Anda di halaman 1dari 50

PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM

PERTANDINGAN ANTARA PEMAIN

BOLA SEPAK DAN HOKI
BAWAH 15 DAN
18 TAHUN

ABSTRAK
Kajian yang menggunakan sampel pemain bola sepak dan hoki Sekolah Menengah
Kebangsaan Anderson Ipoh Perak ini adalah untuk mengetahui pasukan manakah
yang mempunyai tahap kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri yang lebih
tinggi satu jam sebelum pertandingan liga sekolah-sekolah premier. Sementara itu,
kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan
kebimbangan seketika antara pemain bola sepak dan hoki sebelum pertandingan.
Penyelidikan ini dijalankan menggunakan soal selidik Competitive State Anxiety
Inventory-2 (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens (1977). Dapatan kajian ini
menunjukkan secara keseluruhan pasukan bola sepak dan hoki Sekolah Menengah
Kebangsaan Anderson Ipoh berada pada tahap kebimbangan kognitif yang sederhana,
tahap kebimbangan somatik yang sederhana dan juga tahap keyakinan diri yang
sederhana. Disebabkan keputusan inilah, maka atlit-atlit ini masih lagi tidak terlepas
daripada menghadapi kebimbangan yang akan mempengaruhi prestasi permainan
mereka dalam pertandingan. Oleh itu, amatlah perlu bagi atlit-atlit memperbaiki dan
mempelajari mengenai cara untuk mengawal tahap kebimbangan dan mewujudkan
tahap keyakinan diri yang tinggi dalam setiap pertandingan yang akan dihadapi.

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Latar belakang kajian

Dalam bidang sukan, kebanyakan jurulatih lebih menumpukan kepada aspek latihan
kemahiran, teknik, taktik dan strategi dalam permainan sebagai persediaan atlet bagi
menghadapi pertandingan. Manakala aspek psikologi tidak diberi perhatian yang
khusus. Sebenarnya aspek psikologi banyak menyumbang ke arah prestasi seseorang
atlet dalam pertandingan. Kekuatan fizikal diikuti dengan kekuatan mental sebelum

dan semasa bertanding merupakan gabungan yang harmonis bagi mencapai

kemenangan. Perasaan gementar, takut, bimbang dan keyakinan diri merupakan
perkara yang perlu diberi perhatian. Ada sesetengah atlet yang mewakili negara pada
Sukan Komanwel di Melbourne 2006 baru-baru ini gagal menepati sasaran emas
negara menyatakan prestasi mereka kurang menyerlah kerana perasaan kurang yakin,
gementar, risau, takut dan bimbang semasa bertanding. Oleh itu, keupayaan altet
mengatasi perasaan gementar, risau, takut, bimbang dan lain-lain merupakan
gangguan sebelum dan semasa bertanding merupakan kelebihan untuk mempamerkan
prestasi cemerlang seterusnya mengalahkan pihak lawan. Dalam erti kata yang lain
atlet perlu berlawan dengan diri sendiri (psikologi) dan barulah berupaya berlawan
dengan pihak lawan. Keadaan ini disedari oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato
Azlina bt. Dato Othman Said yang telah ditemuramah dalam rancangan Laporan
Harian Sukan Komanwel 2006 menyatakan bahawa atlet negara memerlukan jurulatih
mental bagi membantu dan meningkatkan prestasi atlet dalam negara.

Pada peringkat pertandingan sukan tinggi, seringkali atlet mengalami masalah

untuk beraksi dengan cemerlang kerana gangguan faktor kebimbangan. Ramai atlet
telah menyuarakan tentang kegagalan mereka untuk mengawal tahap kebimbangan

sewaktu menghadapi pertandingan. Akibatnya, prestasi mereka jatuh mendadak

walaupun mereka sebenarnya memiliki kemahiran dan keupayaan fizikal yang baik.
Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya pada saat genting menjadi penyebab
pemain dan pasukan ternama mengalami kekalahan berpunca dari tekanan,
kebangkitan dan peningkatan tahap kebimbangan Shaharudin (2001). Semenjak tahun
1960-an lagi, pengaruh kebimbangan yang terdapat dalam stress pada masyarakat
sekarang sudah banyak diperolehi. Berbagai cara digunakan untuk mengukur tahap
kebimbangan di kalangan ahli-ahli sukan. Perasaan kebimbangan dilihat dalam
berbagai dimensi dalam 2 cara iaitu komponen tret dan seketika. Komponen seketika
adalah satu rangsangan emosi yang datang secara tiba-tiba disebabkan oleh ketakutan,
tekanan dan peningkatan rangsangan psikologi. Komponen tret di dalam kebimbangan
ialah proses pra-penyusunan semula dalam merasai situasi tertentu yang menggugat
sesebuah persekitaran. Sekiranya seseorang atlet mempunyai komponen kebimbangan
tret yang tinggi maka beliau akan menunjukkan kebimbangan seketika sebagai
tindakbalas yang tinggi di dalam menghadapi pertandingan. Kepelbagaian dimensi
dalam kebimbangan juga mengandungi :
i.

Kebimbangan kognitif iaitu merupakan kebimbangan mental yang disebabkan

oleh takut dengan penilaian negatif sosial, takut gagal dan hilang harga diri.

ii.

Kebimbangan somatik iaitu merupakan komponen kebimbangan fizikal yang

terhasil kerana sebab-sebab psikologi yang dinyatakan di atas, seperti kelajuan
degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot.

Kesimpulan kebimbangan dalam pertandingan pula merupakan satu masalah

yang kerap dialami oleh pemain dan jurulatih atau guru sukan. Kebiasaannya masalah
kebimbangan ini berlaku apabila sesuatu pertandingan semakin hampir atau
pertandingan sedang berlangsung. Ramai jurulatih percaya bahawa kebimbangan
merupakan faktor utama yang menggangu prestasi atlet dan menghadkan prestasi
sukan.

1.1.1

Kerangka konseptual
PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM
PERTANDINGAN DI ANTARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN HOKI
BAWAH 15 DAN 18 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ANDERSON IPOH

PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK DAN HOKI YANG MEWAKILI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON IPOH

Rajah 1 : Kerangka Konseptual

1.1.2

Definisi operasioanal

1.1.2.1 Kebimbangan
Kebimbangan adalah sesuatu perasaan takut yang menguasai individu sehingga
memberi kesan terhadap peningkatan pada fungsi tubuh badan manusia.
Kebimbangan ini berkait rapat dengan konsep perasaan gentar dan takut (Cox, 2002).

1.1.2.2 Sebelum pertandingan

Membayangkan tekanan yang dihadapi bagi menaikkan tahap kebimbangan melalui
proses untuk membandingkan prestasi individu antara satu sama lain dan kesedaran
untuk menilai antara satu sama lain dalam proses perbandingan (Gill, 1990).

1.1.2.3 Kebimbangan tret

Keadaan badan yang terpengaruh dengan suasana persekitaran sama ada mengancam
atau bertindak dengan meningkatkan kebimbangan seketika.

1.1.2.4 Kebimbangan state pertandingan

Keadaan emosi yang sementara, satu persepsi perasaan yang subjektif terhadap
ketegangan dan ketakutan serta peningkatan aktiviti sistem saraf autonomik (Magill,
1985).

1.1.2.5 Kebimbangan kognitif

Merupakan komponen mental kebimbangan seketika. Ia merujuk kepada proses
kognitif iaitu minda yang berlaku akibat tafsiran terhadap situasi semasa (Shaharudin,
2001).

1.1.2.6 Kebimbangan somatik

Tindakbalas dari kebangkitan autonomik akibat pengalaman yang tertekan.

1.1.2.7 Keyakinan diri

Tahap kepastian yang ditunjukan oleh para pemain terhadap kebolehan mereka untuk
berjaya dalam lapangan sukan (Veeley, 1990).

1.1.2.8 Kebimbangan tret pertandingan

Suatu kecenderungan untuk melihat situasi pertandingan dengan perasaan takut.

1.2

Pernyataan masalah

Berdasarkan kepada kajian lampau mendapati bahawa faktor kebimbangan adalah

salah satu peyumbang kepada peningkatan atau kemerosotan prestasi atlet. Malah ahli

psikologi sukan juga berpendapat, ada atlet yang memerlukan sedikit atau sejumlah
besar tahap kebangkitan untuk menghadapi pertandingan dalam membantu
meningkatkan pencapaian mereka. Di samping itu sebilangan besar pemain atau atlet
tidak dapat memberikan mutu persembahan yang cemerlang dan kurang keyakinan
diri kerana masalah gangguan kebimbangan.

Sebagai contoh fenomena kebimbangan juga sering berlaku kepada manamana atlet yang menyertai pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Masalah ini juga
turut berlaku kepada atlet Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA).
Setiap tahun pihak sekolah akan menghantar wakil atlet dalam pertandingan acara
berpasukan ke pertandingan pada peringkat Negeri. Namun dari segi pencapaian
pasukan ini adalah tidak konsisten yang menyebabkan mereka tidak dapat
mempamerkan prestasi sebenar setiap kali menyertai pertandingan.
Berdasarkan rekod keputusan perlawanan SMKA pada tahun 2007. Kedua-dua
pasukan ini menunjukan prestasi mereka semasa perlawanan tidak menentu
terutamanya apabila mereka memasuki peringkat akhir perlawanan.

Justeru, tujuan

kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap kebimbangan dan

perbezaan kebimbangan di antara pemain bola sepak dan hoki, SMKA ini
menpengaruhi pencapaian dalam perlawanan.

1.3

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat:

i.

Mengenalpasti tahap kebimbangan sebelum pertandingan dikalangan pemain

bola sepak dan hoki SMKA

ii.

Mengenalpasti tahap kebimbangan kognitif, somati dan keyainan diri

dikalangan pemain bola sepak dan hoki SMKA.

1.4

Persoalan kajian

Terdapat tujuh persoalan kajan dalam kajian ini iaitu :

i.

Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

ii.

Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

iii.

Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

iv.

Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

v.

Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain bola sepak
SMKA?

vi.

Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain hoki SMKA?

vii.

Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan
keyakinan diri dikalangan pasukan bola sepak dan hoki SMA?

1.5
i.

Kesignifikanan kajian
Untuk

mendapatkan

maklum

balas

daripada

atlet,

mengenai

tahap

kebimbangan mereka.
ii.

Dapat mengkategorikan tahap kebimbangan di kalangan atlet sama ada pada

tahap yang tinggi, sederhana atau rendah untuk menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua sukan tersebut.

iii.

Untuk memberi panduan dan rujukan kepada atlet dan juga jurulatih untuk
memperbaiki tahap prestasi sukan mereka dengan membentuk pasukan yang
mempunyai

kekuatan mental dalam menghadapi sebarang peringkat

pertandingan.

1.6

Batasan kajian

Kajian ini berkaitan dengan perbandingan tahap kebimbangan di antara pemain bola
sepak dan hoki. Sasaran kajian melibatkan semua pemain bola sepak dan hoki yang
bertanding dalam pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier. Dalam
mendapatkan hasil dapatan yang sempurna semasa soal selidik dijalankan, terdapat
batasan-batasan yang berkaitan dengan kajian seperti :
i.

Responden berkemungkinan memberi jawapan yang tidak tepat.

ii.

Berkemungkinan tiada unsur kejujuran oleh responden ketika memberi

jawapan semasa soal selidik dijalankan. Keadaan ini berkemungkinan
responden bebas untuk memberi jawapan dengan sesuka hati tanpa diketahui
oleh pengkaji kerana di dalam borang soal selidik tidak memerlukan identiti
responden.

iii.

Sikap responden semasa menjawab soal selidik adalah di luar kawalan

penyelidik. Perkara ini berlaku kerana responden terlalu ramai sehingga
pengkaji tidak dapat memerhati ketika responden menjawab soal selidik.

iv.

Responden perlu memilih jawapan-jawapan yang disediakan oleh penyelidik

sahaja dan tidak berpeluang untuk memberi jawapan serta pendapat sendiri
yang mempunyai rasional yang konkrit.

v.

Tempoh masa untuk menjawab soal selidik berkemungkinan mempengaruhi

jawapan responden kerana tempoh masa yang dihadkan telah ditetapkan oleh
penyelidik.

viii.

Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

ix.

Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

x.

Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

xi.

Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

xii.

Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain bola sepak
SMKA?

xiii.

Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain hoki SMKA?

xiv.

Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan
keyakinan diri dikalangan pasukan bola sepak dan hoki SMA?

1.5
iv.

Kesignifikanan kajian
Untuk

mendapatkan

maklum

balas

daripada

atlet,

mengenai

tahap

kebimbangan mereka.
v.

Dapat mengkategorikan tahap kebimbangan di kalangan atlet sama ada pada

tahap yang tinggi, sederhana atau rendah untuk menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua sukan tersebut.

vi.

Untuk memberi panduan dan rujukan kepada atlet dan juga jurulatih untuk
memperbaiki tahap prestasi sukan mereka dengan membentuk pasukan yang
mempunyai

kekuatan mental dalam menghadapi sebarang peringkat

pertandingan.

1.6

Batasan kajian

Kajian ini berkaitan dengan perbandingan tahap kebimbangan di antara pemain bola
sepak dan hoki. Sasaran kajian melibatkan semua pemain bola sepak dan hoki yang
bertanding dalam pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier. Dalam
mendapatkan hasil dapatan yang sempurna semasa soal selidik dijalankan, terdapat
batasan-batasan yang berkaitan dengan kajian seperti :
vi.

Responden berkemungkinan memberi jawapan yang tidak tepat.

vii.

Berkemungkinan tiada unsur kejujuran oleh responden ketika memberi

jawapan semasa soal selidik dijalankan. Keadaan ini berkemungkinan
responden bebas untuk memberi jawapan dengan sesuka hati tanpa diketahui
oleh pengkaji kerana di dalam borang soal selidik tidak memerlukan identiti
responden.

viii.

Sikap responden semasa menjawab soal selidik adalah di luar kawalan

penyelidik. Perkara ini berlaku kerana responden terlalu ramai sehingga
pengkaji tidak dapat memerhati ketika responden menjawab soal selidik.

ix.

Responden perlu memilih jawapan-jawapan yang disediakan oleh penyelidik

sahaja dan tidak berpeluang untuk memberi jawapan serta pendapat sendiri
yang mempunyai rasional yang konkrit.

x.

Tempoh masa untuk menjawab soal selidik berkemungkinan mempengaruhi

jawapan responden kerana tempoh masa yang dihadkan telah ditetapkan oleh
penyelidik.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Dalam bab ini, penyelidik membincangkandapatan kajian lepas dan juga

perbincangan mengenai tajuk kajian. Selain itu, penyelidik juga membuat rumusan
pada akhir bab ini.

2.1

Definisi kebimbangan

Kajian-kajian mengenai tahap kebimbangan pada ahli-ahli sukan begitu meluas sekali.
Kebanyakan pengkaji lebih menekankan dalam soal selidik muka untuk mengetahui
tahap kebimbangan di kalangan ahli-ahli sukan. Kajian-kajian yang akan dipaparkan
di dalam bab ini hanyalah segelintir daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji. Paparan ini bertujuan memberi gambaran ringkas mengenai tajuk
ini.
Menurut Kamus Dwibahasa Oxford (1994) kebimbangan boleh didefinisikan
sebagai suatu keadaan yang berkaitan dengan saraf di mana ia melibatkan perasaan
resah, gelisah, bimbang, tertekan, khuatir dan gemuruh. Levitt (1980) dalam petikan
Cox pula mendefinisikan kebimbangan sebagai satu perasaan takut yang menguasai
diri manusia sehingga memberi kesan terhadap peningkatan kepada fungsi tubuh
badan manusia. Ianya berkait rapat dengan konsep gentar.

Jones (1990) Mellaliew, Hanton dan Jones (2003) menyatakan kebimbangan

adalah dirujuk sebagai satu yang negatif, kognitif dan menerima respon fisiologi
akibat kebangkitan yang tidak menentu pada pengawalan terhadap situasi yang
tertekan contohnya pertandingan. Fossum (1990) mentakrifkan kebimbangan sebagai
jumlah keseluruhan tindak balas psikobiologikal terhadap situasi yang dianggap tidak
kebal dan terdedah kepada bahaya serta ancaman.

Hans Selye dan Me Glynn (1975), telah mendefinisikan kebimbangan

sebagai satu tindak balas tidak menentu tubuh badan kita, yang berlaku terhadap diri
kita. Dalam erti kata yang lain, kebimbangan adalah sesuatu perasaan risau yang
timbul dalam diri manusia. Sehubungan dengan itu, manusia akan mula mengawal
kebimbangan dan bukannya kebimbangan mengawal manusia.

Martens (1977) menyatakan reaksi kebimbangan boleh terhasil daripada

keperluan objektif persekitaran yang diinterprestasikan sebagai ancaman. Keadaan ini
berkait rapat dengan gangguan daripada aspek psikologikal dan fisiologikal. Keadaan
kebimbangan ini biasanya mempengaruhi prestasi atlet di dalam acara yang akan

disertainya. Oleh itu kebimbangan dalam menghadapi sesuatu pertandingan boleh

dijadikan isu psikologi sukan yang boleh menimbulkan masalah kepada prestasi dan
pencapaian atlet.

Kebimbangan seketika ialah kebimbangan sementara yang dialami oleh

seseorang individu dan ia tidak kekal. Kesan kebimbangan seperti ini terhadap
prestasi motor dapat diklasifikasikan sebagai kesan kognitif dan fisiologi.
Kebimbangan seketika ini boleh digolongkan kepada 2 iaitu Kebimbangan Kognitif
dan Kebimbangan Somatik.

2.2

Definisi kebimbangan tret

Mengikut Spielberger (1972), kebimbangan tret pula adalah satu sifat kebimbangan
semulajadi seseorang dalam menghadapi sesuatu tekanan. Kebimbangan ini merujuk
kepada dimensi personaliti atau perubahan personaliti individu terhadap persekitaran
tertentu sebagai ancaman dan ini boleh menimbulkan ketegangan. Jika kebimbangan
tret bertambah serius, ia akan menjadi kebimbangan state (kebimbangan seketika).
Kebimbangan ini merujuk kepada kebimbangan yang kekal dan dialami dalam jangka

masa yang agak lama. Kebimbangan tret ini biasanya dihadapi sebelum sesuatu
pertandingan itu berlangsung.

Sementara Morris (1995) kebimbangan tret adalah dimensi personaliti. Anshel

(1991) petikan Morris menjelaskan kebimbangan tret adalah satu personaliti yang
kekal pada pra penerimaan sesuatu rangsangan pada situasi atau persekitaran seperti
ancaman atau tekanan dan cenderung untuk bertindak dengan meningkatkan
kebimbangan seketika. Manakala kebimbangan tret menurut Cox (2002) adalah
keadaan badan yang terpengaruh dengan suasana persekitaran sama ada mengancam
atau bertindak dengan meningkatkan kebimbangan seketika.

2.3

Definisi kebimbangan somatik

Dalam proses pertandingan, kebimbangan tret dan seketika berkait rapat dan
mempengaruhi tingkah laku sewaktu bertanding. Tahap kebimbangan dipengaruhi
oleh tahap kesukaran permainan yang akan dihadapi. Oleh itu seseorang jurulatih
perlu mengenal pasti tahap kebimbangan sama ada lelaki atau perempuan supaya
dapat merancang program atau strategi yang bersesuaian dan berkesan bagi mengatasi
masalah tersebut.

Mishel dan Freedson (1991) pula menyatakan bahawa kebimbangan somatik

menyebabkan peningkatan kadar nadi, ketegangan dan pengurangan kordinasi otot.
Kesan kognitif dan fisiologi yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan berlakunya
fenomena

ketidakupayaan

menghasilkan

prestasi

yang

baik.

Keadaan

ini

mengakibatkan ketidakupayaan menghasilkan prestasi mengikut potensi yang sebenar

apabila berhadapan dengan situasi tertentu seperti situasi pertandingan.

Shaharudin (2001) menyatakan kebimbangan somatik merujuk kepada aspek

fisiologikal dan afektif individu tersebut. Lazimnya, kebimbangan somatik seperti
perut memulas, berpeluh, peningkatan kadar dengutan jantung, tekak kering dan
sebagainya akan berlaku selepas adanya tafsiran dibuat oleh minda terhadap situasi
tersebut. Kesan yang diperolehi akhirnya akan mempengaruhi perasaan sekaligus
menurunkan prestasi atlet tersebut.

Cox (1990) menyatakan kebimbangan somatik adalah perasaan subjektif

terhadap ketakutan dan keadaan ini boleh meningkatkan kebangkitan fisiologikal
terhadap seseorang atlet. Atlet atau pemain yang tinggi tahap kebimbangan sebelum

dan semasa pertandingan akan meningkatkan tahap kebangkitan serta akan timbul
perasaan tegang dan takut. Di sini boleh dikatakan kebimbangan merupakan satu
perasaan yang dihasilkan atas tindak balas fisiologikal ataupun kebangkitan. Akibat
daripada kebangkitan, kebimbangan ditunjukkan melalui perasaan tegang.

Cartty (1973) menyatakan individu yang tidak pernah berasa takut atau
bimbang dianggap sebagai individu yang mempunyai kecacatan personaliti. Menurut
Strub (1980) terdapat pengalaman emosi yang agak kekal kepada atlet akibat dari
penyertaan dalam sebarang aktiviti terutamanya semasa dalam pertandingan. Pendapat
ini boleh dikuatkan lagi melalui pendapat Mc Garth (1970) menurut beliau, tahap
kebimbangan ahli-ahli sukan wujud secara semulajadi.

2.4

Hubungan antara

Menurut Burton dalam Mohd. Sofian (2003) telah mencipta teori kebimbangan
multidimensional. Menurut beliau kebimbangan kognitif merupakan tanggapan atau
pemikiran yang negatif tentang prestasi. Tanggapan ini meliputi keupayaan dalam
memberi tumpuan semasa pertandingan sehingga menjejaskan prestasi, manakala
kebimbangan somatik ialah persepsi atau simptom-simptom fisiologi tubuh secara

automatik seperti pernafasan yang kencang, tangan dan kaki menggeletar, mulut
kering, peningkatan kadar nadi dan lain-lain akibat perasaan bimbang yang juga
menyebabkan gangguan terhadap prestasi seseorang (Horm,1992).

Rajah 1 : Hubungan Multidimensional antara Prestasi Atlet dengan

Kebimbangan State

Dalam model Multidimensional ini, kebimbangan kognitif mempunyai kaitan

secara linear negatif dengan prestasi. Keyakinan ini (komponen kognitif berasingan)
didapati mempunyai perkaitan linear positif dengan prestasi (Burton,1988).
Kebimbangan somatik (simptom Fisiologi) pula dikenal pasti mempunyai perkaitan
secara Inverted-U dengan prestasi Burton, 1988). Walaupun model ini banyak
mengaitkan elemen kebimbangan, ia masih menganggap kebimbangan dan prestasi
sebagai entiti berbeza (Humara, 1999).

Krane dan Williams (1994) mengkaji kebimbangan kognitif, somatik dan

keyakinan diri atlet lelaki dan wanita sekolah tinggi dan kolej dalam acara balapan
dan padang. Seramai 216 orang atlet dikehendaki melengkapkan CSAI-2
(Competition State Anxiety Inventory) dalam masa 20 minit bagi setiap acara yang
dipertandingkan pada jemputan lari berganti-ganti. Hasil kajian menunjukkan atlet
lelaki mengalami kebimbangan somatik yang rendah dan keyakinan diri yang tinggi,
manakala atlet wanita sekolah tinggi dan kolej memperlihatkan kebimbangan kognitif
dan somatik yang rendah tetapi atlet sekolah tinggi memperlihatkan kebimbangan
somatik dan kognitif yang tinggi. Atlet lelaki kolej memperlihatkan kebimbangan
kognitif yang rendah manakala atlet lelaki sekolah tinggi menunjukkan kebimbangan

yang tinggi. Bila menguji hipotesis, atlet menceburi sukan mempunyai perbezaan
yang signifikan atau tidak kesukaran dan jangka masa tertentu bagi melihat perbezaan
kebimbangan dan keyakinan diri. Hanya kebimbangan kognitif didapati berbeza
kesukaranya.

Sewel dan Edmonson (1996) telah menjalankan penyelidikan terhadap

perkaitan di antara kebimbangan seketika sebelum pertandingan dengan mengikut
posisi dalam permainan bola sepak dan hoki. Instrumen yang digunakan untuk
mengukur kebimbangan seketika sebelum pertandingan ialah CSAI-2 (Competitive
State Anxiety Inventory-2). Sampel yang digunakan dalam kajian terdiri daripada 121
pemain bola sepak dan hoki yang mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat
universiti. Dapatan kajian mendapati pemain bola sepak dan hoki mengalami
kebimbangan yang tinggi sebelum pertandingan berbanding semasa pertandingan.

Halvari dan Gjesmen (1995) mengkaji tahap kebimbangan tret dan

kebimbangan seketika sebelum dan selepas tugasan motor. Subjek terdiri daripada 33
orang peserta dan dilakukan dalam masa 25 saat. Kajian ini memerlukan peserta
menjalani latihan kordinasi, kepantasan, jangka masa dan kekuatan fizikal termasuk

lakuan eksplosif. Dua jenis lakuan yang diperhatikan iaitu jumlah kesilapan yang
dilakukan ketika lakuan dan julat masa yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan
motor. Analisa menunjukkan wujud hubungan positif antara kebimbangan tret dengan
kesilapan dalam lakuan ketika Model Linear diaplikasikan. Walau bagaimanapun
ketika model lengkungan digunakan, terdapat hubungan rapat secara U antara
kesilapan dengan tahap kebimbangan sebelum pertandingan. Tegasnya, wujud
hubungan positif secara linear antara tahap kebimbangan selepas lakuan dan jumlah
kesilapan semasa lakuan ketika pencerapan dilakukan. Keputusan menunjukan lakuan
adalah faktor kritikal dalam menyebabkan kebimbangan seketika wujud selepas
pertandingan.

Jones, Hanton dan Swain (1994) membuat kajian ke atas atlet renang. Hasil
kajian mendapati di mana tahap intensiti kebimbangan adalah tinggi dikalangan atlet
yang menterjemahkan kebimbangan sebagai perkara yang mudah. Hasil kajian ini
adalah sama seperti kajian yang telah dijalankan ke atas atlet gimnastik (Jones,
Hanton dan Swain, 1993).

Jumlah keyakinan diri pada individu telah dikenal pasti berbeza di antara atlet
elit dengan atlet yang kurang pengalaman. Kajian keatas pemain-pemain tenis
menunjukkan pemain-pemain yang berpengalaman mempunyai tahap keyakinan diri
yang signifikan (Perry dan William, 1998). Kajian lain menunjukkan bahawa tanda
keyakinan diri yang paling kepercayaan individu terhadap kebolehan yang diperolehi
(Gould, Petchlikoff dan Weinberg, 1984). Keyakinan diri merupakan penjelasan yang
baik bagi pendapat yang berbeza dalam prestasi akibat kebimbangan kognitif dan
kebimbangan somatik (Hardy et al, 1996), ini menyatakan bahawa untuk
menghasilkan prestasi yang baik dikalangan atlet, atlet mestilah mempunyai tahap
keyakinan yang tinggi dimana ini boleh menjadi penghalang kepada peningkatan
kebimbangan kognitif.

Martens (1997) mendefinisikan kebimbangan tret pertandingan sebagai

kecenderungan untuk melihat situasi pertandingan itu sebagai satu ancaman dan
bertindak dengan perasaan takut terhadap situasi tersebut. Kebimbangan tret
pertandingan adalah berkait dengan kebimbangan seketika. Martens menyatakan
bahawa, individu yang tinggi tahap kebimbangan tret pertandingan akan mengalami

kebimbangan seketika yang lebih tinggi. Dalam situasi pertandingan berbanding

dengan individu yang mempunyai tahap kebimbangan tret pertandingan yang rendah.

Kebimbangan somatik akan meningkat dengan cepat apabila pertandingan

hampir bermula, manakala kebimbangan kognitif akan meningkat secara perlahanlahan di dalam tempoh tersebut. Manakala keyakinan diri di kalangan atlet wanita
akan berkurangan apabila waktu pertandingan semakin hampir. (Swain dan Jones,
1992).

Halvari dan Gjesme (1995) mengkaji tahap kebimbangan tret dan

kebimbangan seketika sebelum dan selepas tugasan motor. Subjek terdiri daripada 33
orang peserta dan dilakukan dalam masa 25 saat. Kajian ini memerlukan peserta
menjalani latihan koordinasi, kepantasan, jangka masa dan kekuatan fizikal termasuk
lakuan eksplosif. Dua jenis lakuan yang diperhatikan iaitu jumlah kesilapan yang
dilakukan ketika lakuan dan julat masa yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan
motor. Analisis menunjukkan wujud hubungan positif antara kebimbangan tret dengan
kesilapan dalam lakuan ketika Model Linear diaplikasikan. Walau bagaimanapun
ketika model lengkungan digunakan, terdapat hubungan rapat secara U antara

kesilapan dengan tahap kebimbangan sebelum pertandingan. Tegasnya, wujud

hubungan positif secara linear antara tahap kebimbangan selepas lakuan dan jumlah
kesilapan semasa lakuan ketika pencerapan dilakukan. Keputusan menunjukkan
lakuan adalah faktor kritikal dalam menyebabkan kebimbangan state muncul selepas
pertandingan.

Butt, Weinberg dan Horn (2003) telah membuat kajian mengenai intensiti dan
interpretasi kebimbangan terhadap peningkatan dan kemerosotan prestasi melalui
pertandingan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap
kebimbangan dan keyakinan diri melalui pra-pertandingan, semasa dan selepas
pertandingan. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat intensiti dan interpretasi
kebimbangan untuk berjaya dalam pertandingan. Kajian mereka melibatkan 5 orang
pemain hoki perempuan yang berpengalaman sekitar 10 tahun dalam pertandingan
hoki. Hasil kajian fasa pra-pertandingan di dapati tahap kebimbangan atlet adalah
tinggi. Mereka dapati hasil kajian tersebut adalah selari dengan jangkaan awal
mereka. Sementara tahap kebimbangan atlet adalah lebih rendah selepas pertandingan.
Tahap keyakinan diri atlet rendah pada fasa pra-pertandingan dan ini signifikan

dengan hipotesis mereka iaitu tahap keyakinan atlet adalah rendah dalam fasa pra
pertandingan, semasa pertandingan dan selepas pertandingan.

Ye Ping (1993) melihat motif pertandingan merupakan faktor petanda

kebimbangan tret kognitif dikalangan atlet universiti. Kajian lebih cenderung melihat
kepada personaliti atlet dan tahap kebimbangan tret kognitif. Motivasi atlet
merupakan petanda atau penentu kebimbangan kognitif atlet. Dapatan yang diperolehi
setelah beliau menganalisis enam faktor personaliti serta motif pertandingan
dikalangan atlet, seperti persedian pertandingan, kebolehan lawan, penilaian sosial,
kecederaan dan hubungan persekitaran. Analisis seterusnya ialah motif pertandingan
seperti keinginan kemenangan, kebolehan mempersembahkan yang terbaik, kehendak
sosial, keseronokan dan cabaran dalam diri. Faktor ini sebenarnya dilihat sebagai
petanda kebimbangan tret kognitif di kalangan atlet hari ini. Hasil kajian beliau
mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor personaliti dengan
motif pertandingan di kalangan atlet universiti.

Thuot Kavouras dan Kenefick (1998) telah menjalankan kajian perbandingan

tahap kebimbangan antara atlet lelaki dan wanita dengan menggunakan alat ukur

CSAI-2. Hasil kajian mendapati atlet wanita mempunyai tahap keyakinan diri yang
rendah dan tahap kebimbangan somatik yang tinggi berbanding atlet lelaki. Kajian ini
juga menumpukan kepada lokasi sesuatu pertandingan yang mana jika dimainkan di
tempat lawan, kebimbangan somatik akan meningkat dan keyakinan diri akan
menurun.

2.2

Rumusan

Hasil keputusan yang dijalankan ke atas atlet menunjukkan tahap kebimbangan di

kalangan atlet memberi kesan-kesan yang boleh menjejaskan prestasi atlet. Fenomena
ini kita tidak dapat dielakkan atau nafikan kerana banyak kajian telah membuktikan
bahawa tahap kebimbangan dikalangan atlet mempengaruhi pencapaian seseorang
atlet itu. Walaupun begitu kajian-kajian yang telah dinyatakan bukan sekadar untuk
membuktikan tahap kebimbangan itu boleh mengganggu prestasi seseorang atlet itu
tetapi juga untuk membantu para atlet dan jurulatih untuk memperbaiki mutu
permainan mereka dengan mengatasi tahap kebimbangan yang tinggi dan membantu
jurulatih untuk berfikir bagaimana cara untuk melatih atlet menghadapi dan
menangani tahap kebimbangan dengan baik.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Melalui bab ini, terdapat beberapa aspek akan diutarakan untuk memberikan
penjelasan yang terperinci dalam menghasilkan penyelidikan. Antara aspek tersebut
adalah reka bentuk kajian, tempat kajian, Subjek kajian, instrumen kajian, tatacara
pengumpulan data, pembolehubah kajian, prosedur kajian dan penganalisisan data.
Menurut Mohd. Majid (1990), kaedah penyelidikan yang digunakan perlulah
bersesuaian dengan objektif kajian kerana ia merupakan satu rangka bagi keseluruhan
penyelidikan yang menyatakan berkenaan bentuk kajian yang dilaksanakan, sumber
maklumat, kaedah bagi mendapatkan maklumat, jenis maklumat yang perlu
dikumpulkan serta kaedah dalam pemprosessan maklumat yang diperolehi.

3.1

Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik bagi
mengukur perbandingan tahap kebimbangan sebelum pertandingan di antara pemain
bola sepak dan hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA) dalam
pertandingan liga antara sekolah-sekolah primear, tahun 2007. Pengedaran borang
soal selidik dijalankan sewaktu tinjauan dilakukan. Soal selidik yang akan digunakan

dalam kajian ini ialah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang direka
oleh Martens, Burton, Vealy, Bump & Smith; 1982, 1990. CSAI-2 digunakan untuk
mengukur tahap kebimbangan somatik, kognitif dan keyakinan diri .

3.2

Persampelan

Kajian ini dijalankan ke atas pasukan bola sepak dan pasukan hoki Sekolah Menengah
Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA) yang telah mewakili sekolah pada pertandingan
liga antara sekolah-sekolah premier 2007.

3.3

Instrumen kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Competitive State Anxiety
Inventory-2 (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens (1977), berbentuk soal
selidik dan telah diubahsuai pada tahun (1990). CSAI-2 direka khas untuk mengukur
tahap kebimbangan state dalam situasi pertandingan. Soal selidik terbahagi kepada 3
pembolehubah iaitu kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri.
Borang soal selidik akan diedarkan sejam sebelum pertandingan. Ia mengandungi 27

soalan yang harus dijawab. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan soal
selidik di antara 10 hingga 15 minit. Selain daripada itu arahan yang diberikan adalah
ringkas dan lengkap dalam borang soal selidik.

3.4

Sampel kajian

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 80 orang atlet yang mewakili SMKA untuk
pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier bagi acara bola sepak dan hoki.
Daripada jumlah tersebut 40 pemain mewakili acara bola sepak dan 40 orang pemain
yang mewakili pasukan hoki.

3.5

Pembolehubah kajian

Dalam kajian ini, pembolehubah yang akan digunakan ialah pemain-pemain bola
sepak dan hoki SMKA Ipoh. seramai 80 orang, yang mewakili Sekolah dalam
pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier 2007.

3.6 Prosedur kajian

Penyeldik menyediakan kertas cadangan penyelidikan dengan lengkap dan

bersesuaian dengan tajuk yang telah dipilih. Ia dikemukakan kepada penyelia untuk
diteliti dan diperbaiki. Kemudian penyelidik mendapatkan kebenaran daripada
Kementeian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat kajian di sekolah.

Penyelidik akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan satu
sesi perjumpaan bersama sampel kajian. Penyelidik memberikan satu soal selidik iaitu
Competitive State Anxiety Inventory2'(CSAI- 2) kepada sample kajian. Sampel
dikehendaki melengkapkan CSAI-2 sejam sebelum pertandingan bermula dan masa
yang diambil adalah selama 15 minit untuk melengkapkannya.

3.7

Penganalisisan data

Data-data yang diperolehi daripada penyelidik akan dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Packages For The Social Sciences- Personal
Computer (SPSS/PC+ 11.0). Perisian ini akan memberi taburan skor, ukuran
kecenderungan memusat seperti taburan min dan sisihan piawai. Selain daripada itu

ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan tahap kebimbangan antara

pemain bola sepak dan hoki.

3.7.1

Tatacara pengumpulan data

The Competitive State Anxiety Inventory 2 (CSAI-2)

1. Menggunakan soal selidik Competitive State Anxiety Inventory2'(CSAI- 2)
iaitu tahap kebimbangan sebelum pertandingan.
i.

Kebolehpercayaan CSAI-2 Kerlinger (1973), r = 0.79 hingga

0.90.

ii.

Soalan dalam CSAI-2 mengandungi 27 soalan yang

dipecahkan kepada item atau soalan yang memerlukan dipilih
oleh subjek.

iii.

Soalan-soalan setiap kategori mengandungi 9 soalan :

a) CSAI-2 kognitif adalah hasil campuran jumlah skor 9 item yang

merangkumi item nombor 1, 4, 7, 10, 13, 16, 19, 22 dan 25.
b) CSAI-2 Somatik terdiri daripada item nombor 2, 5, 8, 11, 14R, 17,
20, 23, dan 26. Item nombor 14 (14R) perlu diukur secara songsang
dalam campuran skor tahap kebimbangan somatif seperti berikut:

i.

Tidak Pernah

=4

ii.

Kadang-kadang

=3

iii.

Kerap

=2

iv.

Amat Kerap

=1

c) CSAI-2 keyakinan diri pula terdiri daripada item bernombor 3, 6, 9,

12, 15, 18, 21, 24, dan 27.
d) Skor CSAI-2 dikira mengikut julat iaitu 9 hingga 36 dimana:
i.

9 sehingga 17.5 rendah

ii.

17.6 sehingga 26.5 sederhana

iii.

26.6 sehingga 30 tinggi

e) Norma CSAI di kira mengikut peratus iaitu:

i.

0% hingga 63% - Tahap kebimbangan rendah.

ii.

64% hingga 100% - Tahap kebimbangan adalah tinggi.