subjek-subjek sains di peringkat sekolah. Persoalannya ialah mengapa perlu Makmal Pendidikan Islam secara berasingan? Jawapannya ialah, pengajian Islam memerlukan satu tempat yang lebih sesuai untuk ijalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Ini kerana faktor tempat juga memainkan peranan yang penting dalam *mencuri” minat_pelajar_ terhadap ‘matapelajaran yang diajarkan, Keperluan kepada Makmal Pendidikan Islam adalah seperti makmal bahasa bagi program pengajian bahasa, Ini kerana degan adanya sistem audio yang canggih dan Paparan yang sempuma secara tidak langsung para pelajar akan menumpukan perhatian yang serius dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Al-Quran pula, para pelajar lebih dapat mendengar dan menghayati bacaan yang betul dari Qari-Qari yang terpilih disamping dapat melihat gerak mulut oleh ari Disamping kaedah yang akan dijalankan ini, perlu ada aktiviti bagi menjalankan kaedah ini dengan lebih berkesan. Sebanyak empat aktiviti telah dirancang dalam kajian ini disamping menggunakan kaedah peneguhan bagi membantu parap clajar meningkatkan kemahiran membaca al-Fatihah secara fasohah. Antara aktiviti tersebut ialah : Aktivitil _ : Kaedah Talaqgi + Aktiviti ini dilakukan dengan pensyarah membaca dan diikuti oleh pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. = Dengan cara ini pelajar pelajar dapat membaca Al-Fatihah dengan fasohah dan bacaan tajwid yang betul. Pelaksanaan aktiviti tindakan : * Pensyarah membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang betul secara berulang ulang kali sebanyak tiga kali kemudian pelajar mengulangi bacaan tersebut. = Setiap pelajar mengulang bacaan tersebut dengan betul sambil diperhatikan olch pensyarah dari sudut kelancaran tajwid. Aktiviti2 _: Kaedah Hafazan. = Dalam aktiviti ini, setiap pelajar dikehendaki menghafaz surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali. = Setiap pelajar dikehendaki menyebut dan menulis berulang kali supaya dapat menghafaz dengan baik. = Tujuannya supaya melancarkan lagi sebutan dan hafazan dengan berkesan. Pelaksanaan aktiviti tindakan = Setiap pelajar dikehendaki mengenal, mengingat dan menyebut surah Al- Fatihah dengan tepat. = Pelajar akan diberi masa selama 20 minit untuk menghafaz surah Al-Fatihah. = Aktiviti ini menguji tahap ingatan setiap pelajar dalam menghafaz. Aktiviti 3: Kaedah Tasmi? = Aktiviti ini akan dijalankan yang mana pensyarah mendengar bacaan Al- Fatihah dari setiap pelajar. + Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengenal pasti aspek kelemahan setiap pelajar dalam menguasai bacaan secara fasohah. Pelaksanaan aktiviti tindakan : * Setiap pelajar akan memperdengarkan bacaan mereka kepada pensyarah = Pensyarah akan memperbetulkan bacaan yang kurang berkesan. Aktiviti 4 : Kaedah Latih Tubi * Aktiviti ini akan diadakan bagi menguji penguasan setiap pelajar dalam mengenal ayat melalui ujian bertulis berasaskan ingatan mereka. * Setiap pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pelajar dikehendaki menulis balik surah Al-Fatihah yang telah dilafaz. Pelaksanaan aktiviti tindakan : = Pensyarah akan memberi latihan kepada setiap pelajar dengan memberi beberapa potongan ayat dari surah Al-Fatihah. = Seterusnya pelajar dikehendaki menyusun Kembali ayat tersebut mengikut turutan yang betul. = Seterusnya pensyarah menyuruh setiap pelajar menulis kembali potongan ayat ayat yang telah disusun tadi. PENUTUP Sebagai penutup, penyelidik mendapati bahawa kaedah yang dicadangkan ini akan memberi kesan yang positif kepada para pelajar jika kaedah ini diberi penekanan oleh pensyarah yang mengajar. Disamping itu juga, penyelidik yakin bahawa niat yang ikhlas dari pensyarah yang mengajar juga akan memberi kesan kepada para pelajar. Jika pensyarah ikhlas mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan maka keberkatan dari Tlahi akan melimpahi pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para pembimbing dan memohon agar kita diberi keampunan dan kerahmatan dari Habi, Segala kesalahan dan kesilapan penyelidik memohon ampun dan maaf. BIBLIOGRAFI Al-Quran Al-Karim Fathul Al-Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, Al-Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani, Beirut, Dar Al-Fikr Syarah Shahih Muslim, Al-Imam An-Nawawi, Beirut, Dar Al-Fikr Saleh bin Yusof, Kaedah Hafalan Berkesan. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Kebangsaan kali ke-12, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Abdurrahman bin Abd Khaik., Kaedah Menghafaz Al-Quran, terbitan Penerbit Kintan Sdn Bhd: KL (1994)

Anda mungkin juga menyukai