Anda di halaman 1dari 24

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam


penulisan dan pembacaan jawi.

Peserta kajian terdiri daripada sembilan

orang murid Tahun 2 Cerdik dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana. Melalui


ujian, dan pemerhatian, jelaslah murid-murid ini mengalami masalahmasalah tersebut dan ianya menguatkan semangat saya untuk mencari jalan
penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.
tindakan

ini

dijalankan

dengan

tujuan

Oleh yang demikian,


mencari

pendekatan

kajian
terbaik

menggunakan formula yang paling mudah bagi membantu murid menulis


jawi dengan menggunakan sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta
jadual kelompok huruf jawi. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid
yang selama ini tidak tahu dan kurang tahu menulis perkataan jawi dan tidak
tahu menyambung huruf-huruf jawi mampu melakukannya dengan penuh
keyakinan. Perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan
tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali.
Dengan ini dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita
mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan
penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid
malah menggilap kreativiti dan inovasi guru. Bahkan ianya turut membantu
mengubah amalan pengajaran saya dan seterusnya membantu mengubah
persepsi murid bahawa mata pelajaran jawi bukanlah satu mata pelajaran
yang sukar.

Untuk cadangan kajian lanjutan, saya mencadangkan agar

kaedah ini dapat diperluaskan dengan cara menggunakan sifir jawi, jadual
daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi ini untuk menulis
rumi dalam jawi agar murid tidak terlalu bosan dan mampu menarik
perhatian mereka.

1.0

PENGENALAN

Seperti yang diketahui, tulisan jawi dahulunya merupakan satu


medium komunikasi yang penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka.
Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman
dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat
juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi
juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu.
Namun kebelakangan ini, didapati penguasaan dan minat masyarakat
terhadap tulisan jawi berkurangan.

Tiada lagi surat khabar dalam tulisan

jawi yang ada hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai
tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi dianak tirikan, kerana soalansoalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun begitu, tulisan
jawi diberi nafas baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah
Haji Ahmad Badawi yang mula memperkenalkan jQAF di sekolah-sekolah
rendah bertujuan untuk memantapkan tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain.
Murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan
kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan
yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Justeru itu, bagi
memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu
secara berterusan harus dilakukan oleh guru bagi memastikan murid-murid
benar-benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar
2

tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk


nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian
tindakan untuk memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam
tulisan jawi.
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang
perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi
antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara.
Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi
menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan
perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah


penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi,
penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu,
Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di
Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya
ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.
Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan
peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulamaulama

tersohor

menggunakan

di

rantau

bahasa

alam

Melayu

Melayu

dan

tulisan

menulis
jawi

kitab
sebagai

semuanya
medium

penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla al-Badrain karangan


Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh
Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani,
Faridatul Faraid karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul alMazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.
Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat
terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan
3

Melayu

yang

telah

diterbitkan

sejak

sebelum

merdeka

lagi

telah

diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan


yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu,
tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung
sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus
diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk
sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.
Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa
tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu
dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi
sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada
masyarakat Melayu di Malaysia.Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi
nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan
tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi.
Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah
Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah
rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru
bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun


secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi
semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan
Bahasa

dan

Pustaka

memantapkan

lagi

usaha

jitu

kerajaan

bagi

memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua


pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium
penyampaian ilmu pengetahuan
Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha
yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi
memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di
4

serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu


ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid
sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN


Saya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di SK Raja

Chulan hampir lapan tahun.

Pada awal tahun 2015, saya diamanahkan

mengajar kelas 2 Cerdik dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana seramai 9


orang.

Mereka bergabung kelas dan murid-murid ini dinilai berdasarkan

keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014.

Secara purata, gred yang

diperolehi oleh mereka dalam Pelajaran Jawi ialah C- ke B-.


Apabila saya mengajar Pelajaran Jawi, saya telah mendedahkan kepada
mereka mengenai huruf hijaiyah dari huruf alif hingga huruf ya di dalam
bahasa Melayu seperti huruf alif adalah untuk huruf A dan begitulah
seterusnya.

Saya

perhatikan

murid

saya

tidak

mampu

mengingat

penggunaan huruf jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya
mampu

mengingat

dengan

baik

kurang

dari

kebanyakkan dari mereka akan melupakannya.

seminggu,

selepas

itu

Daripada maklum balas

murid, mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan
mereka kurang berinteraksi di dalam kelas.
Dari segi pembacaan jawi kurang mendatangkan masalah, mereka
boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, apabila menulis perkataan
rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan betul dari segi
ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Namun,
memang tidak dapat dinafikan terdapat juga beberapa orang murid yang
pintar dalam Pelajaran Jawi ini.

Oleh yang demikian, saya cuba merujuk permasalahan ini kepada


rakan sekerja yang mengajar murid pemulihan Jawi. Hasil dapatan daripada
perbincangan tersebut, dapatlah saya simpulkan bahawa pendekatan
pengajaran yang saya lakukan untuk murid yang lemah terdapat beberapa
kelemahan.

Ini kerana saya mengajar mereka sama tahap seperti saya

mengajar murid yang boleh menguasai dan juga seratus peratus mengikuti
sukatan pelajaran yang dibekalkan tanpa melihat kemampuan murid itu
sendiri.
Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan
sederhana dapat menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2014. Kajian ini
juga mengambil kira tahap kemampuan dan kelemahan murid-murid Tahun
2.

Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi

di kalangan murid SK Raja Chulan dan secara tidak langsungnya dapat


meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri.
Semoga dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula
dan menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Umum

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif
berkenaan:
1

Mengenal, mengeja dan menyebut suku kata terbuka + terbuka dan

terbuka + tertutup.
2

Menulis suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.

3.2

Objektif Khusus
6

Murid dapat membaca dan menjawikan beberapa perkataan dengan

betul.
2

Membunyikan suku kata tertutup dan terbuka yang berkaitan.

Menyambung dan seteruskan menyebut perkataan.

Membina ayat dengan menggunakan kad perkataan suku kata.

4.0

KAJIAN LITERATUR
Kajian mengenai prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan.

bermakna

kajian

mengenai

tulisan

jawi

acap

kali

dijalankan

Ini
bagi

memantapkan dan meningkatkan prestasi pencapaian dalam Pelajaran Jawi


di Malaysia ini. Hasil kebanyakkan kajian yang telah dilakukan mendapati
bahawa hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan
tulisan jawi di kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana
dan lemah. Antara kajian yang telah dirujuk ialah:
i.

Abdul

Halim

Tamuri

et-al

(2004),

dalam

kajiannya

tentang

keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke


atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa tahap penguasaan tulisan
jawi murid adalah sederhana (67.8%).
ii.

Kajian Nik Hassan (2006), terhadap pelajar tingkatan empat di empat

buah sekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar
adalah 2.26.
iii.

Kajian Asmawati Suhid et-al (2008), mendapati tahap penguasaan

murid membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup
adalah 49.2%, membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata
tertutup adalah 57.9% dalam jawi.
7

iv.

Sabariah (2011), mengetengahkan tentang prestasi menulis jawi 265

orang pelajar yang mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa
Melayu dan Pendidikan Islam) di IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.2%
memperolehi gred C dan D.

Oleh yang demikian itu, berdasarkan keempat-empat kajian literatur ini


jelaslah bahawa Pelajaran Jawi di sekolah masih lagi berprestasi rendah dan
tahap penguasaan murid dalam tulisan jawi masih perlu dikaji dan diberi
perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan penguasaan murid-murid di
sekolah khasnya.

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 4 orang murid daripada 9 orang murid Tahun 2


kumpulan sederhana.

Murid-murid ini seringkali tidak mampu mengingati

penggunaan huruf jawi ke dalam rumi dan juga tidak dapat membaca tulisan
jawi dengan lancar dan lemah dalam menjawikan perkataan. Oleh itu, saya
akan menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah
tersebut agar murid dapat menguasainya walaupun dalam jangka masa
yang singkat dan dapat mengingatinya dalam jangka masa yang lama.
Murid yang terlibat adalah seperti berikut:
Bil

Nama Murid

Kurang Menguasai

Muhammad Akif Akram

Tidak Menguasai

Nor Mira Arzila

Muhammad Alif Shazman

Muhammad Amirul Afiq

6.0

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab tiga soalan kajian berikut:


a)

Adakah penggunaan jadual daftar ejaan jawi-rumi dapat membantu

meningkatkan pencapaian murid dalam menjawikan tulisan rumi?


b)

Adakah penggunaan jadual sifir jawi dapat membantu meningkatkan

pencapaian murid dalam menjawikan tulisan rumi?


c)

Adakah penggunaan jadual kelompok huruf jawi dapat membantu

meningkatkan pencapaian murid dalam menyambungkan huruf jawi dengan


betul?
d)

Adakah penggunaan ketiga-tiga jadual ini dapat mengubah persepsi

mereka terhadap Pelajaran Jawi ini adalah sukar?


7.0

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang digunakan ialah:


1.

Pemerhatian

Sikap dan tingkah laku dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Contohnya apabila saya

mengutarakan persoalan mengenai huruf wau boleh bersambung dengan


huruf ya atau tidak? Terdapat murid yang menjawab ya dan juga tidak.
2.

Soal selidik / Temu bual

Soal selidik secara lisan kepada murid untuk mengetahui sama ada mereka
boleh mengenal, mengeja, menyebut, menulis serta menjawikan perkataan.
9

Daripada temu buat tersebut, keseluruhan murid meminati Pelajaran Jawi ini
namun mengakui bahawa mereka tidak pandai dalam menyambung huruf
dan menjawikan perkataan. Mereka keliru.
3.

Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana murid boleh mengeja,
menyambungkan huruf dan menjawikan perkataan rumi. Hasil dapatannya,
terdapat beberapa kesalahan dalam menyambungkan huruf dan menjawikan
dalam ujian itu.
4.

Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjalankan aktiviti menjawikan


perkataan serta membina ayat ringkas berdasarkan perkataan.
5.

Semakan buku nota / latihan / bahan edaran

Semakan buku nota dan latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap
perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

8.0

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

8.1

Perancangan Tindakan
Saya akan menjalankan kajian tindakan ini selama beberapa hari

sehingga memakan masa selama tiga minggu. Idea penggunaan kesemua


jadual ini iaitu jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual
kelompok huruf jawi ini wujud apabila saya melihat cara pengajaran dan
latihan yang diberinya kepada murid-murid pemulihan Jawi dan ianya
memberangsangkan murid-muridnya. Beliau ialah rakan sekerja saya iaitu
Siti Mariam bt Mat (2013).

10

Oleh itu, saya menyediakan dan menghasilkan beberapa jadual


tersebut. Jadual daftar ejaan jawi-rumi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian huruf konsonan dan bahagian huruf vokal. Ianya diasingkan bagi
memudahkan murid untuk membezakannya.

Bagi jadual sifir jawi ianya

adalah sebutan bunyi vokal iaitu a, e, i, o, u. Contohnya ba, bi, bu,


be,

be,

bo.

Manakala jadual kelompok jawi pula disediakan bagi

mengasingkan huruf yang boleh disambung dan tidak.

Ianya dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu kelompok 1 - huruf yang tidak boleh disambung


selepasnya, kelompok 2 huruf yang boleh disambung sebelum dan
selepasnya kecuali beberapa perkataan pinjaman Bahasa Inggeris (teks,
sains, dan lain-lain) dan kelompok 3 huruf yang tidak boleh disambung
sebelum dan selepasnya. Saya menggunakan ketiga-tiga jadual ini kerana
ianya sebenarnya adalah bersangkutan atau ada perkaitan antara satu sama
lain. Ketiga-tiga jadual ini adalah seperti lampiran 1, 2 dan 3.

8.2

Pelaksanaan Tindakan

Saya akan mengedarkan kesemua jadual berkaitan kepada murid-murid dan


meminta mereka menampalkannya di dalam buku tulis mereka bagi
memudahkan mereka sentiasa merujuknya.
8.2.1 Jadual Kelompok Jawi (Menyambungkan huruf)
Saya akan memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan dipadankan
dengan sambungannya.

Namun begitu, saya tidak memperkenalkan satu

per satu huruf tersebut dan hanya memberi beberapa contoh sahaja. Muridmurid ini merujuk kepada jadual kelompok jawi.

Kaedah yang digunakan

ialah:
11

i.

Mengeja. Terus menyebut nama huruf dan sebut perkataan dan ianya

tiada aktiviti mengeja berdasarkan suku kata.

Saya turut membantu

mengeja kerana terdapat beberapa orang murid yang terkeliru.


ii.

Melatih menulis dan membaca. Murid-murid diminta menyalin petikan

daripada

buku

teks.

Tujuannya

adalah

sebagai

memperkenal

dan

mendedahkan kepada murid-murid huruf-huruf yang boleh disambung


sebelum dan selepasnya, huruf yang tidak boleh disambung selepasnya dan
juga huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya.
iii.

Peneguhan. Saya menyediakan latihan 1 sebagai teknik bagi langkah

peneguhan berbentuk analisis dan sintesis. Contohnya:


a.

Analisis

b.

Sintesis

8.2.2 Jadual Sifir Jawi (Membunyikan huruf vokal)


Kaedah bunyi adalah sesuai digunakan untuk mengajar sistem ejaan
jawi dan

suku kata sama ada terbuka atau tertutup.

Kaedah yang

digunakan ialah:
i.

Kaedah huruf atau abjad.

Memperkenalkan kepada murid 36 huruf

yang terdapat dalam abjad jawi iaitu alif hingga ya.


murid

menghafaz

Contohnya

(ta)

setiap

lambang

abjad

dan

Kemudian meminta

melafazkan

bunyinya.

, ( ba), (alif). Seterusnya setelah murid mengenali

atau mengecam abjad tersebut,

saya mengasingkan pula huruf vokal

daripada senarai abjad dengan membulatkan huruf berkenaan dan meminta


murid melafazkan bunyinya.

12

ii.

Kaedah suku kata.

menerusi

proses

Kemudian, murid diajar membina perkataan

penggabungan

bunyi-bunyi

vokal

dan

bunyi-bunyi

konsonan. Contohnya: +
8.2.3 Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi
Murid-murid menggunakan jadual daftar ejaan jawi-rumi dengan
merujuk persamaan huruf.

Contohnya , murid akan mencari

pasangan huruf tersebut dan menulisnya di kertas yang disediakan. Huruf


yang dijumpainya ialah sntk. Setelah itu, mereka perlu meletakkan huruf
vokal yang tercicir. Dalam pencarian ini juga murid boleh merujuk kepada
sifir jawi untuk mencari bunyi vokal tersebut. Namun begitu, dalam sistem
ejaan jawi terutamanya penggunaan vokal a iaitu huruf alif mempunyai
peraturannya yang tertentu. Huruf ini terkadang ada pada ejaan terkadang
perlu digugurkan pada ejaan. Untuk sebab inilah saya memberi bimbingan
awal kepada murid-murid mengenai fomula ejaan yang mengandungi huruf
a agar mereka memahami konsep atau formula yang digunakan.
Untuk mengelakkan kekeliruan murid-murid, saya telah memberi
pilihan huruf kepada mereka iaitu huruf a dan e.

Setelah itu, barulah

mereka melangkapkan jawapan pada lembaran kerja yang disediakan.


Pelaksanaan tindakan kajian saya bermula pada 10 Ogos 2015 hingga
22 Ogos 2015.

Sebelum menjalankan kajian secara menyeluruh, saya

terlebih dahulu memberi mereka ujian pengesanan bagi menguji tahap


pengetahuan mereka. Seterusnya saya turut memberi mereka buku latihan
gemilang jawi yang mengandungi huruf tunggal, huruf yang disambung pada
awal, tengah dan akhir, menyambungkan huruf serta menjawikan perkataan.
Jadual 1 menunjukkan rekod pemberian latihan bertulis sepanjang kajian
saya dijalankan.
Jadual 1. Rekod pemberian latihan bertulis
Bil

TarikhCatatan
13

10 Ogos 2015

Ujian Pengesanan (Sebelum Kajian dilakukan)

12 Ogos 2015

Latihan 1

15 Ogos 2015

Latihan 2

16 Ogos 2015

18 Ogos 2015

22 Ogos 2015

Latihan 3
Latihan 4
Ujian Penilaian

JADUAL PELAKSANAAN

BIL
1.

AKTIVITI
Ujian
Pengesanan

2.
3.
4.
5.
6.

dilakukan)
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
Latihan 4
Ujian Penilaian

(Sebelum

TARIKH
Kajian 10 Ogos 2015
12
15
16
18
22

Ogos 2015
Ogos 2015
Ogos 2015
Ogos 2015
Ogos 2015

KOS KAJIAN
14

BIL

JENIS BAHAN

1
2.
3.
4.
5.

Kertas A4
Fotostat Bahan
Manila Kad
Marker Pen
Pensel Warna
JUMLAH

KUANTITI HARGA JUMLAH KOS


SEUNIT
10XRM12

Rm120.00
RM 50.00
RM 12.00
RM 35.00
RM 20.00
RM 237.00

20xRM0.60
10xRM3.50
5xRM4.00

9.0

MENGANALISIS DATA

9.1

Analisis Data Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian.

Hasil dapatan Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian yang telah dijalankan
dianalisis,

menunjukkan

Peningkatan

markah

ada

yang

peningkatan

ketara

ini

dalam

amat

pencapaian

mereka.

memberangsangkan

dan

menunjukkan bahawa mereka dapat menterjemahkan tulisan jawi dengan


betul dan boleh menyambung huruf dengan betul serta tidak berdepan
dengan masalah berkaitan dengan isu ini lagi.

10.0 REFLEKSI KAJIAN


Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual sifir
jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi tersebut
terhadap

murid-murid

kumpulan

sederhana

ini

dapat

meningkatkan

pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan jawi.
Selain itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik
walaupun terkadang bentuk huruf salah tulis.

Bahkan apa yang penting,

tanggapan susah bagi mereka mula berubah.

Setelah bersama-sama

dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan sikap kurang berminat,


malas, kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat
diatasi dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan
15

murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika dipelajari dengan
teknik yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran
mengeja,

membaca

dipertingkatkan

dan

asalkan

menulis
mereka

mereka

sebenarnya

masih

dan

ada

berusaha

guru

boleh
sebagai

pembimbingnya.
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar.
Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Murid juga
berkeyakinan

dalam

memberi

respon

pengajaran

mengeja, menyebut perkataan, dan menjawikan.

guru

terutamanya

Walaupun begitu, masih

terdapat murid lemah dalam menjawikan perkataan, terdapat beberapa


orang murid tidak dapat menjawikan dengan betul sesetengah perkataan.
Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa sebenarnya muridmurid ini berpotensi untuk menguasai . Seramai 3 orang daripada 4 orang
telah dapat menguasai ejaan, menyebut, menjawikan dan membina
perkataan dengan betul.
Sebagai seorang guru yang mempunyai sedikit pengalaman, saya akui
kajian ini banyak membantu saya dalam melengkapkan lagi diri dengan nilainilai

profesionalisme.

Keperihatinan

guru

amat

penting

dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Menyedari betapa pentingnya


aspek ini, maka saya akan terus berusaha dan menambah ilmu pengetahuan
bagi menambahbaik teknik dan amalan pengajaran saya. Saya juga sedar
bahawa perancangan yang teliti dapat membantu saya menjalankan aktiviti
pengajaran dengan lebih lancar dan teratur di samping menyediakan atau
merancang aktiviti yang berkesan dan menyeronokkan murid.

Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumbalumba

dengan

rakan

mereka

untuk

memperbanyakkan

ejaan

dan

seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu


terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai
16

ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka


untuk lebih berusaha.
Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak
mengenal huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu
mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi
bimbingan.

Aktiviti 3 : Program Bijak Jawi

Cara Pelaksanaan :

Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan

dijalankan oleh guru.

Guru mengumpulkan soalan soalan yang berkaitan untuk

diedarkan kepada pelajar.

25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang,

sederhana dan berpotensi.

Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan

mengikut format masa sebenar dalam kertas peperiksaan.

Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .


Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-

merta dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

17

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka


bersemangat untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa
mengambil masa yang lama .
Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada
mereka dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.
Refleksi

Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual sifir


jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi tersebut
terhadap

murid-murid

kumpulan

sederhana

ini

dapat

meningkatkan

pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan jawi.
Selain itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik
walaupun terkadang bentuk huruf salah tulis.

Bahkan apa yang penting,

tanggapan susah bagi mereka mula berubah.

Setelah bersama-sama

dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan sikap kurang berminat,


malas, kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat
diatasi dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan
murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika dipelajari dengan
teknik yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran
mengeja,

membaca

dipertingkatkan

dan

asalkan

menulis
mereka

mereka

sebenarnya

masih

dan

ada

berusaha

guru

boleh
sebagai

pembimbingnya.
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar.
diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif.
berkeyakinan

dalam

memberi

respon

pengajaran

mengeja, menyebut perkataan, dan menjawikan.

guru

Keyakinan
Murid juga

terutamanya

Walaupun begitu, masih

terdapat murid lemah dalam menjawikan perkataan, terdapat beberapa


orang murid tidak dapat menjawikan dengan betul sesetengah perkataan.
18

Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa sebenarnya muridmurid ini berpotensi untuk menguasai . Seramai 3 orang daripada 4 orang
telah dapat menguasai ejaan, menyebut, menjawikan dan membina
perkataan dengan betul.
Sebagai seorang guru yang mempunyai sedikit pengalaman, saya akui kajian
ini banyak membantu saya dalam melengkapkan lagi diri dengan nilai-nilai
profesionalisme.

Keperihatinan guru amat penting dalam menyelesaikan

masalah yang dihadapi murid.

Menyedari betapa pentingnya aspek ini,

maka saya akan terus berusaha dan menambah ilmu pengetahuan bagi
menambahbaik teknik dan amalan pengajaran saya.

Saya juga sedar

bahawa perancangan yang teliti dapat membantu saya menjalankan aktiviti


pengajaran dengan lebih lancar dan teratur di samping menyediakan atau
merancang aktiviti yang berkesan dan menyeronokkan murid.
Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih
berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab
dan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan
pinjaman.
Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat
tapi dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana
mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan
baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan
aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai
dan mengenali semua huruf jawi.
Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan
adalah menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang
murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan
manakala 12 orang daripadanya didapati cemerlang

19

Penilaian
Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan
graf.
Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran
menyambung huruf dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh
dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat E , tetapi masih
ada yang mendapat D tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai
kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

11.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA


Beberapa cadangan untuk meneruskan kajian tindakan seterusnya adalah
seperti berikut:
1

Pengajaran secara individu perlu kerap dilaksanakan agar murid yang

tidak menguasai dapat menguasai topik dengan baik;


2

Penggunakan perisian dan alat bantu mengajar yang lebih menarik

untuk menarik minat murid.

12.0 PENUTUP
Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil
murid sahaja, namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum
keberkesanan penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi
serta jadual kelompok huruf jawi dalam membantu meningkatkan kefahaman
murid berkaitan dengan penulisan jawi. Masalah penguasaan murid dalam
20

bidang Jawi bukanlah perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam.
Menyedari betapa pentingnya penguasaan jawi pada abad ini, maka saya
perlu mencari dan mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dan memberi kesan
yang baik terhadap murid-murid supaya dapat memberi manfaat kepada
mereka.

Sebagai seorang pendidik, erti putus asa jangan ada dalam kamus

profesion perguruan, lakukanlah dengan sebaik mungkin untuk membina


masyarakat yang cemerlang dunia akhirat.

RUJUKAN:

21

Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachippan (2008).


Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul

Halim

Tamuri

et

al.

(2004).

Keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan


Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.

Ahmad Mohd. Salleh.

(2004).

Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan
Jawi: Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Boon Pong Ying et al (2010).

Asas Kepimpinan dan Perkembangan

Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Buku Panduan Kursus Transformasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2011).


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Prosiding, Konvensyen Kajian Tindakan 2009. Sektor Pengurusan


Akademik. Jabatan Pelajaran Perak.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
22

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2012). Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Hajah Mariah bt Mansur, et.al (2010). Panduan Mudah Jawi. PEKDIS Malaysia
Cawangan Johor. Johor Darul Takzim.

Khalid bin Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan : Konsep dan


prosedur. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia.

Mak Soon Sang.

(2003).

Psikologi Pendidikan. Subang Jaya. Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.

Matlob. (2002). Siri Bimbingan Cerdik Pandai Jawi. Selangor Darul Ehsan.

Mohd Nasir Arsyad et al. (2011). Pendidikan Islam Tahun 2-Buku Teks.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Hassan Bin Seman (2006), Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran
Pelajar Terhadap Kemahiran Menulis Jawi (Kertas Projek Sarjana Pendidikan,
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).

23

Sabariah Binti Bahrun (2011), Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia.


Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo, Universiti Mulawarman,
Indonesia.

24