Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JANUARI 2013

LAPORAN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6
(BENGKEL)

TEMA

: GURU INOVATIF

TAJUK

: CIRI-CIRI GURU INOVATIF

TARIKH

: 12 JULAI 2015 (AHAD)

MASA

: 2.00 4.30 PETANG

TEMPAT

: BILIK BESTARI, IPGKSM

PENCERAMAH

: PN. RUZINAR BINTI IBRAHIM

ANJURAN

: PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2013


SEMESTER 6

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6,


BENGKEL CIRI-CIRI GURU INOVATIF

Bagi memenuhi syarat-syarat kursus Program Ijazah Sarjana Muda


Perguruan (PISMP), Program Bina Insan Guru ini secara rasionalnya telah
diadakan untuk semua guru pelatih semester enam ambilan Januari 2013 barubaru ini. Pada kali ini, program BIG ini berbentuk bengkel yang bertajuk Ciri-ciri
Guru Inovatif.
Objektif program ini adalah guru pelatih dapat

memahami dan

mengenalpasti ciri-ciri guru yang berinovatif, menghayati dan menampilkan ciriciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan, mempamerkan daya ketahanan
dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial serta meningkatkan
profesionalisme kendiri secara berterusan.
Semua guru pelatih semester enam telah diberikan taklimat tentang
kursus Bina Insan Guru Fasa Enam oleh pensyarah di Dewan Al-Khindi. Guru
pelatih dikehendaki untuk membentuk satu jawatankuasa dan merancang serta
mengadakan bengkel yang berkaitan dengan ciri-ciri guru yang inovatif. Selepas
taklimat tersebut, pemilihan pihak jawatankuasa telah dilakukan. Pihak
jawatankuasa program itu telah bermesyuarat sebanyak 2 kali untuk memastikan
program itu dijayakan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Semua pihak
telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.
Pada 12 Julai 2015, satu Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6, iaitu
Bengkel Ciri-ciri Guru Inovatif telah berjaya diadakan dengan kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat. Bengkel itu diadakan dari pukul 2.00 petang
hingga 4.30 petang di Bilik Bestari, IPG Kampus Sultan Mizan. Semua pelajar
semester 6 diwajibkan untuk menghadiri bengkel itu.
Pada hari itu, peserta mendaftarkan diri pada pukul 1.50 petang. Semua
peserta mengambil tempat duduk masing-masing semasa menyambut ketibaan
penceramah. Selepas ketibaan penceramah, maka bermulalah Bengkel Ciri-ciri

Guru Inovatif. Bengkel itu telah dikendalikan oleh seorang penceramah


jemputan, iaitu Puan Ruzinar binti Ibrahim yang merupakan seorang Guru
Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kerandang. Beliau mengajar mata pelajaran
Sains di sekolah tersebut dan telah menimba pengalaman yang luas dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pencapaian cemerlang dalam
bidang pendidikan dan gelaran beliau sebagai Guru Cemerlang, beliau telah
menjadi pilihan utama penceramah kepada kami untuk program Bina Insan Guru
itu.
Pada permulaannya, Puan Ruzinar memperkenalkan diri dan menjelaskan
tentang latar belakang beliau. Beliau menceritakan pengalaman beliau sebelum
dan selepas mengajar di sekolah serta berkongsi pengalaman dalam bidang
pendidikan. Beliau juga berkongsi pengalaman beliau dalam permohonan untuk
menjadi guru cemerlang dan memberikan maklumat kepada kami dengan
menunjukkan slaid.
Beliau telah menerangkan cara membuat permohonan untuk menjadi guru
cemerlang. Beliau telah menunjukkan kriteria-kriteria dan langkah-langkah bagi
memohon guru cemerlang melalui slaid yang disediakan. Beliau telah
menunjukkan gambar dan sijil yang dikumpulkan sepanjang perkhidmatan di
sekolah. Sijil-sijil penting itu diletakkan dalam fail dengan kemas dan sistematik
serta dilabelkan dengan jelas. Beliau menjelaskan bahawa dokumen-dokumen
tersebut amat penting sebagai bukti sumbangan kami terhadap bidang
pendidikan dan membuktikan kami berlayak untuk menjadi guru cemerlang.
Kemudian, Puan Ruzinar menerangkan proses-proses semasa dinilai oleh
pihak tertentu. Beliau menjelaskan bahawa beliau menghadiri beberapa kursus
dan juga membuat penyediaan yang lengkap untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Beliau telah berusaha untuk menunjukkan
kebolehan dan bakat diri sendiri serta menjawab sebarang soalan yang
dikemukakan dengan baik.

Semasa sesi soal jawab, komunikasi dua hala telah berlaku. Peserta
program telah bertanya beberapa soalan kepada penceramah. Penceramah
tidak jemu untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan telah memberikan
jawapan yang bererti kepada peserta program.
Penceramah juga memberikan nasihat kepada para peserta program
pada akhir bengkel itu. Beliau mengatakan bahawa guru haruslah mempunyai
aspek mental dan fizikal yang kuat dalam perjalanan ke arah gelaran sebagai
guru cemerlang. Beliau juga menasihati kami supaya beryakin diri dalam
menunjukkan penampilan diri dan berkongsi ilmu antara satu sama lain agar
menjadi panduan untuk kejayaan kami.
Setelah itu, program diteruskan ke majlis penutupan. Sesi penyampaian
cenderahati

kepada

penceramah

jemputan

diadakan

sebagai

tanda

penghargaan atas khidmat yang diberikan sepanjang bengkel itu berlangsung.


Selepas penyampaian cenderahati, para peserta dan penceramah jemputan
menikmati makanan yang disediakan.
Akhir kata, kami amat bersyukur kerana program yang dirancang ini
berjalan

dengan

lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Penceramah telah banyak memberikan input kepada kami tentang peranan dan
tanggungjawab sebagai guru yang cemerlang. Semoga program ini dapat
menjadi panduan kepada semua guru pelatih dalam permohonan sebagai guru
cemerlang dan menjadi seorang guru yang inovatif di sekolah kelak. Program ini
telah banyak mendatangkan manfaat dan faedah kepada kami dalam bidang
pendidikan supaya kami akan memberikan khidmat dan sumbangan yang tidak
terhingga di dalam dunia pendidikan.

GAMBAR-GAMBAR BENGKEL CIRI-CIRI GURU INOVATIF

Gambar 1: Peserta program mengambil tempat duduk di Bilik Bestari.

Gambar 2: Pengerusi majlis memberi ucapan aluan.

Gambar 3: Penceramah jemputan program, Puan Ruzinar binti Ibrahim.

Gambar 4: Puan Ruzinar memberi ceramah dan berkongsi pengalaman.

Gambar 5: Para peserta mendengar ceramah yang diberikan.

Gambar 6: Puan Ruzinar menunjukkan fail-fail yang penting.

Gambar 7: Peserta mengemukakan soalan kepada Puan Ruzinar.

Gambar 8: Puan Ruzinar menjawab soalan peserta dan berkongsi pengalaman.

Gambar 9: Para peserta menumpukan perhatian semasa sesi soal jawab.

Gambar 10: Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Puan Ruzinar.

Anda mungkin juga menyukai