Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Change To Win
Kertas kerja
Program Anjakan Minda
Anjuran
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, 31300,
Simpang Pulai
MUKADIMAH
endidikan merupakan instrumen ampuh pembinaan insan. Pendidik adalah soft
ware yang menentukan dan menggerakkan keampuhan instrumen tersebut.
Manakala sekolah pula diibaratkan sebagai hard ware yang terkesan daripada pendidik
dan sistem pendidikan yang diprogramkan oleh soft ware yang sangat-sangat
berpengaruh.
ecantik mana sekalipun sistem pendidikan itu digubal. Seindah mana sekalipun visi dan
misi yang dicanang. Setebal mana sekalipun piagam dibentuk. Sehebat manapun
bangunan sekolah dibina; jika soft ware yang merupakan pendidik tidak menjiwai
pendidikan maka kecacatan, kelompangan dan kehodohan tetap akan berlaku.
rogram kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kurikulum, ko kurikulum,
sukan, kepimpinan dan sahsiah memang telah sedia dirancang dan bakal
dilaksanakan dari masa ke semasa. Maka lahirlah satu generasi anak muda Malaysia yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
etapi, kadangkala dan selalunya; program pembangunan di kalangan pendidik terlepas
pandang. Fenonema ini merupakan sesuatu yang Sangat Malang kepada golongan
pendidik. Justeru sebagai usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyuntik semula
semangat kebersungguhan dan perjuangan di kalangan pendidik, pihak PIBG sekolah ini
1
.
berasa amat terpanggil untuk menganjurkan satu program anjakan minda di kalangan
pendidik yang sememangnya sedia hebat dan terbilang di sekolah ini.
TEMA
CHANGE TO WIN
OBJEKTIF
1.
2.
3.
4.
5.
PESERTA
50 orang kakitangan akademik dan staf sokongan SK Taman Bersatu
TEMPAT
2
.
Institut Latihan RISDA, Padang Rengas, Perak
TARIKH
8 & 9 Mac 2008
PERASMIAN
Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Abdul Aziz Bin
Shamsuddin, Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian
Gopeng, Perak
TENTATIF PROGRAM
8 Mac 2008 Sabtu
MASA
10.00 pg
AKTIVITI
Sampai di Institut Latihan RISDA
-
11.00 pg
1.00 tgh
2.30 ptg
4.30 ptg
5.30 ptg
7.00 mlm
9.00 mlm
11.30 mlm
taklimat
- minum pagi
Sesi 1
Rehat
Sesi 2
Rehat
Sesi 3
Rehat
Sesi 4
Rehat
AKTIVITI
Solat
Sesi 5
Rehat
Rumusan dan perasmian penutup
ANGGARAN PERBELANJAAN
Perkara
Pengangkutan
Makan RM30.00 X 50
Penginapan RM30.00 X 50
Bahan bercetak / modul RM20.00 X 50
Cenderamata
Tenaga pengajar
Lain-lain
JUMLAH
RM
1000.00
1500.00
1500.00
1000.00
500.00
3500.00
700.00
9700.00
Nama bank
Alamat
No Akaun
: 0587 11 000048 4
PENUTUP
Berburu di tanah datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Hasrat untuk melihat kecemerlangan bangsa dan kebangunan negara pasti akan tercapai
jika soft ware yang digunakan benar-benar berkualiti dan lasak. Lasak dengan segala
macam cabaran yang bertubi-tubi datang tanpa henti. Maka sayugialah program anjakan
minda ini dilihat sebagai usaha bersungguh-sungguh yang sangat-sangat memerlukan
sambutan daripada semua pihak