Anda di halaman 1dari 6

TAJUK

PENGHARGAAN
ABSTRAK
PENGENALAN
ORGANISASI
VISI
PRODUK
HARGA
PROMOSI
SALURAN PENGAGIHAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan ilham daripadaNya dapat saya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Penghargaan buat Tutor Miss Leong Lai Seng selaku pengajar memberikan pendapat, bantuan
serta ilmu yang banyak sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Ilmu yang diberikan sangat
membantu saya bukan sahaja dalam menyiapkan tugasan malahan untuk panduan pada masa
hadapan juga.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga
kerja yang banyak membantu, memberi informasi yang berguna serta kemudahan untuk saya
dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Segala jasa baik yang diberikan tidak mampu saya
balas.
Ucapan terima kasih juga buat keluarga, yang banyak membantu dan tidak putus-putus
memberikan semangat. Juga buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas sokongan
dan tunjuk ajar kalian. Sokongan dan bantuan kalian melancarkan lagi kajian ini. Akhir sekali,
ucapan berbanyak terima kasih buat semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa
kalian amat saya hargai.

ABSTRAK
Peruncitan merupakan aktiviti menjual barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir
untuk kegunaan diri sendiri, atau diberikan kepada individu yang lain. Peruncitan merupakan
salah satu industri yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Kewujudan kedai-kedai
potongan harga semakin mendapat sambutan di kalangan

pengguna. Sambutan yang

menggalakkan ini mendorong lebih ramai peruncit untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian
kedai potongan harga dan menjadikan persaingan dalam industri peruncitan semakin
meningkat. Sektor peruncitan di negara ini merupakan antara bidang perniagaan yang mampu
menjanjikan kadar keuntungan yang tinggi berdasarkan tabiat semulajadi rakyat Malaysia
yang sememangnya gemar membeli-belah bagi memenuhi keperluan seharian dan juga
kehendak yang tidak terbatas.
Tugasan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan campuran pemasaran (Marketing Mix)
yang merangkumi empat aspek iaitu produk, penetapan harga, promosi dan lokasi dengan
usaha-usaha yang dilakukan oleh organisasi peruncitan yang dipilih iaitu MJ Reject Sdn Bhd

untuk meningkatkan jualan kerana campuran pemasaran merupakan aspek yang penting
dalam menentukan kejayaan kebanyakan syarikat dalam meningkatkan jualan produk.

PENGENALAN

Peruncitan ialah semua aktiviti yang melibatkan proses penjualan barangan dan perkhidmatan
dalam kuantiti yang lebih kecil, dan secara terus kepada pengguna akhir bagi penggunaan
sendiri atau orang lain.(Mohd-Said, 1990). Perniagaan runcit merangkumi penjualan pelbagai
barangan dan perkhidmatan, yang terdiri daripada barangan keperluan harian seperti makanan
dan pakaian, barangan rumah dan juga aksesori serta barangan mewah yang lebih merupakan
kehendak bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Guy (1980)
Peruncitan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan dan pertumbuhan
ekonomi negara, selain menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan pembangunan
keusahawanan. Pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh, kestabilan politik dan pendapatan
negara serta kuasa beli yang kian meningkat banyak menyumbang kepada perkembangan
sektor peruncitan negara yang merupakan sektor kedua penting dalam menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia selepas sektor pembuatan. Sektor
peruncitan di negara ini perlu berkembang pesat bagi menyokong perjalanan negara menuju
negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020 (Utusan Malaysia 28 Ogos 2011).
Perkembangan industri peruncitan di negara ini semakin cerah dengan prestasi ekonomi
negara yang meyakinkan dan sekali gus membuktikan bahawa kuasa beli pengguna tempatan
sangat kuat untuk menampung kewujudan industri peruncitan di seluruh negara.
Perkembangan sektor runcit di negara kita telah berkembang pesat selaras dengan kepesatan
ekonomi negara secara keseluruhannya.

VISI

menjadi peruncit yang paling berjaya diukur berdasarkan pertumbuhan, keuntungan

dan kepuasan pelanggan.


Untuk mencapai matlamat ini melalui komitmen untuk penambahbaikan berterusan

dalam semua aspek barangan keperluan pelanggan yang memuaskan setiap hari.
Produk yang berdaya saing, kualiti yang baik dan boleh didapati dalam pelbagai jenis

dan kuantiti yang sesuai dan harga berpatutan.


Barangan yang menarik untuk pilihan sendiri, bersih dan selamat.
Menyediakan perkhidmatan yang mesra, penuh perhatian dan cekap.
Menyediakan persekitaran kerja yang produktif, ganjaran bagi pencapaian dan peluang

untuk membangunkan.
Perkhidmatan sokongan mewakili amalan industri terbaik.

KESIMPULAN

Industri peruncitan merupakan saluran pengedaran barangan dan perkhidmatan, peniaga


runcit atau peruncit adalah pihak yang menghubungkan antara pengeluar dan pemborong
dengan pengguna akhir. Namun begitu, skop perniagaan runcit bukan hanya melibatkan
hubungan jual beli di antara peruncit dan pengguna akhir sahaja. Sebaliknya, sebarang urusan
jual beli terus antara pengguna akhir dengan pengeluar atau pemborong termasuk di dalam
skop peruncitan selagi barangan yang dibeli adalah untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, isi
rumah atau untuk diberi kepada orang lain. Contohnya, pengguna membeli sayuran dari
petani atau membeli ikan dari nelayan atau membeli barangan runcit dari kedai borong.
Persekitaran peruncitan di Malaysia kini jelas telah berubah berbanding sebelum ini.
Perubahan meliputi banyak aspek seperti jenis dan kaedah perniagaan, barangan yang dijual,
lokasi perniagaan, stuktur luaran (bangunan) dan hiasan. Pertumbuhan ekonomi negara yang
semakin kukuh, kestabilan politik hari ini dan pendapatan negara yang kian meningkat serta
kuasa beli penduduk yang kian meningkat telah banyak menyumbang kepada perkembangan
aktiviti peruncitan negara. Sebagai peruncit yang berjaya perlu mengetahui dengan jelas
tentang keperluan dan kehendak pelanggan agar produk atau barangan yang ditawarkan
mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan masa kini yang tiada had batasannya.
(2446 Patah Perkataan)

RUJUKAN
Metrojaya Reject Shop Kuantan,.
Ahmad, Z. Et al. (1996). Basic Retailing. Shah Alam: Institut Teknologi MARA.
Mohd-Said, Z. A. (1990). The Structure of Retail Trade in Peninsular Malaysia. Kuala
Lumpur: Arenabuku

Guy, M.C. (1980). Retail Location and Retail Planning in Britain. University of Wales:
Institute of Science and Technology
Stark And Flaherty. (2010). Only Leadership Book Youll Ever Need. How to Build
organizations Where Employees Love To come To Work
http://www.metrojaya.com.my/brands_reject_shop.html

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_03.htm
Rancangan Malaysia Ke10 2011 2015, (Percetakan Nasional Malaysia Berhad), 73

Anda mungkin juga menyukai