Anda di halaman 1dari 24

Isi Kandungan

Bil
1.
2.

Tajuk
Penghargaan
1.0 Pengenalan Karya Agung Sulalatus Salatin

Muka Surat
2
3-8

3.

2.0 ) Aspek Kandungan : Unsur Kognitif Dan Emotif

9-13

4.

Berdasarkan Episod Yang Dipilih


3.0) Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa

14-20

5.

Melayu Tahun 6 Bestari


4.0) Kekuatan Dan Kelemahan Dalam Pengajaran Dan

21-23

6.
7.

Pembelajaran Bahasa Melayu


5.0) Kesimpulan
6.0) Rujukan

24
25-26

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Titipan penghargaan terhadap Allah s.w.t atas rahmat yang diberikan kepada
hambanya yang kerdil ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing yang memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam proses
pembelajaran karya agung kepada saya.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan satu kuliah
kerana membantu saya memahami tugasan ini dengan lebih mendalam. Rakan satu kuliah juga
memberikan penerangan dan perbincangan yang jelas mengenai karya agung yang dipilih dalam
menyelesaikan tugasan ini.
Akhir sekali, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam membantu saya menyelesaikan tugasan ini. Saya memohon maaf jika ada kesilapan yang
tidak disengajakan dalam menghasilkan tugasan ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

2.0

PENGENALAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin merupakan satu karya kesusasteraan Melayu lama yang tergolong dalam
corak karya sastera sejarah atau lebih dikenali sebagai historiografi Melayu. Karya-karya yang
bercorak sejarah ialah hasil karya sastera Melayu lama yang mengambil bahan (asli) daripada

peristiwa-peristiwa sejarah sama ada mengenai sesuatu tempat, sesebuah kota, sesebuah kerajaan
dan keturunan.
Dari segi pengisahan ataupun penceritaan Sulalatus Salatin, ianya bercampur aduk antara
peristiwa yang benar-benar berlaku ataupun yang merupakan fakta sejarah yang sebenar dengan
kisah-kisah dongeng yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Contohnya, kisah manusia yang
boleh hidup di bawah laut, mengenai lembu putih yang boleh terbang dan sebagainya. Kisahkisah dongeng dan fantasi ini bercampur dengan kisah sebenar kewujudan Melaka sebagai
sebuah kerajaan yang berperanan penting dari segi politik di rantau ini, peranan sebagai pusat
pelabuhan yang disinggahi pedagang dari Timur dan Barat, pusat perkembangan agama Islam
dan hasil kesusasteraan Melayu pengaruh Islam. Karya ini juga berkaitan dengan fakta-fakta
sebenar tentang kemasyhuran dan kedaulatan sultan-sultan yang memerintah Melaka seperti
Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mahmud Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah.
Mengenai kewibawaan dan kepimpinan pembesar-pembesar Melaka yang menonjolkan
ketokohan pemimpin unggul seperti Bendahara Tun Perak, Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir
dan juga pembesar-pembesar lain seperti Menteri Jana Puteri, Tun Telanai, Kasturi, Hang Tuah
dan kisah sebenar mengenai kedatangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka.
Bab yang dipilih untuk dikaji ialah bab kelima yang merangkumi penceritaan mengenai
kebijaksanaan Tun Perak, Satu Cara Mengelakkan Pecah Belah, Langgaran Siam dipatahkan,
Pemerintahan Sultan Mansur Shah, Raja Indera pura ditawan, hubungan Muhibah-Sulawesi, dari
mana Hang Tuah berasal, Maharaja Dewa Sura dibebaskan dan Hubungan baik-baik SiamMelaka. Perjalanan peristiwa di dalam episod ini adalah seperti di bawah :a) Bakat Kebijaksanaan Tun Perak
3

Siam merupakan sebuah kerajaan yang besar. Banyak negeri telah menjadi jajahan takluk
Siam. Raja Siam bernama Bubunya. Raja Siam telah menghantar utusan ke Melaka yang
bertujuan untuk minta surat sembah. Siam mahu Melaka mengakui kekuatannya dan menjadi
jajahan takluk Siam. Sultan Muzaffar Shah enggan tunduk di bawah kemahuan Siam. Raja Siam
telah menyiapkan angkatan tentera perang yang besar dan lengkap untuk menyerang dan
menundukkan Melaka. Angkatan ini diketuai oleh Awi Cakri. Berita terbabit telah sampai ke
pengetahuan Sultan Melaka. Baginda menitahkan semua hulu balang berkumpul di Melaka. Tun
Perak, Penghulu Orang Kelang datang membawa bersama-sama anak, isteri serta harta benda ke
Melaka.
Tindakan Tun Perak membawa bersama anak, isteri dan harta benda ke Melaka telah
menimbulkan syak sultan. Baginda menitahkan Seri Amerta untuk bertanya hal terbabit kepada
Tun Perak. (Seri Amerta merupakan orang yang bertanggungjawab menyampaikan titah raja
ketika raja berada di balai penghadapan). Tun Perak tidak menjawab pertanyaan Seri Amerta.
Kali ketiga barulah Tun Perak menjawab :
.. Tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik
peliharalah, jangan diberi berkarat; akan pekerjaan kami, orang bekerja ini, di mana tuan
hamba tahu?.....nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurangkurang ia melawankan Duli Yang Dipertua, lebih-lebih ia melawakan anak perempuannya.
(Sulalatus Salatin, hlm. 90).
Sultan Muzaffar tertarik dengan kebijaksanaan akal Tun Perak. Serangan Siam dapat
dipatahkan oleh angkatan Melaka. Siam tidak berhasil mengalahkan Melaka dan terpaksa

berundur kembali kepada Siam. Tun Perak tidak dibenarkan kembali ke Kelang. Sultan Melaka
melantik Tun Perak sebagai Bentara Melaka.

b) Satu Cara Mengelakkan Pecah Belah


Perselisihan berlaku antara Tun Perak yang dilantik sebagai Perdana Menteri dengan Seri
Nara Diraja yang memegang jawatan sebagai Bendahara pada waktu itu. (Jika mengikut adat,
Tun Perak lah yang sepatutnya dilantik sebagai Bendahara kerana ia keturunan Bendahara).
Tetapi hal sebaliknya yang berlaku, Seri Nara Diraja merupakan orang kesayangan Sultan
Muzaffar Syah kerana membantu menjayakan rampasan kuasa hingga membolehkan Sultan
Muzaffar menaiki takhta dan mengusir Raja Rekan. Perselisihan ini menyebabkan Sultan
Muzaffar Syah bimbang akan melemahkan kerajaan Melaka.
Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang Besar tiada muafakat sama
Orang Besar. (Sulalatus Salitin, hlm 92).

Sultan cuba menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri. Baginda menawarkan kepada
Seri Nara Diraja anak-anak pembesar negeri yang cantik-cantik untuk melembutkan hati Seri
Nara Diraja. Namun begitu beliau telah menolak beberapa nama yang dicadangkan. Apabila
Sultan menawarkan Tun Kudu, Seri Nara Diraja menerima dengan senang hati. Tun Kudu ialah
saudara perempuan kepada Tun Perak. Baginda sultan terpaksa menceraikan Tun Kudu (Tun
Kudu adalah isteri Sultan Muzaffar Shah) dan selepas edah, dikahwinkan dengan Seri Nara
5

Diraja). Tindakan ini berjaya menyelesaikan permusuhan. Seri Nara Diraja telah mencadangkan
kepada sultan agar melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka manakala Seri Nara Diraja
kekal kembali ke jawatan asalnya iaitu Penghulu Bendahari. Tun Perak dilantik sebagai
Bendahara Paduka Diraja. Setelah dilantik sebagai Bendahara, nama Tun Perak termasyhur.
Sulalatus Salatin mencatatkan :
adapun Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang bijaksana kerana pada zaman
itu ada tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama-tama Majapahit, Patin Aria Gajah
Mada; dan Pasai Orang Kaya Kenayan; dan Melaka, Paduka Raja; iaitu Bendahara.
( Sulalatus Salatin, hlm 93-94)

C) Hubungan Berbaik-baik Melaka- Siam


Hubungan Melaka-Siam renggang selepas serangan Siam ke atas Melaka tidak berhasil
semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Sultan
Mansur Shah mencadangkan agar Melaka menjalin hubungan berbaik-baik dengan Siam. Surat
yang dihantar ke Siam itu mengikut kehendak Sultan Melaka hendaknya. Bendahara mengarang
surat seperti yang dimaksudkan oleh sultan. Kandungan surat bendahara berbunyi;
Hendak tidak ditawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguhpun di lawani, terlalu
takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka
menyuruhnya Tun Telanai dan Menteri Jana Putera. (Sulalatus Salatin, hlm.108)

Utusan Melaka ke Siam diketuai Tun Telanai dan Menteri Jana Putera. Ketika berada di
negeri Siam, tiga peristiwa penting berlaku. Dalam kejadian pertama Paduka Bubunya
bertanyakan Tun Telanai makna Sultan Mansur Shah itu bermakna;
raja yang dimenangi akan Allah Taala daripada segala seterunya. (Sulalatus Salatin,
hlm 109).
Menurut Hassan A (2000:32) , sastera tradisional Melayu perlulah dilihat melalui suatu
gambaran yang jelas tentang budaya dan pandangan hidup masyarakat Melayu. Tambahan lagi,
bahasa yang dilihat dalam puisi, karya dan peribahasa Melayu lahir dari minda bangsa yang
cukup peka terhadap keindahan alam flora dan fauna, pentingnya budi pekerti manusia sebagai
nilai sosial, nilai moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat dan kepentingan
keadilan sebagai asas keamanan masyarakat dan negeri.
Pemahaman mengenai karya dapat dilihat secara khusus pada isi kandungannya yang
mempunyai nilai pendidikan yang tinggi. Sebagai contohnya, nilai kebijaksanaan di mana Tun
Perak mampu membantu angkatan tentera Sultan Muzaffar Shah memenangi peperangan dengan
pihak Siam yang mempunyai angkatan tentera yang lebih hebat. Tun Perak juga berjaya
menangkis andaian bahawa Tun Perak telah menganiayai penduduk Kelang. Tun Perak tidak
terus menjawab pertuduhan itu sebaliknya meminta Sultan memecat dahulu jawatannya. Ini jelas
dilihat melalui petikan hikayat Sulalatus Salatin halaman 91 ..Jikalau hamba belum
dipecat, bagaimana hamba dibicarakan dengan saksi hamba?. Tindakan Tun Perak ini telah
menarik perhatian Sultan lalu melantiknya sebagai menteri dengan gelaran Paduka Raja.
Kebijaksanaan Sultan Muzaffar Shah menyelesaikan masalah perlantikan Bendahara dilihat
sebagai satu contoh di mana ketua perlu sentiasa mengambil keputusan yang bijak yang mampu
7

mengelakkan daripada berlaku perpecahan di bawah satu komuniti yang diketuainya. Selain itu,
ketua juga perlu sentiasa memastikan bahawa mereka yang berada di bawahnya tiada
perselisihan faham yang mampu memberikan kesan negatif kepada sesuatu perhubungan di
dalam komuniti. Ini dilihat melalui petikan karya ini di halaman 92 Jikalau demikian binasalah
negeri ini, kerana orang besar tiada muafakat sama orang besar.
Hubungan baik antara pelbagai kaum yang berasaskan kepada asal usul yang berbeza
menjadi sandaran kepada keharmonian negara seperti Malaysia. Hubungan berbaik-baik SiamMelaka menunjukkan bahawa keharmonian dan keselamatan sesebuah negara bergantung pada
hubungan antara kaum serta hubungan baik dengan negara jiran. Ini dapat dilihat melalui
cadangan Sultan Mansur Syah yang mencadangkan agar surat di hantar kepada Siam bagi
menjamin keselamatan Melaka. Surat yang dihantar mengikut kehendak Sultan Melaka
hendaknya, petikan dalam halaman 108 berbunyi Surat itu sembah jangan, salam pun jangan,
kasih pun jangan.

2.0 ) ASPEK KANDUNGAN : UNSUR KOGNITIF DAN EMOTIF


BERDASARKAN EPISOD YANG DIPILIH

Estetika berasal dari bahasa Latin aestheticus atau bahasa Yunani aestheticos yang
bersumberkan dari kata aithe yang bererti merasa. Estetika dapat didefinisikan sebagai susunan
bahagian dari sesuatu yang mengandung pola.
Ilmu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia
merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu
8

mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.Ilmu mengikut Prof Rr. Syed
Naquib al Atas "sesuatu yg sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dlm kehidupan".
Prof Dr Hassan Langgulung pula, "ilmu sesuatu yg sampai ke dalam diri menjadi tahu yg asalnya
tidak tahu". Ahli falsafah Socrates pula kata " ilmu adalah suatu pengetahuan yang benar". Plato
pula kata "ilmu adalah pengetahun yg tepat". Kong Fu Zie (Confucius) kata pula "ilmu adalah
suatu pengalaman yg pasti". Guru Nanak pula kata "ilmu adalah amalan yang bermakna dan
berguna". Imam al Ghazali menjelaskan "ilmu adalah pengetahuan yg sistematik, benar dan
meyakinkan". Itulah sedikit tentang pentakrifan ilmu yg dibaca.

A) Unsur Kognitif
Unsur kognitif yang pertama ialah Tun Telanai dan Menteri Jana Putera Memperdaya
Orang-Orang Siam Sewaktu Berada di Negeri Siam. Kisah ini terdapat di dalam episod yang
mencerminkan hubungan Melaka Siam. Utusan Melaka yang diketuai oleh Tun Telanai dan
Menteri Jana Putera. Sewaktu berada di Siam, Tun Telanai telah ditanya oleh Raja Siam
mengapa orang-orang Melaka tidak alah apabila diserang oleh Siam. Tun Telanai tidak terus
menjawab pertanyaan sebaliknya ditunjukkan suatu permainan iaitu :
Maka Tun Telanai pun menyuruh orang Suir, seorang tua lagi untut kakinya.
Maka disuruh Tun Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunnya. Maka orang
9

tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, maka ditahannya belakangnya, maka lembing
itu jatuh ke tanah, sedikit pun tiada garis di belakangnya.
Maka itu barulah Tun Telanai memberitahu Paduka Bubunnya;
Inilah sebabnya maka Melaka diserang tiada alah, kerana semua orang Melaka
demikian belaka.. Sulalatus Salitin halaman 109

Maksud kata Tun Telanai ialah orang Melaka tubuh badan kebal dan tidak lut oleh
senjata. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa kekuatan orang-orang Melaka tidak ada
taranya. Sebab itulah Melaka tidak boleh dikalahkan. Unsur lucu dari peristiwa di atas amat jelas
menunjukkan bahawa orang-orang Melaka kebal daripada segala muslihat semata-mata
bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kekuatan kerajaan Melaka.

Hal yang sama juga dapat dilihat melalui muslihat Menteri Jana Putera bagi mengelakkan
angkatan Melaka mengalami kekalahan waktu diserang musuh Siam. Utusan Melaka ini terlebih
dahulu memikirkan strategi yang patut dilakukan bagi menjaga maruah Sultan Melaka., kerana
sekiranya mereka kalah tentulah imej Raja Melaka dipandang rendah. Bagi mengatasinya,
Menteri Jana Putera memberitahu Raja Siam bahawa angkatan Melaka tidak boleh menyerang di
sebelah matahari terbenam kerana arah tersebut merupakan kiblat bagi orang-orang islam.
Dengan alasan ini, maka angkatan tentera musuh disuruh berperang di sebelah lain di mana
kekuatan musuh adalah lemah. Tentera Melaka mendapat kemenangan yang besar dan
meyakinkan Raja Siam bahawa Melaka merupakan sebuah negara yang kuat.

B) Unsur Emotif
10

Unsur emotif yang akan dibincangkan di sini ialah unsur kemanusiaan. Menurut Kamus
Dewan, kemanusiaan merujuk kepada perihal, sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia meliputi
hal-hal yang baik dan murni yang dituntut sebagai sesuatu yang dimiliki oleh manusia kerana
kelebihan manusia sebagai seorang insan yang dianugerahkan dengan akal fikiran. Unsur
kemanusiaan yang dikaji berdasarkan episod yang dipilih ialah kemanusiaan yang positif di
mana ia termasuklah nilai-nilai positif, baik, murni, berbudi bahasa, berjasa. bertimbang rasa,
setia, sanggup berkorban dan sebagainya.

Sulalatus Salatin menyebut dengan jelas mengenai beberapa orang raja dan pembesar yang
bijaksana semasa mentadbir Melaka. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah
sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat yang aman dan damai. Antara Sultan
Melaka yang mempunyai sikap yang adil dan bijaksana ialah Sultan Mansur Shah, di dalam
karya ini Sultan Mansur Shah digambarkan ,,,,, terlalu baik parasnya, serta adil lagi murah;
seorang pun raja-raja di alam ini tidak sepertinya. Kebijaksanaan Sultan Mansur Shah juga
dilihat melalui cadangannya berbaik-baik dengan Siam bagi menjamin keselamatan Melaka
Surat itu jangan sembah, salam pun jangan, kasih pun jangan. Sulalatus Salatin halaman 108.

Pemerintahan Melaka yang mengamalkan sistem feudal memberikan gambaran bahawa


rakyat dan pembesar akan memberikan tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia kepada
raja. Ini jelas dilihat melalui jasa Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun
Perak memegang jawatan Penghulu Orang-Orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat
kemaraan serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah
mendapat pengiktirafan tertinggi daripada sultan. Jika mengikut adat Melaka, Tun Peraklah yang
11

sepatutnya dilantik sebagai Bendahara Melaka selepas ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja
mati (minum racun) tetapi Sultan Muzaffar Shah telah melantik Seri Nara Diraja kerana dia
sangat berpengaruh dan membantu Sultan Muzaffar Shah menaiki takhta. Tun Perak seolah-olah
membawa diri ke Kelang dan dilantik sebagai penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar,
darah pahlawan tetap mengalir di dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh
pemimpin yang berkaliber tetap terserlah.

Unsur emotif yang ketiga ialah sifat bertimbang rasa atau berdiplomasi. Ini jelas dilihat
melalui tindakan Sultan Muzaffar Shah yang menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu bagi
menyelesaikan masalah persengketaan antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja. Sifat timbang rasa
Sultan yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi keutuhan kerajaan di bawah
pemerintahnya membawa kepada kejayaan besar dalam kestabilan politik di Melaka. Ini dapat
dilihat melalui petikan di dalam karya Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang
Besar tiada muafakat sama Orang Besar, Sulalatus Salatinhalaman 92. Malah keputusan sultan
juga memberikan peluang kepada seorang yang berkaliber iaitu Tun Perak sebagai Bendahara
Melaka. Tindakan sultan menyelesaikan permusuhan. Seri Nara Diraja telah mencadangkan
kepada Sultan untuk melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka. Manakala, Seri Nara Diraja
kembali ke jawatan asalnya iaitu sebagai Penghulu Bendahari. Tun Perak dilantik sebagai
Bendahara Paduka Raja

12

3.0) CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA


MELAYU TAHUN 6 BESTARI

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tarikh

: 15. Julai. 2015

Masa

8.45 pagi 9.45 pagi

Bilangan murid

: 25 orang murid

Tajuk

: Hikayat Agung

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Menyatakan persoalan dan watak perwatakan di

dalam karya.
Menyatakan nilai-nilai kemasyarakatan yang

13

terdapat di dalam karya.


Fokus utama

: 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum


dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan,
nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.
Aras 2(i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang
terdapat dalam sesebuah karya sastera.

Fokus Sampingan

: 6.5 membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan


maklumat khusus.
Aras 2 (i) Membaca dan mengimbas fakta yang relevan
daripada pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat

BBM

: Petikan teks, dialog, skrip, nama watak, peta buih.

Langkah
Set

Isi Pengajaran

Langkah Pembelajaran
1. Guru meminta murid

Induksi
(5 minit)

mencari
1. Menghubung

kait

petikan perkataan dan


teks yang diberikan
dalam

bentuk

permainan puzzle.

yang diberikan.

Bijaksana
Bersatu padu
Toleransi

beberapa

perkataan

yangBBM : kad perkataan.

disorokkan di beberapa
tempat.
2. Guru meminta

murid

mencantumkan
perkataan

*Isi rumusan daripada teks

Catatan

terbabit

hadapan kelas.
3. Guru meminta
membaca
menyatakan

di

murid
dan

perkataan

yang dijumpai.
4. Guru meminta

KBKK:
menghubungkaitkan

murid
14

mengaitkan

perkataan

yang dijumpai dengan


apa yang akan dipelajari
berdasarkan teks yang
diedarkan.

1. Membaca

petikan

teks yang diberikan

1. Guru edar petikan.


2. Guru
membimbing
murid untuk membaca

dan memahami isi


petikan.
2. Berbincang mengenai
watak,

perwatakan

petikan

teks

BBM

Lembaran

petikan, skrip.

yang

diberikan.
3. Guru
membimbing
murid untuk memahami

dalam aktiviti sosio

petikan

drama (lakonan).

teks

yang

diberikan.
4. Guru
membahagikan
murid di dalam tigaKBKK:

mengimbas

kumpulan utama.
kembali
5. Guru memberikan setiap
Nilai Murni: jujur
kumpulan skrip dan

Langkah 1
(15 Minit)

dialog

untuk

aktiviti

sosio drama (lakonan).


6. Guru memberikan masa
kepada

murid

untuk

membuat perbincangan
mengenai

watak

dan

perwatakan, latar tempat


dan sebagainya.

Langkah 2

1. Aktiviti

lakonan

1.

Guru meminta murid


15

(15 Minit)

mengikut situasi
Tun
Perak

membuat persembahan
di

hadapan

yang

mengikut

bijaksana
Satu
cara

dan situasi .
Kumpulan

2.

mengelakkan

akan

pecah belah.
Hubungan

mengenai

Baik

kelasKBKK: menganalisis

kumpulan
pertama

melakonkan
watak,

BBM : dialog, skrip


perwatakan Tun Perak
dan nama watak
yang bijaksana dalam

Siam-

Melaka.

menangkis
3.

4.

serangan

Nilai Murni: memberi

Siam ke atas Melaka.


penghargaan,
Persoalan yang dibawa
menghargai,
ialah kesetiaan kepada
jujur
pemerintah dan ketua.
Kumpulan kedua akan
melakonkan

ikhlas,

situasi

Sultan Muzaffar Shah


yang

menyelesaikan

masalah

permusuhan

antara dua orang besar


5.

Melaka.
Persoalan yang dibawa
ialah toleransi dalam
menyelesaikan

6.

masalah.
Terakhir,
membawa

akan
situasi

di

mana perpaduan dan


hubungan yang baik
antara

pemimpin dan

masyarakat
7.

pelbagai

bangsa.
Persoalan yang dibawa
16

ialah

kebijaksanaan

dalam
8.

menjamin

keselamatan rakyat.
Guru
membuat
rumusan

dan

kesimpulan

ringkas

daripada

aktiviti

lakonan

yang

dilakukan.
Langkah 3
(20 Minit)

1. Menyatakan
perwatakan

watak,
dan

persoalan

dalam

karya.
2. Mengabung

watak,

perwatakan

dan

aplikasi

1. Guru memaparkan peta


buih mengenai ketiga-KBKK:
tiga

situasi

menyenaraikan
menyatakan

kehidupan harian
3. Menjawab
soalan

perwatakan

yang

disediakan
berdasarkan
teks
perbincangan
dijalankan.

petikan
dan
yang

yangkait

dilakonkan.
2. Murid
berbincang,

dalam

latihan

menghubung

persoalan

BBM : Peta buih,


dan
petikan sinopsis teks
watak,
dan

berdasarkan

lakonan

yang

dilaksanakan.
3. Murid mengisi

Nilai :Toleransi,

Kerjasama

dan bijaksana

peta

buih dengan jawapan


melalui

kaedah

brainstorming.
4. Murid
mengaitkan
pengalaman sedia ada
untuk menggabungkan
pengalaman sedia ada
dengan perwatakan dan
persoalan
aplikasi

untuk

di

dalam
17

kehidupan harian.
5. Murid mengisi
buih

yang

dengan

peta

diedarkan

watak

perwatakan

dan
serta

persoalan yang terdapat


di dalam karya.

1.

Guru

2.

pengajaran hari ini.


Guru
meminta

1. Rumusan pengajaran
*Guru

membuat

mengenai

rumusan

karya

pandangan

yang

KBKK: Merumus

murid

mengenai nilai-nilai

dipelajari.
membuat

merumuskan

Penutup

*Guru

(5minit)

mengenai isi pelajaran.

positif

rumusan

yang

diperoleh pada hari


3.

ini.
Murid-murid diminta
mengambil
pengajaran daripada
watak
perwatakan

dan
yang

telah dilakonkan.

18

4.0 ) KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA Melayu
Kekuatan pengajaran dan pembelajaran karya agung di dapat dilihat melalui nilai-nilai
yang dinyatakan di dalam karya. Nilai pertama yang boleh dilihat ialah nilai berbudi dan
berbahasa dianggap sebagai suatu nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan disanjung
tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadiannya. Dalam karya Sulalatus Salatin menunjukkan
ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah
dan tertib. Nilai yang kedua yang dapat dipelajari oleh murid-murid ialah nilai falsafah Islam
yang menunjukkan satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran secara umum. Karya
Sulalatus Sulatin banyak memberikan penerangan mengenai pertalian antara manusia dengan
penciptanya, antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya. Falsafah
Islam tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-quran dan as-sunah.

Kekuatan yang lain yang boleh dipelajari ialah falsafah keadilan di mana Sultan Muzaffar
Shah menonjolkan sikap raja yang adil. Ini dapat dilihat melalui tindakannya menyiasat terlebih
dahulu pengaduan mengenai Tun Perak yang telah melakukan penganiayaan kepada rakyat
Kelang. Selain itu, pengetahuan mengenai adat yang diamalkan juga menjadi asas kepada
kekuatan dalam pengajaran karya agung. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun
temurun. Adat yang diwujudkan perlu dipatuhi oleh masyarakat. Dalam Sulalatus Salatin,
terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan raja dan golongan rakyat. Adat yang
19

digunakan pada masa dahulu juga masih ada yang digunakan pada masa sekarang sesuai dengan
peredaran masa.
Masalah murid dalam menguasai KOMSAS harus dikenal pasti dan diselesaikan.
Kekangan masa bukanlah suatu penghalang bagi seseorang guru untuk menilai sejauh mana
masalah ini dapat di atasi. Melalui pendekatan Psikologi Pendidikan yang diperkenalkan kepada
bakal guru, sedikit sebanyak dapat membantu guru menyelesaikan masalah pelajar yang kurang
menguasai komponen sastera. Pertama, masalah murid dalam menguasai karya tradisional.
Kelemahan ketara murid adalah untuk memahami maksud atau kata-kata klasik yang terdapat
dalam setiap patah kata yang dipelajari oleh mereka. Gaya bahasa dalam karya sangat ketara
penggunaan bahasanya dengan karya moden kerana banyak menggunakan kata-kata kiasan dan
pelajar jarang mendengar perkataan-perkataan klasik dituturkan apatah lagi menggunakan
perkataan-perkataan klasik tersebut dalam pertuturan seharian mereka. Ini adalah kerana pelajarpelajar tersebut menggunakan bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu baku dalam kehidupan
seharian.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan membosankan juga
menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Media pengajaran buku teks sebagai bahan sumber utama dan buku-buku rujukan serta buku
kerja dalam kajian berhubung penggunaan soalan berkaitan kosa kata juga didapati masih
tertumpu pada aras rendah dan soalan pada aras tinggi tidak diberi perhatian (Rawadieh, 1998;
Noor Rohana, 1996;). Faktor dalaman turut dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kegagalan
pelajar untuk memahami kosa kata atau perkataan dan makna-makna klasik dalam puisi Melayu
tradisional. Sikap pelajar yang malas untuk mencari bahan tambahan bagi mengukuhkan lagi
20

pemahaman menyebabkan mereka gagal untuk mencari makna kosa kata yang sesuai dalam puisi
karya Melayu tradisional.

5.0 ) KESIMPULAN
Secara umumnya, karya agung merujuk kepada karya-karya unggul hasil nukilan penulispenulis terdahulu. Hasil penulisan karya ini diangkat menjadi karya agung disebabkan nilai
sejarah yang terdapat dalam inti kandungan kepengarangan nya. Tambahnya lagi, karya ulung
ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial
yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. .

Tugasan ini melihat proses penerapan karya agung dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, iaitu melihat kesesuaian dan kelebihan penggunaan teks karya agung kepada murid.
Secara umumnya, dalam tidak kita sedari sebenarnya kita sudah sekian lama didedahkan dengan
kisah-kisah kehidupan zaman dahulu sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Berdasarkan
pengalaman pengkaji, kisah tentang Hang Tuah, Badang dan sebagainya sudah acap kali
diceritakan secara lisan oleh guru. Walaupun tidak diajarkan secara formal, namun kisah-kisah
ini sebenarnya sudah berakar umbi dalam diri kita sejak kecil lagi. Jika ditinjau dari aspek
pendidikan formal pula, penerapan karya agung lebih banyak ditekankan dalam subjek
kesusasteraan Melayu di sekolah menengah. Buktinya, teks karya agung Sulalatus Salatin:
Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad telah dijadikan bahan bacaan
subjek kesusasteraan Melayu tingkatan enam. Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad
(2012:262) mentakrifkan bahawa pengajaran merupakan pelaksanaan melibatkan usaha guru
21

untuk membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran.
kesimpulannya karya agung memberikan pemahaman kepada kita bahawa sememangnya
isi kandungan sesebuah karya agung Melayu itu mempunyai nilai pendidikan yang hebat dan
perlu dikaji oleh generasi muda. Menyedari hakikat ini, pengkaji melihat bahawa satu
pembaziran sekiranya hikayat-hikayat lama ini tidak didedahkan kepada masyarakat,
terutamanya murid sekolah. Hal ini berpadanan dengan pepatah Melayu, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Tugasan ini cuba mengenal pasti kesesuaian penggunaan karya agung Melayu
sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Pengkaji melihat
bahawa karya agung Melayu boleh digunakan sebagai bahan bantu semasa set induksi dan juga
fasa lain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

22

6.0

) RUJUKAN

BUKU

1. Zainon S Samad. (2008). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu STPM. Kuala Lumpur.
Cresent News (KL) Sdn. Bhd.
2. Mustafa Mohd Isa. (1977). Perwatakan Dalam Sejarah Melayu. Greeting Dist.
Kuala Lumpur.
3. A. Samad Ahmad. (1979). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur
4. Koh Boh Boon. (1994). Pengajaran Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu.
Penerbitan Fajar Bakti. Kuala Lumpur.
5. Seri Lanang Jaya Hj Rohani, Abd Rahman Napiah, Mohd Rashid Mohd Idris &
Naffi Ahmad. (2013). Penghayatan Karya Agung Melayu. UPSI. Perak.

JURNAL dan KAJIAN


1. Mohd Faizal Bin Arshad. (2014). Penerapan Karya Agung dalam P&P : Karya
Agung

Melayu,

Coretan

Terunggul

Bangsa

ku.

dicapai

daripada

http://kamiberkaryaagung.blogspot.com/2014/04/penerapan-karya-agungdalam-p.html. dicapai pada 15.Julai. 2015.


23

2. Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. Rasuah dalam Kalangan


Karya Melayu Tradisional : Satu Analisis Semantik Kognitif : Jurnal UKM.
dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/1562/1/shima.pdf. dicapai pada
15. Julai. 2015.

IINTERNET
1. Karya Agung. (2013). Analisis Karya Agung : karya Agung Melayu. Dicapai
daripada

http://karyaagungmelayu13.blogspot.com/2013/05/analisis-karya-

agung.html. Dicapai pada 12. Julai. 2015


2. Span Kuning. (2013). Menelusuri Unsur Sejarah dalam Karya Agung Tun Seri
Lanang

Sulalatus

Salitin.

dicapai

daripada

http://mentadakmentaduk.blogspot.com/2013/05/menelusuri-unsur-sejarahdalam-karya.html. dicapai pada 12. Julai. 2015


3. Cikgu Naza Zaza. (2012). Karya Agung Koplete : Slideshare. Dicapai daripada
http://www.slideshare.net/ZAZA132/karya-agung-komplete-13237346.
Dicapai pada 11. Julai. 2015
4. Admin. (2012). Ulasan karya Agung Sulalatus Salitin : Karya Agung Melayu.
dicapai

daripada

http://empatserangkai445.blogspot.com/2013/05/ulasan-

karya-agung-sulalatus-salatin.html. Dicapai pada 9. Julai. 2015

24

Anda mungkin juga menyukai