Anda di halaman 1dari 9

AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

INISIATIF MMI SMK TELOK GADONG

1.0 PENGENALAN
Melindungi masa Instruksional (MMI) boleh dikaitkan dengan tindakan yang diambil untuk mengurangkan gangguan
bagi mengelakkan kelas tidak berlansung seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang
menjamin pembelajaran bermakna dan berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru.Melindungi masa
instruksional bukanlah merupakan satu dasar baharu dalam sistem pendidikan negara kita, sebaliknya MMI merupakan
perkara asas yang sinonim dan sentiasa bergerak sealiran dengan perkembangan pendidikan.Pada asasnya,
melindungi masa instruksioanal amat penting dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan gangguan masa belajar
dan memastikan pembelajaran dan pengajaran berlaku secara bermakna dan berkesan dalam kalangan
murid.Pemimpin instruksional dan pasukan pengurusan sekolah merupakan tulang belakang utama dalam merancang
dan menyusun strategi untuk memastikan masa instruksional murid dilindungi.

2.0 RASIONAL
Gangguan dalam masa instruksional murid didalam kelas merupakan satu isu yang sering dikaitkan dengan
keberadaan guru di sekolah.Penglibatan guru mahupun murid sendiri dalam pelbagai program di luar sekolah
merupakan penyumbang paling besar dalam permasalahan melindungi masa instruksional ini.Secara umum didapati
guru kurang keupayaan untuk menyeimbangkan tugas luar dengan sepenuh masa.Ini menyebabkan guru tidak rasa
bersalah apabila membiarkan anak-anak didik berada dalam kelas tanpa melaksanakan pdP.Daripada pemerhatian
juga didapati 40% guru yang ditugaskan sebagai guru ganti tidak melaksanakan pdP sebagaimana sepatutnya.Hal ini
mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan.Pihak sekolah perlu berusaha untuk melaksanakan dasar
MMI secara berkesan. Apatah lagi dengan adanya penguatkuasaan terhadap dasar MMI oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah mengorak langkah untuk mencari alternatif bagi memastikan dasar ini
difahami sepenuhnya oleh warga sekolah seterusnya menjadi budaya yang diamalkan secara ikhlas dan suka rela
bukan kerana terpaksa melaksanakannya.

3.0 OBJEKTIF
Objektif perlaksanaan Melindungi Masa Instruksional ialah:
3.1 Memastikan semua peringkat warga pendidik dan murid-murid serta seluruh warga sekolah memahamikan
konsep MMI.
3.2 Memastikan semua guru dan warga pendidik dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah demi memastikan
keberhasilan pembelajaran murid.
3.3 Semua warga pendidik di sekolah ini dapat menyebarluaskan konsep MMI kepada semua murid dan ibubapa
agar sama-sama dapat berusaha kearah memantapkan pelaksanaan dasar MMI di sekolah iaitu Kembali
kepada asas, Pemimpin Instruksional: Guru mengajar dan murid belajar.

4.0 PELAKSANAAN
4.1 Paparan Guru Ganti (PGG)
4.1.1 Pra-pelaksanaan:
Menyediakan dua buah Papan Paparan Guru Ganti dan diletakkan diluar bilik guru bagi menyediakan
jadual guru ganti pada setiap hari. Menyediakan slip guru ganti untuk diisi dan ditampal dalam buku rekod
mengajar dan menyediakan Borang Pengesanan MMI untuk diisi oleh guru yang meninggalkan sekolah.
4.1.2 Semasa pelaksanaan:
Menentukan guru ganti dan mencatat di Papan Guru Ganti
Kaedah 1 : Ganti Guru Sama (GGS)
Guru yang bertugas menyediakan jadual guru gantiakan cuba menggantikan waktu yang ditinggalkan oleh guru
yang tiada di sekolah itu dengan guru yang mengajar matapelajaran yang sama, atau guru yang mengajar di
kelas yang sama.
Kaedah 2 : Ganti Guru Lain (GGL)
Guru yang menyediakan jadual guru ganti akan menggantikan guru
matapelajaran lain yang mengajar di tingkatan yang sama. Proses
pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan berbanding dengan menggantikan guru-guru yang tidak berkaitan
dengan mata pelajaran.
Kaedah 3 : Ganti Guru Muda (GGm)
Guru ganti terdiri daripafda guru muda mata pelajaran yang telah dilantik secara rasmi bagi menggantikan guru
yang meninggalkan kelas. Guru ganti diletakkan bersama guru muda untuk membantu membimbing dan mengawal
kelas terutama kelas-kelas yang sukar dikawal.
4.1.3 Pasca pelaksanaan:
Paparan Guru Ganti (PPG) di luar bilik guru dapat memaparkan :
Nama guru tidak hadir dan guru yang ditugaskan menggantikan kelas yang ketiadaan guru dan

kelas-kelas yang menggunakan khidmat guru muda semasa ketiadaan guru.


Murid boleh mengenal pasti guru yang ditugaskan mengganti kelas mereka.
Pentadbir boleh membuat pemantauan dan pengesanan dengan mudah sekirannya ada guru ganti

yang tidak masuk kelas yang telah ditetapkan.


Guru mata pelajaran yang tidak ada waktu pengajaran boleh mengesan kelas yang boleh diambil

alih untuk menggantikan masa yang telah tertinggal dengan kelas tertentu.
Guru Bimbingan dan Kaunseling atau pentadbir boleh merujuk PGG untuk mengambil alih kelas
berkenaan untuk menjalankan sesi dengan murid.

4.2 Lelong Jadual Waktu (LJW)


4.2.1 Pra-pelaksanaan
Guru perlu mempunyai semangat kerja sepasukan yang tinggi dan sentiasa bersedia membantu

bila diperlukan serta sanggup berkorban waktu senggang mereka.


Guru perlu mempunyai integrity yang tinggi dan sikap dedikasi yang sanggup bekerja lebih masa
dan motivasi diberi melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

4.2.2 Semasa Pelaksanaan

Guru membuat lelongan masa pengajaran dengan guru matapelajaran lain dalam kelas yang

sama sebelum urusan di luar sekolah.


Guru mengenal pasti rakan sejawat yang bersedia mengambil alih kelas yang akan ditinggalkan
dan rakan sejawat bersedia membeli kelas yang tidak berlaku pertindihan masa.

4.2.3 Semasa Pelaksanaan

Guru yang terlibat mengisi Borang Pengesanan Pelaksanaan MMI akan ditandatangani oleh
pengetua atau GPK dengan mencatat kelas yang akan ditinggalkan dan akan dibeli oleh guru lain

yang telah membuat persetujuan awal.


GPK/GKMP yang bertugas membuat jadual guru ganti akan menyemak Borang Pengesanan MMI
untuk memudahkan mereka mengenal pasti guru ganti yang akan mengambil alih kelas yang
ditinggalkan.

4.2.4 Pasca Pelaksanaan

Pentadbir akan memantau pelaksanaan Lelongan Jadual Waktu (PLJ) dan dapat mengenal pasti

kualiti guru.
Sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan kerana guru dapat mencari ruang

membeli masa bagi menjalankan PdP kelas yang diajar.


Murid akan mendapat manfaat penuh dan mengoptimumkan masa PdP dikelas.
Murid tidak akan ketinggalan kerana ada kesediaan guru untuk mengambil alih kelas bagi
menjalankan PdP dan dapat menghabiskan sukatan pelajaran.

4.3 Pelan Tindakan Guru (PTG)


4.3.1 Pra-pelaksanaan
Guru membuat perancangan rapi dengan menyediakan bahan bantu mengajar seperti folio dan nota

berpandu sebelum memulakan PdP sejak awal tahun.


Guru muda diberi kepercayaan dilatih dan dibimbing atau diajar terlebih dahulu sebelum guru
menyediakan kelas bagi membolehkan guru muda menjalankan pelan tindakan yang ditinggalkan
oleh guru.

4.3.2 Semasa Pelaksanaan

Guru yang meninggalkan sekolah terutama dalam tempoh yang melebihi satu hari, guru berkenaan
perlulah menyediakan bahan PdP dan melengkapkan Borang Pengesanan Pelaksanaan MMI

sebelum meninggalkan sekolah dan menyerahkannya kepada pengetua atau penolong kanan.
Borang ini bertujuan untuk menjadi garis panduan kepada guru ganti atau guru muda agar
meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih mudah dan berpandu

4.3.3 Pasca Pelaksanaan

Selain daripada dapat melindungi mas instruksional murid, insiatif ini turut dapat menghalang
keciciran dalam kalangan murid walaupun guru mereka tidak berada disekolah dalam tempoh yang
agak lama.

4.4 Modul Pengisian Pintar


4.4.1 Pra-pelaksanaan
Panitia menyediakan bahan-bahan bercetak dalam bentuk latihan bertulis yang terdiri daripada
soalan-soalan asas untuk mata pelajaran matematik, latihan pengukuhan bahasa, latih tubi soalan

sains atau apa sahaja bahan yang sesuai mengikut keperluan kelas guru berkenaan.
Bahan-bahan tersebut dicetak dalam kuantiti yang banyak mengikut aliran masing-masing. Bahanbahan ini digunakan apabila terdapat guru yang mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas secara

mengejut.
Bahan-bahan yang disediakan sentiasa dipantau oleh ketua panitia

tidak terputus.
Bahan-bahan boleh di ambil dari bilik GKMP dan penggunaannya direkod.

masing-masing agar bekalan

4.5 Pemantauan Pergerakan Guru (PPG)


4.5.1 Pra-pelaksanaan
Terdapat juga kes-kes di mana guru-guru ganti tidak masuk ke kelas yang diganti serta guru yang hadir ke
sekolah tetapi tidak masuk ke kelas dan kes ini menjadi isu besar.

4.5.2 Semasa Pelaksanaan

Pihak pengurusan sekolah akan membuat rondaan sebagai pemantauan keberadaan guru dikelas
masing-masing dan akan menggunakan Papan Paparan Guru ganti bagi melihat guru yang

ditugaskan untuk menggantikan guru yang tidak hadir.


Sebagai bukti dan tujuan dokumentasi pemantau akan mengisi Borang Laporan Pemantauan guru

bertugas yang disediakan sebagai rumusan untuk laporan keberadaan guru didalam kelas.
Guru yang tiada di dalam kelas semasa pemantauan perlu memberi surat tunjuk sebab di smaping

bersedia menerima teguran dan amaran daripada pihak pentadbir sekolah.


Pihak pengurusan, mengambil tindakan spontan sekiranya didapati ketidakberadaan guru dalam

kelas atau mengesan masalah kesediaan murid belajar.


Semasa pemantauan, pentadbir membuat rakaman gambar dan terus menghantar gambar bagi
kelas yang tidak ada guru atau kelas yang menjalankan PdP dengan berkesan oleh guru muda
melalui kumpulan Whatssapp guru.

4.5.3 Pasca Pelaksanaan

Keberadaan guru dalam kelas yang ditugaskan sebagai guru ganti meningkat.
Guru ganti menjalankan PdP dengan lebih bersungguh-sungguh.
Kelas yang tiada ketiadaan guru diambil tindakan segera intuk mencari guru ganti.
Disiplin murid dalam PdP turut dapat dipantau dan dapat dipastikan murid bersedia dan memberi

tumpuan semasa PdP guru.


Guru memberi tunjuk sebab atas kegagalan berada dalam kelas dan kegagalan memaksimumkan
PdP dalam kelas.

4.6 Pemantauan PdP Berkesan


4.6.1 Pra-pelaksanaan
Pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa memastikan para guru yang berada di dalam kelas
menjalankan PdP sama ada guru mata pelajaran itu sendiri mahu pun guru ganti. Ini kerana
keberadaan guru didalam kelas menurut amalan melindungi masa instruksional ini bukan kerana
hanya sit in tetapi mengamalkan teach in.

4.6.2 Semasa Pelaksanaan


Pihak pentadbir menjalankan pencerapan dengan menggunakan instrument pencerapan bagi
memastikan PdP guru berkesan dibilik darjah. Salinan borang perncerapan diberi kepada guru yang
dicerap.
Guru dipanggil untuk berbincang bagi memberi pandangan penambahbaikan PdP gurur dalam kelas

dan dapatan pemantauan akan dibentangkan dalam setiap sesi perjumpaan/taklimat mingguan guru
dan dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat guru.

4.6.3 Pasca Pelaksanaan

Setiap guru akan dicerap dan dinilai keupayaan PdP dalam kelas dan diselaraskan dengan Unit

Pengurusan Akademik PPD.


Guru berusaha meningkatkan kualiti PdP dalam kelas seterusnya guru menjadikan PdP guru terus
meningkat.

4.7 Jadual Waktu Anjal


4.7.1 Pra-pelaksanaan
Persekolahan ganti pada hari sabtu selalunya berhadapan dengan masalah kehadiran pelajar yang
terlalu sedikit, oleh itu gabungan kelas-kelas dibuat supaya tiada pembaziran tenaga pengajar.
Pelajar digabungkan mengikut tahap dan elektif mata pelajaran.

4.7.2 Semasa Pelaksanaan

Jadual alternatif gabungan kelas mengikut tingkatan disediakan 3 atau 4 hari sebelum hari

persekolahan ganti. Tiga slot waktu disediakan untuk pilihan guru.


Guru memilih kelas-kelas yang akan digabungkan dan mencatatkan mata pelajaran yang akan

diajar.
Kelas-kelas yang tidak dipilih akan ditetapkan guru-guru untuk masuk mengajar.

4.7.3 Pasca Pelaksanaan

Pelajar yang hadir pada hari tersebut dapat memanfaatkan masa mengulangkaji dengan guru mata

pelajaran dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding hari biasa.
Guru dapat memberikan lebih tumpuan dan PdP lebih berkesan kerana guru yang memilih kelas
dikehendaki.

4.8 Keberadaan Guru Murid (KGM)


4.8.1 Pra-pelaksanaan
Setiap kelas telah disediakan Fail Kawalan Kelas (Unit Disiplin) yang digunakan oleh guru untuk
merekodkan keberadaan mereka didalam kelas selain merekodkan keberadaan murid dalam kelas

serta mencatat salah laku disiplin murid didalam kelas.


Setiap kelas disediakan Kad Keluar Kelas bagi mengawal keluar masuk murid dan mengesan murid
ponteng. Ketua dan penolong ketua kelas diberi taklimat tentang tugas dan tanggungjawab mereka
terhadap Fail Kawalan Kelas.

4.8.2 Semasa Pelaksanaan

Guru mengisi borang dengan merekodkan masa, mata pelajaran yang diajar pada setiap kali masuk

menjalankan PdP dalam borang yang disediakan serta merekodkan keberadaan murid dalam kelas.
Ketua kelas merekodkan ketidakberadaan guru dengan mencatat di ruang yang disediakan dalam
borang dengan menandakan pangkah (X) pada ruangan mata pelajaran jika guru berkenaan tidak
masuk kelas.

4.8.3 Pasca Pelaksanaan

Fail Kawalan Kelas ini boleh disemak oleh pemimpin instruksional sekerap yang boleh bagi
memastikan penggunaannya dilaksanakan oleh para guru disamping mengenal pasti guru-guru yang

tidak masuk kedalam kelas selain daripada pemantauan melalui rondaan.


Hasil dapatan pemantauan daripada Fail Kawalan Kelas akan dibentangkan dalam setiap sesi
perjumpaan/taklimat mingguan guru dan dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat guru atau
dalam dialog prestasi.

4.9 Gegas Masuk Kelas (GMK)


4.9.1 Pra-pelaksanaan
Pengurusan Instruksional cuba meminimumkan gangguan masa PdP dengan pelbagai program dan

aktiviti termasuk perhimpunan mingguan dan harian.


Guru dimaklumkan bahawa sentiasa gegas masuk kelas atau sentiasa awal masuk kelas.

4.9.2 Semasa Pelaksanaan

Guru dikehendaki berada didalam kelas sebelum murid masuk kelas bagi memastikan masa PdP
digunakan secara optimum, terutama selepas perhimpunan mingguan atau pada masa pertama.

Pertukaran masa guru masuk ke kelas perlu back to back.


Guru menggunakan kemahiran untuk mengoptimumkan PdP dengan alat bantu mengajar seperti
bahan edaran sekiranya sebahagian masa PdP guru sudah diambil untuk perhimpunan dan
perjumpaan murid yang dibuat secara adhoc.

4.9.3 Pasca Pelaksanaan

Guru lebih efisien dan memastikan PdP dilaksanakan dengan berkesan kerana tidak mengambil
masa yang lama untuk sampai ke kelas.

4.10 Guru Muda Saya (GMS)


4.10.1 Pra-pelaksanaan

Pihak pengurusan dan guru diberi taklimat tentang pelaksanaan guru muda saya.
Guru muda setiap mata pelajaran dipilih dari setiap kelas mengikut kesesuaian oleh guru mata

pelajaran kelas berkenaan dan dilantik secara rasmi.


Guru muda diberi taklimat dan kursus motivasi bagi membina semangat, tanggungjawab dan
komitmen dalam memastikan rakan sebaya melaksanakan PdP walaupun tanpa kehadiran guru.

4.10.2 Semasa Pelaksanaan

Guru muda menerima arahan daripada guru mata pelajaran yang tidak dapat hadir bagi

membantu melaksanakan PdP.


Guru muda dibimbing lebih awal oleh guru mata pelajaran supaya guru muda menguasai topik

tertentu, sebelum mereka membimbing rakan sebaya dalam kelas atau dalam kumpulan.
Guru ganti akan membantu guru muda menjalankan PdP terutama bagi kelas-kelas yang sukar
dikawal.

4.10.3 Pasca Pelaksanaan

Murid dilatih memikul tanggungjawab dan diberi kepercayaan yang akhirnya dapat membentuk sifat
kepimpinan dalam diri murid dan berupaya mendapat pencapaian yang lebih cemerlang dalam

5.0

peperiksaan.
Murid akan berasa seronok belajar dengan rakan sebaya dan mewujudkan budaya ilmu dalam

keseronokan belajar dalam kalangan murid.


Murid mendapat pengiktirafan dan menjadi role model dalam kalangan rakan sebaya.
Hubungan murid dengan guru bertambah erat dan dapat merealisasikan dasar Guru Penyayang.

IMPAK
Pelaksanaan inisiatif yang dirancang dan dilaksankan untuk mendukung dasar MMI di sekolah akan dapat

membantu pemimpin sekolah memastikan keberadaan grur dibilik darjah dan proses PdP berjalan dengan berkesan
dan mengoptimumkan masa PdP dibilik darjah. Melalui dasar MMI akan menimbulkan amalan atau budaya bagi
meningkatkan penggunaan masa yang cekap dan produktif. Lebih daripada itu melalui insiatif MMI ini juga dapat
menanamkan sifat jujur dan bertanggungjawab para pemimpin sekolah dan seluruh warga pendidik yang akhirnya
menatijahkan proses pembelajaran yang berkesan dan prestasi cemerlang kepada murid.

6.0

PENUTUP
Amalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utama pemimpin sekolah, guru dan

murid.Semua pihak sekolah haruslah bertanggungjawab dan jujur dengan peranan masing-masing.Pihak sekolah
bertanggungjawab menyediakan inisiatif yang dapat membantu kepada penyelesaian masa instruksional agar masa
pembelajaran berkesan murid terus dipelihara. Melalui program INISIATIF MMI SMKTG, matlamat agar masa
instruksional murid sentiasa dilindungi 100% boleh dicapai sekirangya segala amalan yang dirancang ini mendapat
kerjasama daripada guru-guru, pihak pemimpin instruksional dan warga pendidik sekolah yang menjadi tunjang dalam
menjayakan amalan terbaik melindungi masa instruksional ini.
7.0

LAMPIRAN
Lampiran 1 : Borang Pengesanan Pelaksana MMI
Lampiran 2 : Borang Laporan Pemantauan
Lampiran 3 : Jadual Pemantauan
Lampiran 4 : Rekod Penggunaan Bahan Relief

SMK TELOK GADONG


MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
JADUAL PEMANTAUAN 2015

JADUAL PEMANTAUAN MMI 2015

HARI
Isnin

NAMA PEMANTAU
1. GKMP Teknik Vokasional
2. Ketua Panitia
3. Pen.Ketua Panitia
4. Penolong Kanan PPKI

Selasa

1. GKMP Bahasa
2. Ketua Panitia
3. Pen.Ketua Panitia
4. Pengetua

Rabu

1. GKMP Bahasa
2. Ketua Panitia
3. Pen.Ketua Panitia
4. Penolong Kanan Kokurikulum

Khamis

1. GKMP Kemanusiaan
2. Ketua Panitia
3. Pen.Ketua Panitia
4. Penolong Kanan Hem

Jumaat

1. Penolong Kanan 1
2. PK Petang
3. Penyelaras Tingkatan
4. Pengetua

SMK TELOK GADONG


MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)