Anda di halaman 1dari 5

Faktor Pemilihan Kabel

Jenis kabel,keupayaan membawa arus,susutan voltan,voltan bekalan dan suhu ambient

Kebaikan kabel bawah tanah

Kurang penyelenggaraan kerana kurang berlaku kerosakan


Boleh membekalkan beban yang tinggi kerana terdapat saiz kabel yang lebih besar dan berbilang saiz
Boleh direntang ditempat yang sempit
Boleh direntang melalui parit,sungai dan jalan raya

Keburukan kabel bawah tanah

Kos penyelenggaraan yang mahal kerana menggunakan jentera berat


Susah untuk mengesan kerosakan
Berat dan susah direntang dan terpaksa menggunakan ramai pengguna

Kebaikan kabel talian atas

Ringan dan murah kerana ia menggunakan aluminium


Mudah diselelnggarakan kerana mudah dilihat dengan jelas
Pengagihan lebih mudah kerana sambungan dibuat diatas tiang
Mudah untuk mengesan kerosakan dan membaikinya

Keburukan kabel talian atas

Mudah rosak atau putus apabila ditimpa dahan kayu


Perlu membuat penyelenggaraan yang kerap
Tiang yang mudah reput kerana usia yang lama dan makan anai-anai
Tidak sesuai di tempat yang sempit
Mudah patah apabila dilanggar kenderaan

Peraturan Membuat Pemakuan kabel dan alat-alat yang digunakan


Orang kompeten yang dibenarkan menyelia kerja penyambungan kabel.
Arahan mesti dari Pegawai Berkuasa Pemakuan Kabel pada kabel yang telah dimatikan sebelum kabel
dipotong

Alat-alat yang digunakan:

Rod bumi
Dawai bumi
Tukul besi seberat 5lb

Kegunaan Kabel
MICC

Ia adalah jenis yang tahan lama,bagus untuk kegunaan sistem alarm,sukar terbakar dan tahan 250c.">

PVC/SWA/PVC

Bagus untuk kegunaan dalam tanah,sistem lampu isyarat dan ada perlindungan mekanikal
SWA.

PVC/PVC

Untuk pendawaian permukaan,mudah lentur,tidak mudah terbakar dan tahan suu


70c.Pengunaan pendawaian dalam conduit dan trunking.

PVC/XPLE

Bagus untuk voltan tinggi,semasa terbakar tidak mengeluarkan racun,tahan suhu beku -60c
dan tahan panas 90c.

Cara-cara Menanam Kabel


Cara-cara menanam menanam kabel perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:

-Sediakan drum kabel.


-Jack drum kabel.
-Pasang roller.
-Gali lubang 30 inci untuk kabel voltan rendah atau 36inci untuk kabel voltan tinggi
manakala lebar parit 18 inci
-Pasang stokin
-Rentang kabel dalam parit
-Timbus pasir pada lubang dengan pasir sungai setebal 3 inci,rentangkan
kabel,timbuskan lagi 3 inci pasir sungai.
-susunkan batu-bata(dari pandangan atas) menegak adalah untuk voltan rendah dan
jikalau melintang adalah voltan tinggi
-Timbus hingga rata dan letakkan batu penanda
-Jika melintang jalan raya guna 2 bilangan GI paip.

Laluan Rentang kabel:

Laluan Biasa-di tepi jalan atau di kawasan lapang


Melintasi jalan raya
Melintasi peparitan atau longkang
Melintasi sungai
Lintasan Keretapi

Kadaran Voltan Untuk Kabel


Apakah yang dimaksudkan dengan kadaran voltan untuk kabel?Selalunya ia dikadarkan sebagai dua
voltan AC Uo/U seperti 600/1000volt.Apakah yang dimaksudkan kadaran-kadaran Uo/U tersebut?

JAWAPAN:

AC adalah arus ulang-alik


Uo unit 1 fasa boleh guna hingga 600volt
U unit 3 fasa boleh guna hingga 1000volt

Ia adalah satu kabel yang sama tetapi boleh digunakan pada voltan yang berbeza.AC adalah kabel arus
ulang-alik,Uo adalah kegunaan kabel 1 fasa dan boleh digunakan sehingga 600v.U adalah kabel 3 fasa
dan boleh digunakan sehingga 1000v.

Apa itu kabel?

Apakah itu kabel?Kabel adalah satu medium yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik dari
bekalan elektrik ke beban-beban.Kabel yang digunakan hendaklah berunsur logam.Kebiasaanya kabel
yang digunakan dalam seharian kita adalah daripada unsur kuprum dan aluminium.Ini adalah kerana ia
bersifat

ringan,murah

dan

mudah

di

dapati.

Setiap kabel atau wayar sudah siap dibaluti dengan penebat yang pelbagai jenis bahan kerana ia sesuai
pada tempat dan keadaan.Contoh penebat yang digunakan ialah:

Polyniryl Chloride(PVC)

Impregnated paper (PILCDSTAS)

Mineral Insulation (MICC)

Cross Linked Polyethylene (XLPE)

Setiap kabel-kabel elektrik mempunyai perlindungan mekanikal tersendiri iaitu:

Steel Wire Armoured(SWA)

Double Steel Taped Armoured

Copper Sheath

Lead Sheath

Di sini saya ingin menerangkan jenis-jenis kabel voltan rendah sahaja:

Paper Insulated Lead Cover (PILC)

Paper Insulated Lead Cover Double Steel Tape Armoured (PILCDSTAS)

PVC/SWA/PVC

PVC/XLPE/PVC

MICC

Kabel mempunyai banyak teras iaitu satu,dua,tiga dan empat teras.Cara mengenal fasa pada kabel:

PILDSTAS- 1 merah,2 kuning,3 biru dan 0 neutral

PVC/XLPE/PVC dan PVC/XLPE/PVC-warna kabel mengikut fasa dan warna hitam untuk neutral

Elektrik Industri
Blog Menerangkan Serba-sedikit Tentang Elektrik dalam Seharian Kita dan Juruelektrik

Faktor Pemilihan Kabel

Peraturan Membuat Pemakuan kabel dan alat-alat yan...

Kegunaan Kabel

Jenis-jenis Sambungan Kabel Elektrik

Cara-cara Menanam Kabel

Kadaran Voltan Untuk Kabel

Apa itu kabel?

Anda mungkin juga menyukai