Anda di halaman 1dari 4

01.

05pm

Selamat datang diucapkan kepada guru-guru dan staff ke Jamuan


Sempena Hari Guru dan Hari Pekerja. Sebelum saya memulakan
majlis, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Guru kepada semua warga guru SKDDH. Semoga
semua guru dapat beri tunjuk ajar pada saya yang masih baru
dalam dunia pendidikan.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Harum semerbak si bunga melur,
Mekar di taman dijamah suria,
Senyum dikuntum salam dihulur,
Lafaz Bismillah teraju citra.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


1. Yang Berbahagia, Dato Yusof bin Jantan,
Yang Di-pertua PIBG SK Dato Demang Hussin.
2. Yang berusaha, Puan Hjh Hasmah binti Hj. Hitam
Guru Besar SK Dato Demang Hussin.
3. Yang dihormati, Barisan guru Penolong Kanan,
En. Hussin bin Abu Noh,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Seren bt. Abd.Aziz
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
En. Abdul Rahman b. Abd Aziz,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Puan Suriani binti Atan,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Puan Marhani binti Mohamad,
Pengerusi Kelab Guru SKDDH 2014,
Seterusnya ahli jawatankuasa kelab guru, rakan-rakan guru dan

staf- staf sokongan yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan
luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul sempena majlis
Jamuan

Jamuan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi tahun 2015.


Hadirin yang dimuliakan,
Sebelum kita menjamu selera, saya mewakili guru-guru dan staff
sokongan mengucapkan terima kasih pada Puan
_____________________________ kerana menaja makanan
kami pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hazeriza
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
----------------------bacaan doa-----------------------Amin, amin ya rabbal alamin. Terima kasih Ustaz Hazeriza di atas
bacaan doa itu tadi.
Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera
Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.

Ucapan

Hadirin sekalian,
Setelah kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan
menyelerakan, kita ke acara selanjutnya.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Yang Berusaha Puan Guru Besar, Pn. Hjh. Hasmah


binti Hj. Hitam untuk menyampaikan ucapan.
--------------ucapan Guru Besar --------Terima kasih diucapkan Guru Besar, Pn. Hjh Hasmah bt. Hj Hitam
di atas ucapan tersebut.
Ucapan PIBG
Hadiah
Sukaneka

Hadirin sekalian,
Seterusnya adalah keputusan dan penyampaian hadiah
pertandingan sukaneka yang telah diadakan pada
Sambutan Hari Guru bersama murid-murid pada pagi tadi.
Dengan itu, majlis mempersilakan
................................................................ untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Berikut adalah keputusan pertandingan sukaneka
acara.........................
(rujuk lampiran keputusan)

Hadiah PIBG

Hadirin sekalian,
Guru adalah antara insan yang sangat bererti buat kita.
Tanpa mereka, mungkin sukar kita bayangkan di manakah
kita pada hari ini. Tidak lupa juga staff sokongan yang turut
berkhidmat dalam membantu menguruskan hal ehwal
pejabat, guru serta dalam pengurusan murid. Oleh itu, bagi
menghargai jasa, berikut merupakan hadiah daripada
pihak PIBG dengan berbesar hati memberi sedikit
penghargaan kepada guru-guru dan staff.

Bagi menyempurnakan atur cara, majlis


menjemput ............................................................. untuk
menyampaikan hadiah.
Dengan itu, majlis mempersilakan (rujuk lampiran)
........ penyampaian hadiah...
Majlis mengucapkan terima kasih
kepada ................................................................ atas
Penukaran
hadiah

kesudian menyampaikan hadiah.


Tanpa kita melengahkan masa lagi, kita berganjak ke
acara kemuncak kita pada hari ini, sesi pertukaran hadiah.
Dijemput En. Hussin bin Abu Noh untuk memulakan acara
sebagai tanda perasmian pertukaran hadiah sempena
Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 2015.
-------- bagi hadiah---Dengan ini, guru-guru serta staff boleh menyampaikan
hadiah kepada pasangan masing-masing.
Dengan berakhirnya pertukaran hadiah tadi, maka
berakhirlah jamuan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi tahun
2015. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Puan
_________________ kerana menaja makanan pada hari
ini, serta jutaan terima kasih kepada guru-guru yang
memberi kerjasama dalam menjayakan sambutan Hari
Guru. Saya mewakili ahli Kelab Guru memohon maaf
sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada pihak
kami. Sekian, Terima kasih.