Anda di halaman 1dari 3

Nilai Renyah

Ketabahan

Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam


keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan
anak-anaknya yang menconteng arang ke muka, tetapi akhirnya dia
berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu
menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anakanaknya kembali cerah.
Wahi berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan
cabaran kerana kematian ibu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek,
tetapi akhirnya berjaya dalam hidup apabila Datuk Dolhi
menamakannya sebagai pengganti di syarikat Dolhi-Albert
Holding.

Teguh pendirian

Hasnol tetap dengan keputusannya tidak akan melepaskan jawatan


PTD walaupun dipujuk oleh ayahnya berkali-kali untuk melibatkan
diri dalam bidang perniagaan.
Ilham tetap dengan perjuangannya mempertahankan kepentingan
alam sekitar dan membantah kegiatan pembalakan walaupun
ayahnya sendiri terlibat dengan pembalakan di Sarawak.
Mukhlis tetap dengan keputusannya mengikut kumpulan jemaah
kerana prinsipnya yang ingin menegakkan Islam walaupun
terpaksa meninggalkan kemewahan demi mencapai cita-citanya.
Amera tetap dengan keputusannya menolak lamaran Robert
walaupun Robert kacak dan daripada keluarga kaya kerana ingin
hidup sederhana dan komited dengan kerjayanya sebagai pendidik
Dani tetap dengan keputusannya menceburi bidang muzik dan
menubuhkan kumpulan muzik sendiri walaupun dia tidak
mempunyai asas dalam bidang muzik, hanya belajar muzik di
jalanan sahaja

Kasih sayang

Datuk Dolhi menyerahkan kepada Amera membuat keputusan


dalam hal memilih jodohnya walaupun Albert Lee ingin
menjodohkan dengan anaknya, Robert. Datuk Dolhi tidak mahu
memaksa anaknya dan berharap Amera akan menemui orang yang
baik sebagai pasangan hidup.
Datuk Dolhi menikahi Mastura yang dikenalinya sejak belajar di
universiti selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah kerana
rasa sayang dan tanggungjawab kepada Mastura
Datuk Dolhi teringat dan ingin sangat bercakap dengan Wahi
apabila mengenangkan anaknya itu dan apabila resah menghadapi
masalah dengan anak-anaknya yang lain
Datuk Dolhi menjamin Hasnol yang ditangkap oleh pihak berkuasa
kerana kesalahan melakukan rasuah dan berusaha menempatkan

Dani di pusat pemulihan dadah supaya masa depan anak-anaknya


tidak gelap
Datuk Dolhi menemani isterinya ke Pertunjukan Busana Islam di
Hotel Merlin walaupun kepenatan kerana tidak mahu
mengecewakan isterinya itu
Datuk Dolhi tidak mahu memaksa anaknya Amera menerima
Robert Lee sebaliknya menyerahkan kepada anaknya itu membuat
keputusan sendiri dan berharap Amera akan menemui orang yang
baik sebagai pasangan hidup
Datin Tominah menyayangi anak-anaknya walaupun anak-anaknya
telah melakukan perbuatan yang mengecewakannya dan boleh
memalukan keluarganya. Dia tetap mendoakan agar anak-anaknya
berjaya mengatasi masalah tersebut.
Hormat-menghormati

Perbincangan Albert Lee dengan isteri dan anak-anaknya begitu


luas. Mereka bersikap terbuka dan berpandangan luas. Gaya Albert
yang peramah membuatkan anak-anaknya tidak segan memberikan
pendapat. Mereka menghormati Albert sebagai seorang bapa.
Albert memupuk suasana itu sejak Robert dan Elain masih kecil
lagi.
Datuk Dolhi menghormati tokoh-tokoh pemimpin negara seperti
Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed dan tokoh-tokoh Barat
dan Jepun serta menjadikan mereka sebagai kata-kata pada
permulaan ceramahnya.
Datuk Dolhi meminta pendapat setiausahanya, Rozie tentang
KMM dan cara terbaik untuk dilaksanakan di syarikat mereka
tanpa meninggalkan identiti sendiri.
Datuk Dolhi mengambil kesempatan rombongan presiden negara
Islam bekas Soviet untuk melebarkan sayap perniagaan di sana
dengan meraikan mereka makan tengah hari di sebuah tempat
ekslusif

Prihatin

Datuk Dolhi pergi ke perkampungan Sungai Bakau untuk melihat


kesusahan yang dihadapi oleh Mukhlis. Tiba di perkampungan itu,
Datuk Dolhi sedih dan simpati dengan corak kehidupan anaknya,
bukan sebagaimana yang disangkanya.
Datin Tominah meminta Datuk Dolhi membantu Mukhlis kerana
kasihan melihat Muklhlis yang hidup dalam kesusahan dan
terpaksa bekerja dengan upah sebanyak lima ringgit sehari.
Datuk Dolhi menyara Wahi sejak dilahirkan sehingga bekerja
dengannya kerana perasaan simpatan kepada anaknya itu yang
tidak mendapat kemewahan berbanding dengan anak-anaknya yang
lain

Datuk Dolhi berasa belas kasihan apabila Ustaz Hashim


menceritakan Mukhlis yang kini hidup keseorangan setelah
isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Ustaz Hashim
meminta supaya Datuk Dolhi menjenguk Mukhlis sebelum
keadaan menjadi parah. Datuk Dolhi sedar akan ketegasannya
kepada Mukhlis selama ini.
Reda

Datuk Dolhi reda dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak
berkuasa terhadap Ilham kerana masalah yang dicetuskannya dan
akan bercuti untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil
tindakan tanpa perlu menghormatinya sebagai ahli perniagaan
terkenal.
Datuk Dolhi reda jika pihak berkuasa menangkap Ilham kerana
Ilham telah membuat pilihan sedemikian
Datin Tominah memaafkan Datuk Dolhi akhirnya setelah Datuk
Dolhi berjaya mengharungi konfrontasi yang dicetuskan oleh Datin
Tominah dan Amera akan bernikah dengan YB Wahab. Datin
Tominah juga menerima Wahi dan isterinya Yuka.

Berpandangan jauh

Datuk Dolhi meminta isterinya memikirkan semasak-masaknya


sebelum bersetuju membuka butik untuk mengelakkan kerugian
pada akan datang. Padanya daripada rugi, lebih baik wang tersebut
dibelanjakan untuk membela anak yatim
Datuk Dolhi ragu-ragu keikhlasan Albert Lee hendak menjodohkan
Robert dengan anaknya, Amera kerana memikirkan ada maksud
lain di sebalik perkahwinan tersebut. Sebab itulah dia menyerahkan
kepada Amera untuk membuat keputusan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai