Anda di halaman 1dari 8

1

KAMUS ISTILAH
TINGKATAN 4

BAHAGIAN : PENGAJIAN AL-QURAN

1. Mempersendakan agama: Menjadikan ajaran tersebut sebagai bahan mainan


dan senda gurau atau melaksanakan perintah Allah secara olok-olok.
2. Makanan ruji: Makanan yang mengenyangkan dan diwajibkan zakat seperti
biji-bijian gandum, beras, kekacang, syair, adas dan buahan seperti tamar, zabib,
tin dan aprikot.
3. Ibadah umum: Semua perkara harus yang dilakukan dengan niat ibadah seperti
makan, minum dan mencari rezeki.
4. Ibadah khusus: Semua ibadah fardhu dan sunat seperti solat, puasa dan sedekah.
5. Fardhu ain: Wajib dilakukan oleh setiap orang seperti solat lima waku.
6. Fardhu kifayah: Wajib kepada sebahagian umat sahaja seperti solat jenazah.
7. Ikhlas: Melakukan ibadah dengan niat yang benar kerana Allah.
8. Syirik: Menyekutukan Allah dengan benda-benda lain.
9. Syirik Jali ) ( : Syirik yang jelas seperti menyembah batu, matahari, patung,
kubur, gambar manusia dan sebagainya.
10. Syirik Khafi ) ( : Syirik yang tersembunyi dan tidak disedari seperti solat
untuk dikatakan warak, belajar untuk dikatakan alim.
11. Khurafat ) ( : Kepercayaan dan amalan yang tidak berasaskan ajaran Islam
seperti memuja tempat yang dianggap keramat.
12. Kaum Nabi Nuh: Ditimpa ke atas mereka dengan ditenggelami di dalam banjir
yang besar.
13. Kaum Nabi Hud(Kaum Ad): Ditimpa ke atas mereka dengan kemarau selama 3
tahun beserta angin rebut yang dahsyat.

14. Kaum Nabi Soleh(Kaum Thamud): Membinasakan mereka dengan letusan


suara yang keras.
15. Kaum Nabi Ibrahim: Mereka ditimpa dengan runtuhan bangunan (gempa bumi).
16. Kaum Nabi Lut: Membinasakan mereka dengan dibalikkan bumi dan diturunkan
hujan batu.
17. Kaum Nabi Syuib: Mereka ditimpa gempa bumi yang dahsyat.
18. Kaum
Nabi
Musa:
Membinasakan
mereka
dengan
kemarau,
ribut,taufan,serangan serangga,air sungai menjadi darah dan karam di laut merah.
19. Khusyu ) ( : Menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah di
dalam hati.

BAHAGIAN: ULUM AL-QURAN

20. Al-Quran: Bahasa - bermaksud bacaan. Istilah - Kalam Allah yang bermukjizat
kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa Arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah bermula dari
surah Al-Fatihah berakhir dengan Al-Nas.
21. Ulum Al-Quran: Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan
perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan,
pengumpulannya, sebab nuzul, Al-Makki , Al-Madani dan sebagainya.
22. Kalam Allah: Membezakan Al-Quran dengan semua jenis kalam manusia.
23. Yang mengandungi mukjizat: Membezakan Al-Quran dengan hadis Qudsi dan
hadis Nabawi.
24. Yang diturunkan: Membezakan Al-Quran dengan kalam Allah yang tidak
diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah sahaja.
25. Kepada Nabi Muhammad: Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang
diturunkan kepada Nabi-nabi yang lain seperti Taurat, Injil dan Zabur.
26. Melalui Malaikat Jibril: Membezakan Al-Quran dengan semua jenis wahyu
yang diturunkan melalui mimpi atau percakapan di sebalik hijab.

27. Dalam bahasa Arab: Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang
diturunkan, bukan di dalam Bahasa Arab seperti kitab Taurat dan Injil yang
diturunkan dalam Bahasa Ibrani.
28. Secara Mutawatir: Membezakan Al-Quran dengan hadis qudsi dan hadis nabawi
yang kebanyakkannya dalam Khabar Ahad.
29. Membaca setiap huruf adalah ibadah: Membezakan Al-Quran dengan Hadis
Qudsi dan Nabawi.
30. Al-Kitab: Sebuah buku.
31. Al-Furqan ) ( : :Pemisah antara haq dan batil.
32. Al-Zikr) ( : Peringatan.
33. Al-Tanzil ) ( : Penurunan.
34. Al-Nur ) (: Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi kegelapan.
35. Al-Mubin ) ( : Al-Quran yang menerangkan sesuatu tentang ajaran Islam
kepada seluruh Umat.
36. Al-Huda ) ( : Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia.
37. Al-Rahmah ) ( : Kerahmatan bagi orang yang membaca, mempelajari dan
mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
38. Mukjizat: Bahasa - Melemahkan.Istilah - Perkara luar biasa yang dianugerahkan
kepada seseorang Rasul sebagai bukti kebenaran yang dibawa oleh mereka
kepada umat manusia.
39. Mukjizat Hissi ) ( : Mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh
pancaindera seperti tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular.
40. Mukjizat Maknawi ) ( : Mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati
melalui minda dan mata hati iaitu Al-Quran.
41. Sihir: Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk
menyesatkan manusia.;
42. Silap mata: Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan oleh manusia melalui
kepantasan tangan dan teknikal.

43. Ilham: Perolehan sesuatu idea oleh manusia sama ada secara spontan, melalui
mimpi atau proses berfikir.
44. Irhas ) ( : Perkara yang berlaku kepada nabi sebelum mereka diutus
menjadi Rasul.
45. Istidraj ) ( : Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia
untuk menambahkan lagi kesesatan mereka.
46. Maunah ) ( : Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk
menyelamatkan mereka dari sesuatu mala petaka atau bencana.
47. Karamah ) ( : Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang
beriman dan bertakwa.
48. Wahyu: Kalam Allah yang diturunkan kepada seorang nabi atau rasul sebagai
ajaran agama mengikut cara yang khusus.
49. Ilham Al-Fitri ) ( : Ilham yang diberi kepada manusia biasa seperti
yang diberi kepada ibu nabi Musa.
50. Ilham Al-Gharizi ) ( : Ilham yang diberi oleh Allah kepada haiwan
seperti yang diberikan kepada lebah untuk buat sarang.
51. Isyarat pantas: Yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaummya.
52. Wahyu hadis ( Hadis Qudsi): Yang diturunkan melalui ilham ,mimpi, atau
bicara di sebalik hijab, maknanya daripada Allah manakala lafaznya daripada
baginda sendiri.
53. Wahyu Al-Quran: Yang diturunkan melalui Jibril dengan kedua-duanya lafaz
dan makna daripada Allah, dan sampai kepada kita secara mutawatir.
54. Nuzul Al-Quran: Proses penurunan Al-Quran mengikut cara-cara tertentu.

BAHAGIAN : PENGAJIAN HADIS

55. Akhlak: Perbuatan, perkataan dan tingkahlaku yang elok berpandukan Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah.
56. Sihat: Sesuatu keadaan seseorang itu tidak menghadapi sebarang penyakit.

57. Masa lapang: Keadaan seseorang itu tiada sesuatu pekerjaan yang hendak
dilakukan.
58. Jihad: Setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan
demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia iaitu cita-cita Islam,
keampunan Allah , keredhaan dan rahmatnya.
BAHAGIAN : ULUM HADIS

59. Hadis: Bahasa - Baru.Istilah - Perkataan,percakapan,perkhabaran, taqrir atau


sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad.
60. Ulum Hadis: Suatu kaedah untk mengetahui keadaan sanad dan matan sama ada
diterima atau ditolak.
61. Orientalis: Golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang
Yahudi, Kristian,Athis dan lain-lain yang membenci agama Islam.
62. Ilmu hadis riwayah: Satu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan
kepada junjungan besar nabi Muhammad secara khusus sama ada perkataan,
perbuatan, taqrir dan sifat serta tingkah laku.
63. Ilmu hadis dirayah: Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari
sudut diterima atau ditolak .
64. Hadis Mutawatir: Bahasa -Berterusan atau berturutan. Istilah - Sesuatu hadis
yang diriwayatkan sejumlah perawi atau sanad yang ramai dan pada adat adalah
mustahil mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap Rasulullah.
65. Mutawatir Lafzi ) ( : Mutawatir dari segi lafaz dan makna.
66. Mutawatir Maknawi ) ( : Mutawatir maknanya sahaja bukan
lafaznya.
67. Hadas Ahad: Bahasa -Satu. Istilah - Hadis yang diriwayatkan oleh seorang
perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis
mutawatir.
68. Hadis Masyhur ) ( : Bahasa - Yang masyhur atau terkenal. Istilah Suatu hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lerbih pada setiap
peringkat(Thobaqat) tetapi tidak sampai had ata tahap hadis mutawatir.

69. Hadis Aziz ) ( : Bahasa - Sedikit-sedikit dan jarang-jarang. Istilah Suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi dari setiap thobaqat.
70. Hadis Gharib ) ( : Bahasa -Tunggal. Istilah - Suatu hadis yang
diriwayatkan oleh seorang perawi pada setiap atau mana-mana peringkat
(thobaqat) sanad.
71. Hadis Sohih / Sohih lizatihi ) ( : Suatu hadis yang diriwayatkan oleh
rangkaian perawi hadis yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tiada illah serta
tiada shaz.
72. Sohih lighairi ) ( : Hadis hasan yang disokong oleh riwayat lain yang
setaraf dengannya ata lebih kuat daripadanya.
73. Hadis hasan / Hasan lizatihi ) ( : Suatu hadis yang diriwayatkan oleh
rangkaian perawi hadis yang adil tetapi kurang dhobit, bersambung sanad, tiada
illah serta tiada shaz.
74. Hasan lighairi ) ( : Hadis dhaif yang sederhana kedhaifannya, tetapi ia
disokong oleh riwayat yang lebih kuat atau setaraf dengannya.
75. Hadis dhaif ) ( : Suatu hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih
daripada syarat-syarat hadis maqbul(diterima) iaitu hadis sohih dan hasan.
76. Sanad: Rangkaian perawi-perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada
Rasulullah.(Jalan yang menghubungkan kepada matan )
77. Isnad ) ( : Menyandarkan sesuatu hadis melalui rangkaian perawi.
78. Musnad ) ( : Nama sejenis kitab hadis yang disusun berdasarkan nama
sahabat Rasulullah secara berturutan.
79. Musnid ) ( : Orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia
mengetahui ilmu hadis atau tidak.
80. Rawi: Orang yang meriwayatkan hadis Rasulullah.
81. Matan: Lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian sesudah sanad atau yang
dilafazkan oleh Rasulullah.

BAHAGIAN : AKHLAK

82. Adab: Tatacara tingkahlaku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati
Syariat Islam.
83. Konsep berfikir: Menggunakan akal untuk berfikir secara kreatif dan kritis
mengikut keperluan semasa dan ditingkatkan melalui pembelajaran dan
penyelidikan.
84. Berfikir menurut wahyu: Menghasilkan sesuatu keputusan dan tindakan yang
baik dan berkesan, proses berfikir mestilah berpandukan wahyu.
85. Amar maaruf ) ( : Menyeru manusia melakukan kebaikan.
86. Nahi Mungkar ) ( : Mencegah daripada melakukan kemungkaran.
87. Berhias: Satu cara mengelokkan diri dengan berpakaian bersih, kemas dan cantik.
88. Menziarahi jenazah: Melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan
kematian salah seorang ahli keluarga.
89. Tempat rekreasi: Tempat untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan bagi
menyegarkan kembali kesihatan badan serta melapangkan fikiran seperti
beristirehat, menghiburkan hati dan beriadhah.
90. Kemudahan awam: Suatu tempat, bangunan atau peralatan yang disediakan
untuk kegunaan orang ramai sama ada secara percuma atau dengan bayaran.