Anda di halaman 1dari 24

KAEDAH DAN TEKNIK MEMASANG DAN MELETAK KABEL

BAWAH TANAH
Kerja pemasangan kabel bawah tanah dijalankan apabila :
Kawasan tidak mencukupi untuk menjalankan pemasangan talian atas. Misalnya
kawasan Bandar atau bandaraya.
1.

Terdapat bahaya voltan tinggi dipemasangan talian atas. Misalnya bangunanbangunan pencakar langit yang boleh membahayakan pengguna.
2.
Kawasan dari tiang dan talian bersimpang siur. Misalnya kawasan tanaman,
kawasan bangunan.
Bahagian-bahagian utama system bawah tanah :
Saluran ( longkang )
1.
2.
3.
4.
5.

Paip atau salur


Lubang utama
Kabel
Sambat kabel
Luring

Contoh penggunan pemasangan kabel bawah tanah ini ialah :


Dari papan suis utama ke papan suis sub-utama
1.
2.
3.

Dari pencawang ke tiang penghantar talian atas


Bekalan lampu-lampu jalan
Dari litar akhir dirumah ke lampu pagar/lampu kawasan diluar rumah.
Kerja pemasangan kabel bawah tanah ini biasanya dijalankan kontraktor berdaftar.
Sebelum memulakan kerja mengorek longkang, pastikan terlebih dahulu tempat sebenar
dimana kabel akan ditanam dan sama ada ia sesuai dengan keadan disitu. Hal ini dapat
diketahui dengan merujuk pelan tapak. Di pelan itu juga bolehlah ditentukan kedudukan
gelendong kabel dan winch penarik yang sesuai untuk menjalankan kerja pemasangan nanti.
Jika pemasangan membabitkan harta benda milik awam atau pihak berkuasa.
Kebenaran perlu diperolehi sebelum kerja pemasangan dijalankan. Misalnya tapak telekom,
JBA, JKR dan sebagainya.
Kedalaman dan lebar longkang yang hendak dikorek bergantung kepada kesesuaian
tanah ( jangan ada gangguan bumi ). Seberapa boleh longkang itu biarlah selurus mungkin
dan cukup ruang untuk pekerja berdiri disisi kabel itu nanti.
Kabel ini boleh ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan kedalam paip atau

sesalur. Pemasangan kabel dalam paip atau sesalur biasanya digunakan apabila kabel itu
merentasi jalan raya.,jalan keretapi, atau longkang. Paip keluli atau besi galvani digunakan
untuk pemasangan melintasi jalan keratapi atau jambatan. Salur bergilap sesuai untuk
pemasangan kabel melintasi jalan raya. Saiz salur atau paip biasnya dua kali ganda garis
pusat keseluruhan kabel yang dibawanya.
Setelah longkang itu siap, kabel akan dimasukan kedalam tanah sama ada dengan
tangan atau menggunakan winch penarik bersama-sama penguling. Sebelum lubang itu
dikambus, pasir halus ( sungai ) akan ditaburkan disepanjang kabel. Jika perlu ia ditutup
dengan penutup kabel, pita kabel atau batu. Kerja pemasangan ini memerlukan kemahiran
kerana kabel akan mudah rosak apabila terjatuh atau terhimpit dan mudah dimasuki
lembapan sewaktu kerja penyambungan dijalankan. Contohnya kabel penebat kertas
(PICC).
Kabel yang lazim digunakan untuk pemasngan dalam tanah ialah kabel penebat
PVK bulat atau rala ( dalam paip atau salur dan suhunya tidak kurang daripada oC ) dan
kabel penebat kertas. Permukaan yang telah dikambus diratakan semula seperti sedia kala
dan jika perlu ditanamkan batu penanda kabel.
Posted in Kabel | Tinggalkan komen

Pemeriksaan & Pengujian CEE 1063


Posted on Ogos 4, 2010by indoornotes

Pemeriksaan Penglihatan.
Pemeriksaan penglihatan (visual test) dilakukan bagi mempastikan:1. Bahan-bahan dan kelengkapan pemasangan dipasang mengikut piawaian yang
ditetapkan (Piawaian BS / Piawaian MS)
2. Pemasangan dijalankan mengikut Peraturan IEE / Suruhanjaya Tenaga / JKR.
3. Tiada kerosakan yang nyata pada pemasangan atau kelengkapan elektrik.
Diantara pemeriksaan yang dilakukan pada sesuatu pemasangan adalah:1. Penyambungan kabel ke alatlengkap pendawaian dilakukan betul dan sempurna.
2. Tanda pengenalan kabel dilakukan dengan sempurna dan betul.
3. Penggunaan jenis dan saiz kabel yang sesuai.
4. Perlindungan sentuhan terus kabel disediakan dengan betul samada secara:-

a. Penebatan.
b. Penutup atau penahan.
c. Hadangan.
d. Dipasang pada ketinggian yang sesuai dan betul.
5. Alat pemencilan dan perlindungan yang betul digunakan.
6. Bahagian-bahagian pemasangan dilabelkan dengan betul.
7. Papantanda notis yang sesuai disediakan.
8. Gambarajah dan arahan diletakkan ditempat yang sesuai.
Ujian Keterusan / Keterusan Litar Gelang
Ujian ini dilakukan bagi menentukan keterusan semua pengalir pada litar
gelang. Ia dijalankan dengan menggunakan Jangka Ohm.
Ujian ini dilakukan dengan mengukur nilai rintangan pengalir-pengalir yang
membentuk litar gelang. Terdapat dua kaedah pengujian yang boleh dilakukan
iaitu:a. Kaedah I.
Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap
pengalir litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan
tutup (OFF) alat pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit
pengguna dengan titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil
berdasarkan panjang litar pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalirpengalir litar bagi membentuk sambungan selari pada satu daripada soket-alirkeluar. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang
disambungkan selari adalah separuh (1 / 2) daripada nilai rintangan pada titik
tengah.
b. Kaedah 2.

Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap


pengalir litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan
tutup (OFF) alat pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit
pengguna dengan titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil
berdasarkan panjang litar pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalirpengalir litar pada titik tengah bagi membentuk sambungan selari. Keterusan
pengalir dikatakan baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari
adalah separuh (1 / 2) daripada nilai rintangan pada titik tengah.
Ketika ujian dijalankan, semua perkakasan elektrik perlulah ditanggalkan .
Posted in Pengujian | Tinggalkan komen

Peraturan IEE : Pemeriksaan dan Ujian CEE 1063


Posted on Ogos 4, 2010by indoornotes

PERATURAN IEE MENGENAI PEMERIKSAAN DAN UJIAN


Bahagian 7 Peraturan IEE Edisi 16 telah menyediakan peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi bagi sesuatu pemasangan elektrik.
BAB 7

1 PENGESAHAN AWAL

711 AM
711-01-01 Setiap pemasangan hendaklah semasa
pembinaan dan / atau penyiapan sebelum
diguna untuk perkhidmatan diperiksa dan diuji
untuk mengesahkan, sejauh yang praktik bahawa
kehendak Peraturan dipatuhi. Kaedah menguji
hendaklah yang sedemikian supaya tidak ada
bahaya kepada manusia, binatang ternakan atau
harta benda atau kerosakan kepada peralatan

boleh berlaku walaupun jika litarnya yang diuji


itu rosak.
711-01-02 Hasil dari penilaian ciri-ciri am yang dikehendaki
oleh Bahagian 211, 312 dan 313 bersama dengan
maklumat yang dikehendaki oleh Peraturan
514-09-01 hendaklah boleh didapati oleh orang
atau orang-orang yang menjalankan
pemeriksaan dan ujian.
712 PEMERIKSAAN
712-01-01 Pemeriksaan terperinci hendaklah mendahului
ujian dan hendaklah dijalankan (biasanya)
dengan bahagian pemasangan diputuskan dari
bekalan.
712-01-02 Pemeriksaan terperinci hendaklah dibuat untuk
mengesahkan bahawa peralatan elektrik yang
dipasang adalah:i. mengikut Bahagian 511 (ini hendaklah
dipastikan melalui tanda atau melalui sijil yang
ditunjukkan oleh pemasang atau pengilang),

dan,
ii. dipilih dengan betul dan dibina mengikut
Peraturan, dan,
iii. tidak kelihatan rosak sehingga mencacatkan
keselamatan.
712-01-03 Perincian pemeriksaan hendaklah termasuk
sekurang-kurangnya penyemakan item-item
berikut dimana yang relevan dengan
pemasangan dan dimana perlu semasa
pembinaan:i. sambungan konduktor.
ii. pengenalan konduktor.
iii. penghalaan kabel dalam zon keselamatan atau
perlindungan mekanikal, mengikut Bahagian
522.
iv. pemilihan konduktor untuk keupayaan
membawa arus dan kejatuhan voltan mengikut
reka bentuk.
v. sambungan peranti berkutub tunggal untuk

perlindungan atau pensuisan dalam konduktor


fasa sahaja.
vi. sambungan yang betul soket-alir-keluar dan
pemegang lampu.
vii. kehadiran rintangan api dan perlindungan
terhadap kesan haba.
viii. kaedah perlindungan terhadap sentuhan
langsung (termasuk ukuran jarak dimana
sesuai) iaitu:a. perlindungan melalui penebatan bahagian
hidup.
b. perlindungan melalui halangan atau
kepungan.
c. perlindungan melalui rintangan.
d. perlindungan dengan meletak jauh dari
jangkauan.
ix. kaedah perlindungan terhadap sentuhan tak
langsung.
a. kehadiran konduktor pelindung.

b. kehadiran konduktor bumi.


c. kehadiran konduktor ikatan sama upaya
utama.
d. kehadiran konduktor ikatan sama upaya
tambahan.
e. susunan pembumian bagi gabungan
perlindungan dan tujuan berfungsi.
f. penggunaan peralatan kelas II atau
penebatan yang bersamaan.
g. lokasi bukan konduktor (termasuk ukuran
jarak dimana yang sesuai).
h. ikatan sama upaya tepatan beban bumi.
i. pemisahan elektrik.
x. pencegahan daripada pengaruh bahaya bersama.
xi. kehadiran peranti bersesuaian untuk pemencilan
dan pensuisan.
xii. kehadiran peranti perlindungan bervoltan kurang.
xiii. pemilihan dan susunatur peranti pengawasan dan
perlindungan.

xiv. melabelkan litar, fius, suis dan terminal.


xv. pemilihan peralatan dan langkah perlindungan yang
bersesuaian kepada pengaruh luaran.
xvi. pendekatan yang mencukupi kepada pengaruh
luaran.
xvii. mempamerkan papan tanda bahaya dan lain-lain
papan tanda amaran.
xviii. mengadakan gambarajah, arahan dan maklumat yang
serupa.
xix. kaedah pembinaan.
713 UJIAN
713-01 Am
713-01-01 Ujian Peraturan 713-02 hingga 713-09 dimana
relevan hendaklah dijalankan dalam urutan.
Dalam keadaan sebarang ujian yang
menunjukkan kagagalan mematuhi, ujian itu dan
yang sebelumnya, yang mana hasil atau
keputusannya telah dipengaruhi oleh kerosakan
yang ditunjukkan, hendaklah diulangi setelah

kerosakan itu dibetulkan.


Kaedah rujukan ujian adalah diterangkan dalam
Nota Panduan mengenai Peraturan Pendawaian
yang dicetak oleh Institut Jurutera Elektrik,
tetapi penggunaan lain-lain kaedah yang
membri hasil yang tidak kurang berkesannya
tidaklah boleh ditolak.
713-02 Kesinambungan konduktor pelindung
713-02-01 Setiap konduktor pelindung hendaklah diuji
untuk mengesahkan bahawa ianya baik dari
segi aliran arus elektriknya dan disambung
dengan betul.
713-03 Kesinambungan konduktor litar gelang akhir
713-03-01 Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk
mengesahkan kesinambungan setiap konduktor
termasuk konduktor pelindung setiap gelang
litar akhir.
713-04 Rintangan penebatan
713-04-01 Rintangan penebatan antara konduktor hidup

hendaklah diukur sebelum pemasangan


disambung kepada bekalan.
713-04-02 Perhatian tertentu hendaklah diberi kepada
kehadiran alat elektrik yang disambung kepada
pemasangan dan dimana perlu, peranti
sedemikian hendaklah dipencilkan supaya ianya
tidak dirosakkan oleh ujian voltan dan selepas
itu diuji mengikut Peraturan 713-04-06.
713-04-03 Rintangan penebatan hendaklah juga diukur
antara setiap konduktor hidup dan bumi,
konduktor PEN dalam system TN-C dikira
sebagai sebahagian bumi. Dimana sesuai,
semasa pengukuran ini, konduktor fasa dan
konduktor nuteral bolehlah disambung.
713-04-04 Rintangan penebatan yang diukur dengan
pengagihan ujian voltan AT yang ditunjukkan
dalam jadual 71A hendaklah dikira memuaskan
jika kotak suis dan setiap litar diuji secara
berasingan dengan semua litar akhirnya

disambung tetapi dengan peralatan yang


menggunakan arus diputuskan, dan mempunyai
rintangan penebatan tidak kurang daripada
nilai bersesuaian yang diberi pada jadual 71A.
713-04-05 Peralatan untuk ujian hendaklah berkeupayaan
membekalkan voltan ujian yang ditunjukkan
pada Jadual 71A apabila dibebankan dengan
1 mA.
JADUAL 71A
Nilai minimum rintangan penebatan
Voltan litar terendah(volt)

Voltan ujian
AT(volt)

Rintangan penebatan min.


(Megaohm)

Litar bervoltan lebih rendah


apabila litar dibekalkan dari suatu
transformerpenebatan
keselamatan (Peraturan 411-02-02
item (i) dan juga memenuhi
kehendak Peraturan 411-02-04

250

0.25

Hingga ked an termasuk 500 V


dengan pengecualian kes-kes
diatas.

500

0.5

Melepasi 500 V hingga ke 1000 V

1000

1.0

Antara litar SELV dan litar LV


yang berkaitan

500

5.0

dengan tambahan tahan


dikehendakicontoh 240V

3750 rms AT untuk 60sujian dimana

713-04-06 Dimana peralatan seperti peranti elektronik

diputuskan untuk ujian yang diterangkan dalam


Peraturan 713-04-01 ke 05, dan peralatan itu
mempunyai bahagian-bahagian konduktif
terdedah yang dikehendaki oleh Peraturan
untuk disambung kepada konduktor pelindung,
rintangan penebatan antara bahagian-bahagian
konduktor yang terdedah dan semua bahagian
yang hidup dari peralatan yang diputuskan
(arusnya) hendaklah diukur berasingan dan
hendaklah mematuhi kehendak-kehendak
Piawaian British yang bersesuaian untuk
peralatan. Jika tiada Piawaian British yang
sesuai, rintangan penebatan hendaklah tidak
kurang daripada 0.5 megaohm.
713-05 Penebatan yang dipakai ditapak binaan
713-05-01 Dimana penebatan dipakai ditempat binaan
mengikut Peraturan 412-02 dimaksudkan untuk
memberi perlindungan terhadap sentuhan
langsung, ia hendaklah disahkan bahawa

penebatan itu berupaya untuk menahan, tanpa


kerosakan atau lampau kilat, suatu ujian voltan
kenaan bersamaan dengan yang dijelaskan
dalam Piawaian British bagi peralatan jenis
yang diuji yang serupa.
713-05-02 Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak
langsung disediakan oleh penebatan tambahan
yang dikenakan kepada peralatan semasa
pembinaan mengikut Peraturan 413-03, ia
hendaklah disahkan oleh ujian:
i. bahawa kepungan penebatan memberi tahap
perlindungan tidak kurang daripada IP2X (BS
5490), dan
ii. bahawa kepungan penebatan berkeupayaan
menahan tanpa kerosakan atau lampau kilat
(flashover), ujian voltan kenaan bersamaan
dengan yang dijelaskan dalam Piawaian British
bagi peralatan yang diuji jenis yang serupa.
713-06 Perlindungan dengan pengasingan litar

713-06-01 Dimana perlindungan terhadap kejutan elektrik


disediakan oleh SELV, pematuhan dengan
kehendak-kehendak Peraturan 411092 dan
471-02 hendaklah disahkan melalui pemeriksaan
ujian.
713-06-02 Dimana perlindungan terhadap kejutan elektrik
disediakan melalui pengasing elektrik,
pematuhan dengan kehendak Peraturan 413-06
hendaklah disahkan melalui pemeriksaan ujian.
713-07 Perlindungan terhadap sentuhan langsung melalui
halangan, atau kepungan yang disediakan semasa
pembinaan
713-07-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan
langsung dimaksudkan untuk diberi oleh
halangan / sekatan atau kepungan
yang disediakan semasa pembinaan mengikut
Peraturan 412-03 ia hendaklah disahkan melalui
ujian bahawa setiap kepungan atau halangan
menanggung tahap perlindungan tidak kurang

daripada IP2X atau IP4X mengikut kesesuaian


dimana Peraturan itu mengkehendakinya
demikian.
713-08 Penebatan lantai dan dinding bukan konduksi
713-08-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan
langsung hendaklah disediakan oleh lokasi
bukan konduksi yang dimaksudkan untuk
mematuhi Peraturan 413-04 dan 471-10,
rintangan lantai dan dinding lokasi kepada
konduktor pelindung utama pemasangan
hendaklah disukat / ukur tidak kurang tiga
takat pada setiap permukaan yang relevan,
yang mana satu daripadanya hendaklah tidak
kurang 1 m dan tidak lebih 1.2 m dari manamana bahagian konduktor luar lokasi tersebut.
Ukuran dua yang lain hendaklah dibuat pada
jarak yang lebih jauh.
713-08-02 Sebarang penebatan atau susunan penebatan
bahagian konduktor berlebihan yang

dimaksudkan untuk memenuhi Peraturan


413-04-07 (iii):i. apabila diuji pada 500 V AT hendaklah tidak
kurang dari 0.5 megaohm, dan
ii. hendaklah mampu menahan suatu ujian voltan
sekurang-kurangnya 2 kV rms AT dan
iii. hendaklah tidak meluluskan kebocoran arus
melebihi 1 mA dalam keadaan penggunaan biasa.
713-09 Kekutuban
713-09-01 Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia
hendaklah mengesahkan bahawa:i. setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan
peranti pelindung disambung dalam konduktor
fasa sahaja.
ii. bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu
skru Edison kepada BS 6776 didalam litar yang
mempunyai konduktor nuteral terbumi
mempunyai kontak luaran atau yang diskru
kepada konduktor nuteral.

iii. pendawaian telah disambung dengan betul


kepada soket-alir-keluar dan aksesori yang
serupa.
713-10 Impedans gelong kerosakan bumi
713-10-01 Dimana langkah-langkah perlindungan digunakan
yang memerlukan pengetahuan tentang
impedans gelong kerosakan bumi, impedans
yang relevan hendaklah disukat untuk
menentukan kaedah alternative. Dimana kaedah
alternative yang diterangkan dalam Peraturan
413-02-12 (lihat Jadual 41C) digunakan,
impedans litar konduktor pelindung yang
berkenaan hendaklah disukat / ukur.
713-11 Rintangan elektrod bumi
713-11-01 Dimana langkah-langkag perlindungan digunakan
yang memerlukan pengetahuan tentang
rintangan elektrod bumi, ini hendaklah di sukat /
ukur.
713-12 Operasi peranti kendalian arus bumi

713-12-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak


langsung hendak disediakan oleh peranti arus
baki, kekesanannya hendaklah disahkan melalui
ujian yang menyerupai keadaan kerosakan yang
sesuai dan beban daripada mana-mana
kemudahan ujian yang digabungkan didalam
peranti.
BAB 72 PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA PEMASANGAN
721 AM
721-01-01 Kehendak-kehendak relevan Ban 71 hendaklah
dipakai kepada pindaan dan tambahan.
721-01-02 Ia hendaklah disatukan bahawa setiap pindaan
dan tambahan mematuhi Peraturan dan tidak
merosakkan keselamatan yang sedia ada.
BAB 73 PEMERIKSAAN DAN UJIAN BERKALA
731 AM
731-01-01 Pemeriksaan dan ujian berkala setiap
pemasangan dimana diperlukan hendaklah
dijalankan mengikut kehendak-kehendak bab ini.

731-01-02 Pemeriksaan yang terdiri daripada pengawasan


pemasangan yang cermat hendaklah dijalankan
tanpa membuka atau membuka sebahagian
seperti yang diperlukan, ditambah dengan ujian
untuk mengesahkan pematuhan dengan
Bahagian 731 dan 732 dan sejauh mungkin untuk
menyediakan:
i. keselamatan orang dan binatang ternakan
terhadap kesan kejutan elektrik dan kebakaran,
mengikut Peraturan 120-01, dan
ii. perlindungan terhadap kerosakan kepada harta
benda oleh kebakaran dan haba ekoran
kerosakan pemasangan, dan
iii. mengenalpasti yang pemasangan tidak rosak
atau merosot hingga boleh menjejaskan
keselamatan, dan
iv. mengenalpasti yang kerosakan pada
pemasangan atau ketidakpatuhan kepada
kehendak-kehendak Peraturan yang

boleh meningkatkan bahaya.


732 Pemeriksaan dan Ujian
732-01-01 Kekerapan pemeriksaan berkala dan ujian
sesuatu pemasangan hendaklah ditentukan oleh
jenis pemasangan, kegunaannya dan
operasinya, kekerapan penjagaannya, dan
pengaruh luaran yang ianya tertakluk.
732-01-02 Pemeriksaan dan ujian hendaklah yang tidak
mendatangkan bahaya kepada manusia atau
binatang ternakan dan yang tidak menyebabkan
kerosakan kepada harta-benda dan peralatan
walaupun litarnya luar.
732-01-03 Hasil pemeriksaan dan ujian berkala hendaklah
dicatat pada satu laporan, dan ditandatangani
mereka yang menjalankannya atau orangorang yang diberi kuasa berbuat demikian yang
bertindak bagi pihak dan disampaikan
kepada pemula yang memohon pemeriksaan
pengikut seksyen 774 Peraturan yang

berkaitan.
BAB 74 PERSIJILAN DAN LAPORAN
741 AM
741-01-01 Berikutan pengesahan awal yang dikehendaki
oleh Bab 71 atau Bab 72. Sijil Penyempurnaan
dan Pemeriksaan dalam bentuk borang yang
dikemukakan dalam Lampiran 6 hendaklah diberi
kepada orang yang mengarahkan kerja.
741-01-02 Berikutan Pemeriksaan dan Ujian Berkala yang
diterangkan dalam Bab 73, suatu laporan keatas
dapatan pemeriksaan dan ujian berkala
hendaklah diberi oleh orang yang menjalankan
pemeriksaan atau orang yang diberi kuasa
bertindak bagi pihaknya kepada orang yang
mengarahkan kerja.
742 Pengesahan Awal
742-01-01 Pemeriksaan hendaklah mematuhi dengan
kehendak-kehendak Bab 71 dan sebarang
kerosakan atau tinggalan yang didedahkan oleh

pemeriksaan hendaklah dibetulkan sebelum Sijil


Penyempurnaan dan Pemeriksaan dikeluarkan.
742-01-02 Sijil Penyempurnaan dan Pemeriksaan
hendaklah ditandatangani oleh orang atau
orang-orang yang cekap yang menyatakan
bahawa pemasangan telah direkabentuk, dibina
dan diperiksa dan diuji mengikut Peraturan.
743 Pindaan Dan Tambahan
743-01-01 Kehendak-kehendak Bahagian 742 bagi
pengeluaran Sijil Penyempurnaan dan
pemeriksaan hendaklah meliputi semua
kerja pindaan dan tambahan. Apa-apa
kerosakan ataupun tinggalan yang didedahkan
dalam kerja itu hendaklah dibaiki atau
dibetulkan sebelum laporan Penyempurnaan
kerja dikeluarkan. Kontraktor atau orang-orang
lain yang bertanggung-jawap bagi kerja-kerja
baru itu, atau orang yang diberi kuasa untuk
bertindak bagi pihaknya, hendaklah melaporkan

secara bertulis kepada orang yang mengarahkan kerja pembaikan atau pembetulan akan
sebarang kecacatan yang didapati berkaitan
dengan bahagian-bahagian pemasangan yang
ada.
744 Pemeriksaan Dan Ujian Berkala
744-01-01 Hasil dan tempoh Pemeriksaan dan Ujian
Berkala mengikut Bab 73, sesuatu pemasangan
atau mana-mana bahagian darinya, hendaklah
direkodkan dan diberi kepada orang yang
membuat pemeriksaan atau kepada orang yang
diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau
orang yang mengarah pemeriksaan itu
dijalankan.
744-01-02 Keadaan merbahaya yang timbul dari
ketidakpatuhan Peraturan bersama dengan
sebarang penghadan Pemeriksaan
dan Ujian mengikut Bahagian 732 hendaklah
direkodkan.

Anda mungkin juga menyukai