Anda di halaman 1dari 8

Saidina Usman selepas menjadi khalifah menjadi khalifah pada 24 hijrah

selama 12 tahun
i. Kehidupan peribadi
Keluarga
(28 hijrah) Menikahi Nailah bint al-Farafisyah al-Kulaibiyah
Nailah yang asalnya Nasrani memeluk islam sebelum
dicampuri oleh Saidina Usman
Aset
(28 hijrah) Membangun rumah di Kota az-Zaura
Lain2
(28 hijrah) Menunaikan haji
(30 hijrah) cincin nabi jatuh dalam telaga aris dan tidak
berjaya ditemui hingga sekarang
ii. Urusan jinayat
Uruskan kes qisas atau diyat Ubaidillah bin Umar bin al-Khattab
solusi: Diyat melalui wang baitul mal kerana anak Hurmuzan
memaafkannya
Ubaidillah bunuh anak perempuan Abu Luluah, dan dua
orang penghasut Abu Luluah untuk membunuh saidina Umar
yaitu Jufainah (orang nasrani) dan al-Hurmuzan (dari Tustar)
Ubaidillah dipenjara oleh Saidina Umar untuk dijatuhkan
hukuman oleh Khalifah selepasnya
Keputusan diyat dicapai setelah berbincang dengan beberapa
orang sahabat, termasuklah Saidina Ali dan Amr bin al-Ash
iii. Urusan pemerintahan
Tidak mengganti gabenor lantikan saidina Umar kecuali selepas
satu tahun
Ini adalah pesanan Saidina Umar supaya lantikannya tidak
diganti kecuali selepas satu tahun
Ada beberapa gabenor yang diganti
Gabenor Kufah: Mughirah bin Syubah (zaman Saidina Umar)
(selepas setahun @ 25 hijrah) Saad bin Abi Waqqas
(selepas setahun @ 26hijrah) al-Walid bin Utbah bin Abi alMuith (30 hijrah) Said bin As
Punca pemecatan Saad: Pertengkaran dengan Ibn Masud
kerana tidak mampu bayar hutang dan banyak alasan
ketika diminta bayar hutang baitul mal oleh Ibn Masud
Punca pemecatan al-Walid: minum khamr (dihudud) hingga
salah solat subuhnya (empat rakaat + Tanya nak tambah
lagi atau tak?) dan ada yang kata betul dua rakaat
kemudian dia Tanya apakah mahu ditambahkan lagi?

Gabenor Mesir: Amr bin al-As (26 hijrah) Abdullah bin Saad
bin Abi Sarh (saudara sesusuan atau seibu Saidina Usman)
Muhammad bin Abi Bakr
Punca pertukaran gabenor: Permintaan penduduk Mesir
(lebih tepatnya kelompok provocator yang mahu
gabenor yang lebih lembut dari Amr bin al-As dan
kemudian yang tiada hubungan kerabat dengan Saidina
Usman)
Gabenor Basrah (Iraq): Abu Musa al-Asyari (29 hijrah)
Abdullah bin Amir bin Kuraiz (anak pak cik / sepupu Saidina
Usman)
iv. Ijtihad
Mushaf usmani
Punca pembukuan adalah kerana berbeza2 bacaan (qiraat
tujuh) yang oleh orang2 jahil menganggap bacaan mereka
sahaja betul dan yang lain salah, bahkan sampai
mengkafirkan
Perselisihan dengan Ibn Masud (ketika itu beliau di Kufah)
yang tidak setuju al-Quran nya diambil dan dibakar seraya
kata bahwa ia lebih dulu masuk islam berbanding Zaid bin
Sabit yang ditugaskan menulis mushaf tersebut. Namun
kemudian rujuk setelah diminta oleh Saidina Usman
(melalui surat) untuk bersatu dan tidak berselisih
(30 hijrah) Azan jumaat dua kali
v. Pembangunan
(29 hijrah) Renovate masjid Nabawi
Cantikkan (batu berukir), perluaskan (160 hasta X 150
hasta), tukar bahan binaan (batu kapur, atap kayu jati,
tiang batu bundar)
vi. Fitnah dan Krisis
Solat tamam ketika haji (di Mina) sedangkan nabi s.a.w, abu
bakar dan umar r.anhuma semua qasar
Awalnya diprotes oleh orang termasuk sahabat seperti
Saidina Ali, Abdur Rahman bin Auf dan Abdullah bin Masud
Jawapan Saidina Usman adalah seorang mujtahid
Lebih lanjut di bawah
vii.Krisis sahabat2
(26 hijrah) Saad bin Abi Waqqas dengan Ibnu Masud berkaitan
hutang baitul mal. Menimbulkan kemarahan saidina Usman dan
akhirnya Saad bin Abi Waqqas diganti oleh Al-Walid bin Utbah
sebagai gabenor

viii.

(30 hijrah) Antara Muawiyah dengan Abu Zar (di Syam)


berkaitan pengumpulan harta keputusan dicapai setelah Abu
Zar bertemu saidina Usman
Abu Zar tinggal di Rabzah
Sekali-sekali datang ke Madinah agar orang arab Badwi tak
murtad (kerana salah sangka terhadap Abu Zar)
Abu Zar penuhi hadis nabi kepadanya supaya keluar
Madinah bila pembangunan telah sampai ke gunung Sal
Masyarakat
Sahabat2 diizinkan keluar dan berjalan ke mana saja (zaman
Umar mereka harus tetap di Madinah)
Setiap mereka ada pengikut masing2 dan masing2
pengikut mahu guru mereka (sahabat) menggantikan
Usman kelak hingga ada yang harap agar saidina Usman
cepat2 wafat
Rezeki melimpah ruah hingga ada yang tidak sabar dan
buruk sangka dengan atsrah (seorang dapat lebih
bahagian dari yang lain) dengan mengatakan tidak
diserahkan bahagian, tak sampai bahagian dll hingga
timbul pergaduhan.
Nasihat dan perjanjian dengan nabi, Bersabar jika
terjadi atsrah
Kata Hasan al-Basri, demi Allah aku melihat pedang
itu akan terhunus sampai hari kiamat.

Fitnah terhadap Saidina Usman


i.

ii.

Punca: Abdullah bin Saba yang sebar idea jahat kepada penduduk
Mesir bahawa saidina Ali yang lebih layak sebagai khalifah. Orang2
di Mesir yang terpengaruh mengutus surat kepada orang2 Basrah
dan Kufah hingga mereka saling bertukar maklumat dan berjanji
bersepakat untuk menentang kekhilafahan saidina Usman maka
mereka carilah perkara2 untuk diprotes seperti nepotisme dan
pecat sahabat2 besar dari jawatan gabenor
33 hijrah: Said bin As (gabenor kufah) kirim surat kepada Saidina
Usman mengenai sebagian rakyat Kufah Saidina Usman perintah
agar diungsi (buang negeri) ke Syam (gabenor: Muawiyah) lalu
hantar surat kepada Muawiyah mengenai perkara tersebut dan
nasihat agar diberi tempat, dimuliakan dan dijinakkan hati mereka
Muawiah menasihati mereka dua kali namun tetap tidak didengar

iii.

iv.

v.

dan diingkari bahkan mereka mengeji, mencela Quraisy. Muawiyah


mengusir mereka dari Syam supaya tidak merosakkan pemikiran
masyarakat Syam. Mereka itu adalah:
Kumail bin Ziyad
Al-Asytar an-NakhaI (Malik bin Haris)
Alqamah bin Qais an-Nakhai
Shashaah bin Syauhan al-Abdy
Tsabit bin Qais an-Nakhai
Jundub bin Zahir
Al-Ghamidy
Jundub bin Kaab al-Azdy
Urwah bin al-Jad
Amru bin al-Hamq al-Khuzai
Dikatakan mereka dipulangkan ke Kufah (atas perintah Saidina Usman)
namun lidah mereka semakin jahat lalu dilapor oleh Said bin As
kepada Saidina Usman yang kemudian menyuruh mereka ke tempat
Abdur-Rahman bin Khalid bin Walid dan menetapkan mereka di daerah
ad-Durub Kemudian mereka ke tempat Abdur-Rahman bin Khalid bin
Walid (gabenor al-Jajirah, yang kemudiannya gabenor daerah Himsh)
yang mengancam akan ambil tindakan ke atas mereka Mereka minta
maaf dan tarik balik pemikiran mereka al-Asytar meminta maaf
kepada saidina Usman dan mereka dimaafkan Mereka tinggal di
pinggir pantai (daerah Himsh) dan segala keperluan mereka diisi oleh
Abdur-Rahman bin Khalid
33 Hijrah: Sekumpulan penduduk Basrah dipindahkan ke Syam dan
Mesir kerana mengkritik polisi Saidina Usman (yakni mereka orang
yang mengobarkan api pemberontakan dan bersekongkol dengan
musuh untuk merosakkan dan mencela pemerintahan saidina
usman)
33 Hijrah: Majoriti yang tidak senang dengan pemerintahan Saidina
Usman adalah penduduk Kufah dan mereka bermuamalah dengan
yang dipindahkan ke Himsh (muamalah dengan Abdur-Rahman bin
Khalid) Mereka kritik kata Saidina Usman pecat sahabat dan ganti
dengan kerabatnya maka mereka minta agar gabenor mereka
dipecat dan diganti dengan yang lain
Usman memanggil semua gabenor2 untuk berbincang. Gabenor2
ketika itu
Muawiyah (syam)
Amr bin Al-As (Mesir)
Abdullah bin Saad bin Abi Sarh (morocco)
Said bin As (Kufah)

Abdullah bin Amir (Basrah)


Keputusan adalah agar mereka dijinakkan dengan harta dan fasiliti2
dan kemudian hantar mereka untuk berjihad Said bin As dihalang
oleh penduduk Kufah untuk masuk hingga Saidina Usman gantikannya
dengan Abu Musa al-Asyari, manakala Said pulang ke Madinah maka
fitnah pun berhenti Penduduk Kufah takjub dan hantar surat kepada
Saidina Usman yang kemudian dijawab oleh beliau untuk hilangkan
segala uzur, syubhat dan kejahatan mereka
vi.
Gerakan khawarij di Mesir dibatasi oleh Amr bin al-As mereka
lapor kepada Saidina Usman dan minta diganti gabenor dengan
yang lebih lembut Tugas pertahanan dan percukaian akhirnya
diganti oleh Abdullah bin Saad bin Abi Sarh manakala Amr bin al-As
sebagai imam solat Khawarij melaga-lagakan Amr bin al-As dan
Abdullah bin Saad hingga terjadi perselisihan di antara mereka
Saidina Usman memerintahkan tugas imam solat juga diserah
kepada Abdullah bin Saad dan memanggil Amr bin al-As pulang ke
Madinah Abdullah bin Saad sibuk di Morocco manakala di Mesir
muncul gerakan pembangkang dan provokasi terhadap Saidina
Usman yang dipelopori oleh:
Muhammad bin Abi Bakar
Muhammad bin Huzaifah
Mereka berdua berjaya himpun 600 pengendara pergi ke Madinah
dengan pura2 untuk berumrah, padahal hakikatnya hendak
membangkang polisi2 Saidina Usman Abdullah bin Saad mengirim
surat mengenai hal itu kepada Saidina Usman Mereka menemui
Saidina Usman yang ketika itu di luar kota Madinah, mendebatnya dan
mendapatkan jawapan darinya hingga puas dan kembali ke tempat
mereka. Perkara yang mereka persoalkan adalah:
Larangan sembelih unta
Bakar mushaf
Tidak qasar solat dalam safar
Meletakkan orang muda sebagai gabenor
Mengutamakan bani Umayyah dari yang lainnya
Jawapan saidina Ali (sebetulnya jawapan langsung dari Saidina Usman ketika
mereka bertemu):
Unta hasil zakat menunggu sehingga gemuk
Bakar untuk menghilangkan perbezaan dan menetapkan mushaf yang
disepakati

Qasar kerana keluarga di sana dan niat mukim di sana (tidak tepat,
sebaliknya yang betulnya adalah ia ijtihad Saidina Usman kerana
beliau layak berijtihad)
Pemuda yang diangkat adalah jujur dan adil sebagaimana nabi pernah
lantik Attab bin Usaid dan Usamah bin Zaid
Rasulullah sendiri melakukan hal yang sama terhadap Quraisy
vii.
Syawal 35 Hijrah: Penduduk Mesir, Kufah dan Basrah saling berbalas
surat dan memalsukannya atas nama sahabat2 di Madinah (eg: Ali,
Thalhah, Zubair, Aisyah r.anhum) yang isinya agar memerangi
saidina Usman dn meolong agama Allah kerana itu jihad terbesar
buat masa itu. Mereka membangkang terhadap gabenor2 wilayah
dan memperbesarkan setiap kesalahan lalu menyebarkannya
dengan uslub yang berbeza. Mereka juga banyak mengadu kepada
Saidina Usman mengenai gabenor2 dan meminta agar diganti
gabenor
Penduduk Mesir keluar dalam empat kelompok dengan jumlah
600-1000 orang dengan pura2 ingin mengerjakan haji. Dalam
kalangan mereka ada Ibnu Sauda, seorang yahudi yang pura2
masuk islam dan banyak melakukan bidah dan qauliyah
Pimpinan tertinggi mereka adalah al-Ghafiqy bin Harb al-Akky
manakala ketua2 kelompok adalah:
Abdur-Rahman bin Udais al-Balwy
Kunanah bin Bisyr at-Tujaiby
Sudan bin Humran as-Sakuny
Qutairah as-Sakuny
Penduduk Kufah keluar dalam empat kelompok. Pemimpin
tertinggi mereka adalah Amr bin Ashm. Ketua2 kelompok
adalah
Zaid bin Sauhan
Al-Asytar an-Nakhai
Ziyad bin Nadhar al-Harisi
Abdullah bin Asham
Penduduk Basrah keluar di bawah empat panji. Pemimpin
tertinggi mereka adalah Hurqusy bin Zuhair as-Sadi. Ketua2
kelompok adalah
Hukaim bin Jablah al-Abdy
Bisyr bin Syuraih bin Dhubaiah al-Qaisy
Dzarij bin Abbad al-Abdy
Mereka semua optimis bahawa urusan mereka akan berjalan lancar.
Penduduk Mesir inginkan kepimpinan Saidina Ali, penduduk Kufah
inginkan az-Zubair, penduduk Basrah inginkan Thalhah Setelah

sampai di pinggir kota Madinah, mereka hantar mata2 (kerana takut


kepada penduduk Madinah) untuk beritahu penduduk Madinah bahawa
kedatangan mereka adalah untuk haji dan minta izin untuk masuk
Penduduk Madinah tidak menyukai mereka dan melarang mereka dari
masuk namun mereka tetap menghampiri Madinah Penduduk Mesir
menuju kepada Saidina Ali, penduduk Basrah menuju Thalhah,
penduduk Kufah menuju az-Zubair Saidina Ali, Thalhah dan az-Zubair
semua mengusir mereka dan berkata kepada mereka, Orang-orang
soleh telah mengetahui bahawa pasukan Dzul Marwa dan Dzu Khusyub
telah terlaknat melalui lisan rasululLah. Kembalilah! Semoga Allah
tidak menyertai kalian
(HR Bukhari: Tanah haram Madinah batasnya dari sini ke sana.
Tumbuhannya tidak boleh dipotong, tidak boleh berbuat jahat,
jika ada yang berbuat jahat maka pelakunya akan dilaknat
Allah, malaikat dan semua manusia)
(Tiga pasukan dari Mesir, Kufah dan Basrah itu berkumpul di Dzul
Marwa, Awadh dan Dzu Khusyub sebelum hantar mata2 untuk masuk
Madinah)
Semua kelompok itu pulang ke tempat masing2 (ini perancangan
mereka untuk menipu) dan datang lagi beberapa hari kemudian tanpa
pengetahuan sesiapa. Penduduk Madinah hanya tahu setelah
terdengar laungan takbir dari pinggir Madinah. Mereka mengepung
Madinah dan majoriti mereka telah mengepung rumah Saidina Usman.
Mereka mengumumkan kepada penduduk, Siapa saja yang tidak
bertindak maka dia akan selamat Masyarakat tidak keluar rumah
dan ini berlaku beberapa hari Amirul Mukminin Saidina Usman tetap
keluar rumah untuk solat berjamaah, penduduk Madinah dan yang lain
solat di belakang beliau Saidina Ali bertanya pasukan dari Mesir, azZubair Tanya yang dari Kufah, Thalhah Tanya yang dari Basrah,
Kenapa kembali dan berbalik kepada pendapat lalu?. Jawab mereka,
Kami mendapatkan seseorang membawa surat perintah untuk
membunuh kami. Penduduk Mesir beralasan, Kami kembali untuk
menolong teman2 kami. Para sahabat berkata, Bagaimana kalian
tahu sedangkan jarak kalian sangat jauh. Jadi sebenarnya hal ini telah
kalian rancangkan. Mereka menjawab, Turunkan dia dari jawatan
khalifah, kami sudah tidak memerlukannya lagi. Jika dia turun, kami
akan pergi

Kisah surat palsu dan pendustaan terhadap para sahabat

viii.

Dalam perjalanan pulang, penduduk Mesir (yang akhirnya


kembali ke Madinah dengan alasan nak bantu teman2 mereka)
bertemu dengan seseorang dan padanya ditemukan surat atas
nama Saidina Usman untuk membunuh kelompok mereka dan
menyalib serta memotong tangan dan kaki yang lainnya. Pada
surat tersebut terdapat cop saidina Usman dan orang tersebut
adalah salah seorang hamba Saidina Usman yang mengendarai
unta beliau. Ketika mereka kembali ke Mesir, mereka sebar berita
surat tersebut. Akhirnya amirul mukminin tampil menafikan,
Keterangan tentunya dariku, Demi Allah aku tidak menulisnya,
tidak mendiktenya, dan tidak tahu menahu tentang surat
tersebut bahkan cop tersebut adalah cop palsu. Masyarakat ada
yang percaya dan ada yang tidak percaya dengan Saidina
Usman.

Satu jumaat, Saidina Usman berkhutbah dan sebut mengenai laknat


dan ingatan supaya banyakkan berbuat kebaikan agar terhapus
keburukan (ayatnya, Wahai orang-orang asing! Allah Allah, demi
Allah, sesungguhnya penduduk Madinah telah mengetahui bahwa
kalian telah dilaknat melalui lisan Rasulullah saw. Hapuslah
kesalahan dengan kebaikan! Sesungguhnya Allah SWT. tidak akan
menghapuskan kejelekan kecuali dengan kebaikan) Muhammad
bin Maslamah bangkit membenarkan Saidina Usman lalu disuruh
duduk oleh Hukaim bin Jablah (pemberontak dari Basrah), kemudian
Zaid bin Sabit bangkit membenarkan (dengan mengatakan,
bahkan hal itu terdapat dalam kitab) yang kemudian dibantah
seorang yang lain (dengan mengatakan, sungguh pandai kamu
memutar fakta) Mereka (orang asing) akhirnya bangun
mengeluarkan Muhammad bin Maslamah dan Zaid bin Sabit dari
masjid, kemudian ke mimbar memukul Saidina Usman hingga
pengsan dan dibawa ke rumah. Sejak itu, Saidina Usman dikepung
dan terhalang dari datang ke masjid (lebih sebulan) Yang
mengimami solat kemudiannya adalah al-Ghafiqy bin Harb
(pemberontak dari Mesir)
sambung page 330/476, http://www.arabnews.com/node/240392,
http://www.ahlalhdeeth.com/vbe/showthread.php?t=7102