Anda di halaman 1dari 5

KELAHIRAN KEMAJUAN ISLAM

Jahiliah dan Pengertiannya


Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahulan
atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat. Pengertian ini selaras
dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud : Apakah hukuman
jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih
baik daripada (hukum) Allah bagi orang yang yakin (Surah Ali
Imran : Ayat 154) dan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dialah
yang mengutus kepada kamu yang buta huruf (Arab Jahiliah)
seorang rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat Nya
kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada
mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya
benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumuah: Ayat
2).
Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam Al-Quran, ciri-ciri
masyarakat Jahiliah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak
mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kehidupan. Kedua,
zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga,
zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan
keempat, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boleh
membaca
dan
menulis.
Ciri-ciri
masyarakat
Jahiliah
ini
sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya
kitab suci Al-Quran Al-Kanm atau sebelum pra-Islam. Sesuatu
masyarakat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah
sekiranya memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.
Dalam Al-Quran, zaman Jahiliah tidak dibataskan menurut masa dan
dinyatakan secara umum, begitu juga dengan kamus-kamus Arab
yang hanya menyatakan Jahiliah itu zaman sebelum Islam. Dalam
konteks Semenanjung Tanah Arab, tempoh masa Jahiliah ialah
berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas
keruntuhan kerajaan Saba di peringkat ketiga atau peringkat akhir
kerajaan Himyar (Tubba) sekitar tahun 300SM sehingga turun AlQuran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610
Masihi. Pada zaman itu, tiada nabi diutuskan dan tidak ada kitab
suci diturunkan sebagai petunjuk kepada masyarakat. Ciri-ciri
pembangunan dan ketamadunan hampir lenyap berikut runtuhnya
empangan Maarib. Masyarakat ketika itu kehilangan pedoman
kerana dilanda kejahilan iaitu tidak mewarisi ilmu pengetahuan
sebelumnya, dan seterusnya berlaku krisis akhlak atau moral
sehinggalah diturunkan kitab suci Al-Quran AL-Karim. Dengan sebab
itulah, masyarakat Arab sebelum Islam dianggap sebagai
masyarakat Jahiliah.
Menurut seorang tokoh orientalis, iaitu P.K Hitti beliau menyatakan
Jahiliah bukan membawa pengertian jahil dari segi ilmu

pengetahuan, tetapi sebenarnya jahil dalam aspek keagamaan


sahaja. Beliau berpendapat, pada zaman masyarakat Jahiliah
tersebut tidak terdapat nabi atau kitab sebagai sumber petunjuk.
Namun begitu, orang Arab di kawasan selatan Semananjung Tanah
Arab tidak boleh dianggap jahil atau bodoh kerana mereka telah pun
mempunyai tamadun yang tinggi. Pendapat beliau berhubung
dengan makna Jahiliah ini hampir-hampir diterima oleh penulispenulis moden, terutamanya di kalangan penulis berbangsa Arab
antaranya Ahmad Syalani dan Hasan Ibrahim Hasan. Di dalam dunia
Islam, orang Arab dan bangsa-bangsa tertentu sememangnya suka
dipuji dan disanjung, dan kadangkala mereka sebenarnya
terperangkap dengan puji-pujian dan sanjungan ini. Dalam rangka
gerakan golongan orientalisme pihak orientalis sentiasa berusaha
memperkukuh semangat nasionalisme di kalangan orang islam dan
cara paling mudah dengan membangkitkan zaman tradisi mereka.
Dengan harapan agar sejarah bangsa Arab zaman Jahiliah dapat
membayangi sejarah mereka selepas Islam dan inilah usaha yang
hendak dilaksanakan oleh golongan orientalis termasuk P.K Hitti.
Adakah pernyataan P.K Hitti ini tepat? Pendapat P.K Hitti tidak tepat
jika dilihat dari segi kronologi sejarah. Tidak dapat dinafikan dari
segi sejarah, bahawa kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab
terutamanya pada zaman kegemilangan kerajaan saba telah
mencapai kemajuan, tetapi waktu itu telah terdapat seorang nabi
iaitu Nabi Sulaiman a.s Kerajaan saba telah menerima ajaran Nabi
Sulaiman a.s dan dengan itu, Allah S.W.T mengurniakan kerajaan
tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Negeri yang
makmur dan mendapat pengampunan Tuhan (Surah Saba: Ayat
15), Begitu juga kerajaan Himyar, di peringkat awal menerima
nikmat dan pengampunan dari Allah S.W.T Setelah kedua-dua
kerajaan ini ingkar terhadap Allah S.W.T, maka diturunkan bala dan
sejak itu tamadun Arab yang dibina di kawasan selatan
Semenanjung Tanah Arab mengalami keruntuhan.
Sepanjang zaman Jahiliah, Masyarakat Arab berada dalam keadaan
kekuturan, kemaksiatan, keangkuhan, dan kebodohan dalam ilmu
pengetahuan sebagai mana ditegaskan dalam Al-Quran. Selain
mengalami keruntuhan dan segi nilai agama dan akhlak, mereka
juga mengalami keruntuhan aspek politik dan pemerintahan,
ekonomi dan sosiobudaya.
Sistem Kepercayaan dan Agama
Pada zaman jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan
agama memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut dan
masyarakat Arab ketika itu sedang menempuhi zaman kegelapan.
Pengaruh asing merupakan faktor penting yang membawa
tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab.
Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan

hubungan luar terutama dalam urusan perdagangan, hubungan


diplomatik atau kegiatan-kegiatan keagamaan. Kawasan di
persisiran pantai dan bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah,
Yaman, Oman dan Bahrain telah memainkan peranan penting
dalam penyebaran pelbagai agama kerana merupakan pusat
tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat tempatan dan
antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama
dan penyembahan berhala.
Dalam konteks ini, golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab
di kategorikan kepada lima iaitu pertam, penyembah berhala
(agama Wathani) kedua, penyembah apt (Majusi) ketiga, Yahudi,
keempat, Nasrani (Kristian) dan kelima, Hanif (Samawi). Agama
menyembah berhala merupakan agama paling penting dan
berpengaruh di kalangan orang Arab. Menurut Ibn Kaibi, agama
menyembah berhala bermula bila Umar bin Luai yang melawat ke
Syam (Syria) untuk mendapatkan ubatan, dan ketika itu beliau
melihat kaum Balqa menyembah berhala. Beliau membawa agama
ini kembali ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas
mengerjakan haji mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan
sekitarnya, di bawa ke tempat masing-masing untuk disembah
sebagai mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu,
kepercayaan sesetengah orang Arab terhadap Hajar As-Aswad yang
berada di Kaabah dikatakan berpunca dari langit. Berhala-berhala
yang disembah diperbuat daripada emas atau perak yang
berbentuk asli atau replika. Antara berhala-berhala yang mashur
disebut dalam Al-Quran ialah berhala Al-Lat (TaiF), Al-Uzza
(Nakhlah), Al-Manar (antara Makkah dengan Madinah) dan Hubai
(Kota Makkah). Makkah merupakan pusat agama berhala dan di
sekeliling kaabah, dianggarkan terdapat sejumlah 360 buah berhala
yang disembah.
Agama menyembah api atau Majusi berasal dari Parsi. Kaum Majusi
tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang
diutuskan oleh Allah S.W.T tetapi mereka mengikut nabi-nabi palsu.
Agama ini terbahagi kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah,
Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut agama Majusi menetap di
Yaman, Oman, dan Bahrain kerana semua kawasan ini terletak di
bawah pengaruh Parsi.
Agama Yahudi ialah agama yang di bawa oleh Nabi Musa a.s dan
baginda di utuskan membawa kitab suci Taurat. Penganut asal
agama ini ialah dari kalangan bani Israel di utara Semenanjung
Tanah Arab. Namun begitu, golongan agama bani Israel telah
mengubahsuai kandungan kitab suci Taurat dan ini dilaknat oleh
Allah S.W.T dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan
yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan
tangan mereka Sendiri, lain dikatakannya : Ini dari Allah (dengan
maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan

perbuatan itu (Surah Al Baqarah: Ayat 79). Antara yang menganut


agama Yahudi ini ialah YusufDhu Nawas, pemerintah terakhir
kerajaan Himyar.
Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s yang
diturunkan Allah S.W.T kepadanya bersama-sama kitab suci Injil dan
penganut asalnya, juga dari kalangan bani Israel. Mereka juga
mengingkari ayat-ayat Allah S.W.T dengan mengubahsuai kitab Injil
menurut keperluan dan kepentingan mereka. Agama Nasrani
berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi peranan
penduduk Ghassan, dan Hirah dan di sebelah selatan melalui
peranan penduduk Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat
beberapa suku Arab yang menerima agama ini iaitu suku Ghassan,
Judham, Salih, Lakham (di timur), Tayy dan Thalabah (di tengah).
Pusat agama Nasrani yang terkenal ialah di Najran, kawasan barat
daya Semenanjung Tanah Arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat
beberapa orang tokoh yang menganut agama ini antaranya
Waraqah bin Naufal.
Agama Hanif atau digelar Hunafa dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan
dianuti segelintir orang Arab. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi
Ibrahim a.s adalah HanifQamak: Hunafa yang mentauhidkan Allah
S.W.T Baginda seorang Hanif dan Muslim, bukan Yahudi atau
Nasrani. Antara yang menganut agama ini ialah Nabi Muhammad
S.A.W. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal. Penganut agama ini tidak
menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan
tidak melakukan perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah S.W.T.
Namun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan
sebahagian pula mengamalkan kepercayaan animisme seperti
menyembah roh, penunggu atau kuasa ghaib dan corak
penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung kepada
suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya
masyarakat Main. Matahari dan bulan disembah kerana keduaduanya dianggap menghidupkan tanaman mereka.
Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap
adat (sunnah) yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul.
Antara yang diamalkan ialah menilik nasib bagi melihat masa depan
mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga mempercayai
kekuasaan ahli sihir dan kuasa azimat.
Kepercayaan dan agama masyarakat Arab im dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu pertama, kepercayaan beragama dan kedua,
kepercayaan animisme. Secara umumnya, sejumlah besar
masyarakat Arab Jahiliah berada dalam kehidupan yang penuh
dengan kesesatan dan terpesong dari akidah yang sebenar. Maka
itu, kedatangan Islam pada tahun 610 Masihi menerusi Nabi
Muhammad s.a.w telah mengubah masyarakat Arab khasnya dan

dunia amnya, tidak setakat pada akidah tetapi juga aspek-aspek


ketamadunan manusia.
Sistem Politik dan Pentadbiran
Pada zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan
yang
mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa
penuh kerana negara-negara tersebut telah tergugat akibat
penjajahan. Sejumlah besar kawasan penting di Semenanjung Tanah
Arab diletakkan di bawah kuasa-kuasa penjajah asing terutama
empayar Rom (Barat dan Utara) dan Parsi (Timur). Empayar Rom
(Kristian) dan Parsi (Majusi) menguasai sebelah utara manakala di
selatan dikuasai oleh Habsyah-Rom (Kristian) dan Parsi. Kawasan
tengah iaitu Makkah pernah diserang oleh tentera Yaman pada
tahun Gajah tetapi ia mengalami kegagalan. Ini menunjukkan,
Kestabilan politik Makkah tergugat dengan kehadiran kuasa-kuasa
penjajah asing di Semenanjung Tanah Arab.
Di kawasan yang ditakluki kuasa-kuasa asing , suasana dan keadaan
adalah lebih teruk seperti Ghassan, Hirah dan Yaman yang serba
mengalami kesusahan dan kepayahan. Kesan penjajahan
menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak atau berkabilah,
sering berperang sesama mereka untuk mendapatkan pengiktirafan
dan perlindungan daripada kerajaan-kerajaan yang memerintah
atau yang menjajah kawasan itu. Keadaan ini tidak jauh berbeza
dengan masyarakat di luar bandar, iaiu Badwi.
Walaupun kawasan-kawasan tersebut telah memiliki pemerintahan
atau pentadbiran tersendiri tetapi masih tidak boleh dianggap
sebagai pemerintahan yang maju atau bertamadun kerana masingmasing dijajah dan tidak merdeka. Ternyata, bentuk politik yang
terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliah jauh bertentangan atau
berbeza dengan keadaan politik pada zaman Islam yang bebas
daripada cengkaman penjajahan, dan berstatus merdeka.
Sistem Perekonomian