Masalah penderaan terhadap kanak-kanak haruslah dibendung kerana perkara
seumpama ini akan meruntuhkan institusi kelurga. Pelbagai langkah yang boleh dilakukan seperti mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen seperti ini penting bagi golongan yang sudah berkeluarga tetapi tidak kurang penting juga bagi golongan remaja. Kempen seperti ini makan mengajar ibu bapa betapa pentingnya anak-anak kepada mereka kerana anak-anaklah yang akan menjaga kita di hari tua kelak. Kempen ini juga penting kepada golongan remaja kerana kempen ini akan memberikan pendedahan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Program seperti ini penting kepada sesebuah negara kerana perancangan seperti ini mampu membuka mata rakyat sedunia tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat.
Pihak-pihak yang berwajib juga haruslah memberikan perhatian yang lebih
terutamanya kepada ibu bapa yang kurang didikan agama. Pelbagai kursus seperti kursus pra-perkhawinan juga boleh dilancarkan untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada ibu bapa mahupun golongan muda yang bakal mendirikan rumah tangga. Pendidikan seperti ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Mungkin, dengan adanya program seperti ini mereka akan lebih sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul dalam membesarkan anak-anak sangatlah berat dan biarpun begitu mereka haruslah sabar dalam menempuhi kehidupan bekeluarga. Mereka akan lebih jelas mengenai cara-cara mengatasi tekanan serta cara malayan pasangan dengan baik. Hal seperti ini sudah semestinya akan mengurangkan kes penderaan kanak-kanak.
Kesimpulannya, penderaan terhadap kanak-kanak merupakan perbuatan yang
cukup keji terutama di sisi agama Islam. Hal ini seolah-olah ingin menjahanamkan aset sesebuah negara kerana anak-anaklah yang akan mewarisi sesebuah ekonomi negara. Anak-anak juga merupakan anugerah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam menjaga amanah Allah. Anak-anak seumpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Jika mereka diperlakukan dengan perbuatan yang agresif pada usia mereka masih kecil, tidak mustahil mereka akan bertindak lebih agresif pada masa akan datang. Hargailah anak-anak dan jangan sakiti mereka kerana ia tidak akan menguntungkan kepada mana-mana pihak malah ia akan memberikan kesan yang buruk pada masa akan datang.