Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH

KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015


QUE

ANN

1. Perhatian . Minta Kerjasama Semua Pelajar dan para hadirin Untuk Memberi
Laluan Majlis Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi tahun 2015
Yang Akan Berlangsung Sebentar Lagi.Terima Kasih.
2. Para Pelajar dan hadirin dewan diingatkan Berdiri Ketika Perarakan Masuk yang
berhormat diiringi dif-dif jemputan Ke Dewan
KETIBAAN PERASMI

Mengumumkan ketibaan,
Yang Berhormat,
Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup. Encik Martin
Ben diiringi para guru besar, wakil ppd, Yang di Pertua
PIBG dan guru-guru serta dif-dif jemputan

NYANYIAN 3 BUAH LAGU

Masuk ke dewan
(tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

PERSEMBAHAN TARIAN
SEMBAH TAMU

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Seterusnya, majlis mempersilakan,
Persembahan, Tarian Langi Pingadap dari Kelab
Kebudayaan Sekolah. Dipersilakan.
(tarian tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian
sembah tamu itu tadi di bawah pimpinan Puan Fiona Ak
Kanat dan Abang Kennedy Ak Nicholas.

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
BACAAN DOA

Hadirin sekalian,
Awal salam pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, dijemput En. Joseph Katub Ak Paros
Penghulu Sembahyang Gereja St Petrus Kg Pridan
untuk membacakan doa.........
Dijemput dengan hormatnya.
(bacaan doa)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai,
yang baik jua kita didatangi.

SALUTASI

Yang Berhormat,
En Martin Ben
Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup
Yang berusaha,
En. Ibai Anak Aning,
Guru Besar SK Pridan,
Yang dihormati,
Wakil Ppd , Encik Dicken Kilue
Pn. Hellen Ak Ramong,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Norfazrini Binti Dinen,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Atai Anak Nyuling,
Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Para guru besar zon kedup dan wakil, Ketua-ketua
Kampung, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pridan, Para

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
ibu bapa
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

UCAPAN ALU-ALUAN MC

UCAPAN ALU-ALUAN
EN.IBAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hadirin sekalian,
Dari Dewan Masyarakat Kampung Pridan, mengalualukan kehadiran hadirin sekalian ke
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
BAGI TAHUN 2015.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan
kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik dan
kokurikulum. Justeru, adalah menjadi harapan kami
warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi
dalam diri setiap pelajar.
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Ibai AK Aning, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pridan untuk menyampaikan ucapan,
dipersilakan.
(ucapan tamat)

UCAPAN PERASMIAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan


itu tadi.
Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berhormat,
Encik Martin Ben,
Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015. Dipersilakan.
(ucapan tamat)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan


perasmian Yang Berhormat Encik Martin Ben itu tadi.

Persembahan Fashion
Show Prasekolah

Sidang dewan sekalian,


Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah
sama-sama kita saksikan pertunjukan fesyen dari wakil
murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Pridan.
Dipersilakan
(persembahan pertunjukan fesyen)

PENYAMPAIAN SIJIL HAL


EHWAL MURID

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas


persembahan itu tadi.
Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Khidmat cemerlang 2015
Murid berbakti kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2015


SK Pridan pada hari ini akan kita mulakan dengan
Penyampaian Sijil Hal Ehwal Murid. Untuk itu, majlis

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
sukacitanya menjemput,
Penyampai : Tuan Guru Besar, Encik Ibai Anak Aning
guru besar SK Pridan
Diiringi oleh: Yang dihormati, Encik Atai Ak Nyuling Yang
Di Pertua PIBG SK Pridan
(baca senarai nama)
1) Sijil penghargaan pengawas pusat sumber
2) Sijil penghargaan pengawas sekolah
3) Penyampaian sijil kokurikulum
- Sijil penghargaan mewakili zon
- Sijil penghargaan mewakili daerah

Persembahan Aci-aci
Buka Pintu

Terima kasih tuan guru besar kerana telah


menyempurnakan penyampaian sijil hal ehwal murid
sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Aci-aci
Buka Pintu yang akan disampaikan oleh murid-murid
tahun 4. Dengan itu majlis mempersilakan.
(persembahan)

ANUGERAH
KECEMERLANGAN
KURIKULUM

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk


makluman hadirin, persembahan itu tadi dipimpin oleh
adik Elly Ernie Ak Alban di bawah bimbingan Cikgu
Nasyirin Fadilah.
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Kecemerlangan Kurikulum,
Penyampai : Yang Berhormat, Encik Martin Ben Ahli
Dewan Undangan Negeri N19, Kedup
Diiringi oleh: Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Encik Ibai
Anak Aning dan Yang dihormati Encik Atai Ak Nyuling.
(baca senarai nama)

Murid Cemerlang Mata Pelajaran

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015

Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas


Peningkatan Kurikulum
Murid Harapan (Pemulihan)
Anugerah NILAM 2015
Peningkatan Dalam Semua Tunjang Prasekolah Untuk
Murid 6 Tahun
Peningkatan Dalam Semua Tunjang Prasekolah Untuk
Murid 5 Tahun
Murid Cemerlang Secara Keseluruhan Untuk 6 Tahun
Murid Cemerlang Secara Keseluruhan Untuk 6 Tahun
Kehadiran Penuh Prasekolah
Tulisan Kemas
Anugerah Pelajar Contoh Lelaki dan Perempuan
Prasekolah

(tamat penyampaian )
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia Encik Martin Ben. dipersilakan.......

PENYAMPAIAN SIJIL
BERHENTI SEKOLAH

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil
Berhenti Sekolah. Dijemput
Penyampai : Yang Dihormati Encik Dicken Wakil PPD
Serian
Diiringi oleh: Yang dihormati, Penolong Kanan Kurikulum
Puan Helen Ak Ramong
(baca senarai nama)

Sijil PraSekolah

Sijil Tahun 6

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
PERSEMBAHAN TARIAN
ANZLECH LECOBIAT,
KELAB KEBUDAYAAN
SEKOLAH

Hadirin sekalian,
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan
persembahan tarian anzlech lecobiat, Kelab Kebudayaan
Sekolah. Untuk itu majlis mempersilakan.
(persembahan tamat)
Untuk makluman semua, persembahan tarian anzlech
lecobiat itu tadi di bawah pimpinan, Puan Fiona Ak
Kanat dan Abang Kennedy Ak Nicholas. Majlis
mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN INSENTIF
UPSR 2014
SIJIL PENGHARGAAN
KEPADA EXCO PIBG 2015

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini
akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif
UPSR 2014. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Penyampai : Yang di Pertua PIBG, Encik Atai AK Nyuling
Diiringi oleh: Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Helen
Ak Ramong.
(baca senarai nama)
Seterusnya kita akan sampaikan Sijil Penghargaan
kepada Exco PIBG dan Sijil Penghargaan kepada
kakitangan swasta sekolah 2015.

PERSEMBAHAN TARIAN
GUE MAH GITU
ORANGNYA

(baca senarai nama)


Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan
tarian Gue Mah Gitu Orangnya di bawah pimpinan sekali
lagi dari Puan Fiona AK Kanat dan Abang Kennedy Ak
Nicholas.
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.
(tamat persembahan)
Majlis mengucapkan terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
ANUGERAH KHAS UNTUK Hadirin sekalian,
GURU
Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,
Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya
Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan anugerah
khas untuk ibu bapa dan guru, yang telah banyak
berkorban, jiwa dan raga demi anak-anak Pridan. Untuk
itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai : Yang dihormati Puan Hellen Ak Ramong,
Penolong Kanan Kokurikulum
Diiringi oleh: Puan Norfazrini Binti Dinen
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
(baca senarai nama)

Anugerah Ibu Bapa Contoh

Anugerah Khas Guru


ANUGERAH TOKOH
MURID

Hadirin sekalian,
Anugerah ini akan disampaikan kepada tokoh murid
yang menjadi contoh dan idola murid-murid yang lain
dalam peningkatan sahsiah dan akademik di sekolah.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai : Ketua Kampung Pridan, Encik Georgia Ak
Patruce Mayal
Diiringi oleh: Tuan Guru Besar, Encik Ibai Anak Aning
(bacakan biodata murid)

JAMUAN & BERSURAI

Ucapan tahniah buat pelajar-pelajar yang telah


berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan
lagi di tahun yang akan datang....
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi,
maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali
majlis mengundur diri. Saya Mohd Shah Rizan dan

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015
Nasyirin Fadilah menyusun jari sepuluh memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau
cara sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SK Pridan , rakan guru,
orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah
kecemerlang Pelajar 2015. Sesungguhnya kerja dan
amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat
ganjaran dan keberkatan dariNYA.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua

Pohon kenanga elok merimbun


Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dijemput Yang berhormat dan tetamu kehormat serta diiringi guru besar dan
ajk-ajk PIBG untuk menjamu selera. Dipersilakan..