Anda di halaman 1dari 13

GAYA KOMUNIKASI PEMIMPIN SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN

MOTIVASI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH LIPIS, PAHANG

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin
sekolah dan hubungannya dengan motivasi guru-guru di sekolah rendah. Kajian ini akan
mengambarkan situasi kerja yang dialamai oleh guru-guru di daerah Lipis dengan merujuk
kepada motivasi mereka. Kajian-kajian lepas yang lebih menumpukan kepada kepuasan kerja,
komitmen dan motivasi guru-guru. Namun, tidak ada kajian yang telah dilakukan di kawasan
pedalaman seperti daerah Lipis ini. Kajian ini melibatkan seramai 260 orang guru sebagai
responden kajian dari 42 buah sekolah rendah di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah
Lipis. Empat aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu persepsi guru-guru terhadap gaya
komunikasi pemimpin sekolah, tahap motivasi guru-guru, perbezaan antara gaya komunikasi
dengan motivasi guru-guru dan hubungan gaya komunikasi dengan tahap motivasi guru-guru.
Beberapa cadangan diketengahkan bagi meningkatkan lagi kemahiran komunikasi pemimpin
sekolah khususnya pemimpin sekolah di daerah Lipis. Kajian yang dijalankan secara tinjauan
menggunakan soal selidik yang mengandungi item gaya komunikasi dan motivasi guru-guru.
Data akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 18.0.

1.0 PENGENALAN
Kemahiran komunikasi yang telah dibangunkan sebelum ini adalah untuk keberkesanan
seseorang diri dalam organisasi atau dalam bidang kepimpinannya. Hal ini. kerana proses
komunikasi adalah satu proses yang dinamik dan berlaku secara berterusan sehingga menjawab
semua persoalan-persoalan yang timbul. Komunikasi membolehkan berlaku kerjasama, tolongmenolong antara individu dalam sesebuah organisasi. Komunikasi juga dianggap sebagai nadi
yang menghidupkan organisasi selama-lamanya(Rogers, 1976). Aspek ini menjadi punca utama
dalam menghubungkan antara individu dan mempengaruhi tingkah laku dan sikap mereka dalam
membantu mencapaikan matlamat organisasi. Ini selaras dengan penyataan yang mengatakan
organisasi bergantung kepada interaksi manusia yang saling bergantung antara satu sama yang
lain dalam satu sitem sosial(Katz dan Kahn, 1978).
Melalui pernyataan di atas komunikasi menjadikan tunjang kepada sesebuah organisasi
(Rogers, 1976) dan melalui komunikasi juga individu-individu dalam sesebuah organisasi dapat
dikumpulkan bersama(Myers, 1964). Abd Halim (1994) menyatakan bahawa komunikasi adalah
aspek penting dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin sekolah kerana
tanggungjawabnya melibatkan tugas kepimpinan dan mengurus pelajar, guru dan kakitangan
sekolah. Kecekapan dan keberkesanan kepimpinan pemimpin sekolah bergantung kepada
kemahiran komunikasiyang digunakan dikalangan warga sekolah.
Dalam konteks organisasi pendidikan, sebahagian besar subordinat di bawah pemimpin
sekolah adalah guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah. Kesungguhan kerja oleh guru-guru
serta kakitangan sokongan sekolah ditunjukkan akibat gaya komunikasi yang diamalkan oleh
pemimpin sekolah. Justeru itu, komunikasi melibatkan satu proses yang penting dan kompleks
dalam fungsi pengurusan sesebuah organisasi terutama organisasi pendidikan. Ia juga merupakan
satu proses pemusatan idea yang mangakibatkan pihak-pihak yang terlibat dalam organisasi
pendidikan saling memahami antara satu sama lain.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Pemimpin sekolah harus memainkan penting dalam pentadbiran sekolah kerana fungsi sekolah
hari ini adalah amat besar dan mencabar. Pemimpin sekolah dilihat sebagai orang yang

bertanggungjawab untuk membawa kemajuan dan diharapkan mampu untuk mewujudkan


pelbagai perubahan di sekolah. Pengurusan organisasi pendidikan yang telah banyak berubah
menyebabkan pemimpin sekolah serta guru menghadapi arus perubahan yang kencang.
Sebaliknya, ibu bapa meletakkan harapan yang semakin tinggi terhadap sekolah khususnya pada
pemimpin sekolah yang berwibawa.
Oleh itu, guru-guru akan mengalami tekanan kerja yang semakin tinggi lalu
menyebabkan kepuasan kerja mereka semakin menurun. Dalam dilema yang penuh cabaran ini,
pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya komunikasi yang sesuai dalam mengekalkan tahap
motivasi guru-guru pada tahap yang tinggi dan seterusnya ia memberi implikasi yang cemerlang
kepada sekolah.

3.0 PENYATAAN MASALAH


Penggunaan gaya komunikasi yang berkesan berdasarkan situasi semasa organisasi pendidikan
akan memberi kesan positif kepada kepimpinan seseorang pemimpin di sekolah. Kelemahan
dalam gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin menyebabkan mesej-mesej tidak dapat
disampaikan dengan jelas. Ini menyebabkan perselisihan faham dikalangan guru-guru berlaku
dan akhirnya harapan pemimpin sekolah yang ingin dicapai tidak kesampaian. Keadaan sebegini
boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru terhadap pemimpin sekolah.
Pemimpin sekolah yang mempunyai gaya kepimpinan yang terpuji mempunyai pergaulan
yang baik serta rapat hubungan dengan guru-gurunya. Guru besar mengenali sepenuhnya tentang
guru-guru sebagai rakan sebaya dan jarang melepaskan emosinya kepada mereka (Ibrahim,
1999). Kenyataan ini juga disokong oleh Kamaruddin(1989) dimana kegagalan berkomunikasi
dengan kakitangan boleh menyebabkan syak wasangka, salah pemahaman atau menimbulkan
rasa curiga di kalangan pelajar, para guru dan kakitangan sekolah dan seterusnya akan
menyumbang kepada kemerosotan semangat guru di sekolahnya.
Pemimpin sekolah sentiasa berdepan dengan pelbagai situasi kelakuan yang dibawa oleh
guru-guru sekolah mahupun ibubapa. Mengawal sebarang situasi yang berlaku memerlukan
kebolehan pemimpin sekolah untuk mengawal, membuat keputusan kepada situasi konflik dan
perhubung yang baik melalui interaksi yang baik. Pendekatan yang digunakan untuk

menyelesaikan konflik dikalangan guru-guru juga memberi kesan kepada motivasi kerja mereka
dalam sekolah. Maka dengan itu, pentingnya kemahiran komunikasi dalam sekolah dimana
pemimpin sekolah perlu memberi fokus kepada pelbagai situasi seperti itu. Pemimpin sekolah
juga perlu membuat penilaian yang berterusan ke atas amalan komunikasi yang diamalkan
supaya ia dapat membaiki cara berkomunikasi dengan lebih baik serta memberi impak yang
positif kepada motivasi guru-guru.
Gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin sekolah adalah subjektif dan sukar
diramal. Guru-guru kerap kali berdepan dengan komunikasi yang tidak seragam, berubah dan
pelbagai gaya. Setiap guru dalam sekolah akan mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap
gaya komunikasi pemimpin sekolah yang mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor demografi
seperti jantina, umur, kategori perkhidmatan, jawatan disandang dan juga pengalaman mengajar
guru tersebut. Ini dilihat sebagai faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan sekolah dan pencapaian akademik pelajar serta tahap motivasi guru-guru
di sekolah.

4.0 TUJUAN KAJIAN


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya komunikasi pemimpin sekolah dan
hubungannya dengan motivasi guru-guru di sekolah rendah di daerah Lipis, Pahang.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah,
i.

mengenalpasti gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin sekolah di semua


sekolah rendah di daerah Lipis, Pahang.

ii.

mengenalpasti tahap motivasi dalam kalangan guru-guru di semua sekolah rendah


di daerah Lipis, Pahang.

iii.

mengenalpasti hubungan antara gaya komunikasi pemimpin sekolah dan motivasi


guru di sekolah.

6.0 PERSOALAN KAJIAN


Dalam kajian ini, pengkaji akan menjawab persoalan-persoalan berikut:
i.
ii.
iii.
v.
vi.
vii.
viii.

Sejauhmanakah pemimpin sekolah mengamalkan gaya komunikasi ekspresi


positif?
Sejauhmanakah pemimpin sekolah mengamalkan gaya komunikasi ekspresi
negatif?
Sejauhmanakah pemimpin sekolah mengamalkan gaya komunikasi arahan kerja?
Sejauhmanakah pemimpin sekolah mengamalkan gaya komunikasi maklumbalas?
Sejauhmanakah pemimpin sekolah mengamalkan gaya komunikasi penerangan
kerja?
Apakah tahap motivasi guru-guru di semua sekolah rendah di daerah Lipis,
Pahang?
Adakah gaya komunikasi mempunyai hubungan dengan motivasi guru-guru?

7.0 KONSEP KOMUNIKASI


7.1 Definisi Komunikasi
Komunikasi bermaksud satu proses interaksi antara penerima dan pemberi maklumat agar
kedua-dua pihak saling memahami maksud yang ingin disampaikan. Satu proses pertukaran dan
perpindahan mesej dalam membentuk sistem kerja supaya pencapaian matlamat berlaku
terutamanya dalam organisasi perniagaan penghantaran mesej yang baik akan menentukan
kejayaan organisasi tersebut(Jaafar Muhammad, 1993). Hasil pertukaran maklumat antara keduadua pihak ini akan membawa kebaikan bersama serta organisasi. Komunikasi yang baik akan
mewujudkan suasana organisasi yang diingini oleh semua individu serta meningkatkan hubungan
erat antara organisasi dengan individunya. Guffey & Almonte(2010) mengatakan komunikasi
ialah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain
(penerima) tanpa mengubah kandungannya.
7.2 Gaya Komunikasi
Gaya komunikasi pula stail interaksi yang digunakan oleh individu-individu yang terlibat
dalam sesebuah perbincangan bagi tujuan mendapatkan maklumbalas. Penggunaan gaya
komunikasi terpilih bergantung kepada faktor situasi serta tahap kesegeraan respon kepada
menghantar mesej. Antara gaya komunikasi yang sering digunakan dalam interaksi seseorang
pemimpin sekolah adalah gaya ekspresi positif dan negatif, gaya arahan kerja, gaya maklumbalas
dan gaya penerangan kerja.

7.3 Definisi Pemimpin Sekolah


Pemimpin sekolah merupakan orang yang paling memainkan peranan penting dalam
pentadbiran sekolah iaitu guru besar. Menurut Azizi Yahya (2006), Guru besar adalah individu
yang paling utama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan berlaku di
peringkat sekolah. Manakala(Hussein, 1993) menyatakan guru besar mengurus segala hal di
sekolah termasuk menyelia, membimbing, memotivasikan guru, menjadi tunjuk ajar, dan
membantu menyelesaikan masalah. Selain itu, guru besar adalah individu yang memainkan
peranan penting untuk meningkatkan tahap psikologi guru dalam mewujudkan persekitaran
sekolah yang berkualiti dan berkesan(Lokman Mohd Tahir, 2008).
7.4 Definisi Motivasi
Motivasi adalah sesuatu yang memberi semangat secara tidak langsung kepada individu
untuk bergerak ke hadapan lagi. Gibson et al. (1996), menyatakan bahawa motivasi merupakan
konsep yang digunakan untuk menggambarkan dorongan-dorongan yang timbul dalam diri
seseorang individu yang kemudian menggerakkan dirinya untuk bertindak. Menurut Nawawi
(2003), motivasi adalah sesuatu yang mendorong atau menjadi penyebab kepada seseorang
melakukan suatu perbuatan atau kegiatan dengan baik.

8.0 KERANGKA KONSEP KAJIAN


Kerangka konsep bagi kajian ini dibina berdasarkan teori komunikasi serta model yang
dibangunkan oleh Harold Lasswell pada tahun 1948. Model Lasswell muncul dalam
perkembangan pembelajaran Laswell tentang propaganda politik ini merupakan pandangan
umum tentang komunikasi. Dengan menjawab kepada persoalan-persoalan seperti who says
what in which channel to whom with what effect?
Konsep Model Lasswell sama dengan model Aristoteles iaitu sama-sama menekankan
pada

elemen

speaker(penghantar

maklumat),

message(saluran

maklumat

dihantar),

audience(penerima maklumat) dan effect(kesan akibat menerima maklumat) Lasswell &


Aristoteles sama-sama melihat komunikasi sebagai proses satu arah dimana inidividu
dipengaruhi oleh individu lain sebagai akibat dari penghantaran maklumat(Ruben, 1992).

Pemimpin
Sekolah
Guru Besar

Gaya
Komunikasi
Ekspresi Positif
Ekspresi Negatif
Arahan Kerja
Maklumbalas
Penerangan Kerja

Tahap
Motivasi

Guru-Guru

Rajah 1: Model Komunikasi Lasswell (diubahsuai)

Berdasarkan model komunikasi dalam rajah 1, pemimpin sekolah perlu bijak dalam soal
penggunaan gaya-gaya komunikasi berdasarkan situasi organisasi sekolah. Penggunaan gaya
tertentu boleh memberi impak yang diluar jangka kepada guru-guru dibawah pentadbiran. Guruguru di sekolah mengaggap pemimpim sekolah sebagai ketua mereka dalam segala urusan
pendidikan serta pakarujuk kepada ketidakfahaman yang wujud. Maka gaya komunikasi yang
sesuai digunakan oleh pemimpin sekolah akan memberi motivasi kepada guru-guru dalam
menjalankan semua tanggungjawab yang diarahkan. Sehubungan itu, komunikasi berkait rapat
dengan gaya(Shukri, 1998 & 2004), kaedah dan strategi yang digunakan oleh pemimpin semasa
menjalankan tugas formal dan tidak formal mereka(Ezhar Tamam, 1999).

8.0 TINJAUAN LITERATUR


Kajian yang dijalankan oleh Sharifah Baharum dan rakan-rakanya bertujuan untuk

melihat hubungan jenis komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan
komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Kajian ini telah dijalankan di kalangan 155
orang kakitangan di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam dengan menggunakan alat
ukuran psikometrik iaitu alat ukuran proses komunikasi, Minnesota SatisfactionQuestionaire
(MSQ), Organizational Commitment Quetionaire (OCQ), dan soal selidik ke atas penilaian
prestasi.

Dapatan

kajian

menerangkan

bahawa

kesemua

jenis

komunikasi

(komunikasi ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah) memberi


kesan positif kepada kepuasan kerja sebaliknya tidak mempunyai hubungan
langsung dengan prestasi kerja oleh kakitangan di IPTA. Hanya jenis komunikasi

mendatar dan jenis komunikasi ke bawah sahaja yang mempunyai hubungan langsung dengan
komitmen kakitangan terhadap organisasi tetapi jenis komunikasi ke atas didapati tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Dengan ini, unsur
komunikasi pihak atasan memainkan peranan yang penting dalam kepuasan dan komitmen
subordinat dalam sesebuah organisasi.
Mohd Khadri (2003) dalam kajian meninjau persepsi pensyarah terhadap gaya
komunikasi pengetua maktab perguruan dan hubungannya dengan kepuasan bekerja pensyarah.
Kajian yang melibatkan 180 orang pensyarah dari tiga buah maktab perguruan mendapati
bahawa gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua maktab perguruan mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kepuasan bekerja pensyarah tetapi gaya komunikasi tersebut
agak lemah dalam mempengaruhi kepuasan bekerja pensyarah-pensyarahnya. Gaya komunikasi
ekspresi negatif adalah bukan gaya komunikasi yang diamalkan oleh ketiga-tiga pengetua di
maktab perguruan tersebut.
Kajian oleh Yasin, M. A. dan rakannya bertujuan untuk mengenalpasti gaya komunikasi
guru besar dan hubungannya dengan motivasi guru di 11 buah sekolah kebangsaan zon Tangkak
Ledang. Responden kajian terdiri daripada 159 orang guru sekolah kebangsaan dan data
dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Data yang dikumpul
kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Packages for Social Science (SPSS)
Versi 11.5 untuk pengiraan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menerangan bahawa
gaya komunikasi penyertaan paling banyak diamalkan sementara gaya komunikasi konsultasi
paling kurang diamalkan oleh guru besar di sekolah-sekolah kebangsaan zon Tangkak, Ledang.
Analisis data menunjukkan bahawa gaya komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan
penyertaan sangat mempengaruhi dengan motivasi guru-guru di semua sekolah kebangsaan di
zon tersebut. Motivasi seseorang guru juga dipengaruhi oleh cara berhubung dalam apa jua
situasi oleh guru besarnya. Maka adalah pentingnya penggunaan gaya komunikasi oleh
pemimpin sekolah dalam menjayakan semua perancangan dan mencapai matlamat sekolah.
Berdasarkan satu rumusan yang diterjemahkan oleh J.A Lee (dalam Gerald
M.Goldhaber, 1983) secara amalannya dalam menghasilkan satu hubungan
komunikasi yang berkesan dalam organisasi pemimpinnya perlukan kepercayaan
penuh ke atas para pekerja dengan mereka melaksanakan sesuatu tugas yang

diberikan kepada mereka dijalankan dengan penuh bertanggungjawab dengan


segala pendedahan serta inputnya telah diberi. Pemimpin juga perlu menggalakan
para perkerjanya untuk mengambil bahagian dalam melakukan tugas mereka
dengan sendiri. Tambahan, pemimpin juga menyediakan suasana organisasi dengan
unsur-unsur seperti menyokong, mempercayai, keyakinan diri, bersifat terbuka dan
berfokuskan kepada pencapaian objektif supaya perjalanan pengurusan organisasi
lebih teratur dan terancang.

Menurut Swets, P.W.(2008) menyatakan bahawa seseorang pemimpin sekolah perlu


memiliki ciri-ciri seperti sesuaikan diri dengan kawasan berkomunikasi, pandai menawan hati
pendengar, berintraksi sebagai seorang profesional dan tidak memihak kepada mana-mana
fahaman politik dalam menghantar pesanan kepada guru, murid dan masyarakat yang terlibat
dengan sistem pendidikan. Pemimpin sekolah juga perlu berkomunikasi dengan lebih berkesan
supaya guru, pelajar, ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat memahami dan memberi sokongan
dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebalikya pemimpin sekolah gagal
untuk berkomunikasi dengan baik, maka maklumat yang salah disampaikan menyebabkan
kegagalan mencapai objektif berlaku dalam sekolah. Maka cara berkomunikasi dengan individuindividu yang terlibat dalam sistem pendidikan oeh pemimpin sekolah juga memberi impak
kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah.
Arlestig, H. (2008) dalam kajian hubungan antara struktur organisasi serta budaya
komunikasi pengetua dengan guru-guru dalam suasana sekolah di Sweden, mencari kebenaran
bahawa komunikasi antara pengetua dan guru-guru memberi kesan dan mencerminkan pengetua
dan guru kerja ke arah mencapai objektif kurikulum negara Sweden. Data dikumpulkan dengan
menggunakan soal selidik dan menjalankan temubual dengan guru-guru serta pengetua di 24
sekolah terpilih. Penemuan kajian menerangkan bahawa komunikasi guru-guru dengan pengetua
adalah tidak tegang dan bermesra dan komunikasi ini ke arah aktiviti harian yang berlaku dalam
sekolah sahaja. Hal ini memperkukuhkan lagi dengan gaya komunikasi maklumbalas dalam
aspek pedagogi, dapatan semasa lawatan ke kelas yang diamalkan oleh pegetua dihargai oleh
guru-gurunya. Amalan sebegini, membantu meningkatkan proses komunikasi antara pengetua
dan guru-guru yang turut meningkatkan kepuasan kerja guru-guru di sekolah dalam negara
Sweden.

Yasin, M. A. et al. yang mengkaji untuk mengetahui gaya komunikasi guru besar dan
tahap komitmen guru-guru di 3 buah sekolah di Kota Bahru Kelantan. Kajian yang melibatkan
108 orang guru dengan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa gaya komunikasi equalitarian diamalkan pada tahap tinggi oleh guru
besar, manakala gaya kawalan diamalkan pada tahap rendah. Hubungan antara gaya komunikasi
guru besar dan komitmen guru juga dikenalpasti. Gaya komunikasi yang diamalkan oleh guru
besar di tiga buah sekolah menyebabkan komitmen guru-guru adalah sangat tinggi. Dengan ini,
gaya komunikasi yang sesuai berdasarkan situasi digunakan oleh guru besar menyebabkan
komitmen guru-guru terhadap sekolah mereka agak baik. Beberapa cadangan juga dikemukakan
dengan guru besar dan guru-guru perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan
mengikuti beberapa kursusnya.
Boon, Y. et al. dalam kajian pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar dan
hubungannya dengan kepuasan bekerja di Johor Bahru, membuktikan bahawa kepuasan kerja
guru-guru turut dipengaruhi oleh gaya komunikasi yang diamalkan oleh guru besar. Kajian ini
melibatkan 178 orang guru dengan soal selidik digunakan untuk mengumpul datanya. Dapatan
kajian menerangkan bahawa hampir semua gaya komunikasi digunakan dalam kepimpinan guru
besar di daerah ini dan gaya ekspresi positif dan ekspresi negatif paling banyak diamalkan.
Tambahan, kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya
komunikasi guru besar mengikut jantina, etnik dan jenis sekolah.
Kajian oleh Ismail Sualman, (2001) yang bertujuan melihat persepsi dan kesan
komunikasi ke atas ketaatan, personaliti, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan
kakitangan akademik dan bukan akademik dari Universiti Teknologi MARA. 1690 orang
responden telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komunikasi
mempengaruhi kataatan, personaliti, motivasi dan kepuasan kerja setiap kakitangan akademik
dan bukan akademik. Interaksi oleh pemimpin univesiti yang sihat membentuk motivasi serta
kepuasan kerja yang tinggi kalangan pekerjanya. Ini selaras dengan penyataan bahawa pekerja
yang komited dan bermotivasi selalunya mempunyai kecenderungan untuk terus bekerja dan
setia kepada ketuanya (Porter & Steers 1983).
Secara kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa proses komunikasi dalam apa sahaja gaya
yang diamalkan oleh pemimpin sekolah adalah merupakan sebahagian daripada aspek psikologi

10

yang penting untuk dikaji secara berkala. Hal ini kerana komunikasi mempunyai hubungan yang
baik dengan gelagat-gelagat individu dalam organisasi. Pemimpin perlu memberi fokus dalam
bidang komunikasi ini sepertimana aspek pengurusan yang lain demi mengekalkan motivasi para
guru serta staf sokongan di sekolah supaya mereka sentiasa memberi komitmen yang tinggi
dalam mencapai objektif sekolah.

9.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat apakah gaya komunikasi yang diamalkan oleh
pemimpin sekolah dan hubungannya dengan motivasi guru-guru di sekolah. Maka, reka bentuk
kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Instrumen kajian iaitu
soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian akan digunakan dalam kajian ini. Ia digunakan
untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada responden kajian. Soal selidik lebih
praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian dengan kadar perbelanjaan yang
sederhana (Majid Konting, 2000).
Soal selidik bagi kajian dibentuk berpandukan kepada objektif kajian yang ingin dicapai,
pembacaan dari kajian-kajian lepas dan daripada buku-buku mengenai amalan komunikasi
olehpemimpin dalam organisasi. Bahagian A adalah mengenalpasti faktor-faktor demografi
sampel kajian. Bahagian B untuk melihat gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin
sekolah serta bahagian C untuk mengumpul maklumat mengenai tahap motivasi guru-guru di
sekolah.
Populasi kajian adalah guru-guru di daerah Lipis, Pahang. Persampelan kelompok
digunakan dalam memilih sampel mengikut zon-zon yang terdapat dalam daerah Lipis. Data
kajian akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 18.0. Analisis min dan peratus dilakukan untuk melihat gaya komunikasi pemimpin
sekolah dan motivasi guru manakala korelasi Pearson dilakukan untuk melihat hubungan antara
gaya komunikasi pemimpin sekolah dengan motivasi guru-guru di sekolah.

11

10.0 KESIMPULAN
Dalam mewujudkan suasana kerja yang bermesra dalam sekolah peranan pemimpin
sekolah amat penting. Ia akan mencorakkan sikap dan tingkah laku guru-guru di bawah
pentadbirannya. Amalan gaya komunikasi oleh pemimpin sekolah jelas dapat meningkatkan
tahap motivasi di kalangan guru-guru di sekolah. Seterusnya, hal ini akan membantu kepada
sekolah mencapai kecemerlang dalam pendidikannya. Gaya komunikasi yang diamalkan juga
boleh dianggap sebagai faktor penting dalam kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini akan
member sedikit sebanyak

maklumat

tentang keberkesanan gaya

komunikasi dalam

memotivasikan para guru di sekolah.

12

11.0 RUJUKAN

Helena Arlestig, (2008). Communication Between Principals And Teachers In Successful


Schools. Sweden: Fakulti Sains Sosial, Umea Universiti.
Ismail Sualman, (2001). Persepsi Dan Komunikasi: Kesannya Ke Atas Ketaatan, Personalit,
Motivasi Dan Kepuasan Kerja. Shah Alam: Biro Penyelidikan Dan Perudingan,
Universiti Teknologi Mara.
Law Huong Mel, (2002). Hubungan Gaya Komunikasi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru.
Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.
M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Azmi Bin Hussain. Gaya Komunikasi Guru Besar Dan
Komitmen Guru-Guru Di Tiga (3) Buah Sekolah Daerah Kota Bharu Kelantan. Johor:
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Noraini Hayati Bt Ahmad. Gaya Komunikasi Guru Besar Dan
Hubungannya Dengan Motivasi Guru: Kajian Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon
Tangkak, Ledang. Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Khadri, (2003). Gaya Komunikasi Pengetua Dan Hubungannya Dengan Kepuasan
Bekerja Pensyarah Di Maktab Perguruan. Tesis Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Paul W. Swet, (2008). Communication Mistakes School Leaders Make And How To Avoid
Them. http://www.sagepub.com/upm-data/25868_081218_Ramsey_ch1.pdf [22 Oktober
2013)
Saodah Wok & Junaidah Hashim. Perception Of Young Employees On Communicating And
Sharing Working Relationships With Older Employees In Higher Learning Institutions In
Malaysia. Malaysian Journal Of Communication, Jilid 28(2): 51-71.
Sharifah Baharum, Joki Perdani Sawai & R. Balan Rathakrishnan. Hubungan Antara
Komunikasi Dalam Organisasi Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja Dan Komitmen
Kerja. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Yusof Bin Boon & Azizah Binti Ghazali. Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Hubungannya
Dengan Kepuasan Bekerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru,
Johor. Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai