Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI PEMBUANGAN BAYI

Mengikut kajian, jenayah pembuangan bayi terjadi akibat daripada amalan


seks bebas sebelum berkahwin, terlanjur dalam hubungan cinta dan institusi
keluarga yang bermasalah. Mereka yang terlibat terpaksa membuang bayi akibat
terdesak, malu, takut, dan kesan yang bakal mereka tanggung.

ISU PEMBUANGAN BAYI

Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak
dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah
ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari
sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat
dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini
terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau
pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan
belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan
hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan
hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu
janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka
yang mementingkan diri sendiri.
Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah
tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam
keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan
masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat
awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana
bayi-bayi malang ini ditemui.
Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak
berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum
kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam
hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah
keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanakkanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata
demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak
usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti
penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini
juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya
semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi
Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan
menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya
boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat.
Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya
neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat
akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini?
Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan
agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih
didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini.
Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna
kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa
haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi
sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak
dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks
dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur
seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet
juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah
kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping
berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.
Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin
memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu
megubah segalanya.

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya
sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap
mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat
kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga
mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup
mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya


daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata
(tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka
mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan
nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang yang lalai".

CARA MENGATASI:

Maksiat merajalela hasil dari penerpan sistem sekular, kes-kes zina,


kelakuan bebas, judi dan arak sudah menjadi lumrah. Pergaulan bebas hanya di
pandang enteng oleh Negara dan tidak ada uqubat (hukuman) dari negara ke
atas pelaku-pelaku maksiat tersebut. Namun jika benar-benar sistem Islam
diterapkan nescaya kejadian yang parah ini pastinya dapat dibendung dari awal.
Ini kerana di dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem
perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi
lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita Muslimah, cara memandang wanita dan
sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu
penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain.
Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki
pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur
oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu.
Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan
beberapa ketetapan seperti:

(1) Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk
menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];

(2) Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara


sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya,
kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab
(33):59];

(3) Rasulullah bersabda, "Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama
sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya." [HR. Bukhari dan Muslim].

(4) Rasulullah juga bersabda, "Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang
wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya" [HR. Muslim]

(5) Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;

(6) Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah
(komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;

(7) Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita
hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang
bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang
bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;

(8) Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan
Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);

(9) Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan
[an-Nur (24):2].

Oleh yang demikian, dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh


Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah
digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara.
Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara
pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana
Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum
Allah.

Semua pihak harus berganding bahu menangani gejala sosial ini dan yang
terpenting ialah institusi keluarga itu sendiri. Ramai anak muda yang bermasalah
lahir dari institusi keluarga yang ibu bapanya porak peranda, bercerai berai dan
asyik bersengketa. Ambillah yang jernih buanglah yang keruh. Tingkatkan ilmu
agama dan didiklah anak-anak muda dengan ilmu agama dan kasih sayang yang
sepenuhnya. Luangkan masa untuk mendengar masalah. Insya Allah, akan
lahirlah rumahku syurgaku....Insya Allah teruskan berdoa semoga kita terus
ditetapkan iman dan diberkati Allah selalu.