Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat


menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains
dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai-nilai murni.
Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang
alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran proses sains
asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua ketiga belas kemahiran
ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif.
Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan
pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk
yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita membuat
generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu.
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada
sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen
kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan
kemahiran proses asas bersepadu.
Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai
kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan
nombor,

kemahiran

membuat

inferens,

kemahiran

membuat

ramalan,

kemahiran

berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses
sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi,
kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran
mengeksperimen.
Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu,
pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu
dapat digunakan dengan berkesan.
Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada
tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.