Anda di halaman 1dari 10

PENGGUNAAN RING KAD BAGI MEMBANTU PELAJAR DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB TOPIK PENJELMAAN

KHAIRUNIZAM BIN MAAROP

SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK,


PETI SURAT 124,
91007 TAWAU,
SABAH, MALAYSIA
nizammaarop@icloud.com
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan bagi membantu pelajar dalam
meningkatkan kemahiran menjawab topik Penjelmaan. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 38 orang pelajar tingkatan 4 Emas yang perlu melalui
ujian pra dan soal selidik terlebih dahulu. Berdasarkan analisis ujian pra
dan soal selidik yang dilakukan didapati bahawa pelajar ini menunjukkan
kekeliruan dan mengalami masalah dalam menjawab soalan berkaitan
topik Penjelmaan. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan telah
dirancang dan penghasilan bahan yang dinamakan Ring Kad bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Kajian ini
memberi ruang kepada pelajar untuk membina dan mengenali bahan
dalam aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhan kajian tindakan ini
telah memberikan keputusan yang positif di mana penggunaan Ring
Kad ini telah membantu pelajar dalam memahami dan menjawab
soalan berkaitan topik Penjelmaan yang telah ditunjukkan dalam
keputusan ujian pos sekali tidak langsung dapat meninkatkan pencapaian
pelajar dalam peperiksaan.
1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dari pengalaman pada tahun 2012 dan 2014, dalam mengajar kelas tingkatan 5 Mutiara dan 5
Emas masing-masing. Pelajar 5 Emas terdiri dari pelajar yang mempunyai tahap pencapaian
dalam pelajaran adalah sangat lemah. Mereka merupakan pecahan dari pelajar 3G dan 3F.
Manakala pelajar 5 Mutiara pada tahun itu adalah pelajar dalam aliran sastera yang lemah
dalam mata pelajaran matematik.
Melihat dari sudut Matematik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) umumnya
topik Penjelmaan khususnya merupakan salah satu topik yang membawa 12 markah dalam
kertas 2 bahagian B dan beberapa soalan di dalam kertas 1. Secara tidak langsung pelajar
tidak terlepas untuk menjawab soalan tersebut di dalam peperiksaan. Ia juga akan
mempengaruhi markah pelajar jika soalan bagi topik ini tidak dijawab.
Oleh yang demikian, ketidakupayaan pelajar dalam menjawab soalan tersebut
merupakan satu kerugian yang boleh menjatuhkan markah matematik dalam SPM. Dengan
itu, satu kaedah atau penyelesaian masalah perlu dilakukan untuk pelajar seperti ini.
2.0

PERNYATAAN MASALAH

Seperti yang telah dibincangkan pada perenggan di atas, topik Penjelmaan merupakan salah
satu topik yang dapat memberi impak yang besar jika kemahiran dalam menjawabnya
diambil mudah. Ini kerana di dalam topik ini, pelajar perlu tahu bagaimana untuk bergerak
mengikut imaginasi penjelmaan yang dikehendaki soalan. Jika pelajar tersebut benar-benar
tidak mahir dalam menyelesaikan Penjelmaan yang empat iaitu Translasi, Putaran, Pantulan
dan Pembesaran, maka mereka tidak dapat mencari jawapan dengan betul. Seterusnya akan
menjejaskan permakahan.
Oleh yang demikian, satu alat cuba dihasilkan bagi membantu pelajar tersebut dalam
menguasai kemahiran menjawab topik Penjelmaan ini. Seterusnya dapat meningkatkan lagi
markah dalam peperiksaan.
3.0

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam menjawab topik
Penjelmaan berdasarkan pernyataan masalah yang telah dinyatakan pada perenggan di atas. Ia
tertumpu kepada bagaimana pelajar dapat mencari jawapan dengan menggunakan Ring kad
berbanding dengan menggunakan imaginasi sendiri.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan pelajar akan mencapai objektif seperti berikut:
4.1

OBJEKTIF UMUM

Pelajar dapat memahami topik Penjelmaan dalam matematik dengan lebih mudah dan cepat
dengan menggunakan Ring Kad.
4.2

OBJEKTIF KHUSUS

4.2.1

Meningkatkan kemahiran mencari jawapan dengan menggunakan Ring kad

4.2.2

Dapat menjawab soalan-soalan berkaitan Penjelmaan dengan lebih mudah.

4.2.3

Meningkatkan peratusan mendapat markah penuh dalam soalan Transformasi.

4.2.4

Menimbulkan minat dalam mempelajari topik Transformasi.

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar dari kelas 4 Emas seramai 38 orang merupakan pelajar yang
mempunyai keputusan matematik di dalam PT3 adalah E dan F. Pelajar dari 4 Emas dipilih
kerana pelajar tersebut pernah belajar topik Penjelmaan dalam tingkatan 2 dan 3. Pelajar
tersebut merupakan pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun 2016.
6.0

PERLAKSANAAN KAJIAN

6.1

TINJAUAN MASALAH

Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti dalam kajian tindakan ini
melibatkan penggunaan dua jenis instrumen iaitu ujian pra dan soal selidik.
6.1.1

Ujian Pra

Ujian Pra merupakan satu set soalan objektif merangkumi semua kemahiran dalam topik
transformasi iaitu Pantulan, Translasi, Putaran dan Pembesaran. Ia merupakan satu instrumen
kajian bagi mengesan sejauh mana pelajar menguasai topik Penjelmaan. Ia juga memberikan
pandangan awal tentang ketidakupayaan pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan.
6.1.2

Borang Soal Selidik

Satu set soalan soal selidik berkaitan tajuk kajian telah dirangka bagi mengumpul dan
menganalisis tanggapan dan sikap pelajar terhadap topik Transformasi serta pemahaman
meraka dalam mencari jawapan. Set soalan ini telah dirangka mengikut empat peringkat iaitu

berkaitan topik, kaedah pengajaran, soalan berkaitan topik dan individu. Soal selidik ini
hanya mempunyai dua skala sahaja iaitu setuju dan tidak setuju. Ini adalah bagi memudahkan
pelajar dari kelas yang dipilih membuat pilihan yang tepat.
Set soalan soal selidik ini telah diberikan kepada pelajar sebelum permulaan sesi
pembelajaran bagi mengumpul masalah-masalah yang timbul seterusnya cuba untuk di atasi
dalam kajian ini.
6.2

ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH

6.2.1

Analisis Keputusan Ujian Pra

Hasil dari pencapaian pelajar dalam ujian Pra dapat ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah.
Markah
Bil. Pel
Peratus

0
21
55.3

1 49
17
44.7

50 59 60 69 70 79 80 89
0
0
0
0
0
0
0
0
Jadual 1: Keputusan Ujian Pra

90 100
0
0

Jumlah
38
100

Berdasarkan keputusan ujian pra di dalam Jadual 1 di atas, kesemua pelajar tidak mencapai
tahap lulus atau di bawah markah 50. Seramai 21 orang pelajar yang mendapat markah 0.
Berdasarkan pemeriksaan kertas ujian pelajar menjawab soalan tersebut tetapi kesemuanya
jawapan adalah salah.
Manakala 17 orang pelajar yang mendapat markah di antara 1 hingga 49 markah.
Namun begitu ia merupakan markah pada tahap rendah dan gagal untuk peringkat sekolah
kajian. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa prestasi pelajar di dalam kelas 4 Emas ini
adalah rendah dalam menjawab soalan topik Penjelmaan.
6.2.2

Analisis Dapatan Soal Selidik

Jadual 2: Analisis Dapatan Soal Selidik


Merujuk kepada data yang telah diperolehi dalam Jadual 2 di atas, pelajar menyatakan
bahawa topik Penjelmaan merupaka topik yang sukar dan membosankan kerana 50% ke atas
pelajar telah bersetuju. Manakala 30 orang pelajar bersetuju bahawa mereka keliru dengan
istilah yang digunakan untuk mendapatkan jawapan. Seterusnya membuatkan mereka tidak
minat untuk belajar matematik.
Peratusan pelajar yang bersetuju bahawa kaedah pengajaran di dalam kelas
membosankan adalah rendah berbanding dengan kaedah pengajaran guru yang tidak
membantu pelajar dalam menjawab soalan berkaitan topik Penjelmaan iaitu sebanyak 65.79%
bersetuju.
Berkaitan dengan soalan pula, ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa soalan yang
dikeluarkan adalah mengelirukan iaitu sebanyak 55.26%. Namun begitu mereka bersetuju
bahawa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana mereka berasakan soalan
tersebut sukar.
Manakala pada bahagian terakhir, merupakan pengakuan diri pelajar tersebut
menyatakan bahawa tidak tahu bagaimana untuk mencari jawapan berkaitan topik
Penjelmaan ini. Seterusnya berasa keliru untuk menjawab soalan tersebut. Secara keseluruhan

dapat disimpulkan bahawa topik Penjelmaan merupakan satu topik yang menjadi sukar dan
membosankan adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pelajar untuk memahami istilah dan
mencari jawapan. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menjawab soalan yang berkaitan topik
Penjelmaan menjadi satu masalah yang perlu diatasi.
6.3

RASIONAL PERLAKSANAAN KAD FORM

6.4

PERLAKSANAAN KAD FORM


Dalam mengaplikasikan Ring Kad ini, ia memerlukan 2 fasa utama dan dijalankan dalam
tempoh masa 2 minggu. Bermula dari 19 Februari 2015 hingga 2 Mac 2015. Jumlah waktu
yang diambil adalah sebanyak 12 waktu di mana setiap adalah 35 minit. Berikut merupakan
ikhtisar bagi perlaksanaan Ring Kad selama 3 minggu.
Bi
l
1.

2.

Fasa
Keserasian Bahan

Aplikasi Bahan

Tarikh

Perkara

19 Februari 2015

Pengenalan bahan.

23 Februari 2015

Permainan dan pengenalan kepada

bahan
Aplikasi dalam pengajaran dan

26 Februari 2015
2 Mac 2015

pembelajaran dengan menggunakan

bahan.
Jadual 3 : Ikhtisar Perlaksanaan
6.4.1 Fasa 1 : Keserasian Bahan
Rasional

: Fasa ini dijalankan bagi memberi ruang kepada pelajar untuk mengenali
bahan atau alat yang digunakan dalam menyelesaikan masalah penjelmaan
lebih dekat. Di dalam fasa ini juga pelajar didedahkan teknik penggunaan

Masa

alat agar tidak disalahgunakan.


: Dijalankan pada 2 hari yang berbeza dalam 2 waktu setiap hari.

perlaksanaan
Objektif

2 waktu (160 minit)


: Di akhir pelajaran pelajar akan dapat
lebih mendekati bahan yang dihasilkan.

menggunakan bahan dengan mudah.


Bahan Bantu : Kertas kilat.
Pembelajaran

Plastik lut sinar keras.


Kertas grid atau kertas bergarisan kotak (buku tulis matematik).

Mesin pembalut panas.


Langkah
perlaksanaan

Papan pemotong
: Pada hari pertama.
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.
Pelajar diberikan bahan-bahan yang dinyatakan di atas.
3. Pelajar diberikan penerangan dan arahan untuk menghasilkan kad.

Gambar 1
4. Pelajar dikehendaki untuk menghasilkan bahan seberapa banyak yang
boleh.
Pada hari kedua
1. Setiap pelajar diberikan bahan yang telah dihasilkan pada pembelajaran
lepas yang telah diberi nama Ring Kad.
2. Dalam agihan kumpulan yang sama pada pelajaran lepas, pelajar
dikehendaki menggunakan Ring Kad mengikut arahan guru.
3. Satu permainan dijalankan seperti berikut:
Lihat imej menggunakan kad cermin
Lukis objek menggunakan plastik lut sinar
6.4.3 Fasa 2 : Aplikasi Bahan
Rasional

: Fasa ini merupakan fasa di mana pelajar perlu mengaplikasikan bahan


dalam pembelajaran mereka. Ia merupakan kesinambungan dari fasa 1
yang dijalankan pada hari kedua iaitu permainan yang menggunakan
Ring Kad

Masa

: Dijalankan pada 2 hari yang berbeza dalam 2 waktu setiap hari.

perlaksanaan
Objektif

2 waktu (160 minit)


: Di akhir pelajaran pelajar akan dapat
Menggunakan Ring Kad mengikut arahan yang ditetapkan.
b) Menjawab soalan berkaitan topik Penjelmaan dalam konteks Translasi,

Langkah
Perlaksanaan

Putaran, Pantulan dan Pembesaran.


: Pada hari Pertama
1. Pelajar diberikan arahan menggunakan Ring Kad dalam kemahiran
Translasi dan Putaran.
2. Setiap pelajar akan menggerakkan imej yang ingin dibentuk
berdasarkan arahan guru.
3. Seperti gambar di bawah.

Kaedah Translasi

Kaedah Putaran

4. Aktiviti di atas diulang dengan menjawab beberapa soalan Translasi


dan Putaran.
Pada hari Kedua
1. Dengan menggunakan Ring Kad pelajar dikehendaki melakukan
beberapa aktiviti berkaitan Pantulan dan Pembesaran dengan bantuan
guru.
2. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti di bawah.

Kaedah Pantulan

Kaedah Pembesaran

3. Aktiviti di atas diulang dengan menggunakan beberapa soalan


berkaitan Putaran.
6.5

UJIAN POS
Setelah mengaplikasikan Ring Kad di dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar tersebut
diberikan satu lagi penilaian melalui ujian pos. Hasil dari ujian tersebut adalah seperti Jadual
4 di bawah.
Markah
Bil. Pel
Peratus

0
0
0

1 49
5
13.2

50 59 60 69 70 79 80 89
11
10
6
4
28.9
26.3
15.8
10.5
Jadual 4 : Keputusan Ujian Pos

90 100
2
5.3

Jumlah
38
100

Berdasarkan keputusan dan analisis ujian pos menunjukkan perubahan positif


berbanding ujian pra. Pelajar yang dikira gagal dalam ujian dapat dikurangkan sehingga 13.2
peratus sahaja. Manakala pelajar yang mendapat markah yang baik dari 50 hingga 79 juga
diperolehi iaitu seramai 27 orang. Seterusnya 6 orang pelajar menunjukkan keputusan yang
baik dan dapat menguasai topik Penjelmaan.
7.0

DAPATAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Pada keseluruhannya, penghasilan Ring Kad ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar
dalam menjawab soalan topik Penjelamaan. Ini telah dibuktikan dalam peningkatan
pencapaian pelajar berdasarkan keputusan ujian pos berbanding ujian pra.
Selain dari itu, dengan menggunakan Ring Kad ini juga pelajar dapat memahami
konsep penjelmaan (translasi, putaran, pantulan dan pembesaran) lebih terperinci kerana

Ring Kad ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri bagaimana proses
penjelmaan itu dilakukan.
8.0

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Diharapkan kajian akan datang dapat diteruskan dengan penyelesaian masalah berkaitan
Topik Penjelmaan dengan menggunakan Ring Kad yang lebih murni dan mesra pengguna.
Dan diharapkan juga agar penggunaan Ring Kad ini tidak menjadi satu kesalahan jika
dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan SPM kerana pelajar yang lemah dalam topik ini
sangat memerlukan dalam menjawab soalan Penjelmaan.
9.0

BIBLIOGRAFI

Medoff, Lisa (2010). Resilience In The Classroom: Helping Students With Special Needs.
Kaplan Publishing. United State of America.
Jurnal Kajian Tindakan SM St. Patrick, Tawau: Edisi 1(2013).

Anda mungkin juga menyukai