Anda di halaman 1dari 7

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI

TAJUK 11

PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI

SINOPSIS
Seorang guru perlu memiliki pengetahuan pedagogi atau cara menyampaikan
ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Oleh itu guru perlu tahu cara
merancang, mengelola, menyampai, membimbing dan menilai muridnya. Untuk
mata pelajaran masakan ini tajuk ini dibahagikan kepada dua topik iaitu (i)
kepentingan pedagogi; dan (ii) penerapan unsur kreativiti dalam pengajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
1.
2.
3.
4.

Mengenal pasti pedagogi dalam mata pelajaran masakan.


Menghuraikan cara melaksanakan kaedah tersebut.
Menerangkan kepentingan guru menyerap unsur kreativiti dalam pedagogi.
Merangka satu aktiviti yang boleh meningkatkan kretaiviti dalam kalangan
murid.

Topik 1

Kepentingan pedagogi

Empat jenis pengetahuan yang membantu seorang guru membuat keputusan


profesional dalam kerjayanya iaitu (i) pegetahuan dalam bidang mata pelajaran yang
diajar; (ii) pengetahuan pedagogi dalam mata pelajaran tersebut; (iii) pegetahuan am
dalam pedagogi; dan (iv) pengetahuan tentang murid dan pembelajaran. Salah satu
pengetahuan yang perlu dimiliki oleh guru masakan adalah pedagogi mata pelajaran
masakan (Eggen & Kauchak, 2006).
Pengetahuan pedagogi adalah kefahaman tentang prinsip dalam menyampaikan
pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Seorang guru perlu faham dan tahu
mengaplikasi teknik yang sesuai supaya pengajaran berjalan dengan berkesan dan
pembelajaran berlaku di tahap maksima.
Pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada murid. Objektif mata pelajaran masakan adalah murid boleh
membuat, mengenal pasti dan menilai hasil masakan. Mata pelajaran masakan
banyak menekan learning by doing dan kemahiran yang dikuasai ini adalah melalui

104

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI


membuat iaitu practise make perfect yang merupakan satu kemahiran yang menjadi
sebati dalam diri seseorang.
Oleh itu teknik demonstrasi dan amali merupakan teknik yang paling kerap, sesuai
dan berkesan untuk mengajar mata pelajaran masakan. Pemilihan teknik ini adalah
kerana mata pelajaran ini menekankan kemahiran melalui aktiviti amali. Kebolehan
murid menguasai sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran masakan ini melibatkan
domain kognitif, psikomotor dan afektif. Dalam domain kognitif murid perlu tahu,
faham dan boleh mengaplikasi kemahiran misalnya membuat kuih ketayap. Murid
juga perlu mampu mengenal pasti masalah jika dadar tidak dapat digulung atau
melekat pada kuali. Domain kognitif ini telah dikuasai jika murid boleh menilai hasil
kerja sendiri. Untuk mencapai tahap ini murid perlu memiliki pengetahuan
psikomotor. Pengetahuan, kefahaman dan kebolehan mengaplikasi prinsip dan
peraturan memasak perlu disokong oleh kemahiran psikomotor. Cara memutar atau
cara mengaul adunan boleh mempengaruhi hasil masakan. Di sini guru perlu
mengguna teknik demonstrasi (Jones, Bagford & Wallen, 1979) iaitu menunjuk
kepada murid-murid langkah dan cara membuat masakan tersebut. Sejauh mana
guru boleh melaksanakan keadah demonstrasi dengan betul? Di bawah ini adalah
perkara yang harus diambil perhatian oleh guru. Demonstrasi melibatkan kemahiran
audio dan visual.
I

Cara melaksanakan demonstrasi


Persediaan awal
i.

Kenal pasti topik, objektif dan kandungan yang hendak diajar.

ii.

Beritahu murid aktiviti yang perlu diperhatikan supaya murid memberi


fokus dan dapat melakukan tanpa kesilapan.

iii.

Sediakan bahan dan peralatan dan susun mengikut langkah-langkah


membuatnya.

iv.

Sediakan meja khas untuk demonstrasi dan pastikan semua murid


boleh melihat dengan jelas.

Semasa demonstrasi
i.

Pandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti


yang dijalankan.
105

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI


ii.

Sekiranya murid menunjukkan keraguan, ulang penerangan dan aktiviti


sekali lagi.

iii.

Kemukakan soalan untuk menarik perhatian murid.

iv.

Suruh seorang murid untuk membuat aktiviti untuk mengukuhkan


kemahiran murid.

Selepas demonstrasi
i.

Bincang dengan murid aktiviti-aktiviti yang dibuat semasa menyediakan


masakan tersebut.

ii.

Suruh murid buat rumusan tentang aktiviti masakan.

II Cara melaksanakan amali


1. Persediaan awal guru
i.

Pastikan peraturan bilik dapur ditampal dan difahami oleh murid.

ii.

Pastikan jadual tugas ditampal dan difahami oleh murid.

iii.

Pastikan alat pemadam api berfungsi.

iv.

Maklumkan kepada murid bahan-bahan dan perkara yang perlu dibawa


sebelum kelas amali bermula.

v.

Pastikan setiap murid mempunyai apron, tudung kepala, kain pengelap


meja, kain pengelap pinggan mangkuk, kain pengelap tangan dan sarung
pemegang periuk.

vi.

Pastikan peralatan yang hendak diguna berfungsi dan mencukupi.

vii.

Pastikan bahan yang diguna bersih dan mencukupi.

viii.

Pastikan murid yang sakit tidak membuat amali (penyakit berjangkit


seperti selsema dan batuk)

2. Peringatan kepada murid


a) Sebelum amali bermula
i.

Kuku pendek dan bersih

ii.

Rambut diikat jka panjang


106

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI


iii.

Pakai apron dan tutup kepala.

iv.

Letak bahan yang dibawa di atas dulang.

v.

Cuci tangan dengan sabun.

vi.

Buka tingkap bilik masakan.

vii.

Kasut getah/sekolah apabila memasak di dapur.

viii.

Bawa bahan dengan kuantiti yang diperlukan.

ix.

Beri perhatian semasa guru membuat demonstrasi.

b) Semasa amali
i.

Tidak boleh berlari.

ii.

Makanan yang tumpah perlu dibersihkan dengan segera.

iii.

Jangan makan.

iv.

Berjimat mengguna bahan, peralatan, air paip dan api.

v.

Ambil kuantiti yang diperlukan sahaja.

vi.

Bercakap perkara yang perlu sahaja.

c) Selepas amali

Topik 2

i.

Buang sampan.

ii.

Lantai disapu dan dimop.

iii.

Lampu dan kipas angin ditutup.

iv.

Tutup tingkap.

Penerapan unsur kreativiti dalam pengajaran

Makanan yang dihidang di meja makan mengambarkan kreativiti dan kemahiran dan
keikhlasan tukang masaknya. Kemahiran dan kreativiti dalam kalangan murid ini
boleh dipupuk dan dibina jika ada kesungguhan, komitmen, dedikasi dan kesediaan
guru meluangkan masa dan tenaga mendidik muridnya. Kemahiran ini tidak
107

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI


diperolehi melalui pembacaan tetapi terdapat dalam peribadi murid iaitu memiliki
disiplin diri yang kental serta sikap positif. Sikap positif dan disiplin diri murid boleh
dibentuk jika guru memainkan peranan dari segi memberi bimbingan dan sokongan
yang padu kepada muridnya.
2.1

Makna kreativiti dalam mata pelajaran masakan

Kreativiti dalam masakan adalah kebolehan:


i.

Mengguna bahan-bahan dalam menyediakan masakan;

ii.

Menghias makanan dengan menarik;

iii.

Mengguna pelbagai kaedah dalam memasak makanan; dan

iv.

Mempersembahkan makanan dari segi hiasan, peralatan yang diguna untuk


menghidang, susun atur makanan di meja hidangan.

Bagaimana murid boleh mencapai ke kemahiran seperti yang dicatat di atas? Guru
yang berperanan sebagai fasilitator dan pendorong boleh membentuk murid yang
kreatif dalam memasak melalui pengajaran dan amalan semasa amali.
2.1

Mengapa guru perlu menerap unsur kreativiti dalam pengajaran?

Pemikiran kreatif boleh diajar kepada murid-murid. Murid perlu diajar kemahiran
berfikir kerana ia membantu murid:
i.

Mengguna alat dan sumber teknologi dalam masakan;

ii.

Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dari segi bahan,


peralatan dan masa dengan bijak;

2.3

iii.

Mengatasi kesilapan dalam masakan dengan rasional;

iv.

Meningkatkan perkembangan kognitif dan afektif;

v.

Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat;

vi.

Membina keyakinan diri untuk memberi hujah;

vii.

Memberi pandangan berdasarkan alasan dan bukti; dan

viii.

Mengaplikasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran secara praktis.

Bagaimana cara meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan muridmurid?

108

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI


Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan
pemikiran kreatif dalam kalangan murid. Untuk mengalak pemikiran kreatif ini
pertama ia perlu bermula dari guru. Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh guru adalah
seperti berikut:
i.

Berfikiran terbuka

ii.

Berpengetahuan dalam bidang masakan

iii.

Mempunyai visi dan ia yang perlu diberitahu kepada murid supaya mereka
tahu harapan guru

iv.

Adil dalam melayan keperluan murid

v.

Menyokong/memotivasi murid

vi.

Peka dengan keadaan persekitaran

vii.

Galakkan murid bekerja dalam kumpulan

viii.

Mesra dengan murid

ix.

Bersedia untuk membantu

x.

Pendengar yang efektif

xi.

Elak memberi tekanan kepada murid

xii.

Feksibel

Guru perlu mengamalkan empat prinsip iaitu, (i) sifat kasih sayang penerimaan
sosial; (ii) keseronokan mencabar minda, motivasi (iii) kebebasan - memberi ruang
kepada murid menyelesaikan masalah; dan (iv) kuasa memberi ruang kepada
murid memenuhi keperluan supaya ada rasa kepuasan yang merupakan terapi realiti
dalam pengururan bilik darjah yang dipelopori oleh Glasser (Larrivee, 2009).
2.4

Aktiviti yang mencungkil pemikiran kreatif dalam kalangan murid

Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang boleh guru berikan kepada murid:
i.

Koleksi resipi contoh Koleksi Minuman Sri Dewi

ii.

Pertandingan memasak contoh pertandingan menyediakan sarapan

iii.

Membuat projek contoh menguruskan jamuan hari sukan sekolah

iv.

Membuat refleksi

v.

Menjadi penilai/hakim selepas kelas masakan

109

RBT3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI


Baca dan jawab soalan berikut.
1. Mengapa guru perlu memilih pedagogi yang sesuai untuk mengajar mata
pelajaran masakan?
2. Huraikan secara terperinci perkara yang perlu diambil perhatian apabila
melaksana pedagogi yang dipilih.
3. Terangkan bagaimana anda melaksanakan kreativiti kepada murid anda.
a. Mengapa anda perlu menyerapkan unsur kreativiti kepada murid
anda?

Bibliografi:
Eggen, P. D. & Kauchak, D. P. 2006. Strategies and Models for Teachers:teaching
content and thinking skills. 5th. Edisi. Pearson: Boston.
Glasgow, N. A & Hicks, C. D. 2003. What successful teachers do: 91 research-based
classroom strategies for new and veteran teachers. Corwin Press: Thousand
Oak.
Jones, A. S., Bagford, L. W. & Wallen, E. A. 1979. Strategies for teaching. Scarecrow
Press: London.
Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif.____ Modul Latihan Guru Bestari.
Bahagian Pendidikan Guru.
Larrivee, B. 2009. Authentic classroom management:creating a learning community
and building reflective practice. Edisi ke3. Pearson: Upper Saddle River.

110

Anda mungkin juga menyukai