Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN

Setiap negara mempunyai kepentingan mereka sendiri yang harus


dijaga dan dipelihara daripada dieksploitasi oleh orang luar. Negara-negara
di dunia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, cuaca, dan lokasi
menyebabkan mereka mempunyai kelebihan tersendiri dengan penghasilan
sumber alam yang berbeza dalam jenis dan kuantiti yang berlainan. Hal ini
dapat dilihat apabila sesuatu yang ada pada Negara A tidak semestinya ada
pada Negara B dan sebaliknya. Bahan-bahan mentah yang didapati ini
menjadi sumber teras ekonomi yang penting bagi sesebuah negara.
Eksploitasi terhadap bahan-bahan ini akan mengancam ekonomi negara
tersebut. Justeru, untuk menjaga dan menjamin kepentingan ekonomi yang
ada, negara tuan rumah akan menetapkan polisi-polisi pelaburan asing untuk
setiap pelaburan dari negara asing yang ingin dibuat di negara tuan rumah.
Jika diutarakan berkenaan pelaburan asing, sekali imbas pasti akan
kelihatan bahawa pelaburan asing dari negara luar terhadap negara tuan
rumah akan dilihat sebagai sesuatu yang baik dan peluang yang tidak dapat
dilepaskan. Kemasukan modal yang banyak dan teknologi yang canggih dari
negara pelabur akan dapat membantu memajukan ekonomi negara tuan
rumah. Namun, setiap yang berlaku ada baik dan buruknya, begitu juga
dalam isu pelaburan asing ke negara tuan rumah. Kemasukan pelaburan
asing ke negara tuan rumah lazimnya berlaku melalui Pelaburan Langsung
Asing atau Foreign Direct Investment (FDI) yang melibatkan Syarikat
Multinasional atau Multinational Corporations (MNCs). Melihat kepada
istilah-istilah di atas menimbulkan persoalan tentang apakah yang
dimaksudkan dengan pelaburan asing? Apakah yang dikatakan Pelaburan
Langsung Asing (FDI) dan bagaimana FDI dilaksanakan? Syarikat
Multinasional pula bagaimana? Terdiri daripada apa?

Pertama kita lihat dengan apa yang dimaksudkan dengan pelaburan


asing. Pelaburan asing melibatkan aliran modal dari sebuah negara ke
negara yang lain untuk kepentingan pemilikan yang ketara dalam syarikat
domestik atau asset domestik yang lain dan lazimnya pelaburan asing
menandakan bahawa orang asing akan memainkan peranan yang aktif
dalam hal pengurusan sebagai peranan dalam pelaburan mereka.1 Pelaburan
asing biasanya melibatkan hubungan dua hala terutama apabila melibatkan
negara yang mempunyai struktur ekonomi yang hampir sama.2 Sejak berlaku
perkembangan globalisasi, banyak firma multinasional dilihat rancak
melakukan pelaburan di pelbagai negara terutamanya negara-negara
membangun.3 Banyak negara melihat bahawa pelaburan asing yang masuk
merupakan petanda positif dan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang
mapan. Amerika Syarikat adalah salah satu daripada negara tersebut.
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat menggalakkan pelaburan asing
melalui inisiatif "Invest in America".4
Laman web Foreign Investment Review Board (FIRB) menyatakan
bahawa kerajaan Australia mengalu-alukan kemasukan pelabur dari luar
negara kerana pelaburan asing telah membantu dalam mengukuhkan
ekonomi dan akan terus meningkatkan kesejahteraan rakyat Australia

1 Investopedia, Foreign Investment : Defination of Foreign Investment,


<http://www.investopedia.com/terms/f/foreign-investment.asp >, (diakses pada 27
Mei 2015)
2 Ibid.
3 Investopedia, Foreign Investment : Investopedia Explains Foreign Investment,
<http://www.investopedia.com/terms/f/foreign-investment.asp >, (diakses pada 27
Mei 2015)
4 Ibid.
2

dengan menyokong pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran.5 FIRB akan


mengkaji cadangan untuk orang asing melabur di Australia dan membuat
cadangan kepada Bendahari berkenaan hal yang tertakluk kepada
Pemerolehan Luar Negeri dan Akta Pengambilalihan 1975 dan dasar
pelaburan asing Australia.6 Berita terbaru daripada Rachel Savage
menyatakan bahawa Scotland merupakan destinasi terkemuka bagi
pelaburan asing di luar dari London.7

Pelaburan Langsung Asing (FDI) ditakrifkan sebagai pelaburan rentas


sempadan oleh entiti residen dalam sesebuah ekonomi dengan matlamat
untuk mendapatkan kepentingan jangka panjang di dalam residen ekonomi
lain.8 FDI mewujudkan hubungan langsung, stabil, dan tahan lama antara
ekonomi serta menggalakkan pemindahan teknologi dan pengetahuan
antara negara-negara, selain membolehkan ekonomi tuan rumah untuk
mempromosikan produk yang lebih meluas di pasaran antarabangsa.9 Selain
itu, FDI juga merupakan sumber tambahan dana untuk pelaburan dan, di
bawah persekitaran serta dasar yang betul, ia boleh menjadi wahana penting

5Foreign Investment Review Board, < http://www.firb.gov.au/content/default.asp >


(diakses pada 27 Mei 2015)
6 Ibid.
7 Rachel Savage, Management Today, Scotland is the Biggest Destination for
Foreign Investment Outside London, 27 May 2015, <
http://www.managementtoday.co.uk/news/1348883/scotland-biggest-destinationforeign-investment-outside-london/ > (diakses pada 27 Mei 2015)
8 OECD iLibrary, Foreign Direct Investment, < http://www.oecdilibrary.org/sites/factbook-2013-en/04/02/01/index.html?
itemId=/content/chapter/factbook-2013-34-en >, (diakses pada 27 Mei 2015)
9 Ibid.
3

untuk pembangunan.10 Kemasukan Pelaburan Langsung Asing akan


membantu menyediakan pasaran dan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan dan hal ini sekaligus akan membantu dalam pertumbuhan
ekonomi negara tuan rumah.
Menurut laman web rasmi United Nations Conference on Trade and
Development (UNCTAD), definisi FDI terkandung dalam Manual Imbangan
Pembayaran: Edisi Kelima (BPM5) (Washington DC, Tabung Kewangan
Antarabangsa, 1993) dan Definisi Benchmark yang terperinci Pelaburan
Langsung Asing: Edisi Ketiga (BD3) (Paris, Pertubuhan Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi, 1996).11 Menurut BMP5, FDI merujuk kepada
pelaburan yang dibuat untuk memperoleh kepentingan berkekalan dalam
perusahaan yang beroperasi di luar ekonomi pelabur.12 Menurut B3
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi atau Organization for
Economic Cooperation and Development (OECD), sebuah syarikat pelaburan
langsung adalah syarikat yang diperbadankan atau tidak diperbadankan dan
pelabur asing tunggal yang memiliki 10 peratus atau lebih syer biasa atau
kuasa mengundi sesuatu atau memiliki kurang daripada 10 peratus daripada
saham-saham biasa atau kuasa mengundi sesebuah syarikat, namun masih
mengekalkan suara yang berkesan dalam pengurusan.13
Pelaburan Langsung Asing (FDI) dilihat rancak berlaku di negaranegara sedang membangun dalam usaha untuk meningkatkan pasaran dan
ekonomi negara tuan rumah dan melipat gandakan pendapatan negara
10 Ibid.
11 United Nations Conference on Trade and Development, Foreign Direct
Investment (FDI), < http://unctad.org/en/Pages/DIAE/Foreign-Direct-Investment%28FDI%29.aspx >, (diakses pada 28 Mei 2015)
12 Ibid.
13 Ibid.
4

pelabur. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh OECD pada April 2014,
Amerika Syarikat mengekalkan statusnya sebagai negara pelabur yang
paling dominan dengan 360 bilion USD aliran keluar manakala Jepun di
tempat kedua dengan pelaburan sebanyak 138 bilion USD dan diikuti oleh
China dengan pelaburan sejumlah 73 bilion USD yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 17%, Rusia menduduki tempat keempat dengan
jumlah pelaburan sebanyak 70 bilion USD.14 Pelaburan keluar dari Itali,
Luxembourg dan Belanda pulih daripada prestasi lemah pada tahun 2012
dengan aliran keluar FDI dari Itali meningkat empat kali ganda, dirangsang
oleh pinjaman antara syarikat, manakala pelaburan dari Luxembourg dan
Belanda masing-masing meningkat kepada 21 bilion USD dan 37 bilion USD
(berbanding dengan 3 bilion USD dan 0.3 bilin USD pada tahun 2012) 15
Ekonomi utama di Asia Tenggara menarik lebih banyak pelaburan
langsung asing.16 Secara keseluruhan, FDI ke Singapura, Indonesia, Malaysia,
Filipina, Thailand dan Vietnam meningkat kepada 128 billion USD pada tahun
2014 dan jumlah ini melebihi 119.56 bilion USD yang mengalir ke China pada
tahun yang sama.17 FDI ke Filipina berkembang paling cepat iaitu 66 peratus,
manakala di Thailand aliran masuk FDI jatuh setelah berlaku rampasan kuasa

14 FDI in Figures: International Investment Stumbles into 2014 after Ending 2013
Flat, Organization for Economic Cooperation and Development, 2014, hlm. 4
15 Ibid, hlm 5.
16 Nicholas Owen, Reuters, RPT Southeast Asia Attracts More Foreign Direct
Investment Than China for Second Year, 16 Mac 2015, <
http://www.reuters.com/article/2015/03/16/southeast-asia-investmentidUSL3N0WI33C20150316 >, (diakses pada 28 Mei 2015)
17 Ibid.
5

pada tahun 2013.18 FDI ke Indonesia meningkat kira-kira 10 peratus


walaupun ia adalah tahun pilihan raya.19

Pelaburan asing dan pelaburan langsung asing tidak akan berlaku


tanpa adanya Syarikat Multinasional (MNC) yang menjadi teras utama untuk
melakukan pelaburan ke negara luar. MNC merupakan syarikat yang
mempunyai aset di negara luar iaitu negara lain selain negara induknya dan
aset yang berada di negara luar itu hendaklah melibatkan lebih dari satu
negara luar.20 Syarikat seperti ini mempunyai pejabat atau kilang-kilang di
negara-negara yang berbeza dan biasanya mempunyai ibu pejabat pusat
iaitu tempat mereka menyelaraskan pengurusan global manakala syarikat
multinasional yang besar mempunyai bajet yang lebih tinggi daripada
pendapatan negara-negara kecil di dunia.21 Hal ini menunjukkan dengan jelas
betapa besar pengaruh MNC dalam ekonomi dunia. Hampir semua syarikat
multinasional utama dunia adalah daripada Amerika, Jepun atau Eropah
Barat, seperti Nike, Coca-Cola, Toshiba, Honda dan BMW.22 Penyokong
multinasional berkata bahawa MNC ini mewujudkan peluang pekerjaan dan
kekayaan serta meningkatkan teknologi dalam negara-negara yang

18 Ibid.
19 Ibid.
20 Investopedia, Multinational Corporation MNC, <
http://www.investopedia.com/terms/m/multinationalcorporation.asp >, (diakses
pada 30 Mei 2015)
21 Ibid.
22 Ibid.
6

memerlukan pembangunan.23 Sebaliknya, pengkritik pula berkata syarikat


multinasional boleh mengeksploitasi negara-negara membangun serta
mewujudkan kehilangan pekerjaan di negara mereka sendiri.24 MNC juga
dikenali sebagai Syarikat Transnasional atau Transnational Corporations
(TNCs).
Merujuk kepada segala penjelasan tadi, dapat difahami bahawa
pelaburan asing dari negara luar terhadap negara tuan rumah mempunyai
kebaikannya terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi
negara tuan rumah. Pelaburan asing dilihat amat penting bagi negaranegara sedang membangun. Namun begitu, negara tuan rumah akan
terkesan dengan kemasukan pelaburan asing dari beberapa sudut ekonomi.
Oleh kerana itu, bagi menjamin kepentingan ekonomi negara-negara tuan
rumah, beberapa polisi-polisi pelaburan dikenakan kepada pelabur-pelabur
asing yang terdiri daripada syarikat multinasional. Polisi-polisi ini dijadikan
syarat dan memberi batasan kepada setiap pelaburan yang dibuat di negara
tuan rumah.
POLISI-POLISI PELABURAN ASING YANG BOLEH DITETAPKAN OLEH
NEGARA TUAN RUMAH BAGI MENJAMIN KEPENTINGAN EKONOMI.

PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)


Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan asing? Jawapannya telah
dikemukakan dalam bahagian pengenalan di atas. FDI merupakan elemen
yang penting bagi sesebuah negara bagi menjana pendapatan untuk jangka
masa yang panjang dan berterusan. Jika merujuk kepada zaman sebelum
kerancakan globalisasi, perdagangan merupakan cara utama yang
23 Ibid.
24 Ibid.
7

digunakan bagi mendapatkan sesuatu barangan malah berpunca daripada


barangan perdagangan terjadi penaklukan dan eksploitasi terutamanya
terhadap sumber asli. Kewujudan syarikat multinasional (MNC) didorong oleh
kerancakan aktiviti ekonomi dunia yang membawa kepada pelaburan yang
melibatkan pelaburan terhadap negara luar dalam pelbagai bidang dan
sektor bermula daripada bahagian cari gali bahan mentah hinggalah pada
peringkat industri tertier yang melibatkan insurans dan perbankan. Tanpa
MNC, mungkinkah akan berlaku FDI dan tanpa FDI sejauh manakah MNC
mampu berkembang? Kelihatannya kedua-dua ini saling diperlukan dan
melengkapi antara satu sama lain.
Penerimaan pelaburan langsung asing di kebanyakan negara pasti
didorong oleh nilai tambah atau faedah yang wujud di dalamnya. Pastinya
siapa yang mahu menerima sesuatu yang tidak memberi untung kepada
mereka bukan? Begitu juga dengan negara. FDI sebenarnya merupakan satu
cara pengukuhan ekonomi yang melibatkan situasi menang-menang antara
negara pelabur dan negara yang dilabur. Pelaburan langsung asing boleh
memberi sumbangan positif kepada ekonomi negara tuan rumah dengan
membekalkan modal, teknologi dan pengurusan sumber-sumber.25
Pemindahan sumber tersebut boleh merangsang pertumbuhan ekonomi
negara tuan rumah26 dan pada masa yang sama membantu peningkatan
ekonomi negara pelabur.
Aliran masuk modal merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang
yang dibuat oleh MNCs ke atas negara tuan rumah terutamanya negara
sedang membangun yang memerlukan sokongan untuk memajukan ekonomi
mereka. Aliran bebas modal di seluruh negara mungkin akan disukai oleh
25 Selma Kurtishi-Kastrati, The Effects of Foreign Direct Investment for Host
Countrys Economy, Kuwait,American University of the Middle East, Vol. 5, Issue 1,
2013, hlm 2.
26 Charles Hill, International Business - Competing in the Global Marketplace,
University of Washington, Irwin McGraw-Hill, 2000
8

ramai pakar ekonomi kerana ia


membolehkan kadar pulangan lebih tinggi.27 Banyak MNCs mempunyai
kuasa dan saiz yang besar serta kekuatan kewangan yang mampu memberi
mereka akses kepada sumber kewangan yang tidak dapat diakses atau
dicapai oleh syarikat domestik negara tuan rumah28 Maybank Kim Eng,
cabang sekuriti pelaburan Maybank Group, merancang meningkatkan
modalnya di Vietnam kepada US$50 juta (US$1=RM3.61) dalam tempoh dua
tahun akan datang daripada US$40 juta pada 2014.29 Pemacu utama
ekonomi ialah FDI dan ketika ini aliran masuk FDI Vietnam lebih lima peratus
daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya.30
Selain daripada aliran masuk modal sebagai inisiatif utama kepada
sebuah istilah yang secara akronimnya dikenali sebagai FDI, terdapat juga
aliran masuk teknologi yang turut sama memainkan peranan penting dalam
FDI. Teknologi boleh merangsang pembangunan ekonomi dan perindustrian
di negara tuan rumah.31 Teknologi boleh melibatkan proses pengeluaran
(seperti teknologi untuk mencari, mengeluarkan dan minyak penapisan) atau
ia boleh juga melibatkan produk siap (contoh, komputer peribadi).32Walau
27 Selma Kurtishi-Kastrati, The Effects of Foreign Direct Investment for Host
Countrys Economy, hlm. 2
28 Ibid.
29 Nurul Hanis Izmir, Bernama.com : Maybank Kim Eng Rancang Tingkat Modal Di
Vietnam Dalam Tempoh 2 Tahun , 25 Mei 2015, <
www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1137909 >, (diakses
pada 31 Mei 2015)
30 Ibid.
31 Selma Kurtishi-Kastrati, The Effects of Foreign Direct Investment for Host
Countrys Economy, hlm. 2
32 Ibid.
9

bagaimanapun, banyak negara tidak mempunyai sumber-sumber


penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kemahiran yang diperlukan
untuk membangunkan produk dan proses teknologi mereka sendiri. 33

Pengaliran masuk wang danteknologi merupakan perkara yang dapat


dilihat secara nyata kerana kedua-duanya adalah berbentuk fizikal dan
nyata. Justeru sedarkah bahawa FDI tidak hanya melibatkan pengaliran
masuk modal yang tinggi serta teknologi yang canggih semata-mata kerana
ia juga melibatkan aliran masuk kemahiran. Ilmu yang ada dalam diri setiap
orang yang dihantar ke negara tuan rumah penting sebagai suatu bentuk
pelaburan yang tersirat namun turut sama membawa pulangan yang
lumayan. Pekerja tempatan akan mendapat kemahiran baru melalui latihan
tersurat dan tersirat.34 Melalui latihan dalam syarikat-syarikat asing, ilmu
kemahiran yang lebih tinggi dan berkualiti dapat disampaikan berbanding
latihan yang diikuti dalan syarikat perdagangan domestik.35 Melihat kepada
betapa pentingnya kemasukan FDI yang melibatkan pemindahan kemahiran
kepada penduduk tempatan dari luar negara, Menteri Besar Johor, Datuk Seri
Mohamed Khaleed Nordin mengalu-alukan kemasukan kemasukan pelaburan
asing berasaskan modal tinggi, teknologi serta kemahiran dalam usaha
melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran di negara ini kerana
pemindahan kemahiran terutamanya melalui cara latihan dan pendidikan
akan mendorong kepada peningkatan kemahiran modal insan.36

33 Ibid.
34 Ibid, hlm 3
35 Ibid.
10

Setiap tindakan meletakkan gerakan dalam percaturan. Menang atau


kalah, untung mahupun rugi mencetus cabang dilema untuk dihadapi.
Penerimaan FDI oleh negara tuan rumah menjanjikan cetusan kemajuan
namun pada masa yang sama mampu membuatkan daya upaya negara tuan
rumah dalam gawang ekonomi tersungkur rebah. Impak positif yang dibawa
melalui FDI kepada negara tuan rumah juga membawa impak negetif seperti
limpahan masuk teknologi luar, kesan pekerjaan37 dan kesan buruk ke atas
imbangan pembayaran.38 Kesan-kesan ini telah mendorong kepada cetusan
polisi-polisi pelaburan asing oleh negara tuan rumah.

Kesan pertama FDI terhadap negara tuan rumah seperti yang


dikhabarkan ialah limpahan teknologi. Kemasukan teknologi dari luar melalui
FDI yang lebih canggih sememangnya membantu dalam perkembangan
ekonomi dan membantu dalam usaha untuk membangunkan negara tuan
rumah. Namun kemasukan teknologi secara berlebihan juga akan membawa
kesan buruk kerana hal ini akan membuatkan syarikat-syarikat domestik
lebih cenderung untuk memilih penggunaan teknologi dari luar negara
berbanding teknologi yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Akibatnya,
limpahan teknologi dari luar secara langsung akan menjadikan negara tuan
rumah bergantung kepada teknologi asing sekaligus membantutkan
perkembangan teknologi tempatan. Kebergantungan ini akan menjadikan

36 Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Online : Bawa Masuk Pelaburan Berasas Modal
Tinggi, 10 April 2015, < http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bawa-masukpelaburan-berasas-modal-tinggi-1.79342 >, (diakses pada 1 Jun 2015)
37 Andreas Johnson, Host Country Effects of Foreign Direct Investment, Jnkping,
Jnkping International Business School, 2005, hlm 25.
38 Selma Kurtishi-Kastrati, The Effects of Foreign Direct Investment for Host
Countrys Economy, hlm 8.
11

sesetengah negara tuan rumah malas untuk menghasilkan inovasi dan


teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.
Peningkatan FDI ke negara tuan rumah membuka lebih banyak
peluang pekerjaan terhadap rakyat negara tuan rumah. Secara kasarnya
memang kelihatan begitu kerana kemasukan MNCs melalui FDI
membangunkan lebih banyak cawangan syarikat nampun pada masa yang
sama, limpahan peluang pekerjaan membawa masuk sejumlah rakyat asing
dari negara lain terutamanya negara miskin yang berminat untuk mengisi
peluang pekerjaan yang luas di negara tuan rumah. Sceptics tentang FDI
bahawa tidak semua 'pekerjaan baru' yang dicipta oleh FDI mewakili
tambahan bersih dalam pekerjaan.39 Dalam kes FDI oleh syarikat-syarikat
kereta Jepun di Amerika Syarikat, ada yang mengatakan bahawa pekerjaan
yang diwujudkan oleh pelaburan ini telah lebih daripada mengimbangi
pekerjaan yang hilang dalam syarikat auto USowned, yang telah kehilangan
bahagian pasaran kepada pesaing Jepun mereka.40
Akibat daripada kesan penggantian sedemikian, jumlah bersih pekerjaan
baru yang diwujudkan oleh FDI mungkin tidak sama besar seperti pada
mulanya yang didakwa oleh MNC.41

Kesan seterusnya yang juga membawa konflik antara negara asal dan
negara tuan rumah dan sekaligus mendorong negara tuan rumah
memikirkan cara untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka ialah kesan
negetif terhadap imbangan pembayaran negara tuan rumah. Terdapat dua
perkara utama yang menjadi kebimbangan mengenai kesan buruk FDI pada

39 Ibid, hlm 7.
40 Ibid.
41 Ibid.
12

imbangan pembayaran negara tuan rumah.42 Pertama, aliran masuk modal


permulaan yang datang dengan FDI mestilah aliran keluar pendapatan
daripada subsidiari di negara asing kepada syarikat induk.43 Aliran keluar
muncul sebagai debit pada akaun modal.44 Kebimbangan kedua timbul
apabila anak syarikat asing mengimport sejumlah besar input
dari luar negara, yang mengakibatkan debit pada akaun semasa imbangan
pembayaran negara tuan rumah.45 Dalam kes pelaburan syarikat Nissan di
UK, Nissan memberikan maklum balas kepada kebimbangan mengenai
kandungan tempatan dengan menyandarkan untuk meningkatkan bahagian
kandungan tempatan kepada 60 peratus,
dan seterusnya menaikkannya kepada lebih 80 peratus.46
Sukar untuk menafikan faedah yang diperolehi daripada negara tuan
rumah melalui FDI kerana kebanyakannya mampu mendorong kepada
pembangunan yang berterusan serta peningkatan ekonomi negara tuan
rumah. Meskipun begitu, kesan negatif yang ditinggalkan mendorong untuk
negara tuan rumah melaksanakan polisi-polisi pelaburan asing bagi
menjamin ekonomi negara tuan rumah daripada terancam meskipun
menerima sejumlah FDI yang banyak setiap tahun serta pertambahan
kemasukan MNC yang berterusan dari pelbagai negara di dunia.

42 Ibid.
43 Ibid.
44 Ibid.
45 Ibid.
46 Ibid.
13

SYARIKAT MULTINASIONAL (MNC)


Bahagian pengenalan tadi telah menjelaskan apakah yang
dimaksudkan dengan pelaburan asing, pelaburan langsing asing (FDI) dan
syarikat multinasional (MNC) yang juga kadangkala dikenali sebagai syarikat
transnasional (TNC). Telah dijelaskan tadi berkenaan MNC yang merupakan
tulang belakang kepada pelaburan kerana setiap pelaburan asing yang di
buat pasti melibatkan MNC. Semakin banyak MNC di sesebuah negara,
semakin berkembang pelaburan asing yang dilakukan di negara tersebut.
Namun begitu, apakah ciri-ciri yang ada pada MNC dan sejauh manakah
peranan MNC dalam pelaburan asing dan perkembangan ekonomi negara
tuan rumah?
Syarikat multinasional terdiri daripada syarikat-syarikat yang mengeluarkan bahanbahan mentah hinggalah syarikat-syarikat yang melibatkan perkhidmatan perbankan dan
insuran.47 Ciri-ciri syarikat multinasional dapat dilihat melalui tahap teknologi yang digunakan,
struktur pasaran bagi produk mereka, dan struktur organisasi yang diamalkan.48 Teknologi dari
negara induk MNCs dipindahkan kepada negara tuan rumah yang merupakan negara subsidiari
bagi syarikat mereka melalui hubungan dengan syarikat-syarikat tempatan dan pelanggan
mereka, penempatan semula aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MNCs oleh negara
tuan rumah, meniru firma domestik dengan cara lihat dan belajar melalui kehadiran MNCs
dan mengadakan latihan induksi terhadap pekerja dan pengurus oleh MNCs.49 Tahap teknologi

47 Chapter 4: The Multinational Corperation and Global Governance, Common


Charecteristics of MNCs, hlm 3 < http://www.indiana.edu/~ipe/spero04.pdf >
(diakses pada 31 Mei 2015)
48 Ibid.
49 Zhongxiu Zhao dan Kevin Honglin Zhang, Multinational Corporations and
Technology Transfers in Developing Countries: Evidence from China, In International
Conference: WTO, China and the Asian Economies, IV: Economic Integration and
Economic Development. University of International Business and Economics, Beijing,
China, pp. 24-25. 2006, hlm 2.
14

yang digunakan oleh MNCs biasanya jauh lebih maju daripada yang digunakan oleh negara tuan
rumah dan ini penting untuk membantu meningkatkan ekonomi negara tuan rumah.
Perancangan kerajaan Malaysia untuk membina High Speed Railway (HSR) ke Singapura
mampu menjadi kenyataan dengan pemindahan teknologi dari syarikat multinasional asing
walaupun Malaysia masih belum mempunyai teknologi yang maju. Timbalan Menteri Hartanah,
Infrastruktur, dan Pengangkutan Korea Selatan , Yeo Hyungkoo berkata bahawa jika Korea
Selatan dipilih untuk kontrak projek tersebut, mereka bersedia untuk memindahkan teknologi
dan pengetahuan ke Malaysia kerana syarikat-syarikat seperti Hyundai Rotem, Samsung dan LG
adalah pakar-pakar dalam industri lokomotif.50 Hal ini jelas menunjukkan hubungan baik antara
Malaysia sebagai negara tuan rumah dan negara luar membuka peluang untuk pemindahan
teknologi dari MNCs yang mempunyai teknologi yang lebih canggih.
Syarikat Multinational menggunakan sistem pasaran yang berbeza daripada
syarikat domestik. Mereka tidak hanya memasarkan produk mereka di luar
negara tetapi pada masa yang sama mereka juga menghantar modal,
teknologi, bakat pengurusan dan kemahiran pemasaran dari negara induk
untuk melaksanakan pengeluaran dan pemasaran di negara tuan rumah.51
Tindakan MNCs yang turut menghantar bakat pengurusan ke negara
subsidiari membolehkan perkembangan kemahiran dalam kalangan
penduduk tempatan. Kerjasama dan pelesenan adalah pilihan yang ada
untuk syarikat multinasional yang ingin untuk menjalankan perniagaan di
luar negara tanpa pemilik tunggal anak syarikat asing.52 Melalui kerjasama,
pelbagai rakan kongsi akan memiliki kurang daripada 100 peratus daripada
ekuiti firma tersebut manakala pelesenan melibatkan pemberian hak
50 Patrick Lee, The Star Online, S. Korea are Willing to Hand Over Rail Technology,
31 Mei 2015, < http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/31/S-Korea-willingto-hand-over-rail-technology-Transfer-may-include-infrastructure-and-maintenancekno/ > (diakses pada 31 Mei 2015)
51 Chapter 4: The Multinational Corperation and Global Governance, Common
Charecteristics of MNCs, hlm. 5
52 Ibid.
15

penggunaan contohnya harta untuk intelektual, paten, hak cipta, dan cap.53
Satu lagi pilihan untuk MNC adalah melalui cara pakatan strategik iaitu
melibatkan perkongsian antara syarikat-syarikat berasingan atau yang
kadangkala bersaing dengan MNC terbabit.54
Struktur organisasi syarikat multinasional melibatkan negara induk dan
negara subsidiari. Syarikat multinasional akan melakukan pelaburan dari
perspektif "negara asal" (induk) dengan cara menjual dan / atau
mengeluarkan produk di negara "tuan rumah" (subsidiari).55 MNC ingin
memiliki syarikat subsidiari secara mutlak atau berkongsi pemilikan dengan
tuan rumah bagi mengukuhkan lagi pemilikan pasaran di negara tuan rumah
malah terdapat MNCs yang merasakan kerjasama dengan agensi kerajaan
dapat mengukuhkan kedudukan mereka di negara tuan rumah. Organisasi
MNCs biasanya menerapkan cara pengurusan syarikat atau cawangan di
negara sama dengan cara yang sama dengan negara induk supaya
rangkaiannya diseluruh dunia beroperasi dengan seragam. Sebagai contoh,
syarikat multinasional yang terkenal, McDonald akan mengenakan sejumlah
wang yang dikatakan sebagai yuran bagi individu yang berminat untuk
membuka francais tersebut. Perjanjian akan dilakukan bagi memastikan
operasi dijalankan sama dengan syarikat di negara induk dan negara
subsidiari yang lain.
Terdapat pelbagai kelebihan pembentukan syarikat multinasional kepada
negara induk dan negara subsidiari. Namun pada masa yang sama juga,
MNC boleh memberi masalah yang akhirnya menimbulkan konflik antara
MNC dan negara subsidiari. Terdapat pelbagai faedah MNC kepada negara
53 Ibid.
54 Ibid.
55 Anant K. Sundaram dan J. Stewart Black, The Academy of Management Review :
The Environment and Internal Organization of Multinational Enterprises, Dartmouth
College, Vol. 17, No. 4, 1993, hlm 7.
16

subsidiari, antaranya ialah guna tenaga, pelaburan, dan pendapatan


meningkat kerana operasi MNC yang meluas di negara tuan rumah.56 Negara
tuan rumah juga boleh mengurangkan import dan meningkatkan eksport
kerana barangan yang dihasilkan oleh MNC membantu untuk memperbaiki
imbangan pembayaran dan mengukuhkan ekonomi.57 Pelaburan asing
daripada MNCs mampu meningkatkan ekonomi. Tambahan pula dengan
kemasukan teknologi dari negara luar membantu perkembangan ekonomi
negara subsidiari. Negara induk juga mendapat beberapa kelebihan kerana
MNC akan membentuk peluang untuk pasaran produk yang dihasilkan
supaya pasaran lebih meluas.58 Selain itu, kewujudan MNC di negara
subsidiari membantu syarikat di negara induk untuk menjimatkan kos
pengeluaran dengan melakukan pengeluaran di negara luar terutamanya
negara yang sedang membangun kerana gaji pekerja di sana lebh rendah
daripada di negara induk MNC. Contohnya, produk Apple direka di Amerika
Syarikat namun dikilang di China untuk merendahkan kos pengeluaran. Kos
pengangkutan juga dapat dikurangkan apabila produk daripada MNC
dihasilkan di negara subsidiari.
Selain hal-hal positif, kesan negatif boleh timbul terhadap negara subsidiari
disebabkan operasi MNC. Kebergantungan terhadap teknologi adalah salah
satu daripadanya.59 Walaupun akses kepada teknologi maju adalah salah
satu manfaat utama ekonomi syarikat multinasional bagi negara-negara tuan
56 Shyam Soni, What are the Advantages and Disadvantages of Multinational
Corporations?, < http://www.preservearticles.com/2012010319694/what-are-theadvantages-and-disadvantages-of-multinational-corporations.html >, (diakses pada
31 Mei 2015)
57 Ibid.
58 Ibid.
59 Chapter 4: The Multinational Corperation and Global Governance, Common
Charecteristics of MNCs, hlm. 21
17

rumah yang dibangunkan, akses yang mungkin menyekat penyelidikan


domestik dan pembangunan.60 Kepakaran penyelidikan dan pembangunan
yang ada di negara induk mungkin akan menjadikan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan di negara tuan rumah tidak menggalakkan dan menyebabkan
negara subsidiari akan bergantung kepada teknologi MNC dari negara luar.61
Pemindahan bakat pengurusan kepada negara tuan rumah boleh memabntu
meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan, tetapi penggunaan pengurus
asing juga akan menafikan peluang rakyat untuk menggunakan dan
membangunkan kemahiran yang ada pada mereka.62 Kebimbangan lain yang
wujud daripada syarikat multinasional ialah 'oligopoli63. Kemasukan pesaing
asing boleh merangsang persaingan domestik dan sekaligus akan
menggalakkan kecekapan, tetapi ia juga boleh mengurangkan persaingan
dan mengancam industri tempatan yang sedia ada.64 Beberapa kebimbangan
juga dinyatakan terhadap orientasi import MNCs.65 Satu kajian rasmi di
Kanada yang dikenali sebagai laporan Gray
mendapati bahawa anak-anak syarikat di Kanada lebih memilih untuk
mendapatkan bekalan dan perkhidmatan dengan syarikat multinasional
asing berbanding dengan di dalam negara.66 Kajian tersebut menunjukkan
kesan kemasukan MNCs ke dalam industri tempatan sehingga menjejaskan
60 Ibid.
61 Ibid.
62 Ibid.
63 Ibid.
64 Ibid.
65 Ibid.
66 Ibid.
18

peluang syarikat domestik. Ini juga akan mengancam pertumbuhan ekonomi


negara tuan rumah.
Tulang belakang kepada pelaburan asing adalah syarikat multinasional (MNC)
kerana tanpa MNC, pelaburan tidak akan berlaku. Hanya perdagangan yang
melibatkan sebuah negara dan negara yang lain sebagai mana yang
diamalkan sejak beribu tahun dahulu. Kemasukan MNCs ke negara tuan
rumah atau negara subsidiari merupakan sesuatu yang baik dan boleh
menyumbang kepada perkembangan ekonomi di negara tuan rumah
terutamanya negara mundur atau negara sedang membangun yang sangat
memerlukan bantuan serta sokongan daripada negara luar melalui teknologi
dan peluang pekerjaan. Meskipun MNC dilihat membantu dari segi ekonomi,
sosial dan politik negara sedang membangun, ia juga dilihat pada masa yang
sama mengancam ekonomi, sosial dan politik negara tuan rumah.
Disebabkan ancaman yang dihasilkan oleh MNCs ini, negara tuan rumah
terpaksa menetapkan polisi-polisi pelaburan asing bagi menjamin
kepentingan ekonomi negara mereka.
POLISI-POLISI PELABURAN ASING
Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) secara berterusan ke
negara tuan rumah didorong oleh peningkatan jumlah syarikat multinasional
(MNC) yang semakin rancak terutama di negara-negara maju yang
mempunyai teknologi yang canggih dan mampu menghasilkan produk yang
dikatakan sempurna untuk pasaran dunia. Positifnya kemasukan FDI dan
MNCs ke negara tuan rumah memang tidak dapat disangkal kerana
permintaan globalisasi menuntut perkembangan ekonomi sesebuah negara
namun jika hal ini tidak dikawal, pastinya ia akan mengancam kepentingan
ekonomi negara tuan rumah. Justeru, bagi mengatasi hal tersebut polisipolisi pelaburan asing diwujudkan bagi menjamin kepentingan ekonomi
negara mereka tanpa menghentikan kemasukan FDI dan perkembangan
MNCs di negara mereka. Jelaskah anda dengan maksud polisi pelaburan
19

asing? Polisi pelaburan asing adalah mana-mana peraturan atau undangundang kerajaan yang menggalakkan atau tidak menggalakkan pelaburan
asing dalam ekonomi tempatan, contohnya menetapkan had pertukaran
mata wang.67

Polisi pelaburan asing dikenakan dengan tujuan untuk mengawal kesankesan kemasukan FDI dan MNCs. Sesetengah negara tuan rumah
menetapkan untuk mengawal aktiviti import dan eksport MNCs dengan cara
meletakkan halangan import dan eksport.68 Negara tuan rumah boleh juga
menetapkan peraturan dalam struktur operasi MNCs dari segi peratusan
pekerja mahir, pekerja pengurusan, dan pekerja am.69 Polisi pelaburan asing
boleh juga mendorong negara tuan rumah untuk menetapkan syarat untuk
syarikat asing berkongsi pemilikan dengan syarikat tempatan, atau agensi
kerajaan tempatan.70 Sesetengah negara pula menetapkan polisi pelaburan
asing yang melibatkan penambahan pendapatan negara tuan rumah apabila
mengenakan cukai yang tinggi ke atas keuntungan MNCs di negara
mereka.71 MNCs juga diikat melalui polisi perdagangan asing negara tuan
rumah apabila setiap MNCs yang hendak melabur di negara tuan rumah
akan diminta untuk memenuhi kehendak dan kepentingan negara berkenaan

67 Wikipedia: The Free Encyclopedia, Investment Policy, <


http://en.wikipedia.org/wiki/Investment_policy > , (diakses pada 02 Jun 2015)
68 Wan Sharina Ramlah Wan Ahmad Amin Jaffri, Polisi-polisi untuk Mengawal
Kemasukan FDI dan MNCs, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik,
Universiti Malaya, 13 Mei 2015.
69 Ibid.
70 Ibid.
71 Ibid.
20

terlebih dahulu.72 Hal ini semua dilakukan dengan tujuan untuk menjaga
kepentingan ekonomi negara tuan rumah.
Australia merupakan negara tuan rumah yang mengenakan polisi
pelaburan asing yang berasaskan pelaburan dan kemasukan MNCs
hendakalah memenuhi kehendak dan keperluan negara itu terlebih dahulu.
Kerajaan Australia mempunyai Akta Pemerolehan Asing dan Pengambilalihan
1975 yang menyediakan rangka kerja perundangan bagi membolehkan
mereka menjalankan pemeriksaan.73 Akta ini membolehkan Bendahari atau
wakil beliau untuk mengkaji semula cadangan pelaburan untuk memutuskan
sama ada mereka adalah bertentangan dengan kepentingan negara di
Australia.74 Polisi Pelaburan Asing Australia memberi panduan kepada
pelabur asing untuk membantu pemahaman mereka berkenaan pendekatan
kerajaan Australia sebagai negara tuan rumah untuk mentadbir Akta.75 Polisi
juga mengetengahkan kategori pelaburan yang perlu dimaklumkan kepada
kerajaan untuk kelulusan terlebih dahulu, walaupun perkara tersebut tidak
disebut dalam akta lain berkenaan keperluan untuk memohon.76
Negara sedang membangun seperti India mengalu-alukan kemasukan
MNCs yang berbentuk elektrik dan elektronik ke negara tersebut. Namun
begitu, India juga menetapkan syarat sebagai polisi pelaburan asing negara
tersebut. Syarikat asing boleh memulakan operasi di India dengan
mendaftarkan syarikat di bawah Akta Syarikat India 1956 di mana ekuiti
72 Ibid.
73 Australias Foreign Investment Policy , hlm 2. <
http://www.firb.gov.au/content/_downloads/AFIP_2015.pdf >, (diakses pada 02 Jun
2015)
74 Ibid.
75 Ibid.
76 Ibid.
21

asing dalam syarikat-syarikat India itu boleh menjadi hampir 100%.77 Pada
masa pendaftaran adalah perlu untuk mempunyai butiran projek, rakan
kongsi tempatan (jika ada), struktur syarikat, struktur pengurusan dan corak
pegangan saham.78 Usaha sama melibatkan kelebihan penubuhan kontrak,
sokongan kewangan dan rangkaian pengedaran-pemasaran.79 Kelulusan
pelaburan asing adalah melalui dua cara iaitu sama ada laluan automatik
atau kelulusan kerajaan.80 Berikut adalah antara polisi pelaburan asing yang
diamalkan di India sebagai negara tuan rumah.
Arab Saudi dikatakan sebagai negara kaya di dunia akibat statusnya
sebagai pengeluar utama minyak mentah dunia. Meskipun status negara
tersebut sebagai negara yang kaya, Arab Saudi masih mengalu-alukan
kemasukan pelaburan asing ke negara padang pasir tersebut. Sama dengan
negara lain, polisi pelaburan asing turut dikenakan terhadap negara pelabur
asing yang ingin melabur di Arab Saudi. Melalui pelaburan ke Arab Saudi,
Majlis Tertinggi Ekonomi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan senarai
aktiviti yang tidak termasuk pelaburan asing.81 Pelaburan asing yang
dilesenkan di bawah peruntukan undang-undang ini boleh berada dalam
salah satu daripada dua bentuk iaitu firma dimiliki oleh pelabur tempatan
77 Department of Electronics & Information Technology (DeitY) Ministry of
Communications and IT, Government of India ; Foreign Investment Policy, <
http://deity.gov.in/content/foreign-investment-policy > ; (diakses pada 02 Jun 2015)
78 Ibid.
79 Ibid.
80 Ibid.
81 Ministry of Commerence and Industry Saudi of Arabia, Foreign Investment Law in
the Kingdom of Saudi Arabia, <
https://mci.gov.sa/en/LawsRegulations/SystemsAndRegulations/ForeignInvestmentS
ystem/Pages/4-2.aspx?AspxAutoDetectCookieSupport=1 > , (diakses pada 02 Jun
2015)
22

dan asing serta firma yang dimiliki sepenuhnya oleh pelabur asing. 82 Bentuk
undang-undang firma itu hendaklah ditentukan mengikut peraturan dan
arahan kerajaan Arab Saudi.83
Kanada merupakan sebuah negara yang besar dan terletak di utara
dunia. Saiznya yang besar menyebabkan negara itu dikenali sebagai negara
yang mempunyai penduduk yang kurang dengan pelbagai bentuk sumber
alam yang tidak dapat diteroka sepenuhnya dengan optimum. Seperti
negara tuan rumah yang lain, Kanada juga mempunyai polisi pelaburan
asing bagi menjaga kepentingan ekonomi negaranya. Akta Pelaburan Kanada
(ICA) menyediakan satu rangka kerja kawal selia di mana Kerajaan Kanada
boleh menyemak pelaburan asing yang berskala besar di Kanada yang
melebihi ambang kewangan yang ditetapkan.84 Kajian semula pelaburan
asing di ambang kewangan yang lebih rendah diperlukan dalam
perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pengangkutan (termasuk saluran
paip), uranium dan budaya.85 Kelulusan pengambilalihan itu akan diberikan
apabila menteri yang bertanggungjawab berpuas hati bahawa pelaburan itu
mungkin menjadi "faedah kepada Kanada".86
Contoh terakhir negara tuan rumah yang mengenakan polisi pelaburan
asing ialah Thailand. Di Thailand, cukai utama yang dikenakan adalah cukai
langsung (cukai pendapatan peribadi dan korporat serta cukai pendapatan
petroleum) dan tidak langsung cukai (cukai nilai tambah, cukai perniagaan
82 Ibid.
83 Ibid.
84 Competition Policy Review Panel, Foreign Investment Policy , <
http://www.ic.gc.ca/eic/site/cprp-gepmc.nsf/eng/00014.html >, (diakses pada 02 Jun
2015)
85 Ibid.
86 Ibid.
23

tertentu, cukai eksais, duti kastam dan duti setem).87 Cukai pendapatan
korporat yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat dan perkongsian
perundangan pada kadar 20% daripada keuntungan bersih.88 Kadar
dikurangkan pada kadar progresif sebanyak 15% kepada 20% diberikan
kepada PKS dengan cukai pengecualian ke atas yang pertama 300,000 baht
Thailand daripada keuntungan bersih.89 Cukai eksais yang dikenakan ke atas
barangan terpilih (terutamanya barangan mewah) seperti minyak wangi dan
produk kosmetik, tembakau, minuman keras, bir, minuman ringan, gelas
kristal, dan produk petroleum. Manakala duti kastam dikenakan terutamanya
ke atas barangan yang diimport dan dieksport yang dipilih.90 Duti kastam
dilevi mengikut Penerangan Komoditi dan Sistem Pengekodan.91 Cukai dan
kawalan terhadap bangan dari MNCs harus dilakukan bagi mengehadkan
pengaliran keluar mata wang negara tuan rumah ke negara asing.92
Langkah-langkah yang diambil oleh negara tuan rumah dengan cara
menetapkan syarat ke atas setiap syarikat asing atau MNCs yang ingin
melakukan pelaburan di negara mereka adalah bertujuan untuk melindungi
kepentingan ekonomi negara berkenaan meskipun pada masa yang sama
mereka ingin juga mendapatkan faedah daripada setiap pelaburan yang
dibuat di negara mereka. Setiap FDI yang ingin dilakukan haruslah
memenuhi syarat- syarat polisi yang ditetapkan oleh negara tuan rumah
87 Lex Mundi Member firm, Going to Do Business in Thailand 2015, Tilleke & Gibbins
International Ltd. , Januari 2015.
88 Ibid.
89 ibid
90 Ibid.
91 Ibid.
92 Ibid.
24

terlebih dahulu. Usaha untuk mengehadkan pengaliran keluar wang hasil


daripada pelaburan dan pertumbuhan MNC perlu dilakukan bagi memastikan
kestabilan ekonomi negara tuan rumah. Maka, meskipun kadangkala polisi
pelaburan asing disifatkan sebagai tegas, ia sebenarnya berpatutan dengan
pulangan yang diperoleh oleh negara induk MNCs dan FDI.

25

KESIMPULAN
Pembangunan ekonomi terutamanya di negara-negara sedang membangun
adalah sangat penting dan melalui Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan
kemasukan syarikat multinasional (MNCs) adalah cara yang dikatakan paling
pantas dalam usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi. Pelaburan
melalui FDI akan memindahkan teknologi, memberi suntikan modal serta
mendorong kepada pengurusan sumber yang optimum. Kelebihan-kelebihan
ini membuatkan negara-negara membangun terbuka untuk menerima FDI
dan MNCs. Begitu juga dengan MNCs yang mampu membantu negaranegara membangun untuk mengukuhkan lagi ekonomi mereka dengan
membuka pasaran, membawa masuk teknologi serta menyediakan peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan. Meskipun FDI dan MNCs memberi
kebaikan ke atas, timbul juga isu-isu yang mendorong kepada kebimbangan
negara tuan rumah terhadap kemasukan MNC dan FDI. Hal ini yang
mendorong negara tuan rumah untuk menguatkuasakan polisi pelaburan
asing terhadap setiap MNCs atau syarikat luar negara yang ingin melakukan
pelaburan di negara mereka. Polisi-polisi yang diketengahkan hendaklah
dipatuhi oleh syarikat pelabur. Polisi-polisi ini dilakukan untuk menjamin
kepentingan ekonomi tuan rumah. Bermakna, meskipun pelbagai syarikat
asing masuk melabur dan membangunkan ekonomi negara berkenaan,
sumber-sumber ekonomi negara tuan rumah masih tetap terpelihara.
Tujuannya adalah untuk mengatasi pengeksploitasian sumber dari negara
tuan rumah oleh negara asing.

26

Rujukan
1. Australia's Foreign Investment Policy. t.t. <
http://www.firb.gov.au/content/_downloads/AFIP_2015.pdf (diakses Jun 2, 2015).
2. Ali, Mohd. Khairul Mohd. Bawa Masuk Pelaburan Berasas Modal Tinggi. Utusan Online.
10 April 2015. http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bawa-masuk-pelaburanberasas-modal-tinggi-1.79342 (diakses Jun 1, 2015).
3. Anant K. Sundaram, J.Stewart Black. The Academy of Management Review : The
Environment and Internal Organization of Multinational Enterprises. Dartmouth
College, 1993.
4. Common Characteristics of MNCs. Chapter 4: The Multinational Corperation and Global
Governance. t.t. http://www.indiana.edu/~ipe/spero04.pdf (diakses Mei 31, 2015).
5. FDI in Figures: International Investment Stumbles into 2014 after Ending 2013 Flat.
Organizations for Economic Cooperation and Developtment , 2014.
6. Firm, Lex Mundi Member. Going to Do Business in Thailand 2015. Tilleke & Gibbins
International Ltd., 2015.
7. Foreign Direct Investment (FDI). United Nations Conference on Trade and Development.
t.t. http://unctad.org/en/Pages/DIAE/Foreign-Direct-Investment-%28FDI%29.aspx
(diakses Mei 28, 2015).
8. Foreign Direct Investment. OECD iLibrary. t.t. < http://www.oecdilibrary.org/sites/factbook-2013-en/04/02/01/index.html?
itemId=/content/chapter/factbook-2013-34-en (diakses Mei 27, 2015).
9. Foreign Investment Law in the Kingdom of Saudi Arabia. Ministry of Commerence and
Industry Saudi of Arabia. t.t.
https://mci.gov.sa/en/LawsRegulations/SystemsAndRegulations/ForeignInvestmentSys
tem/Pages/4-2.aspx?AspxAutoDetectCookieSupport=1 (diakses Jun 2, 2015).
10. Foreign Investment Policy. Department of Electronics & Information Technology (DeitY)
Ministry of Communications and IT, Government of India. t.t.
http://deity.gov.in/content/foreign-investment-policy (diakses Jun 2, 2015).
11. Foreign Investment Policy. Competition Policy Review Panel. t.t.
http://www.ic.gc.ca/eic/site/cprp-gepmc.nsf/eng/00014.html (diakses Jun 2, 2015).
12. Foreign Investment Review Board. t.t. http://www.firb.gov.au/content/default.asp
(diakses mei 27, 2015).
13. Foreign Investment: Investopedia Explains 'Foreign Investments'. Investopedia. t.t.
http://www.investopedia.com/terms/f/foreign-investment.asp (diakses Mei 27, 2015).

27

14. Foreign Investments: Defination of ' Foreign Investment'. Investopedia. t.t.


http://www.investopedia.com/terms/f/foreign-investment.asp (diakses Mei 27, 2015).
15. Hill, Charles. International Business - Competing in the Global Marketplace. Washington:
Irwin McGrew-Hill, 2000.
16. Investment Policy. Wikipedia: The Free Encyclopedia. t.t.
http://en.wikipedia.org/wiki/Investment_policy (diakses Jun 2, 2015).
17. Izmir, Nurul Hanis. Maybank Kim Eng Rancang Tingkat Modal di Vietnam dalam Tempoh
2 Tahun. Bernama.com. 25 Mei 2015. <
www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1137909 (diakses Mei
31, 2015).
18. Jaffri, Wan Sharina Ramlah Wan Ahmad Amin. Polisi-polisi untuk Mengawal Kemasukan
FDI dan MNCs. Kuala Lumpur, 13 Mei 2015.
19. Johnson, Andreas. Host Country Effects of Foreign Direct Investment. Jnkping:
Jnkping International Business School, 2005.
20. Kurtishi-Kastrati, Selma. The Effects of Foreign Direct Investment for Host Countrys
Economy. Kuwait: American University of the Middle East, 2013.
21. Lee, Patrick. S. Korea are Willing to Hand Over Rail Technology. The Star Online. 31 Mei
2015. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/31/S-Korea-willing-to-handover-rail-technology-Transfer-may-include-infrastructure-and-maintenance-kno/
(diakses Mei 31, 2015).
22. Multinational Corporation - MNC. Investopedia. t.t.
http://www.investopedia.com/terms/m/multinationalcorporation.asp (diakses Mei 30,
2015).
23. Owen, Nicholas. RPT-Southeast Asia Attracts More Foreign Direct Investment than
China for Second Year. Reuters. 16 Mac 2015. <
http://www.reuters.com/article/2015/03/16/southeast-asia-investmentidUSL3N0WI33C20150316 (diakses Mei 28, 2015).
24. Savage, Rachel. Scotland is the Biggest Destination for Foreign Investment Outside
London. Management Today. 27 Mei 2015.
http://www.managementtoday.co.uk/news/1348883/scotland-biggest-destinationforeign-investment-outside-london/ (diakses Mei 27, 2015).
25. Soni, Shyam. What are the Advantages and Disadvantages of Multinational
Corporations? t.t. http://www.preservearticles.com/2012010319694/what-are-theadvantages-and-disadvantages-of-multinational-corporations.html (diakses Mei 31,
2015).
26. Zhongxiu Zhao, Kevin Honglin Zhang. Multinational Corporations and Technology
Transfers in Developing Countries: Evidence from China. International Conference:
WTO, China and the Asian Economic Integration and Economic Development. Beijing:
University of International Business and Economics Beijing, 2006. 2.

28

29

Anda mungkin juga menyukai