Anda di halaman 1dari 2

Memburu kecantikan menurut perspektif Islam

Menurut Kamus Dewan (2005:245) mendefinisikan cantik sebagai angat menarik


apabila dipandang yang selalunya dikatkan dengan perempuan, rupa muka,
bangunan, benda , pemandangan dan lain-lain. Dalam istilah bahasa arab
kecantikan ialah Jamal. Manakala dalam bahasa Inggeris ialah beauty dan bahasa
Mandarin pula ialah pio liang.
Selalunya orang akan membuat penilaian kecantikan seseorang pada luaran sahaja.
Namun criteria penilaian yang ditetapkan oleh Allah adalah lebih baik. Allah s.w.t
menjelaskan dalam surat Hajurat: 13 menyatakan sesungguhnya semulia-mulia
insan disisi Allah ialah orang yang lebih tinggi takwanya diantara manusia atau
bangsanya. Kecantikan daripada dalaman dan luaran seseorang sebenarnya sifat
takwa yang memuliakan insan itu sendiri.
Kecantikan hakiki menurut pandangan Islam merangkumi kecantikan dalaman dan
luaran yang mengutamakan soal-soal kebaikan mampu membentuk dan membina
karakter dan personaliti seseorang. Kecantikan yang sering dipandang sudah tentu
dikenali sebagai akhlak terpuji.
Menurut perpektif Islam, kecantikan hakiki adalah bagaimana seseorang itu
menghayati hidup beragama. Penghayatan hidup beragama yang bermaksud dari
segi aspek kepercayaan dunia seperti kerpercayaan ,ibadat , dan kegiatan harian.
Dalam Islam penghayatan agama memandu kehidupan manusia tenang dengan
mematuhi segala perintah Allah.
Namun pada era moden teknologi kini, umat Islam khususnya wanita menggangap
bahawa kecantikan sebenarnya hanya menjaga kecantikan paras wajah .
Malangnya, segelintir wanita Islam sanggup melakukan apa sahaja demi tampil
cantik pada wajah. Apa yang menyedihkan, ada yang sanggup berbelanja tinggi
untuk menjalani pembedahan pada wajah. Malahan pula, ada yang menggunakan
kaedah yang bertentangan dalam Islam. Antara jalan muda yang menjadi berita
sensasi ialah penggunaan botox. Selain botox , segelintir wanita turut dikelirukan
dengan penggunaan unsur serbuk emas 24 karat di dalam rawatan muka.
Malahan ada segolongan wanita tertipu dengan penggunaan susuk serta jampi
serapah atau mentera menjadi pilihan semata-mata untuk kelihatan muda. Menurut
penceramah bebas, Datin Siti Nor Bahyah Mahamood pernah menjelaskan, Islam
tidak melarang umatnya kepada kecantikan namun cara tampil kecantikan perlu
mengikut garis panduan uang dibenarkan dalm hukum syarak.
Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan
syubhah kerana ia diyakini mengubah kejadian Allah serta menyimpang daripada
ajaran Allah. Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan mengharamkan
penggunaan suntikan Botox (Botulinum Toxic A). Menurut Jawatankuasa Majlis
Fatwa Kebangsaan telah memutuskan, suntikan botox untuk tujuan kosmetik
adalah haram kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
Saya pernah membaca satu artikel menarik yang mengisahkan tentang Lauren
Booth iaitu adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang telah memeluk

Islam. Sebelum memeluk Islam , beliau menyatakan rambut perang yang cantik
merupakan satu aset kebanggaannya untuk membuat orang terpukau. Namun
melalu Islam, Lauren menemui erti kecantikan dalaman. Pada suatu hari si anakanak Lauren bertanya kepada ibunya selepas ini ,adakah ibu akan mendedahkan
payudara untuk orang tengok?.Lauren terkejut tidak menyangka soalan itu
terpancul dari mulut anak-anaknya.Nampaknya anak-anak malu melihat ibu mereka
mendedahkan lurahan bagi aset utama wanita. Lalu Lauren menjawab dengan
menjelaskan pertanyaan mereka bahawa Islam melarang golongan wanita
mendedahkan bahagian tertentu pada badan kerana ia adalah melihatkan aib
seseorang. Anaknya pun memberi jawapan yeah!! kami suka Islam. Dapatlah
disimpulkan kecantikan bukan pada fizikal semata-mata tetapi pada keperibadian
seseorang.
Islam mempunyai tatacara dam menjaga kecantikan. Islam meletakkan kecantikan
adalah satu usaha membentuk kehidupan yang selamat dan bukannya membawa
kepada malapetaka atau bahaya. Begitu indahnya Islam. Menurut perpektif barat,
kecantikan itu adalah untuk mendapat pengiktirafan luaran. Maka kecantikan itu
digunakan dalam bentuk pertandingan. Jelas dilihat setiap tahun adanya keluaran
Miss Universe setiap tahun. Mereka yang menaja acara tersebut akan mendapat
habuan yang mengguntungkan. Hal ini disebabkan kecantikan yang sedia ada akan
mempengaruhi lebih ramai wanita untuk menggunakan barangannya, maka
kesempatan diambil oleh pengeluar untuk menandatangani kontrak pengiklanan
atau duta barangan dengan pemenang. Tidakkah anda berfikir wanita dieksplotasi
semata-mata kerana kecantikan mereka miliki?. Kesimpulannya Islam tidak
menafikan kecantikan dan keindahan pada luaran.Dalam usaha memburu
kecantikan, sabda Nabi s.a.w yang menjadikan panduan umat Islam Sesungguhnya
Allah s.w.t adalah Maha Indah dan menyukai Keindahan.

http://bicaraikhlas.blogspot.com/2012/05/memburu-kecantikan-menurutperspektif.html

Anda mungkin juga menyukai