Anda di halaman 1dari 20

SEBAB-SEBAB TAMADUN ISLAM LEBIH

MAJU BERBANDING TAMADUN BARAT.

Muhammad Aidil Zuhair B. Zakariya


AM 93471

AKHLAK DAN KEPERIBADIAN MULIA


Secara kasar tamadun Islam lebih
mementingkan akhlak keperibadian
mulia setiap insan tanpa
membezakan setiap bangsa. Namun
tamadun barat lebih mementingkan
kepada keuntungan atau lebih tepat
materialistik (kebendaan) walaupun
soal ahklak insan terbiar.

M E N G A M A L KA N C I R I R A B B A N I
Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam di dasari
oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber,
matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan
ketetapan Allahyang terkandung dalam al-Quran. Ciri
ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama
dalam masyarakat Islam. Pembezanya hanyalah iman
dan takwa, bukan warna kulit, pangkat, keturunan dan
kekayaan. Ia menjadi tunggak utama Tamadun Islam
dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun
lain.

B E R S I FAT U N I V E R S A L I A I T U L U A S
D A N T E R B U KA
Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat
dan tempoh tertentu, bahkan Tamadun Islam milik seluruh
manusia yang berpegang kepada Ad Din islam. Ini bermakna
Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ia juga
menepati keperluan dan peredaran zaman. Tamadun Islam
berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan
kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dengan ciri ini
terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk
membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.

B E R P E G A N G K E PA D A P R I N S I P YA N G
T E TA P
Tamadun Islam mempunyai prinsip yang tetap dan
tidak berubah pada sasaran dan matlamat
pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan
teknik pelaksanaanya. Islam memberi kebebasan dari
sudut merealisasikan tamadun pada setiap bangsa
yang berbeza dengan mengambil kira matlamat yang
harus di capai, bukan kemajuan dari sudut kebendaan
semata-mata.

B E R S I KA P I D E A L D A N R E A L I S T I K
Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat
kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai
dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh
kegiatan agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah
SWT. Ciri realistik mengambil kira kehidupan manusia di
alam sejagat dengan kepercayaan bahawa alam sejagat
merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata.
Dunia nyata adalah antara bukti kewujudan Allah SWT
yang Maha Pencipta.

M E N Y E LU R U H D A L A M S E G A L A
ASPEK.
Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk
aspek akidah, syariat (undang-undang) dan akhlak. Demikian
juga hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan sesama
manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ia juga
merupakan satu seruan keadilan untuk semua manusia, sama
ada Islam atau bukan Islam, musuh atau lawan dan mempunyai
hubungan keluarga ataupun tidak. Dari aspek kehakiman,
Tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada
yang empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah
Islam.

MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA


MANUSIA
Tamadun Islam menjaga kesejahteraan sesama manusia
dengan mengharamkan tuduh menuduh, mengumpat,
mengeji, mencuri dan lain-lain. Masyarakat Islam ialah
masyarakat yang universal. Ia terbuka kepada seluruh
umat manusia. Sifat universal ini memerlukan wujudnya
masyarakat yang saling berkomunikasi dengan baik dan
berdisiplin seperti pada surah surah al-Hujurat:13.

AL-HUJURAT AYAT 13

M E N J A G A H U B U N G A N M A K H LU K
DAN ALAM
Dalam membina tamadun, Islam membentuk manusia
supaya menjaga hubungan yang baik dengan makhluk lain.
Sebagai contohnya, Islam mengharamkan pembunuhan
binatang tanpa sebab yang diharuskan atau membunuh
haiwan dengan cara yang zalim dan kejam. Antara
penentuan garisan yang telah ditentukan oleh al-Quran
sebagai sumber utama Tamadun Islam dalam menjalin
hubungan harmoni antara makhluk dengan alam dapat
dilihat pada firman Allah seperti berikut:

a) Hubungan dengan binatang, surah Yasin:72,


b) Hubungan dengan tumbuh-tumbuhan, surah an-Nahl:10
-11.
c) Hubungan dengan laut, surah an-Nahl:14.
d) Hubungan dengan cakerawala, surah Ibrahim: 32 33.
Terdapat hampir 500 ayat al-Quran yang menyentuh
persoalan alam sekitar dan tanggungjawab mengurusnya.
Demikian juga Sunnah Rasulullah SAW banyak memberi
petunjuk yang menekankan kepentingan memulihara alam
sekitar

M E N J A G A K E WA R A S A N A KA L
Akal merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia.
Keistimewaan manusia berbanding makhluk lain terletak pada
akal yang sempurna dan waras. Dalam membina kemajuan dan
peradaban, akal yang waras mestilah dijaga dan diarahkan untuk
tujuan yang murni dan baik, bukan untuk membawa kemusnahan
kepada diri sendiri dan manusia lain. Justeru itu, Islam
mengharamkan segala perbuatan merosakkan akal seperti
mengambil minuman yang memabukkan, penagihan dadah dan
seumpamanya seperti yang terakam dalam surah al-Maidah: 32.

AL-MAIDAH AYAT 32

M E N J A G A D I R I D A N N YAWA
Nyawa merupakan kurnia Allah SWT untuk memberi peluang dan bekalan

kepada manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Lantaran itu, dalam


membina tamadun dan kemajuan, ajaran Islam menekankan penjagaan
nyawa manusia. Justeru jiwa dan nyawa manusia milik mutlak Allah SWT,
sedangkan manusia adalah pemilik secara nisbi sahaja, maka mereka
mestilah memelihara nyawa sendiri dan orang lain. Penekanan ini
menyebabkan Islam mengharam membunuh diri dan melakukan
pembunuhan kepada orang lain. Sehubungan itu, dalam membina
kemajuan dan peradaban, Islam juga mengharamkan tujuan kemajuan
adalah untuk kemusnahan seperti pembinaan senjata nuklear dan kimia
untuk membunuh orang lain atau membawa kehancuran.

M E N J A G A Z U R I AT D A N K E T U R U N A N
Islam mengambil berat aspek penerusan zuriat dan
keturunan dengan menekankan perkembangan keturunan
yang baik selaras dengan kemajuan. Keturunan yang baik
mestilah melalui perkahwinan. Sehubungan itu, Islam
mengharamkan segala bentuk pergaulan bebas dan
perbuatan zina. Islam juga mensyariatkan undang-undang
yang tegas bagi kesalahan zina. Syariat ini bertujuan untuk
memastikan zuriat dan keturunan manusia terpelihara sesuai
dengan kemuliaan manusia sebagai khalifah Allah.

M E N J A G A K E S E L A M ATA N H A R TA
Islam tidak menegah pengumpulan harta dan usaha untuk
mencari kekayaan. Namun Islam menekankan matlamat dan
usaha tersebut mestilah selari dengan kehendak Islam, seperti
mencari hasil yang halal dan membelanjakan harta untuk
tujuan yang baik dan diharuskan oleh syarak. Dalam membina
tamadun, Islam menekankan keselamatan harta. Justeru itu,
Islam tidak membenarkan sebarang bentuk penindasan dan
pencerobohan terhadap harta orang lain seperti mencuri,
merompak atau urus niaga yang berasaskan riba

Selain bermatlamat menjaga hubungan manusia


dengan Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar,
Tamadun Islam juga bermatlamat menjamin
keselamatan nyawa, akal, tubuh badan, harta dan
keturunan. Semua objektif ini hanyalah untuk
memperoleh keredaan Allah SWT dan kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat.

Kesimpulannya konsep tamadun menurut perspektif Islam


ialah paduan antara pembangunan material dan spiritual atau
antara kebendaan dan kerohanian dan antara memenuhi
tuntutan fitrah manusia yang bersifat jasad dan roh. Inilah
yang melayakkan Tamadun Islam menjadi tamadun yang
maju dan disegani dimata dunia. Selain itu, kita akan dapat
melihat perbezaan yang ketara antara Tamadun Islam dengan
tamadun-tamadun lain seperti Tamadun Barat

Tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian


kebendaan atau material sebagai ukuran bagi
menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun
atau sebaliknya, manakala Tamadun Islam
mengimbangi antara pembangunan material dan
spiritual. Kesyumulan Tamadun Islam diinspirasikan
dari sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Bukanlah kebaikan kepada kamu orang-orang


yang meninggalkan kepentingan duniawi untuk
akhirat. Dan tidak ada kebaikan bagi kamu orangorang yang meninggalkan kepentingan akhirat untuk
dunia, akan tetapi paling baik bagi kamu yang
mengambil dari ini dan ini (kedua-duanya secara
sepadu).
(Riwayat Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai