Anda di halaman 1dari 32

BAB 2

POTRET HUBUNGAN ETNIK

Kandungan Slide
1) Hasil pembelajaran
2) Kesultanan Melayu Melaka

3)
4)
5)
6)

lambang pertemuan masyarakat pelbagai


etnik
Pembentukan masyarakat majmuk
era kolonialisme Inggeris
Kerangka teoritikal
Kerangka konseptual
Konsep-konsep hubungan etnik
2

Hasil Pembelajaran
1) Memahami Kesultanan Melayu Melaka

sebagai lambang kemuncak kepada pluraliti


di Nusantara.
2) Memahami kesan penjajah Barat kepada

masyarakat pelbagai etnik di negara ini.


3) Menguasai kemahiran untuk menganalisis

fenomena sosial dan masalah hubungan


etnik negara ini.
3

Pengenalan
Masyarakat dalam negara yang berlatar

belakangkan pelbagai etnik cenderung untuk


mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan
masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan
pemahaman sendiri selain terpengaruh oleh
pelbagai faktor termasuk melalui perspektif budaya
majoriti atau budaya tersendiri.
Justeru perlunya pemahaman mendalam dan tepat

tentang teori dan definisi tentang budaya, ras, dan


etnik bagi mengelakkan konflik antara etnik.
4

Kesultanan Melayu Melaka


Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik
Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi

tempat pertemuan pedagang seluruh dunia.


Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang

Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka;


mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai
istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan
perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li
Po dengan Sultan Mansur Shah.
Perdagangan - Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-

undang Laut Melaka berteraskan Islam. Bertujuan menjaga


keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak dan
lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem
pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka.
5

Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan

pedagang dari Arab, India, China dan negara lain


tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai
pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan,
di samping bebas berdagang dan berinteraksi
menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan
amalgamasi.
Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota

metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme


budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya
seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab
Islam dan Eropah - Portugis, Sepanyol, Belanda dan
British dengan budaya alam Melayu sejak abad 5
masihi.
6

Pembentukan Masyarakat Majmuk


Era Kolonialisme Inggeris
Pemisahan antara agama dan sains moden

yang dinamakan Rocks of Ages: Sciences and


Religion in the Fullness of Life oleh Stephen
Jay Gould (2002) berlaku pada abad ke-15
masihi apabila agama dianggap sebagai
penyumbang perselisihan pendapat dalam
kalangan manusia, pergaduhan dan
peperangan. Sains pula dianggap sebagai
bersifat sarwajagat menyatukan manusia
dengan kefahaman yang sama, dan hidup
aman damai.
7

Dasar pemisahan agama dengan negara

diteruskan oleh British di Tanah Melayu


dengan British menguasai pentadbiran
negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan
pengenalan sistem pentadbiran berdasarkan
pengagihan kuasa antara Kehakiman,
Eksekutif dan Perundangan.
Pertembungan "Islam sebagai agama dan

para penganutnya" dan "negara kolonial


sekular".
8

Negara yang lebih awal mengalami pengalaman yang

sama ialah negara Asia Selatan seperti India, Pakistan,


Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka dan Nepal.
Bernard Cohn ahli antropologi Amerika yang mengkaji

sejarah India mengutarakan kolonialisme bukan hanya


melibatkan penaklukan ruang fizikal tetapi juga
penaklukan ruang epistemologi melalui siri modus
penyiasatan dengan proses penguraian sistem
pemikiran peribumi yang mengakibatkan hilangnya
kekuatan sistem pemikiran peribumi sebagai kuasa
pentakrifan kehidupan.
Ilmu yang dihimpunkan diklasifikasikan dan

ditransformasi ke dalam bentuk laporan, sejarah, gazet,


kanun undang-undang dan ensiklopedia.
9

MENGUASAI BAHASA PRIBUMI


MENJALANKAN KAJIAN SOAL SELIDIK
MENGUMPUL MAKLUMAT STATISTIK
MEMPAMERKAN BAHAN DAN ARTIFAK

MENGASASKAN SISTEM PENGINTIPAN-PERISIKA


MEMBINA KEPUSTAKAAN HISTORIOGRAFI

Penghijrahan etnik Cina dan India secara besar-

besaran pada akhir abad ke-19 dan awal abad


ke-20 di Tanah Melayu akibat daripada
perusahaan lombong bijih timah dan getah
mengakibatkan terbentuknya masyarakat
majmuk pelbagai etnik, namun tetap
mengekalkan kebudayaan masing-masing dari
segi agama, bahasa dan cara hidup.
Penghijrahan etnik Cina di Sabah untuk bekerja

di ladang getah dan tembakau, manakala di


Sarawak bekerja sebagai pedagang, petani dan
pelombong.
11

Kesan migrasi dan faktor migrasi massa

golongan migran Cina dan India demi


memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi
penjajahan Barat telah mewujudkan
masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen
mengikut kegiatan ekonomi.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara

berasingan dan mengekalkan kebudayaan


masing-masing, namun wujud persefahaman
dan keharmonian yang erat.

12

Kerangka Teori
Geertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat

kepada sentimen primordial mereka yang


menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada
kelompok sendiri dan menyebabkan mereka
bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik
lain.
Kajian hubungan etnik menumpu kepada
persoalan asas dalam hubungan etnik, memahami
dan menjelaskan bentuk hubungan antara
manusia yang dikenalpasti melalui bekerjasama,
penyesuaian, persaingan dan konflik.
13

Kerangka Teori
T.Freudian

Struktur
Fungsionalis
me

T.Kelas

T.Pilihan
Rasional Ttg
HE

T.Masyarakat
Majmuk

T.Pertukaran
Sosial

T.Ekologi

T.Sistem
Ekologikal
Bronfenbrenn
er

T.Pasaran
Buruh
Terpisah
14

HOMO-SAPIENS
RAS
Caucasoid
Negroid

Mongoloid

American Indian

Austroloid

15

Etnosentris
me

Ras

Rasisme

Etnik

KERANGKA
KONSEPTUA
L

Budaya

Stereotaip

Prejudis

Diskriminasi

16

Konsep Ras dan Etnik di Malaysia


Konsep ras merujuk kepada warisan fizikal,

manakala etnik merujuk kepada warisan


kebudayaan. Namun, batas atau sempadan dalam
kumpulan etnik dan ras tidak jelas dan tetap
kerana dua konsep ini sering bertindih dan
maknanya kabur.
Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciriciri fizikalnya atau warisan kebudayaan dan nenek
moyangnya.
Percampuran ras disebabkan perkahwinan
campur menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal
berubah seperti warna kulit. Contohnya
perkahwinan antara etnik Cina dan India
17
melahirkan anak menyerupai etnik Melayu.

Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik

dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material,


status dan sosial. Aktiviti harian dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata
oleh pengiraan etnik atau batas etnik yang sedia ada.
Hubungan simbiosis atau saling bergantungan wujud dan
menipiskan batas etnik sehingga membentuk satu sistem
sosial yang kompleks.
Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi masyarakat
mempunyai pilihan sama ada menebalkan, menipiskan atau
melenyapkan batas-batas etnik dengan mengenali dan
mengakui kelebihan dan kekuatan setiap kumpulan etnik.
Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan etnik, manusia
akan bertindak berlainan berbanding dengan ahli-ahli
daripada kumpulan sosialnya atas sebab kepentingan dan
perkiraan sosial dalam masyarakat itu sendiri.
18

Integrasi
Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik
yang berbeza latar belakang menjadi satu
entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta
kepentingan bersama
Pelaksanaan proses bagi mewujudkan
identiti
nasional di kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan dan
lokasi.
19

Segregasi
Pemisahan atau pengasingan

antara satu kumpulan etnik


dengan kumpulan etnik yang lain
dalam sesebuah negara
Contoh, Dasar Apartheid di
Afrika Selatan (1948-1994)

20

de Jure (didasari undang-undang):

Dasar Apartheid 1948-1994


de Facto (tidak didasari undang-

undang):
Pengasingan tempat tinggal,
pengangkutan,
kemudahan awam

21

A+B+C

A+B+C

AKOMODASI
Proses mempertahankan budaya masing-masing.
Bebas mengamalkan budaya masing-masing.
Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat

dielakkan serta kekal dengan identiti masingmasing.

Menerima;
Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan.
Menyedari & menghormati budaya etnik lain.
22

Proses yang menyebabkan

setiap kumpulan etnik menyedari


serta menghormati norma dan
nilai kumpulan etnik lain dan
tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.

Contoh Malaysia dan

Switzerland

23

Ai + B + C

Ai + Bi + Ci

AKULTURASI
Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di

kalangan kelompok lain.


Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada

kelompok dominan.
Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah

ke dalam kebudayaan sendiri.


Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok

menerima.

24

A+B+C

ASIMILASI
Cara hidup atau kebudayaan sesuatu

masyarakat (biasanya migran dan


minoriti) telah diserap oleh kebudayaan
dominan tanpa membawa perubahan
kebudayaan yang menyerap.
Kelompok B dan C akan kehilangan

budaya, bahasa dan agama masingmasing dan akan mengamalkan budaya,


bahasa dan agama kelompok A.
25

Proses pencantuman dan

penyatuan antara kumpulan etnik


berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti
yang sama

Asimilasi mutlak penghapusan

penuh perbezaan dari segi


kebudayaan dan identiti

26

Contoh Melayu di Thailand;

masyarakat Jawa, Cina


Kelantan, Baba dan Nyonya di
Malaysia. (tetapi tidak
melibatkan anutan agama)
Proses yang panjang dan
kesanggupan etnik minoriti
27

A+B+C

AMALGAMASI
Percampuran budaya mewujudkan budaya baru.
Asimilasi biologi.
Jenis 1:

Percantuman budaya sahaja.

Contoh 1:

Masyarakat Portugis (Melaka).

Kaedah 1:

Budaya Portugis + Budaya Melayu

Implikasi

1: Percantuman 2 budaya
menghasilkan budaya baru.

28

Satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur


untuk membentuk jenis budaya
dan ras baru
Cara utama perkahwinan

campur

29

Kesimpulan
Hubungan etnik tidak wajar dilihat

dari sudut luaran sahaja tetapi


lebih penting dari sudut konseptual
Aspek-aspek yang menjadi teras
kebudayan kebangsaan sewajarnya
dipelihara kerana ia berteraskan
kepada kebudayaan rakyat asal
rantau ini
30

Penerimaan unsur

kebudayaan lain yang sesuai


menunjukkan bahawa
kebudayaan kebangsaan itu
tidak meminggirkan
kebudayaan lain
Sebaliknya meraikan

kepelbagaian yang ada di


31

Perpaduan merupakan cabaran besar

kerana kejayaan mewujudkan


perpaduan akan menjamin
keharmonian sosial, kestabilan politik
dan pertumbuhan ekonomi.

Malaysia merupakan sebuah

masyarakat majmuk yang berjaya


mewujudkan perpaduan nasional
kerana sikap kesederhanaan, bertolak
ansur dan bekerjasama terhadap
kepelbagaian.
32

Anda mungkin juga menyukai