Anda di halaman 1dari 2

(1) Al-Quran Menjana Kecemerlangan Hidup

Ayat kefahaman (Surah Al-Baqarah, ayat 1-5) :


Maksud ayat : Alif,Lam,Min.(1) Kitab Al-Quran ini,tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya),ia pula menjadi
pentujuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2), iaitu orang yang beriman kepada
perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan
(mendermakan ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3). Dan
orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai
Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka
yakin akan (adanya) hari Akhirat ( dengan sepenuhnya ) (4). Mereka itulah yang
tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang yang
berjaya(5).

Al-Quran panduan hidup mukmin


- Kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
melalui Jibril.
- Menjadi panduan hidup manusia yang lengkap sehingga hari Kiamat
- Orang yang mengamalkan ajaran Al-Quran dijamin keselamatan di
dunia dan akhirat.
Konsep takwa
- Bertakwa kepada Allah bermaksud mengawal diri daripada melakukan
perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya
dan meninggalkan segala larangan-Nya.
- Mukmin bertakwa sentiasa melakukan perkara yang dituntut oleh
syarak dan perkara yang diredhai Allah dengan ikhlas dan bersungguhsungguh.
Ciri-ciri mukmin bertakwa
1. Beriman dan beramal dengan ajaran Al-Quran.
2. Beriman dengan hari akhirat.
3. Beriman dengan perkara ghaib.
4. Menunaikan solat lima waktu.
5. Beriman kepada kitab-kitab asal yang diturunkan kepada rasul-rasul
terdahulu yang tidak diubah.
6. Membelanjakan sebahagian rezeki ke jalan Allah.
Kelebihan orang yang bertakwa
1. Dikasihi dan diredhai oleh Allah.
2. Beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
3. Menjadi orang yang berilmu dan beramal.
4. Menjadi pemimpin yang berjaya dan berwawasan.
5. Melahirkan ahli perniagaan yang berdaya saing dan berwawasan.
6. Sentiasa redha serta tabah menghadapi ujian hidup.

7. Tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan unsur-unsur negatif.


Kelebihan sifat takwa kepada pelajar
1. Rajin mengulangkaji pelajaran.
2. Sentiasa menunaikan solat pada waktunya.
3. Membaca dan memahami Al-Quran.
4. Berakhlak mulia.
5. Meninggalkan perbuatan yang boleh mendorong kita melakukan
maksiat dan perbuatan keji.
6. Bersifat jati diri dan berdaya saing.