Anda di halaman 1dari 14

HBAE2103 1

CORAK DAN REKAAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBAE2103
CORAK DAN REKAAN

NAMA

HARIMA BINTI SARAKIL

NOMBOR MATRIK

700508125582001

NO KAD PENGENALAN

700508-12-558

NO. H/P

019-8034995

PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM CAWANGAN TAWAU

SEPTEMBER 2015

HBAE2103 2
CORAK DAN REKAAN

ISI KANDUNGAN

NO

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0

SURAT
PENGENALAN .. .......3
DESKRIPSI TENTANG CETAKAN. .......4
2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGHASILAN CETAKAN .......5
3.1 KAEDAH CETAKAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA .......5

4.0
5.0
6.0

JADI
3.2 KAEDAH CETAKAN STENSIL .
HASIL CETAKAN ...
KESIMPULAN .
RUJUKAN ....

1.0

PENGENALAN

MUKA

.......5
.......9
......11
......12

Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni

HBAE2103 3
CORAK DAN REKAAN
Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi, dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana
dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita
rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan
penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni
Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian
seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi seni visual, terdapat beberapa bidang iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal
kraf tradisional. Cetakan merupakan salah satu kegiatan di bawah bidang membuat corak dan
rekaan. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti
binaan, kraf dan sebagainya. Terdapat dua jenis corak dalam kegiatan ini iaitu corak tidak
terancang dan corak terancang. Cetakan merupakan aktiviti yang dikategorikan sebagai corak
terancang.
Umumnya, cetakan dalam seni visual boleh di definisikan sebagai suatu proses terapan blok
atau plat. Ia juga merupakan satu proses melibatkan penciptaan plat yang menghasilkan
pelbagai imej. Kesan cetakannya pula boleh dilakukan di atas kertas, linoleum, Styrofoam,
logam, kadbod dan banyak lagi. Pada asasnya, cetakan menggunakan sifat timbul dan
tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
Cetakan mempunyai beberapa jenis iaitu cetakan timbul, cetakan benam, cetakan datar, dan
cetakan stensil. Cetakan timbul merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan
dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu
atau lino. Manakala hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan
kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah cetakan kayu, cetakan lino, cetakan kolograf dan
cetakan kolaj.
Seterusnya cetakan benam pula berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan,

HBAE2103 4
CORAK DAN REKAAN
dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat
atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. Ia merupakan proses
membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat
atau warna ke dalam hasil turisan. Contoh cetakan jenis ini ialah Kaedah Turisan (engraving),
Kaedah Gurisan Asid (etching), Kaedah Akuantin (aquantint), Kaedah Mesotin (mezzotint).
2.0

DESKRIPSI TENTANG CETAKAN

Cetakan merupakan salah satu cabang seni yang diperkenalkan sejak abad ke 7 masihi di
mana pada masa itu satu cetakan blok kayu buatan tangan muncul di China. Seterusnya
industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat
menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak
bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan
pendidikan.
Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah
cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang
Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori
teknik seni cetakan dan memperluaskannya. Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah
dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi diinstitusi perguruan seperti
Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain
sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul
sebagai satu cabang seni halus yang unik.
Cetakan mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia. Ianya melambangkan
kreativiti, emosi, sensitivity, ekspresi dalam diri seseorang. Selain itu juga, cetakan
melambangkan budaya dan bangsa dalam masyarakat. Sebagai contoh, cetakan seperti
dedaunan, flora dan fauna melambangkan masyarakat Melayu yang asli. Selain itu juga,
ianya menceritakan sejarah pada zaman-zaman tertentu. Cetakan juga sememangnya berguna
dari segi penghasilan fabrik yang pelbagai corak seperti batik dan sebagainya yang berfungsi
sebagai penjana ekonomi negara. Ia juga digunakan dalam seni pertukangan dalam
menjadikan sesuatu binaan itu unik dan klasik.
Pelbagai teknik yang digunakan dalam penghasilan sebuah karya berasaskan cetakan.
Sebagai contoh, blok kayu yang digunakan untuk mencetak memerlukan teknik ukiran yang

HBAE2103 5
CORAK DAN REKAAN
professional. Selain daripada itu, teknik seperti geseran, cetakan berulang kali dan
sebagainya. Sebagai contoh, dalam cetakan jenis planografi atau cetakan datar, teknik yang
digunakan ialah menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej
cetakan. Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi iaitu teknik
penolakan minyak dengan air. Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon
minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit. Kemudian, kekalisan
antara air dengan miyak akan dapat menghasilkan cetakan seolah-olah lukisan pensel.
Cetakan juga dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.
Selain itu, teknik penghasilan dalam jenis cetakan benaman pula melibatkan proses turisan,
gurisan asid, akuantin,

dan mesotin. Ianya memerlukan plat logam yang diguris

menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk
mendapatkan kesan benaman pada permukaan.
3.0

2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGHASILAN CETAKAN

Terdapat dua kaedah ataupun teknik dalam penghasilan cetakan yang akan dibincangkan
dalam sub topik ini iaitu cetakan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti daun, sayursayuran dan sebagainya dan cetakan dengan menggunakan bahan pejal seperti syiling, kayu
dan sebagainya.

3.1

KAEDAH CETAKAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI

Kaedah ini adalah antara yang termudah dalam bidang mencetak. Ia sesuai untuk muridmurid tahap satu dan masih dalam proses memahami proses cetakan. Selain daripada itu,
alatan yang digunakan juga mudah dan biasa di lihat oleh murid.

HBAE2103 6
CORAK DAN REKAAN
Berikut merupakan alat-alat yang diperlukan dalam penghasilan cetakan ini.
1. Kertas Lukisan
2. Warna air
3. Bahan semula jadi seperti daun, keratan daun
pisang, dan sebagainya.
4. Pensel
5. Pembaris

Untuk tugasan ini, pilihan bahan utama untuk cetakan ialah daun. Pelajar boleh memilih apaapa jenis daun. Seterusnya, berikut pula merupakan langkah-langkah penghasilan cetakan
menggunakan keratan daun.
1. Pilih jenis daun yang digemari contohnya daun pokok manga, daun limau asam purut,
dan lain-lain.
2. Kemudian, sediakan warna-warna yang menarik untuk di cetak ke atas kertas lukisan
3. Celupkan daun ke dalam acuan warna.
4. Seterusnya, proses mencetak boleh dimulakan sama ada dalam keadaan tersusun
ataupun tidak.

HBAE2103 7
CORAK DAN REKAAN
5.
Akhir

sekali, biarkan lukisan di bawah angin atau matahari bagi proses pengeringan
3.1

KAEDAH CETAKAN STENSIL KERTAS PENDUA

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajarpelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah
lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya
di sekolah.
Berikut merupakan alat-alat yang diperlukan
1. Pisau jenis Cutter untuk memotong kertas
2. Kertas lukisan
3. Warna air
4. Berus warna
5. Kertas pendua
6. Pensel

HBAE2103 8
CORAK DAN REKAAN

Cara penghasilannya pula seperti berikut.


1. Corak dilukis di atas kertas pendua. Saya memilih corak rama-rama.

2. Corak atau lakaran di potong menggunakan pisau cutter. Bahagian lakaran corak yang
diperlukan di potong

HBAE2103 9
CORAK DAN REKAAN

3. Stensil diletakkan di atas permukaan kertas lukisan. Kemudian warna di sapu dengan
menggunakan berus warna.

HBAE2103 10
CORAK DAN REKAAN

4. Alihkan kertas stensil perlahan-lahan dari permukaan kertas lukisan. Corak ramarama akan terbentuk atas kertas lukisan.

HBAE2103 11
CORAK DAN REKAAN

4.0

HASIL CETAKAN

HBAE2103 12
CORAK DAN REKAAN

HBAE2103 13
CORAK DAN REKAAN

5.0

KESIMPULAN

Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Malangnya, apabila sekolah mengurangkan
belanjawan, seni biasanya adalah mata pelajaran yang pertama untuk dirombak. Ia seolaholah bahawa sekolah-sekolah tidak menghargai kepentingan seni dalam membina otak kanakkanak. Secara fizikalnya, otak manusia terdiri daripada 2 bahagian, hemisfera kiri dan kanan.
Otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan analisis iaitu apa yang dilatih dalam
kerja-kerja sekolah yang terdiri daripada matematik, membaca dan sains. Otak kanan
digunakan dalam persepsi, intuisi emosi, dan kreativiti. Ia adalah otak kanan yang digunakan
terutamanya apabila seseorang itu terlibat dalam usaha kreatif seperti menghasilkan karya
atau bahan seni. Namun, telah menjadi pemikiran tipikal sesetengah sekolah untuk
mengabaikan pendidikan seni visual.
Ia menunjukkan bahawa apabila anak-anak berbakat menyelesaikan masalah, terdapat
peningkatan aktiviti elektrik di kedua-dua hemisfera. Dengan merangsang dan menjalankan
hemisfera kanan otak, seni mengukuhkan hubungan di antara hemisfera. Kanak-kanak perlu
didedahkan kepada seni kemahiran kognitif supaya mereka matang serta otak kanan mereka
akan dibangunkan dan kedua-dua hemisfera bekerja seiring, sekali gus mencapai sepenuhnya
potensi minda.
Pendidikan seni visual merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai
matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang
diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan
pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

HBAE2103 14
CORAK DAN REKAAN
Kesimpulannya, Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah
rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya
pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting
kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya sendiri.
(2503 patah perkataan)
6.0

RUJUKAN

Ahmad Ghazie Ibrahim, (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni di Sekolah :
Dahulu, Kini dan Masa Hadapan. Konvensyen Pendidikan Seni Visual. Universiti
Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim.
Iberahim Hassan, (2000). Pendidikan Seni : Suatu Pemikiran Semula dalam Kumpulan Esei
Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong
Malim.
Mat Desa Mat Rodzi. Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah : Antara
Perancangan, Perlaksanan dan Harapan. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni
Visual. Anjuran Balai Seni Lukis Negara : Kuala Lumpur. (23-25 Mei 200).
Gardner, H.(1982). Art, mind, and brain : a cognitive approach to creativity. NY:Basic Books
Inc
Salmah, Ayob (1998). Cetakan dan Kepentingannya. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai

  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Dokumen6 halaman
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Dokumen14 halaman
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Dokumen14 halaman
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Dokumen5 halaman
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Dokumen14 halaman
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Tisas
    Tisas
    Dokumen11 halaman
    Tisas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Dokumen5 halaman
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Dokumen12 halaman
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • CBCT2203
    CBCT2203
    Dokumen2 halaman
    CBCT2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Titas - 2
    Titas - 2
    Dokumen3 halaman
    Titas - 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Dokumen14 halaman
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Dokumen6 halaman
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hdps
    Hdps
    Dokumen7 halaman
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Titas
    Titas
    Dokumen6 halaman
    Titas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hdps 3203
    Hdps 3203
    Dokumen7 halaman
    Hdps 3203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Dokumen12 halaman
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hdps
    Hdps
    Dokumen7 halaman
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Occupational and Health
    Occupational and Health
    Dokumen3 halaman
    Occupational and Health
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Dokumen12 halaman
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Dokumen14 halaman
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • HDPS
    HDPS
    Dokumen13 halaman
    HDPS
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Penyelesaian Masalah
    Penyelesaian Masalah
    Dokumen12 halaman
    Penyelesaian Masalah
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • HDPS3203 Yong Poh Yen
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Dokumen16 halaman
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Dokumen14 halaman
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Dokumen14 halaman
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Dokumen14 halaman
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)