Anda di halaman 1dari 4

Resepi Snow CheeseCake

Bahan-bahan :

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)


100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf
raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk Cream :

1 kotak cream cheese philadelphia

1/2 tin susu pekat manis bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Topping :

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek
tidak muak ketika dimakan.

Cara - Cara Membuat :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali


masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah
disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45
minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni
mengecut).

Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi
dua bahagian.(akak guna benang)

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian
lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek
sebagai toppingnya.

9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Resepi Chocolate Funde Brownies yang dijanjikan td

Bahan-bahan :

2 bar coklat ( separa manis )


1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian


keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave


selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan
adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9x6 atau gunakan sudu untuk
membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang

Anda mungkin juga menyukai