Anda di halaman 1dari 4

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)

PENDAHULUAN:
merupakan antara jenayah tertua
dianggap sebagai suatu industri universal
tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi
Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat
menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan
keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5
bilion) setahun.
Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket
perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya
diperdagangkan di AS setahun
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan
Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah
yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion
hingga RM31.5 bilion) setahun
Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam
kebanyakan negara termasuk Malaysia
Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di
seluruh
dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan
kanakkanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan
sebagainya.
PUNCA:
1. Kemiskinan/ kesempitan hidup
2. Terpengaruh tawaran kerja
3. Kurang didikan moral/agama
4. Materialistik
5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
6. Taraf pendidikan mangsa
KESAN:
1. Imej negara terjejas
2. Masalah sosial meningkat
3. Penyakit berjangkit

Aktiviti pemerdangan manusia adalah segala bentuk pengeksplotasian ke atas


manusia. Terdapat pelbagai kesan negatif kepada negara disebabkan aktiviti ini dan beberapa
usaha boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku.
Antara kesan negatif aktiviti pemerdangan manusia ialah mencemarkan imej
negara. Aktiviti pemerdangan manusia yang berlaku secara giat di negara ini akan
meninggalkan tanggapan negatif dari negara lain. Hal ini akan membantutkan pertumbuhan
ekonomi di negara kita kerana para pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ni
disebabkan masalah pemerdagangan manusia. Sektor pelancongan yang turut menyumbang
kepada pendapatan negara juga akan terjejas kerana pelancong asing berasa khuatir akan
keselamatan mereka apabila berada di Malaysia.
Selain itu, berlaku peningkatan jenayah di negara ini. Aktiviti pemerdagangan
manusia menyebabkan peratusan kadar jenayah di negara ini kian meningkat. Sebahagian
besar manusia yang diperdagangkan ini terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah,
rompakan, sendiket dadah, dan sebagainya untuk mencari sumber kewangan. Terdapat juga
sebahagian daripada mereka yang bekerja sebagai pelacur bagi mendapatkan duit untuk
menampung keperluan hidup.
Seterusnya, aktiviti pemerdangan manusia juga menyebabkan berlaku penularan
penyakit berjangkit. Sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini berasal dari negara
yang mundur seperti Afrika Tengah, India, dan sebagainya. Golongan ini mempunyai taraf
kesihatan yang rendah dan kebanyakkannya menghidap penyakit berjangkit seperti tibi, virus
HIV, dan AIDS. Pergaulan mereka dengan masyarakat tempatan di negara ini di bimbangi
akan merebakkan penyakit-penyakit berbahaya tersebut.
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada berterusan
ialah dengan mengetatkan kawalan di sempadan. Pihak berkuasa perlulah lebih giat
mengawal sempadan di negara ini daripada kemasukan golongan manusia yang di
perdagangankan. Rondaan yang kerap perlu dilakukan bagi mengenalpasti pintu masuk
haram manusia yang di perdangangkan ini. Kemasukan warga asing ke negara ini perlulah
melalui syarat-syarat yang ketat agar golongan pemerdagangan manusia ini dapat dikesan dan
dibawa ke muka pengadilan.
Di samping itu, pelaksanaan kempen juga boleh dilakukan bagi membendung
aktiviti tidak bermoral ini. Kempen yang diadakan bertujuan untuk memaparkan kepada
umum tentang keburukan aktiviti pemerdangan manusia, denda, dan hukuman yang boleh
dikenakan kepada induvidu yang terlibat dalam aktiviti ini, dan usaha yang boleh dilakukan
untuk membendung gejala ini. Melalui ini, orang awam akan lebih sedar akan tanggungjawab
mereka dalam usaha membendung aktiviti pemerdangan manusia. Kempen ini boleh
dilakukan menerusi media massa elektronik dan bercetak, seterusnya dipaparkan di sekolah,
tempat awam seperti pasaraya, perhentian bas, dan sebagainya.
Kesimpulannya, aktiviti pemerdagangan manusia haruslah di banteras dengan segiat
mungkin agar isu ini tidak meninggalkan kesan negatif kepada negara. Semua pihak perlu
turun padang bagi membendung aktiviti pemerdangan manusia ini.

ESEI PENGAJIAN AM: PEMERDAGANGAN MANUSIA


(ORANG)
Pengenalan
Pemerdagangan orang adalah satu bentuk perhambaan di mana ia juga merupakan satu
jenayah yang seharusnya dipandang serius oleh masyarakat pada masa kini. Pelbagai punca
yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes pemerdagangan manusia.

Punca kes pemerdagangan manusia meningkat


1. Kuat kuasa undang-undang yang tidak berkesan
Lokasi strategi seperti lapangan terbang pintu masuk sempadan atau pelaburan menjadi
tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa
meneruskan aktiviti penyeludupan manusia.
Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab terhadap
penjagaan sempadan, mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah
mata.
2. Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusia
Warga-warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan
manusia kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya sindiket pemerdagangan manusia ini.
Rakyat tempatan juga kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana
mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang
berada pada tahap yang membimbangkan.

3. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat


Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan
faktor perbelanjaan yang murah.
Sesetengah rakyat asing tertarik untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan
yang menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja
sebagai hamba, pelacur dan buruh paksa.
4. Faktor sempadan yang luas
Malaysia mengalami masalah logistik dan sumber manusia dalam mengawasi persempadanan
yang begitu panjang sehingga memudahkan aktiviti pemerdagangan manusia oleh sindiket.
Faktor ini turut melambatkan tindakan pengesanan sindiket yang membawa masuk orang yang
didagang.

Kesan pemerdagangan manusia


1. Nama baik Malaysia terjejas
Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di antarabangsa.
Isu ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
2. Undang-undang dan keselamatan negara terancam
Kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatik antara negara berhubung layanan
terhadap mangsa penyeludupan.
Ia melibakan banyak pihak seperti di peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket
antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersuhabat, yang kesemuanya boleh menimbulkan
ancaman kepada keselamatan sempadan.

3. Hubungan Diplomatik antara negara terjejas


Penyeludupan orang melanggar hak sesebuah negara dan isu yang berlaku menjejaskan
hubungan diplomatik antara negara. Sebagai contohnya, Malaysia menjalin hubungan
diplomatik yang erat dengan China.
Isu-isu seperti penderaan, pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati
antara negara yang terlibat.
4. Masalah sosial meningkat
Pelbagai masalah sosial akan wujud dan bertambah merebak dalam masyarakat. Sebagai
contohnya, penyakit berjangkit menular dalam masyarakat.

Penutup
Kesimpulannya, isu pemerdagangan orang bukan sahaja dihadapi Malaysia, malah ia juga
fenomena seluruh dunia. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah
pemerdagangan orang supaya keselamatan negara terjamin.

Anda mungkin juga menyukai