Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan dialog

peradaban

Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan &


Kejujuran Bersama-sama
Mengenalpasti Kekuatan Dan Kelemahan
Masing-masing
Membina Satu Barisan Bersama
Menentang Dominasi Barat
Mencari Penyelesaian Bagi Masalah
Global
Memupuk Semangat Perpaduan Dan
Mengelakkan Perselisihan

Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan &


Kejujuran Bersama-sama
Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaummengamalkan pelbagai budaya yang berbeza dan
menganut pelbagai kepercayaan. Walaupun wujud
hubungan yang baik antara kaum, kadangkala
masih wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan
budaya. Perlu ditangani secara bijaksana- untuk
mengelakkan kejadian tidak diingini seperti
Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung
Medan (gagal memahami antara satu sama lain)
Penyelesaian: usaha memupuk persefahaman dan
perpaduan dilakukan- antara langkah terpenting
ialah melalui perbincangan atau dialog.

Mengenalpasti Kekuatan Dan


Kelemahan Masing-masing
Menerusi dialog setiap kaum dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
masing-masing serta dapat memperbaiki
diri melalui proses saling memberi.
Langkah ini penting untuk mempersiapkan
rakyat malaysia menghadapi pelbagai
cabaran baru di alaf ke-21. Dialog mestilah
melibatkan semua lapisan masyarakat di
Malaysia dan dilakukan secara menyeluruh
untuk mencapai kesan yang menyeluruh.

Membina Satu Barisan Bersama


Menentang Dominasi Barat
Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenalpasti anasir
negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan
mencari penyelesaian bersama. Perlu dilaksanakan untuk
menjaga kelagsungan jati diri dan nilai hidup setiap
masyarakat. Permasalahan yang wujud di peringkat
antarabangsa perlu ditangani menerusi dialog, bukan
secara keganasan atau konfrontasi. Dalam dialog tersebut,
manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan
tamadun mengandungi nilai dan pandangan semestakejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Nilai dan
pandangan semesta bertentangan dengan tindakan
dominasi. Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat
asia dapat membina satu barisan bersama untuk
menentang dominasi kuasa Barat dan bonekanya.

Mencari Penyelesaian Bagi Masalah


Global
Seluruh manusia menghadapi pelbagai
masalah besar seperti pencemaran alam
sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan
perhubungan dan perpaduan dalam
masyarakat, perpecahan hubungan keluarga,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dadah dan
AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan
jawapan dan penyelesaian dari manusia. Dialog
berterusan perlu dilakukan secara berterusan
untuk melahirkan nilai moral dalam masyarakat
berbilang agama, etnik dan kebudayaan.

Memupuk Semangat Perpaduan Dan


Mengelakkan Perselisihan
Ikatan dan perasaan saling hormat
menghormati, mempercayai dan
perpaduan akan tumbuh dalam
masyarakat yang pelbagai etnik, budaya
dan agama apabila manusia menyedari
nilai-nilai yang mereka kongsi bersamapemerintahan, politik, ekonomi,
pengurusan sumber, keluarga dan
masyarakat, kesihatan dan pendidikan,
sains dan teknologi.