Anda di halaman 1dari 1

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,


21030, Kuala Terengganu,
Terengganu
DATO MOHAMAD BIN S.AHMAD
Ahli Lembaga Pengarah,
Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Ogos 2015

Tuan,
MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE PUSAT PENYIARAN DIGITAL TV ALHIJRAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Untuk makluman tuan, lawatan ini disertai oleh 40 orang guru pelatih dan 5 orang
pensyarah pengiring daripada Jabatan Sains Sosial IPG KDRI. Lawatan ini akan diadakan
seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Oktober 2015
Masa : 4.00 Petang (Slot Bicara Ilmuan)
3.
Pihak kami memilih Pusat Penyiaran TV al-Hijrah sebagai destinasi lawatan ilmiah
bagi memenuhi sukatan kursus pengajian Sejarah Peradaban Islam Sehingga Daulah
Abbasiyyah untuk guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sejarah
Pendidikan Rendah Semester 6. Disamping ia memenuhi aktiviti wajib bagi takwim
tahunan Jabatan Sains Sosial IPG KDRI, lawatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan
guru pelatih terhadap perkembangan Islam di Malaysia terutamanya di kota metropolitan
Kuala Lumpur.
4.
Sehubungan itu, kami berbesar hati dan mengharapkan agar tuan dapat meluluskan
permohonan ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.

INSTITUT GEMILANG, PELAJAR CEMERLANG

Yang menjalankan tugas,

.......................
(DR. ROHANI BINTI ABDUL HAMID )
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,

Anda mungkin juga menyukai