Anda di halaman 1dari 25

1

1.0 PENDAHULUAN
Masa dan peredaran zaman menentukan jurang perbezaan antara dakwah dahulu dan
dakwah zaman sekarang. Pemesatan dan perkembangan teknologi kini memerlukan
pendekatan dakwah yang berbeza dengan tidak menafikan pendekatan dakwah yang
telah dilakukan oleh nabi SAW dan para sahabat RA. Umat Islam memerlukan
penjanaan pemikiran yang kritis dan inovatif dalam menyebarkan dakwah kepada
masyarakat yang telah melalui fasa teknologi moden.
Pendekatan dakwah pada awal 90 an dahulu, keterbatasan pendekatan dakwah
hanya pada kuliah, ceramah, surat khabar, majalah, buku, organisasi persatuan, radio
dan televisyen kerajaan. Berbanding kini di abad ke 20, pembangunan era media
sosial telah mempercepatkan proses penyebaran dakwah itu kepada seluruh
masyarakat hanya dengan menggunakan jaringan internet seperti media sosial, blog,
emel, sms, Whatsapp, Wechat, Telegram, Instagram. Perkara ini diakui oleh 'Aktiviti
dakwah di Malaysia adalah merupakan kesinambungan daripada perkembangan
dakwah dan gerakan Islam sejak mula lagi. Gerakan dakwah Islamiah sentiasa
berterusan dan berkembang pesat walaupun umat Islam di Malaysia dijajah oleh para
kolonialis. Tambahan pula, aktiviti dakwah dalam kalangan orang-orang Islam
sentiasa maju ke hadapan dengan berbagai pendekatan kontemporari untuk
memastikan keberkesanan dakwah. Penginstitusian dakwah menyebabkan dakwah
semakin berkesan dan terancang. Dewasa ini, organisasi dakwah dan Islam tumbuh
bak cendawan selepas hujan untuk berdakwah dengan berbagai kaedah kontemporari
dalam usaha mencapai matlamat dakwah sama ada kepada orang Islam atau bukan
Islam. Jika dibandingkan dakwah dahulu dengan sekarang, memang terdapat banyak
perbezaan' (Amini Abdullah 2014). Oleh itu, perkembangan dakwah media telah
banyak mempengaruhi proses gerakan dakwah di Malaysia ini dengan munculnya
pelbagai kemudahan dan saluran.
1.1 DEFINISI MEDIA
Definisi media ialah alat atau perantara komunikasi (perhubungan) yang mampu
menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa yang singkat. (Kamus
Dewan Edisi keempat 2007). Antara contoh media termasuklah media elektronik

2
seperti radio, televisyen dan media cetak seperti akhbar dan majalah, serta yang terkini
termasuklah laman web, blog, microblog, Facebook, Twitter, Internet, protocol TV
(IPTV), Whatsapp, Webchat, Telegram dan sebagainya (Nik Roskiman 2013).
Media dalam ilmu dakwah merupakan wasilah atau alat yang digunakan oleh
pendakwah dalam berdakwah seperti buku, televisyen, majalah dan lain-lain. Pada
zaman dahulu para daie sangat menjaga etika dan norma-norma ketika berdakwah.
Syarat utama pendakwah ketika menggunakan media dakwah ialah tidak boleh
bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan sunnah dan dalam berdakwah tidak
menjurus pada hal-hal yang diharamkan oleh agama. Media dakwah perlu relevan
dengan situasi dan merangkumi konteks dakwah serta jelas matlamatnya.
1.2 MEDIA DAKWAH DALAM ISLAM
Istilah "media massa" atau "media cetak dan elektronik" boleh dikatakan bukan istilah
yang mempunyai etimologi khusus daripada perkembangan tamadun Islam. Istilah
tersebut dipelopori terutama akibat daripada terciptanya mesin cetak Guttenberg pada
abad ke-15 dan seterusnya diikuti dengan "zaman elektrik" di mana gabungan
teknologi audio dan visual ditemui (Zulkepli 2001). Namun begitu, penggunaan media
telah lama digunakan dalam Islam dan ianya telah muncul sejak awal zaman
Rasulullah SAW. Sebagai contoh, al-Quran mendatangkan cerita-cerita zaman dahulu
yang boleh digambarkan seolah cerita-cerita drama (Abu Dardaa Mohamad et.al
2013). Berita yang menjadi inti utama media sama ada dalam bentuk informasi atau
hiburan dalam ajaran Islam mempunyai sumber yang kukuh iaitu bersifat wahyu dan
benar sepanjang masa. Tugas utama Rasulullah SAW ialah menyampaikan berita
secara berkesan melalui arahan dalam surah pertama yang diturunkan kepada baginda.
Selaku seorang komunikator yang ideal dan bagi menunjukkan ilmu yang benar perlu
diwarisi serta disampaikan kepada generasi berikutnya, Baginda SAW menggunakan
khidmat 45 penulis yang bekerja merekodkan kata-kata, arahan dan aktiviti yang
dilakukan. Wahyu al-Quran ditulis menggunakan kemudahan yang ada pada ketika itu
termasuk di pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit kayu dan sebagainya (Zulkepli 2001).
Rentetan daripada itu, Islam telah disebarkan melalui penulisan wahyu dan
diperkembangkan ke seluruh dunia menerusi agen dakwah Rasulullah SAW
sehinggalah ke hari ini. Kesan penggunaan media dakwah dalam menyampaikan

3
mesej Islam mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam penyebaran Islam di
Malaysia.
1.3 JENIS-JENIS MEDIA DAKWAH DI MALAYSIA
Terdapat Malaysia seperti negara-negara lain di dunia ini tidak terlepas daripada
dilanda gelombang transformasi media dalam pelbagai bentuk media (Nik Roskiman
2013), sebagai contoh:
1. Media penerbitan bahan cetak: akhbar, majalah, jurnal
2. Media Penerbitan Elektronik radio, tv, satelit tv, dan lain-lain
3.Media Baharu : Jaringan Internet dan Alat Teknologi Komunikasi : web, blog,
twitter, facebook dan lain-lain.
Ketiga-tiga media ini memainkan peranan yang besar mendedahkan maklumat
dan membentuk public opinion masyarakat di Malaysia, khususnya akhbar, majalah,
radio dan televisyen tidak asing lagi bagi orang sekarang. Boleh dikatakan semua
orang membaca, mendengar dan menonton media-media tersebut, atau paling tidak
salah satunya. Media massa merupakan alat atau saluran. Dari sudut alat, ia tidak baik
dan tidak buruk. Baik atau buruk ditentukan oleh penggunaan. Dengan itu, mediamedia ini harus digunakan sepenuhnya dalam dakwah (Ab. Aziz Mohd Zain 1995).
1.4 PERKEMBANGAN MEDIA DAKWAH DI MALAYSIA
Islam telah tersebar pada awalnya di Tanah Melayu adalah melalui aktiviti para
pedagang daripada negara Arab di rantau Asia Tenggara (Ab.Aziz bin Mohd Zain et al
2006). Terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang penyebaran Islam di
Tanah Melayu ini. Antaranya ialah faktor agama Islam itu sendiri, faktor
perkahwinan, faktor perdagangan, faktor penaklukan dan politik, faktor peranan
ulama' dan ahli sufi.
Perkembangan dakwah di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa fasa
iaitu, fasa penjajahan, fasa sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan fasa
selepas kemerdekaan.

4
Penyebaran dakwah Islam melalui media dakwah merupakan sumbangan yang
besar kepada perkembangan dakwah pada waktu dahulu dan masa kini. Dakwah
melalui media boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu dakwah melalui
penerbitan bahan cetak, dakwah melalui penerbitan media elektronik dan dakwah
melalui jaringan internet dan alat teknologi komunikasi. Kajian ini akan
membincangkan tentang perkembangan media dakwah dakwah di Malaysia yang
mengkhususkan penggunaan media dakwah yang digunakan sepanjang penyebaran
dakwah itu berlangsung.
1.4.1 Dakwah Melalui Penerbitan Bahan Cetak
Strategi dakwah melalui penerbitan bahan bercetak atau penulisan telah lama
berlaku sejak penurunan Wahyu al-Quran diturunkan kepada Nabi SAW. Ayat-ayat
al-Quran pada waktu itu telah ditulis di pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit kayu, batu
dan sebagainya. Namun begitu, di Tanah Melayu perkembangan dakwah melalui
penulisan pada pemulaannya sangat memberi impak kepada masyarakat pada waktu
itu (Ab. Aziz bin Mohd Zain et.al 2006). Penggunaan media dakwah dengan penulisan
pada awal Islam telah dilakukan oleh para mubaligh Islam dalam misi dakwah
menyampaikan risalah Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.
1. Penemuan batu bersurat di Kuala Berang
Penemuan batu bersurat di Kuala Berang pada tahun 1303M. menunjukkan
bahawa wujudnya sebuah kerajaan Melayu-Islam di Terengganu dan timbulnya latar
belakang intelektual Islam dan sistem tulisan Jawi yang memungkinkan batu bersurat
terengganu dicatatkan (Rahimin Affandi Abd Rahim et. al 2010). Ini bermakna
metode penulisan dalam berdakwah telah pun bermula pada waktu ini disebabkan
kecanggihan metode dakwah yang diusahakan oleh para mubaligh Islam terawal di
Terengganu. Bertitik tolak daripada penulisan batu bersurat ini, tulisan jawi yang
digunakan menggambarkan kaedah dakwah yang mengutamakan penggunaan medium
komunikasi yang khusus dan penekanan tentang betapa pentingnya alat komunikasi
yang terbaik untuk tujuan penyebaran nilai-nilai Islam (Rahimin Affandi Abd Rahim
et. al 2010). Di samping itu, sumbangan ulama Melayu Islam terawal yang telah
mengasaskan dan memperkayakan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan jawi telah
menjadikan tulisan jawi sebagai alat untuk memperkembangkan keilmuan Islam serta

5
menjelaskan kedudukan undang-undang Islam sebagai agama rasmi dan pengamalan
undang-undang Islam di Tanah Melayu. Oleh itu, pengenalan tulisan jawi sebagai asas
penulisan bahasa Melayu telah berjaya memberi kesan kepada Tanah Melayu dan
sebagai pencetus penyebaran Islam.
2. Karya-karya
Dalam tradisi penulisan di Alam Melayu, pengaruh ulama tempatan dapat
dilihat dalam penulisan kitab jawi. Oleh kerana teknologi percetakan belum lagi
diperkenalkan pada masa awal, maka para ulama dan para pelajar menggunakan kitab
jawi tulisan tangan sahaja di samping kitab Arab dalam proses pembelajaran mereka.
Kitab-kitab jawi tulisan tangan telah digunakan secara meluas dalam proses
pembelajaran, khususnya dalam konteks keterbatasan 5 mata pelajaran yang diajar
pada waktu itu, yang hanya membincangkan perkara-perkara seperti tauhid, fiqh,
hadis dan tafsir al-Quran. Memang menjadi suatu kerumitan untuk mendapatkan
kitab bercetak pada waktu itu (Mohd Anuar Ramli et.al 2003)
Penggunaan tulisan jawi dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
dakwah dan Lingua Franca menyebabkan kegiatan dan penghasilan karya bertulis dan
antara tokoh-tokoh ulama Melayu yang produktif menyampaikan risalah Islam
melalui medium ini ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Sumaterani, Nuruddin alRaniri dan sebagainya khususnya ketika kerancakan dan kegemilangannya pada
sekitar abad ke 15 hingga ke 17 (Abdul Halim & Siti Fathimah 2014).
Terdapat juga tersebar karya-karya ulama Islam di Tanah Melayu yang
menggunakan tulisan jawi seperti Tuan Tabal atau nama penuhnya Abdul Samad bin
Muhammad Saleh al-Kelantani, seorang ulama' Kelantan yang telah menghasilkan 8
karya penulisan di antaranya ialah Munabbih al-Ghafilin (1868), Jala' al-Qulub bi
Zikr Allah (1870), Kifayat al-'Awam fi Ma Yajibu 'Alaihim min Umar al-Islam (1878),
Bidayat Ta'lim al'Awam fi Turuq min Arkam al-Islam (1906) dan lain-lain lagi yang
kebanyakannya ialah buku yang membicarakan ilmu tasawuf (Hamedi Mohd Adnan
2010).
Di samping itu, terdapat beberapa penerbitan karya asli dan penerbitan
terjemahan yang telah menyumbang kepada penyebaran agama Islam di Malaysia.

6
Antaranya ialah kitab terjemahan Syarh Kitab al-Hikam oleh Syeikh Abdul Malik
Abdullah atau Tok Pulau Manis. Kanz al-Ula, Jawahir al-Saniyah, Syahadan Tok Ku
dan Mukhtasar oleh Tok Ku Tuan Besar (Ab. Aziz Mohd Zain et.al 2006). Karya
Kanz al-Ula boleh diklasifikasikan sebagai sebuah karya dalam bidang sirah nabi.
Kandungannya menyentuh puji-pujian, keistimewaan, kecintaan dan perjalanan hidup
Baginda s.a.w. mengikut kronologi masa bermula dari saat dilahirkan hingga tahun
ketiga Hijrah (Syed Hadzrullathfi Syed Omar et.al 2014). Karya-karya ulama yang
lain juga ialah Mawlid Jawi dan Manhaj al-Safi Bayan Amr Ahl al-Sufi oleh Syed
Abdul Kadir Patani (Ab. Aziz Mohd Zain et.al 2006).
Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (1116 H/1704 M), yang telah mengarang
kitab Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin dan beberapa karya yang lain juga
telah menyumbang kepada perkembangan Islam dan membangkitkan semangat umat
Islam untuk menentang penjajah pada waktu itu. Tulisan-tulisannya tidak hanya
menyebarkan ajaran-ajaran sufisrne tetapi juga mengajak umat Islam melancarkan
jihad melawan penjajah Eropah. Al-Falimbani berperanan aktif dalam usaha
menyelesaikan dua persoalan pokok yang pada waktu itu yang dihadapi bangsa dan
tanah airnya, baik di kesultanan Palembang mahupun di kepulauan Nusantara pada
umumnya, iaitu yang berkaitan dengan dakwah Islamiah dan kolonialisme Barat
(Suhaila Abdullah & Mohd Sukki Othman 2011).
Di samping itu, peningkatan penulisan bahan bercetak telah semakin
berkembang pada abad ke 18M dan abad ke 19M. Karya-karya dakwah yang telah
dihasilkan ialah Tarikh Nabi Muhammad, Tafsir Pimpinan al-Rahman oleh Syeikh
Abdullah Basmeih, Mukhtasar Ali Jamrah dan Ilmu Jiwa Islam oleh Mustapha Abdul
Rahman, Sejarah Anbiya' oleh Abu Bakar Al-Asyari dan sebagainya. Di samping itu,
terdapat tulisan karya intelektual dakwah dalam bahasa Inggeris antara yang terkenal
ialah hasil tulisan Syed Muhammad Naguib al-Attas seperti Some Aspects of Sufism
as Known and Practised among the Malays (1963), Raniri and the Wujudiyyah of 17th
Century Acheh (1966), The Origin of Malay Shair (1968), The Islamisation of The
Malay-Indonesian Archipelago (1969) dan sebagainya (Ab. Aziz Mohd Zain et.al
2006).

7
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlibat dalam dakwah melalui
media cetak mulai tahun 1968 apabila Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
Putra selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah mengarahkan supaya
diterbitkan sebuah kitab tafsir dalam bahasa Melayu. Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia yang diwujudkan pada tahun tersebut telah memberi
amanah kepada Tuan Sheikh Abdullah bin Mohd Basmeih untuk menulisnya, dan
pada tahun 1972 kitab tersebut selesai ditulis dan diterbitkan (JAKIM 2011).
Bagi kategori buku, JAKIM memberi keutamaan kepada bidang teras Islam,
iaitu tafsir al-Qur'an dan hadith. Antara judul buku dalam bidang ini ialah Tafsir
Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Pedoman Muttaqin, Mastika Hadith Rasulullah SAW,
Terjemahan Sahih al-Bukhari, Terjemahan dan Huraian Riyad al-Salihin dan
Terjemahan Bulugh al-Maram. Jakim turut mencetak al-Qur'an Braile bagi
menggalakkan pembelajaran al-Quran bagi memperbaiki mutu bacaan ayat-ayat suci
al-Qur'an OKU Penglihatan Muslim (JAKIM 2011).
Jakim juga tidak ketinggalan dalam menerbitkan jurnal. Terdapat tujuh buah
jurnal diterbitkan oleh Jakim, iaitu Jurnal Penyelidikan Islam, Jurnal Hukum, Jurnal
Darul Quran, Jurnal Hadhari, Jurnal Muamalat dan Jurnal ILIM. Selain itu, JAKIM
juga telah menerbitkan Buku Percuma yang berfungsi dalam menyebarkan maklumat
Islam kepada khalayak, terutamanya yang bersifat berita aktiviti Jakim dan panduanpanduan kehidupan seharian. Jakim juga menerbitkan buletin dan tabloid yang
diedarkan secara percuma, Penerbitan Risalah, Risalah Bersiri, Risalah Tidak Bersiri,
dan Garis Panduan iaitu salah satu jenis risalah yang diterbitkan oleh Jakim adalah
garis panduan sesuatu perkara berkaitan Islam untuk diikuti oleh orang awam atau
pihak-pihak yang terlibat. Selain risalah, Jakim juga menerbitkan terbitan-terbitan lain
seperti taqwim, kalendar meja, pamflet, poster dan pelekat (sticker) dan skrip selawat.
Jakim juga menjalinkan hubungan akrab dengan beberapa media surat khabar yang
mengendalikan ruangan agama dengan menyediakan bahan untuk tatapan pembaca.
Utusan Malaysia sejak tahun 2005 telah menyediakan ruangan Kalamullah yang
bahannya merupakan rencana ringkas tafsir al-Quran yang disediakan oleh Jakim.
Akhbar ini juga menyediakan ruangan pemberitahuan berkenaan program Forum
Perdana Hal Ehwal Islam terbitan Jakim di TV 1 yang dimuatkan secara mingguan
pada setiap hari Khamis dan ruangan Slot Bimbingan beberapa kali setiap bulan.

8
Selain itu, Jakim bekerjasama dengan akhbar Kosmo dengan menjadikan akhbar
berkenaan sebagai media rasmi program Kempen 1 Malaysia 1 Halal yang dijalankan
beberapa peringkat di setiap negeri (JAKIM 2011).
Corak perkembangan media dakwah melalui tulisan ini terus berkembang
mengikut peredaran zaman. Hasil karya melalui tulisan merupakan kaedah dakwah
yang berkesan dalam menyampaikan dakwah Islam kerana pada waktu itu
keterbatasan para ulama dalam menyampaikan dakwah akibat penjajahan di tanah
Melayu. Di samping itu, karya-karya yang dihasilkan ini juga memberi panduan
kepada masyarakat Islam untuk lebih memahami Islam dengan lebih jelas kerana
sifatnya yang memudahkan umat Islam untuk membuat rujukan.
3. Majalah dan Surat khabar
Perkembangan media dakwah berterusan sehingga kemasukan penjajah ke
Tanah Melayu yang mana telah membawa masuk teknologi percetakan daripada luar.
Hal ini diakui kerana media komunikasi bukanlah teknologi asli negara ini tetapi
dibawa masuk dari negara asing (Rahmah Hashim 1996). Media dakwah dalam bahan
percetakan majalah dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu penerbitan majalah
sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.
Media dakwah dalam bidang percetakan berkembang sewaktu penjajahan
British kerana mereka bertanggungjawab membawa media percetakan ke Tanah
Melayu pada waktu itu dengan membawa mesin cetak, kertas dakwat dan juga
juruteknik ke Tanah Melayu pada abad ke 19. Pusat percetakan dan penerbitan pada
awal penjajahan British adalah di Singapura, Penang dan Melaka. Setelah itu
berkembang ke Kuala Lumpur dan beberapa negeri yang lain. Surat khabar Melayu
pertama yang telah diterbitkan adalah Jawi Peranakan di Singapura pada tahun 1876
namun telah ditamatkan penerbitannya pada 1895. Selepas itu, setiap minggu terdapat
kemunculan beberapa surat khabar Melayu yang juga diterbitkan di Singapura seperti
Nujumul Fajar (1877), Shamsul Kamar (1877), Sekolah Melayu (1888), Bintang
Timur (1894-1895), Utusan Melayu (1907-1921), Lembaga Melayu (1914-1931),
Peredaran Syamsul wal-Qamar dan Bintang Barat yang kesemuanya menggunakan
tulisan jawi. Bentuk penulisan suratkhabar ini telah dipengaruhi oleh surat khabar
Mesir. Terdapat juga surat kepada pengarang dan perbincangan mengenai bahasa

9
Melayu, kebudayaan Melayu dan ilmu pengetahuan tentang Islam (Mohd. Yusof
Hussain 2008).
Penerbitan Majalah sebelum perang Dunia Kedua pada Disember 1941,
sebanyak 122 buah majalah telah diterbitkan dalam bahasa Melayu (Hamedi Mohd
Adnan 2010). Pengkategorian majalah -majalah Melayu yang terdapat pada jadual 1.1
di bawah ini, kategori majalah yang paling popular sebelum Perang ialah majalah
umum 26.2% sebanyak 32 jumlah, diikuti majalah agama 18.8% sebanyak 23 jumlah
dan kategori majalah diayah sebanyak 4 jumlah adalah yang paling sedikit iaitu 3.3%.
Berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa majalah yang berunsurkan
agama dalam masa 40 tahun sebelum perang kedua meletus telah diterbitkan bertujuan
untuk memberi kesedaran dan menyebarkan ilmu pengetahuan agama kerana pada
waktu itu orang Melayu mundur dan cetek pemahamannya tentang Islam serta
mengkritik dasar politik pemerintah British dan raja-raja serta pembesar-pembesar
melayu yang selama itu tidak menunjukkan semangat yang jujur untuk memajukan
orang-orang Melayu (Abdullah bin Haji Jaafar 1980). Di samping itu, kebanyakannya
diterbitkan bukan semata-mata untuk memperoleh keuntungan, tetapi sebagai alat
untuk memberikan didikan dan panduan kepada khalayak pembaca. Atas
kecenderungan itu, tidaklah menghairankan jika jumlah majalah yang secara hakiki
atau sebahagian besar kandungannya tentang agama cukup banyak diterbitkan, iaitu
23 buah (Hamedi Mohd Adnan 2010).
Jadual 1.1 : Pengkategorian Majalah-majalah Melayu sebelum Perang (1900-1941)
Kategori
Agama
Kesusasteraan
Kebangsaan
Diayah
Organisasi
Umum
Lain-lain
JUMLAH

Jumlah
23
18
10
4
21
32
14
122

Peratusan
18.8
14.8
8.2
3.3
17.2
26.2
11.5
100

Sumber: Hamedi Mohd Adnan, "Ekonomi Penerbitan Majalah Melayu Sebelum


merdeka", Tesis Ph.D, Universiti Malaya, 2001, hlm 56.
Selain itu, majoriti majalah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua menjadikan
agama sebagai elemen yang lazim diselitkan untuk menarik pembaca. Biarpun

10
orientasi majalah itu hiburan seperti Hiboran Hari Raya (1935) dan Taja Penghiboran
(September 1934) atau kesusasteraan seperti Kesah Malik Saif Bin Zi Yazin (20
September 1934) dan Kawan Berchakap (12 Disember 1934) atau pengetahuan umum
seperti Al-Hikmah (April 1934), namun soal-soal berhubung agama Islam seperti
kisah-kisah nabi, al-Quran dan hadis, pendidikan Islam, akhlak, dan sebagainya tetap
disiarkan. Hal ini mungkin ada hubungannya dengan matlamat majalah-majalah itu
diterbitkan. Kebanyakannya diterbitkan bukan semata-mata untuk memperoleh
keuntungan, tetapi sebagai alat untuk memberikan didikan dan panduan kepada
khalayak pembaca. (Hamedi Mohd Adnan 2010).
Di antara majalah yang bertujuan menyebarkan fahaman Islam adalah majalah
al-Imam. Majalah ini ialah majalah bulanan tulisan jawi yang diterbitkan di Singapura
lebih kurang 2 setengah tahun iaitu bermula pada bulan Julai 1906 hingga bulan
Disember 1908. Jumlah kesemuanya ialah 31 keluaran. Pengasas kepada penerbitan
majalah al-Imam ini ialah Syeikh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari, Sayid Syeikh
bin Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali.
Hasil daripada kesedaran dalam hidup mereka di kota-kota terutama di Singapura
serta akibat pengaruh Timur Tengah, mereka dengan penuh azam dan tekad ingin
menjalankan reformasi dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam bidang agama
Islam (Abdullah bin Haji Jaafar 1980). Majalah al-Imam ini juga mengetengahkan
pemikiran tokoh Muhammad Abduh dan Syed Muhammad Rashid Ridha di Mesir.
Selain artikel yang terdapat dalam al-Imam itu sendiri, terselit terjemahan artikel
daripada majalah Mesir iaitu al-Manar (1896-1937) (Mohd. Yusof Hussain 2008).
Tujuan penerbitan majalah al-Imam ini ialah untuk menyalurkan berita semasa
mengenai Tanah Melayu, menyampaikan ilmu pengetahuan kepada bangsa Melayu
yang kian lemah dan mundur dari segi ekonomi dan pendidikan. Selain itu, sebab
yang paling utama adalah kerana agama Islam di Tanah Melayu telah dianuti dan
diamalkan dengan cara pemikiran yang cetek dan konservatif (Mohd. Yusof Hussain
2008).
Di samping majalah al-Imam, majalah lain yang mempunyai matlamat
penerbitan berorientasikan yang sama adalah al-Ikhwan (1926-1931). Al-Ikhwan telah
diterbitkan di Penang oleh Jelutong Press yang dimiliki oleh Syed Syeikh Ahmad al-

11
Hadi. Majalah ini menekankan bahawa agama Islam mesti dilaksanakan berlandaskan
al-Quran dan Hadith (Mohd. Yusof Hussain 2008).
Majalah Pengasuh juga merupakan majalah yang tertua dalam penerbitan
majalah. Pengasuh sering disebut sebagai warta Majlis Agama Islam dan Istiadat
Melayu Kelantan (Majlis). Pada permulaannya Pengasuh diterbitkan untuk
mengedarkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat para ulama. Mesyuarat ini
ditubuhkan pada 24 Januari 1918 oleh Majlis untuk menjawab soalan yang berkaitan
dengan hukum syariah (Ramli Haji Ahmad & Che Zaharah Che Hassan 1980).
Selain itu, majalah al-Islah juga telah berperanan menyumbang kepada
penyebaran dakwah Islam. Majalah Islah diterbitkan ditengahbulanan dengan
menggunakan sistem jilid dan bilangan ini sering mengutarakan pelbagai tema Islamik
yang mampu menggarap minda pembaca. Dengan menggunakan sistem tulisan Jawi
dan purata halaman 16 hingga 32 halaman diterbitkan dengan kekerapan dwimingguan bermula dari 15 Februari 1970 bersamaan 9 Zulhijjah 1389 H, 1 Mac 1970,
15 April 1970 dan seterusnya. Menurut Yusuf Rawa, majalah ini diberi nama al-Islah
bersesuaian dengan namanya yang bertujuan memberikan suatu pembaikan dan
pembaharuan ke atas masyarakat Islam di samping mendokong cita-cita yang cukup
besar, membawa tanggungjawab yang cukup berat, ingin berbakti dan berkhidmat
kepada ugama, bangsa dan tanah air. Majalah ini diterbitkan bertujuan menyeru dan
berdakwah selain menyeru umat berbuat baik dan melarang dari melakukan
perbuatan-perbuatan munkar dalam cita-cita mengabdikan diri di bidang dakwah
Islamiah dalam bentuk tulisan. Ini kerana menurutnya setiap hati manusia itu selalu
melupai tugasnya dan konsep perjuangan hidupnya di muka bumi ini, ialah sebagai
hamba Allah yang mesti dihiasi lembaran sejarah hidupnya dengan amal ibadah
semata-mata kerana Allah SWT (Hamidah 2013).
Selain daripada majalah yang telah disebutkan tadi, terdapat lebih 20 buah
lagi majalah yang khusus memuatkan tulisan tentang keagamaan pada zaman sebelum
Perang Dunia Kedua. Majalah-majalah agama ini dapat dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu majalah-majalah yang berkait dengan institusi pendidikan terutamanya
madrasah, majalah-majalah yang berkait dengan persatuan-persatuan atau kelab dan

12
majalah-majalah agama yang diterbitkan oleh orang perseorangan dan penerbit swasta
(Hamedi Mohd Adnan 2010).
Setelah itu, penerbitan majalah dakwah sekitar tahun 1970-an pula, terdapat
dua majalah yang begitu menonjol dalam kalangan pembaca iaitu Majalah al-Islam
keluaran Utusan Melayu dan Dakwah keluaran YADIM (Ab. Aziz Mohd Zain et.al
2006). Namun begitu, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) menerbitkan
semula majalah Dakwah yang dihentikan penerbitannya sejak 15 tahun lalu. Keluaran
sulung majalah terbitan Yadim itu sudah berada di pasaran awal Mei lalu. Majalah itu
diterbitkan pada tahun 1977 sebelum diberhentikan sementara pada tahun 2000
(Utusan Melayu 2010).
Pada akhir 1980-an sehingga kini, penerbitan majalah berunsur Islam tumbuh
bak cendawan selepas hujan dan begitu meluas di pasaran. Antaranya ialah Sinaran
Islam, Ruhaniyyat, Cahaya dan Pendidik keluaran JAKIM, Pengasuh keluaran MAIK,
Muslimah keluaran Syarikat al-Muslimah, Tamadun keluaran

Penerbit Muttaqin,

Ummi dan Adik keluaran Ummah Media Sdn. Bhd, Islamic Herald keluaran
PERKIM, Anis, Ayu, OK, YES dan Asuh keluaran Syarikat Galeri Ilmu dan lain-lain
lagi (Ab. Aziz Mohd Zain et.al 2006).
Usaha-usaha intelektual Islam dalam memberi pengetahuan Islam kepada umat
Islam pada zaman penjajahan dan selepas kemerdekaan adalah suatu usaha keras yang
dilakukan para pendakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam. penerbitan majalah
dan surat khabar merupakan medium atau saluran dakwah yang berkesan kerana
hampir kesemua matlamat penerbitan bahan media cetak ini adalah untuk memberi
kesedaran dan memperbetulkan pegangan dan amalan umat Islam yang ketandusan
ilmu agama akibat daripada kemunduran umat Islam itu sendiri selain membangkitkan
semangat untuk menentang para penjajah dan bangkit mempertahankan Tanah Melayu
sehingga mencapai kemerdekaan.

13
1.4.2 Dakwah Melalui Penerbitan Media Elektronik
1. Television dan Radio
Radio dan televisyen yang merupakan media elektronik di Malaysia juga tidak
ketinggalan mengisi ruang dakwah sebagai satu alternatif menyampai dan meluaskan
pengaruh pendidikan melalui medium popular. Penerbitan rancangan dan siaran yang
berkonsepkan dakwah diterokai dan dibina dengan pelbagai bentuk agar matlamat
berdakwah sampai kepada madu yang menjadi sasaran.
Penerbitan radio dan televisyen di Malaysia mula diketengahkan pada
pertengahan tahun 1950-an sehingga 1960-an. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu,
Jabatan Penyiaran ditubuhkan pada tahun 1957 dan siaran radio pada waktu itu
dikenali sebagai 'Radio Malaya' (Ab. Aziz Mohd Zain et.al 2006). Namun begitu,
kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur yang ke udara selama tiga kali seminggu
dan setiap siaran berlangsung selama dua jam bermula sekitar tahun 1930-an iaitu
melalui Kerajaan kolonial British kemudiannya menubuhkan British Malayan
Broadcasting Corporation pada tahun 1937 berpusat di Singapura dan apabila berlaku
peperangan Dunia Kedua, stesyen penyiaran berkenaan menjadi medium utama
propaganda bagi menyokong British dan sekutunya. Semasa penaklukan Jepun antara
tahun 1941-1945, penyiaran beroperasi dalam skala kecil iaitu siarannya dipancarkan
diantara Pulau Pinang, Melaka dan Seremban. Kerajaan British kemudiannya
mengambil alih dan menubuhkan Jabatan Penyiaran Malaya di mana fokus utamanya
ketika itu ialah bagi menghadapi ancaman komunis dan ia berlarutan sehingga
Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1959, radio mula beroperasi di Kuala
Lumpur manakala Televisyen Malaysia dilancarkan secara rasmi pada 28 Disember
1963 (Zulkiple Ab. Ghani t.t.)
Di samping itu, tujuan siaran televisyen diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia
adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan untuk memudahkan
kerajaan menyalurkan maklumat pembangunan kepada orang ramai. Selama hampir
20 tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memonopoli arena penyiaran televisyen
di negara ini. Sehingga Julai 1995, terdapat empat rangkaian televisyen iaitu Saluran
Perdana (TV1), Saluran Emas (TV2), rangkaian swasta TV3 dan Metrovision
(Rahmah Hashim 1996).

14
Di peringkat awal penyiaran di Malaysia, rancangan agama hanya diberi ruang
masa penyiaran yang kecil berbanding rancangan kategori hiburan. Siaran rancangan
agama menjadi lebih aktif di sekitar hujung tahun 1960-an apabila Bahagian Melayu
dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan agama dan beberapa
orang penyiar yang mempunyai latar belakang pendidikan agama mula dilantik
sebagai penerbit walaupun di peringkat awal perlantikan mereka tidaklah khusus
sebagai penerbit rancangan agama. Akibat tuntutan dan desakan masyarakat Islam
yang makin tinggi supaya lebih banyak rancangan agama disiarkan melalui radio dan
TV, pada tahun 1971, sebanyak tiga belas buah rancangan agama disiarkan melalui
Radio Malaysia dalam tempoh seminggu iaitu rancangan Islam dan Masyarakat,
Pendidikan Islam, Sinar Islam, Fardu Jumaat, Kandungan Kitab Suci, Kursus alQuran, Nasyid, Selintas Kisah, Renungan Sepintas Lalu, Berkat Ilahi, Doa, Azan dan
Bacaan al-Quran. Program agama di televisyen pula bagaimana pun hanya disiarkan
selama tiga puluh minit seminggu sehingga tahun 1973 disebabkan oleh kerumitan
aspek teknikal yang lebih sukar berbanding dengan radio (Zulkiple Ab. Ghani t.t.).
JAKIM juga telah menerbitkan beberapa program TV yang berunsurkan
dakwah dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah, Forum Perdana Ehwal Islam,
Program Realiti Adik-Adikku, Program Gameshow Catur Bistari DTV. JAKIM juga
mengendalikan saluran radio sendiri iaitu radio Salam FM (91.1FM/102.5 FM/105.1
FM). Tujuan penerbitannya adalah untuk membekalkan program agama kepada lima
saluran radio untuk siaran program agama, iaitu Klasik Nasional (Bahasa Melayu),
Minnal fm (Bahasa Tamil), Ai fm (Bahasa Mandarin), Traxx fm (Bahasa Inggeris)
dan Asyik fm (Bahasa Orang Asli) (JAKIM 2011).
Di samping itu, TV1 juga telah menerbitkan rancangan yang memberi manfaat
kepada dakwah Islam di Malaysia. Antaranya ialah rancangan Siaran harian, siaran
mingguan dan siaran slot khas. Siaran harian merujuk kepada penyiaran program
agama secara tetap dan disiarkan setiap hari mengikut waktu dan tempoh masa yang
ditetapkan. Contohnya, siaran azan, bacaan ayat-ayat al-Qur'an pada permulaan siaran,
siaran muhasabah diri dan doa pada akhir siaran televisyen. Siaran mingguan puala
ialah siaran yang berdasarkan rancangan-rancangan televisyen yang disiarkan sekali
pada setiap minggu berdasarkan waktu dan tempoh masa yang ditetapkan. antara
siaran itu ialah Forum hal Ehwal Islam (Melayu), Wahyu Ilahi (Melayu) Lughah al-

15
Qur'an, Muqaddam (Melayu), Vision (Bahasa Inggeris), Faith (Mandarin),
Assalamu'alaikum (Tamil) dan sebagainya. Siaran slot khas pula ialah siaran yang
bersempena dengan peristiwa penting atau perayaan atau sambutan tertentu yang
berkaitan dengan Islam. Antaranya ialah, Solat Terawih di Mekah, siaran langsung
solat Jumaat dari masjid Negara, Majlis Ujian Tilawah al-Quran peringkat
antarabangsa dan sebagainya (Ab. Aziz Mohd Zain et.al 2006).
Selain itu, radio Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) juga telah menyumbang
kepada penyebaran dakwah di Malaysia. Hal ini kerana penubuhannya di bawah
Institut Kefahaman Malaysia yang dicetus penubuhannya oleh Perdana Menteri, YAB
Dato Seri Dr Mahathir Mohamad ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Sejajar dengan fungsinya, IKIM telah
melangkah setapak lagi dengan pelancaran Radio Ikim (IKIM. FM) pada 6 Julai 2001
khusus bagi meningkatkan dakwah Islam (Azilawani 2011). Rancangan dan isi
kandungannya adalah bercorak agama Islam dan stesen radio ini beroperasi selama 24
jam. Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala
selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen
Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap semua
radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan
dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan sekitar 786,000 pendengar di Semenanjung
Malaysia mengikuti radio Islam ini (Wikipedia 2015).
Penyiaran televisyen di Malaysia juga berkembang dengan rancaknya. Sistem
Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983
sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian
daripada kumpulan syarikat Media Prima. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah
Klang, (sekitar Kuala Lumpur, bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun 1984
(Wikipedia 2015).
Perkara ini tidak dipandang sepi oleh beberapa penerbit beragama islam,
dengan memulakan langkah sebagai stesen satelit swasta berbayar, Astro menubuhkan
saluran Astro Oasis pada 2007 dan implikasinya menjadikan saluran pemangkin
kepada penyiaran Islam negara. Pada 2009, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) melalui Al-Hijrah Media Corporation - bertanggungjawab menubuh,

16
memiliki, mengawal penyiaran dan penerbitan menerusi stesen TV AlHijrah, tampil
dengan medium penyiaran islam kontemporati ternyata telah membawa satu inovasi
baru dan mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan islamik (Muhammad Suud
Zhariff t.t.). Pelbagai rancangan yang telah disediakan oleh stesen televisyen masa
kini dengan mengikuti kehendak dakwah Islam seperti rancangan al-Kulliyyah di
TV3, realiti TV seperti rancangan Imam Muda, Da'I, Pencetus Ummah, Tanyalah
Ustaz di TV9 dan lain-lain
Di samping itu, drama juga merupakan salah satu medium yang sangat
berpengaruh untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat. Drama
televisyen (tv) memudahkan sesiapa sahaja yang menontonnya untuk memahami
mesej yang ingin disampaikan kerana ianya menggabungkan beberapa unsur teknikal
seperti bantuan video dan audio ketika disiarkan. Maka, kewujudan drama televisyen
sebegini amat sesuai digunakan oleh pihak tertentu untuk menyampaikan sesuatu
mesej kepada semua lapisan masyarakat (Faizul Nizar Anuar & Nor Azura
Adzharuddin 2013). Lanjutan itu, pada tahun 2009, stesen penyiaran Media Prima
melalui siaran TV3 telah menyiarkan drama bermesej keislaman yang pernah
mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada penonton melalui drama melayu
yang bertajuk Nur Kasih. Drama ini bukan hanya ditonton oleh masyarakat yang
beragama Islam, malah turut ditonton oleh masyarakat yang datang daripada pelbagai
latar belakang. (Faizul Nizar Anuar & Nor Azura Adzharuddin 2013).
1.4.3 Dakwah Melalui Media Baharu: Jaringan Internet dan Alat Teknologi
Komunikasi
Antara pendekatan yang digunakan melalui ICT adalah:
1. Internet
Media baru didefinisikan sebagai fenomena yang merangkumi kewujudan teknologi
pendigitalan dan penyaluran maklumat serta teknologi komunikasi yang mendasari
alaf hari ini (Wikipedia 2011).
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai
ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense

17
Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang
oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori
queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching). Pada 01 Januari 1983,
ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini
merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini. Pada sekitar 1990-an, Internet
telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian
komputer yang sedia ada (Wikipedia 2015).
Perkembangan Internet di Malaysia bermula pada tahun 1983 apabila netizen
Malaysia yang pertama iaitu Dr. Mohamed Awang-Lah (salah seorang ahli Lembaga
Pengarah OUM) memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia
menerusi Internet di makmal Universiti Malaya. Pada ketika itu, beliau merupakan
ahli akademik Fakulti Elektrikal/Elektronik di Universiti Malaya. Dr. Mohamed
Awang-Lah telah membuat hubungan Internet yang sama di akhir tahun 1984 ketika
beliau ditempatkan di MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System).
Penubuhan MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang
cerdik IT untuk menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik (Faizal 2015).
Peluang berdakwah melalui internet telah digunakan sebaiknya oleh para
pendakwah sejak internet dilancarkan di Malaysia. Hal ini kerana, internet merupakan
sumber yang penting dalam proses penyampaian maklumat dan sangat mudah menarik
minat masyarakat di Malaysia. Terdapat beberapa aplikasi melalui internet yang
digunakan oleh para pendakwah dalam berdakwah. Antaranya ialah, laman web,
Facebook, Whatsapp, Youtube, Instagram dan lain-lain.
Oleh itu, pelbagai laman web islamik telah ditubuhkan yang bertujuan untuk
menyampaikan maklumat tentang Islam dan tempat rujukan bagi masyarakat di atas
kemusykilan berkaitan agama Islam. Antara laman web dakwah di Malaysia yang ada
sehingga kini ialah www.islam.gov.com.my (JAKIM), www.ikim.gov.my (IKIM),
www.abim.org.my (ABIM), www.perkim.net.my (PERKIM), www.e-pondok.net
(persendirian), www.geocities.com/muhammadsyukri/ (persendirian) (Ab. Aziz Mohd
Zain et.al 2006), www.yadim.com.my/ (YADIM), www.zaharuddin.net (persendirian)
dan lain-lain.

18
Selain daripada laman web dakwah yang telah dibina untuk kemudahan umat
Islam mengakses kefahaman tentang Islam, perisian atas talian seperti Facebook,
WhatsApp, WeChat, Twitter dan terbaru Telegram adalah tumpuan bagi setiap
pengguna gajet yang punya akses kepada internet. Ia adalah alat komunikasi yang
pantas dan percuma berbanding dengan SMS yang mempunyai kos caj oleh syarikat
telekomunikasi yang menyediakan servis tersebut. Selain daripada itu, perisianperisian di atas tiada limitasi masa dan ruang bagi pengguna menulis dan berkongsi
apa sahaja manakala SMS adalah terhad dari segi jumlah perkataan dan kos yang
mahal jika berkongsi gambar melalui MMS. Melalui Facebook, WhatsApp, WeChat,
Twitter dan Telegram semuanya adalah percuma dan ia bukan hanya dua hala namun
berkelompok iaitu boleh dimasukkan dalam satu kumpulan dari 50-200 orang secara
sekali gus dalam satu-satu masa. Secara tidak langsung ia menjadikan aktiviti
berkomunikasi, berkongsi dan apa sahaja yang berkaitan interaksi di atas talian
menjadi rancak sehinggakan terbukti banyak menatijahkan kesan buruk selain ruang
bagi melakukan kebaikan khususnya kerja-kerja dakwah (Ahmad Zahiruddin Mohd
Zabidi & Faisal@ Ahmad Faisal Abdul Hamid 2014). Menurut laporan akhbar Berita
Harian pada 25 Oktober 2015:
Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan
mengatakan bahawa bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka
meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang
pada 2012. Laporan itu juga menyebut bahawa rakyat Malaysia semakin
banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti
televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas
untuk rangkaian sosial. Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91
peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah
untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun
Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses
Facebook.
Berdasarkan laporan ini dapat kita simpulkan bahawa aplikasi Facebook
merupakan aplikasi yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia. Hal ini
diakui bahawa Facebook adalah antara laman web yang juga boleh digunakan untuk
memudahkan soal jawab dan penjelasan agama ialah facebook, dimana terdapat

19
kemudahan bersoal-jawab, video calling dan sebagainya yang memudahkan
komunikasi apatah lagi dengan kemudahan perkhidmatan percuma yang disediakan
tanpa menggunakan sesen pun. Medium dakwah juga boleh disampaikan dengan
menggunakan internet radio. Malahan Negara jiran seperti Indonesia telahpun
memulakan kaedah pendakwahan yang menggunakan radio internet dan internet
sendiri sebagai media dakwah pada era globalisasi ini (Azizan Had 2014).
Tidak ketinggalan juga ramai dari kalangan tokoh-tokoh agama serta
pendakwah mahupun akademik yang turut terlibat mewarnai pentas dakwah medium
siber melalui lama media rangkaian sosial mereka seperti Dr. Zaharuddin Abd
Rahman melalui laman web beliau zaharuddin.net serta aktif di Facebook, Dato Dr.
Asri Zainul Abidin di laman web beliau di drmaza.com serta di Facebook dan Twitter,
pendakwah terkenal tanah air Ustaz Azhar Idrus melalui ustazazhar.com serta di
Facebook dan juga beberapa orang ahli akademik institusi pengajian tinggi Malaysia
seperti Dr. Abdul Basit, Dr. Ishak Sulaiman, Dr. Fadhlan Othman serta ramai lagi
yang turut bersama mengambil manfaat daripada perkembangan teknologi dan
komunikasi dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat terutama sekali kepada
golongan muda yang mencatatkan golongan yang teramai sebagai pengguna internet
serta laman rangkaian sosial. Penyebaran media dakwah dalam laman sosial
khususnya mudah diakses oleh masyarakat kerana penyampaiannya yang santai dan
figur Islam yang dijadikan rujukan oleh masyarakat merupakan seseorang yang telah
menjadi terkenal melalui kredibiliti ilmunya serta diketengahkan oleh media
televisyen itu sendiri.
Menurut Aini Maznina & Syed Arabi, gabungan antara komputer dan juga
internet menyemarakkan lagi interaksi manusia atas talian seperti melalui e-mail,
mailing list, e-group, blogspot, website dan seumpama. Kemudian muncul pula laman
web interaktif (komunikasi dua hala) seperti Friendster atau MySpace diikuti dengan
kepesatan syarikat-syarikat alat telekomunikasi yang berlumba-lumba melahirkan
gajet-gajet dan tablet-tablet yang mempunyai daya akses 24 jam sehari kepada
internet, harga jualan yang semakin kompetatif, keberdayaan akses kepada internet
walau di mana berada dengan kos yang mampu bayar menjadikan gajet, tablet,
internet dan aplikasi online terbaharu seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, Twitter
dan seumpama adalah satu fenomena yang menjadi sebahagian daripada kehidupan

20
manusia moden (Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi & Faisal@ Ahmad Faisal Abdul
Hamid 2014).
Di samping itu, penggunaan teknologi maklumat masa kini juga terdapat
beberapa kategori aplikasi aplikasi ICT yang mengetengahkan imej-imej Islam
sebagaimana dinyatakan oleh Abu Bakar Abdul Majeed dan Sarina Othman. Aplikasiaplikasi tersebut seperti, laman web atau homepage, kumpulan berita atau newsgroup,
perbualan geganti internet, papan web atau web board, soal jawab atau frequently
asked question (FAQ), senarai alamat atau mailing list, perisian atau software yang
boleh disalin dari laman web dan perpustakaan digital atau digital library (Noorkhaida
Abdul Murad 2005).
Perkembangan ini dilihat merupakan satu perkembangan yang positif dalam
dakwah kerana ia mampu mengajak masyarakat dalam mendekati ajaran Islam serta
menyampaikan nasihat secara santai dan berkesan serta pantas dapat disebarkan
kepada masyarakat.
2. Bahan Multimedia dan Alat Teknologi
Penggunaan internet umum diketahui bahawa banyak memberi manfaat kepada dunia
dakwah untuk menyebarkan dakwah islam kepada masyarakat. Namun begitu, tidak
dinafikan bahawa penggunaan bahan multimedia dan alat teknologi ini turut
menyumbang kepada penyaluran medium dakwah. Contohnya, penggunaan bahan
multimedia seperti cakera padat (compact disk-CD), cakera padat video (video
compact disk-VCD), cakera digital versatile (digital versatile disk-DVD) dan
sebagainya. Kebanyakan penghasilan bahan multimedia berkaitan dakwah dihasilkan
dalam bentuk perisian (software), documentarian, laman interaktif (kiosk), video
panduan dan sebagainya. Contoh penerbitan bahan media cetak dan multimedia oleh
Syarikat Saba' Islamic Media Sdn. Bhd. Di samping itu, antara alat teknologi
komunikasi yang menjadi fokus dalam penyampaian sesuatu mesej dakwah ialah
Overhead Projector (OHP), alat perakam video, mesin slaid, Liquid Crystal Display
(LCD), Visualizer dan sebagainya. Di samping itu, alat-alat teknologi komunikasi lain
seperti telefon bimbit, pembantu peribadi digital (PDA), komputer mudah alih dan
sebagainya merupakan instrument ICT yang boleh menyimpan data dalam kapasiti

21
tertentu serta sesuai bagi tujuan menyebarkan mesej dakwah kepada sasaran dakwah
(Ab. Aziz Mohd Zain et.al 2006).
1.5 KESIMPULAN
Abad ke-21 ini merupakan peralihan zaman teknologi moden. Berbanding
pada zaman dahulu, para intelektual Islam hanya menggunakan tulisan tangan ketika
menulis sebuah kitab. Kesungguhan dan semangat yang ditonjolkan para ulama Islam
pada zaman dahulu sangat dipuji dan dihargai. Kewajipan menyebarkan dakwah Islam
itu menjadikan mereka mampu melakukan apa jua kaedah dalam menyebarkan
kefahaman Islam kepada umat islam pada waktu itu.
Di samping itu, para ulama Islam juga turut menyumbang dari segi ilmu dan
perjuangan dalam menentang penjajah yang telah bertapak di tanah Melayu.
Menyuntik semangat masyarakat Islam pada waktu itu untuk bangkit menentang
penjajah dan membebaskan umat Islam daripada kemunduran dan ketandusan
pegangan akidah.
Peralihan medium dakwah daripada penulisan tangan kepada pencetakan
bahan dan penerbitan buku, majalah dan surat khabar telah memudahkan para
pendakwah menyampaikan risalah dakwah kepada umat Islam. Teknologi percetakan
ini telah dibawa masuk oleh penjajah British pada waktu itu. Namun begitu, akibat
penguasaan

daripada

penjajah,

keterbatasan

dalam

penerbitan

menghadkan

penyampaian medium dakwah. Walaupun begitu, para pendakwah tetap melaksanakan


misi dakwah yang tidak pernah henti bagi menyambung rantai perjuangan Nabi SAW
dan para sahabat.
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perkembangan penerbitan
media elektronik iaitu radio dan televisyen telah membuka ruang dakwah yang luas
dalam menyampaikan Islam. Pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam
menyediakan rancangan berbentuk islamik dengan menerapkan beberapa rancangan
keislaman. Namun begitu, cabaran tetap ada kerana keterbatasan saluran televisyen
yang mana hanya satu sahaja saluran iaitu radio Televisyen Malaysia (RTM).

22
Perkembangan media dakwah di Malaysia terus berkembang apabila internet
mula diperkenalkan dan pelbagai medium media diperkenalkan bagi memudahkan
akses komunikasi dalam negara mahupun di luar negara.
Implikasi penyebaran dakwah melalui media ini terdapat kebaikan dan
kelemahannya. Oleh itu, para pendakwah perlu kembali kepada garisan yang telah
Islam tetapkan dan sentiasa berlandaskan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah. Hal ini
kerana perkembangan teknologi memberi kemudahan bagi para pendakwah untuk
menggunakan medium yang sedia ada untuk menyampaikan dakwah. Para pendakwah
perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman namun masih berpaksikan kepada
ajaran Islam.

23
RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd Zain. 1995. Minhaj Dakwah Masa Kini: Suatu Pengenalan. Jurnal
Usuluddin. 77-11.
Abdul Halim &Siti Fathimah. 2014. Pusat Manuskrip Melayu : Sejarah dan peranan
dalam pengurusan manuskrip Melayu. Disertasi Master, Jabatan Sejarah dan
Tamadun Islam, Universiti Malaya.
Abdullah bin Haji Jaafar et.al. 1980. Lembaran Akhbar Melayu. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia.
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi & Faisal@ Ahmad Faisal Abdul Hamid. 2014.
Membina Pengisian Berpengaruh Media Baharu Melalui Penulisan Dakwah.
Al-Hikmah. 6(2): 78-90.
Amini Abdullah. 2014. Dakwah dahulu dan masa kini.
http://www.researchgate.net/profile/Dr_Amini_Abdullah/publication/2631674
16_14_Mac_2014_Dakwah_dahulu_dan_masa_kini_(MAJALAH_DAKWAH
_MEIJUN_2014)/links/00b7d53a157dab3c03000000. [28 Oktober 2015].
Azilawani. 2011. Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Ditubuhkan.
http://hids.arkib.gov.my/print.php?type=A&item_id=4162. [4 November
2015].
Berita Harian. 2015. 25 Oktober.
Faizal. 2015. Sejarah Internet Malaysia. http://www.majalahsains.com/sejarahinternet-malaysia/. [4 November 2015]
Faizul Nizar Anuar & Nor Azura Adzharuddin. Faktor Penerimaan Remaja Terhadap
Drama Televisyen Bermesej Keislaman Jabatan Komunikasi. Global Media
Journal-Malaysian Edition. 3 (3):1-14.

24
Hamedi Bin Mohd Adnan, 2011. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Penerbitan majalah agama sebelum perang Dunia Kedua: Antara
tanggungjawab sosial dengan perniagaan. (18) :87-100.
Hamedi Mohd Adnan. 2001. Ekonomi Penerbitan Majalah Melayu Sebelum merdeka.
Tesis Dr. Fal, Universiti Malaya.
Hamidah Jalani. 2013. Jurnal al-Muqaddimah. Majalah Al-Islah Sebagai Majalah
Berbentuk Islah: Suatu Sorotan (The Al-Islah As A Reformation Magazine: A
Review). 1(1):
JAKIM. 2011. Inovasi Dan Transformasi Dakwah Jakim Melalui Media
Mohd Anuar Ramli et al. 2012. Sumbangan Ulama Melayu Klasik Dalam Menjana
Budaya Ilmu di Alam Melayu, Dlm. Norarfan Zainal et al. (pnyt).
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam. Bandar Seri Begawan: Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, hlm. 285-289.
Mohd. Yusof Hussain. 2008. Mass Media in Peninsular Malaysia. Dlm. Mohd. Yusof
Hussain (pnyt.). Mass Media in selected Muslim Countries. hlm. 45-76. Kuala
Lumpur : Ampang Press Sdn. Bhd.
Muhammad Suud Zhariff. t.t. Realiti Tv: Dai - Pendakwah Melinia Permodenan Imej
Dakwah Islam. Kertas kerja Kursus: YSF 501, Televisyen dan Masyarakat. Pusat
Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia.

Najidah Zakariya & Abu Dardaa Mohamad. 2013. Media sebagai wasilah dakwah.
Jurnal Al-Hikmah. (5): 92-99.
Nik Roskiman Abdul Samad. 2013. Peranan Media Dalam Melestarikan Masyarakat
Kasih Sayang Pengarah Pusat Media. Konvensyen Pendakwah Negara Tahun
2013.
Noorkhaida Abdul Murad. 2005. Sumber Maklumat Islam Dalam Internet. Institut
Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan. Universiti Teknologi Mara.

25
Noresah Baharom et.al. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rahimin Affandi Abd Rahim. 2010. Jurnal Fiqh. Batu Bersurat Terengganu: Satu
Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam. (7) :107-148.
Rahmah Hashim. 1996. Media dan Keluarga. Selangor: Angkatan Belia Islam
Malaysia.
Syed Hadzrullathfi Syed Omar et.al. 2014. Pendokumentasian Karya Ulama
Terengganu Abad Ke 19 Dalam Memartabatkan Pengajian Ilmu-ilmu
Berteraskan al-Quran Di Terengganu . Jurnal Sosial Sains Asia. 9(10):128.
Utusan Melayu. 2010. 25 Mei.
Wikipedia. 2013. Media baru. https://id.wikipedia.org/wiki/Media_baru. [4 November
2015].

Wikipedia. 2015. IKIM.fm. https://ms.wikipedia.org/wiki/IKIM.fm. [4 November


2015].
Wikipedia. 2015. TV3. https://ms.wikipedia.org/wiki/TV3. [4 November 2015].

Zulkiple Ab. Ghani. t.t. Penyebaran Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia.
https://www.scribd.com/doc/24933877/an-Dakwah-Melalui-Media-PenyiaranDi-Malaysia. [4 November 2015].

Anda mungkin juga menyukai