Anda di halaman 1dari 9

1 Istighfar

Definisi: Istighfar - memohon keampunan atas dosa-dosa yang dilakukan dengan tidak mengulangi perbuatan
tersebut selama-lamanya.


Astaghfirullah
Istighfar ialah tindakan kita meminta maaf atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan selama ini daripada
Allah. Ia dilakukan dengan menyebut kalimah 'Astaghfirullah', seperti yang tertera di atas. "Astaghfirullah',
bermaksud Saya meminta keampunan Allah.

2 Lafaz dan erti syahadah


Definisi Syahadah - Menyatakan kepercayaan akan keesaan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW
sebagai rasul utusanNya.

3 Selawat Nabi s.a.w.





Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad - [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
4 Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
5 Rukun Iman
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
6 Rukun nikah
1.Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa
kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu
bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada
seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau
kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan
qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan
maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak
dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki
yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat
mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa
lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

7 Fardu wuduk/membatalkan wuduk


Fardu Wuduk
1. Niat. Berniat di dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.
2. Membasuh muka. Iaitu mulai dari sekeliling tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan
dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
3. Membasuh kedua belah tangan. Iaitu dari hujung jari hingga ke siku.
4. Menyapu/mengusap sebahagian kepala. Sekiranya rambutnya panjang, maka tidak sah kalau hanya
mengusap rambut yang berlebihan dari batas kepala. Jika tidak mempunyai rambut sekalipun
hendaklah mengusap juga sebahagian dari kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki. Iaitu dari hujung jari hingga buku lali termasuk celah-celah jari.
6. Tertib. Iaitu secara berturut-turut.
Perkara-perkara yang membatalkan wudhu itu lima, iaitu:
1. Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur.
2. Hilang akal dengan sebab mabuk, sakit, gila atau pitam dan sebagainya.
3. Tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik.
5. Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tangan atau perut jari.

8 Jenis dan bahagian air


Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan iyang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci; boleh digunakan
untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain.
Air Musta'mal
Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.
musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh
air tebu , air kelapa.
i.
Air Muqaiyad
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna,
bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi Suci tetapi tidak menyucikan,
boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: bercampur sirap kopi dan sebagainya.

Air Musyammas
Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam
bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan
untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.
Air Mutanajjis
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur
hingga kadar dua kolahTidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

BAHAGIAN AIR MUTLAK!!!


Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.
1. AIR HUJAN.
2. AIR EMBUN.
3. AIR LAUT.
4. AIR SUNGAI.
5. AIR MATA AIR.
6. AIR PERIGI.
7. AIR SALJI.

9 Sebab dan mandi wajib


1. Bersetubuh, baik keluar mani maupun tidak
2. Keluar mani, baik keluarnya karena bermimpi ataupun sebab lain dengan sengaja atau bukan
3. Mati, Orang Islam yang mati fardhu kifayah bagi muslim yang hidup untuk memandikannya.
4. Perempuan yang berhenti haid
5. Seorang wanita yang telah bernofas
6. Melahirkan

10 Hukum haidh/nifas dan istihadah


HAID
1. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau nifas atau penyakit.
2. Sekurang-kurang umurnya 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga putus haid (monopaus). Tiada
dikira haid darah yang keluar dari perempuan yang belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.
3. Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan tidak melebihi 15 hari 15
malam (360 am), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya
bukan lagi dikira haid, ianya darah istihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib
sembahyang atau puasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui segala syarat bagi
orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepas ini).
4. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari
15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang keluar sebelum tibanya hari yang
ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada
1hb dan suci daripada pada 7hb, tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana
masa sucinya belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau puasa,
5. Haid
juga
keluar
dari
perempuan
yang
mengandung
tetapi
amat
jarang
berlaku.
Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.
NIFAS
1. Darah yang keluar dari perempuan yang melahirkan anak dan tidak semestinya semua kelahiran ada
darah nifas tetapi kebiasaan bagi orang yang beranak atau bersalin itu keluar darah nifas.
2. Darah yang keluar sebelum atau semasa (beserta) kelahiran itu bukannya darah nifas,, ianya darah 'fasid'
(rosak) Darah nifas adalah darah yang yang keluar setelah melahirkan anak atau mengiringi kelahiran
tersebut.
3. Waktu keluarnya darah nifas adalah antara waktu selepas bersalin hingga 15 hari daripada bersalin. Jika
keluar darah selepas 15 hari daripada waktu bersalin, ianya bujan lagi nifas, ianya haid dan perlu diingat
haid hanya dikira dalam jangka waktu 15 hari 15 malam sahaja.

Contoh: Si A bersalin pada 1hb dan tiada darah yang mengirinya dalam masa 15 hari kecuali darah
fasid semasa bersalin, maka pada 17hb Si A keluar darah, ini adalah dikira haid dan bukan lagi nifas,
oleh itu Si A akan kembali suci setelah kering darahnya sebelum terlepas jangkamasa 15 hari tersebut.
Ini bermakna Si A akan berkeadaan suci pada 2hb yang berikutnya. (dikira 30 hari sebulan)
4.

Jangkamasa keluarnya darah nifas ini adalah sekurang-kurangnya satu 'lahzhoh' (1saat) dan sebanyakbanyaknya 60 hari, tetapi yang kebiasaannya adalah 40 hari.
*Larangan bagi orang haid dan nifas adalah sama, tiada diwajibkan orang yang haid dan nifas itu qadha'
senbahyangnya kecuali puasa Ramadhan dan puasa nazar. Qadha' sembahyang kerana haid dan nifas adalah
makruh mengikut pendapat yang lebih 'ashah' dan haram mengikut pendapat yang lain.

ISTIHADHAH
1.

Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan bukannya haid. Ada perempuan
yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya selama 3 bulan malah boleh mencapai lebih 2 tahun.
Inilah darah istihadhah.
Contoh: Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa bulan. Diantara 1 hb hingga
15hb dia dikira haid dan antara 16hb hingga 30hb dikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali
dikira haid sehingga 15hb juga dan begitulah seterusnya.

2.

Wajib sembanhyang dan puasa bagi orang yang keluar darah istihadhah (mustahadhah), dan syarat bagi
orang mustahadhah sembahyang adalah seperti berikut:
i.

ii.
iii.
iv.
v.

Menunggu masuk waktu sesuatu sembahyang sebelum memulakannya. Contohnya dia hendak
sembahyang Asar, maka hendaklah dia menunggu waktu asar dahulu baru dia mula membasuh darah
dari kemaluannya dan hendaklah dia 'muwalat' (bersambung masa) antara basuh, tampal kebocoran,
wuduk dan sembahyang. Tidak boleh diselangi suatu perkerjaan yang lain setelah dia mula
membasuhnya. Jika tiada muawalat wajib baginya mengulangi pada permulaannya.
Basuh kemaluannya daripada darah serta lain-lain najis jika ada.
Pakaikan tuala wanita atau kapas yang diikatkan bagi menghalang darahnya menitik.
Berwuduk
Sembahyang, dan perlu diingat hanya satu sembahyang fardhu sahaja boleh dilakukan dalam satu
masa dan untuk sembahyang yang lain perlu ia ulanginya dalam waktu sembahyang yang lain pula.
Hanya sembahyang sunat rawatib (qabliyah dan ba'diyah) serta baca Quran sebelum habis waktu
sembahyang
itu.

Perkara Yang Dilarang Semasa Haid Dan Nifas


1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu di dalam masjid tanpa
berhenti.
2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha'.
3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini.
4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut termasuk jima' (bersetubuh)
dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur hanya mengharamkan jima' sahaja.
5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas besar):
i. Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha'.
ii. Baca Quran, tiada diharamkan kerana diniatkan zikir dan bukan tilawah (membaca), ada pendapat
yang mengatakan tiada diharamkan kerana belajar.
iii. Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran, termasuk barang- barang
yang berkait secara langsung dengan Quran itu seperti rehal, penunjuk Quran, dan beg Quran yang
tiada diguna untuk perkara lain. Menanggung Quran bersama kitab-kitab lain adalah diharuskan jika
tidak diqashadkan (diniatkan) menanggung Quran.
iv. Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki)
v. Sujud tilawah dan sujud syukur
vi. Tawaf di Baitullah (kaabah)

11 Sebab-sebab hadas besar dan kecil


JENIS-JENIS HADAS

Hadas kecil

Hadas besar
PENGERTIAN HADAS KECIL
Hadas membatalkan wuduk
CONTOH HADAS KECIL

Keluar sesuatu daripada dua jalan iaitu qubul atau dubur, seperti:

Kentut

Air kencing

Tahi

Mazi

Keputihan

Wadi

Tersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik

Tidur yang tidak tetap dua ponggong

Hilang akal dengan sebab mabuk dan gila

Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan

PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN SEMASA BERHADAS KECIL

Menunaikan solat

Tawaf di Kaabah

Menyentuh Al-Qur'an
PENGERTIAN HADAS BESAR
Hadas yang mewajibkan mandi
CONTOH-CONTOH HADAS BESAR

Bagi lelaki dan perempuan:

Persetubuhan

Keluar mani

Khas bagi perempuan sahaja:

Haidh: darah yang keluar dari dari faraj perempuan tiap-tiap bulan di kala badannya sihat

Nifas: darah yang mengiringi kelahiran

Wiladah: kelahiran yangbelum sampai waktunya

12 Rukun sembahyang
Rukun Sembahyang - Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. Berdiri betul, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam
keadaan berbaring.
2. Niat, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. Takbiratul Ihram, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. Membaca Surah Al-Fatihah, bermula dengan bacaan Bismillah... Hinggalah Waladhaallin.
5. Rukuk dengan thumakninah, membongkok 90 darjah.
6. Iktidal dengan thumaknknah, berdiri betul selapas rukuk.
7. Sujud dua kali dengan thumakninah, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. Duduk bagi tahaiyat akhir.
10. Membaca tahaiyat akhir.
11. Membaca selawat, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. Memberi salam, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga
dengan salam.
13. Tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

13 Aurat lelaki dan perempuan


Batasan-batasan aurat :
A. Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke
pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam
pembinaan syarak.
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun
jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
B. Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut
C. Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D. Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

14 Lafaz mandi hadas besar dan kecil

Lafaz niat:
atau Sahaja aku mengangkat hadas junub/haid/nifas kerana Allah Taala

15 Baca surah al-Fatihah

16 Baca qunut

17 Baca tahiyat awal dan akhir


Tahiyat Awal

Tahiyat Akhir

18 Tujuan nikah
1. Mendapatkan keturunan atau anak
2. Menjaga diri dari yang haram

19 Tanggungjawab suami dan isteri


Tanggungjawab Suami
1. Menyediakan mahar untuk isteri.
2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal
ibadat dalam fardu ain.
7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan
maruahnya.
Tanggungjawab Isteri
1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.
4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.
5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.

20 Haram ketika junub/haidh


1.
2.
3.

4.

Sembahyang fardu dan sembahyang sunat, sujud tilawah dan sujud syukur.
Menyentuh, mengangkat dan memegang al-quran
Membaca ayat-ayat suci al-quran, walaupun satu ayat. Larangan ini berdasarkan kepada sabda nabi
saw bermaksud: orang junub dan perempuan yang haid, tidak boleh membaca sesuatu dari al-quran.
Riwayat at tabrani.
Orang yang sedang dalam berhadas besar tidak dibenarkan memasuki masjid.

21 Beberapa cara yang membubarkan perkahwinan

Talaq
Perceraian yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga sama ada secara nyata atau
kiasan

Fasak
Membatalkan atau pembubaran akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad
atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

Khulu [Tebus Talaq]


Pembubaran perkahwinan yang diperolehi oleh seorang isteri dengan membayar kepada suaminya
dengan sesuatu benda yang berharga di mana kadar benda tersebut adalah berdasarkan persetujuan
antara suami dan isteri berkenaan atau berdasarkan kepada keputusan qadhi. Ini dikira sebagai ganti rugikepada suami berkenaan.

Takliq
Lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang
bertentangan dengan taliq tersebut.

Lian
Lian berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak
yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.

Ila
Berlaku apabila seseorang suami bersumpah dengan nama Allah SWT atau dengan menyebut sifat Allah
SWT untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih atau dengan tidak menyebut
tempoh masa.

Zihar
Iaitu apabila seseorang suami itu menyamakan belakang isterinya dengan belakang ibunya (atau orang
yang diharamkan berkahwin dengannya).
http://suraumadrasatulfalahiyah.blogspot.com/2010/12/talaq-fasakh-khulu-takliq-lian-ila.html

Anda mungkin juga menyukai