Anda di halaman 1dari 14

PEMARKAHAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

QGK3023
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
TUGASAN 1

Program Efektif Kesihatan Sekolah

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

MUHAMAD MADRISAM B MUHAMAD

KUMPULAN KULIAH:

D20102041822

UPSI 01 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING:

DR. ABD. RAHIM BIN MOHD SHARIFF

TARIKH SERAH:

24 NOVEMBER 2013

NO TELEFON

013 7998587

PENGENALAN
Kesihatan dan kesejahteraan sering silih berganti, tetapi ianya mempunyai makna
dalam kehidupan. Perbezaan bukan menjadi isu utama,kerana kedua-duanya meainkan
peranan untuk kehidupan seharian. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada
berkait

rapat

dengan

perubatan

istilah yang

dan menerangkan keadaan fizikal dan mental

seseorang. Kesihatan membawa pengertian konsep usaha mendapatkan kesihatan


keseluruhan yang merangkumi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial. Semuanya
bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik. Banyak faktor yang telah
menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam terhadap kesihatan. Peningkatan
penyakit

yang berisiko tinggi seperti penyakit jantung,kanser, pertambahan kepada

populasi obes, dan pelbagai ancaman kesihatan yang lain semua telah menarik perhatian
kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang sihat.
Komponen utama dalam penjanaan kesihatan adalah pengambilan makanan yang
sihat. Ia di anggap asas dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Ramai yang telah
menerima hakikat, makanan yang kita ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita.
Oleh itu, menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan

merupakan asas kepada penjagaan

dan pengekalan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik.


Melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai bahagian yang
penting dalam gaya hidup sihat. Selain itu menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negative
seperti menjauhkan diri dari mengambil bahan-bahan dan tabiat yang mempunyai risiko
kesihatan yang negatif seperti bahan tembakau, alkohol, dadah.
Punca utama kematian semenjak 100 tahun yang lalu telah mengalami perubahan
dramatik. Penyakit berjangkit menyumbang untuk kematian lebih di awal 1900-an tetapi kini
penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup telah menjadi
ancaman yang lebih besar. Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai satu adalah keadaan
kesejahteraan optimum yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Istilah ini
bukan sahaja merujuk kepada ketiadaan sebarang penyakit, walaupun bebas dari penyakit
adalah penting untuk kesihatan yang baik. Kesihatan yang optimum termasuk kesihatan
mental, sosial, emosi, rohani, dan kesejahteraan fizikal dalam ruang lingkup sesebuah
keturunan dan kemampuan peribadi.
Keseluruhan pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit
kronik mempunyai tujuan yang sama iaitu membantu orang ramai untuk mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan resiko penyakit dan mengawal penyakit
yang kronik. Tujuan utamanya ialah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan setiap
individu dan untuk mengubah dan memberi kejayaan memerlukan perubahan tingkah laku
dan disulami dengan perbuatan. Mempertingkatkan mutu kesihatan dan merubah perlakuan
manusia terhadap amalan kesihatan, kerajaan telah memberlanjakan berjuta- juta ringgit

demi memastikan rakyat mendapat ekses kesihatan yang sempurna. Namun begitu masih
ramai yang tidak mengendahkannya kerana tidak semua program yang dianjurkan berjaya
ada sebahagiannya gagal.
Program kesihatan di sekolah umpamanya adalah salah satu inisiatif yang baik
antara

Kementerian

Kesihatan

dan

Kementerian

Pendidikan

dalam

usaha

mempertingkatkan pengetahuan dan membudayakan amalan kesihatan untuk kanakkanak pada asasnya. Dalam melaksanakan program kesihatan disekolah, terdapat
beberapa model kesihatan yang digunakan sebagai panduan pelaksanaan sesuatu
program itu.
Model- model kesihatan ini membantu perjalanan program tersebut dari saat
perancangan hinggalah penilaian. Antara model yang sering digunakan ialah model
PRECEDE-PROCEDE, model MATCH (Multilevel Approach to Community Health), model
CDCynergy, model A systematic Approach to Health Promotion (Healthy People 2010),
model Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH) dan model SWOT
(Strengths, Weakness, Opportunities, Threats.).
Model yang akan saya gunakan ialah model MACTH. Model ini ialah model dimana
ianya dibangunkan lewat tahun 1980an oleh Simons-Morton et al., 1988. Model ini terbahagi
kepada lima bahagian dimana setiap fasa mempunyai beberapa langkah.
Model MATCH
Fasa 1: Penetapan matlamat
Fasa 2 : Perancangan Intervensi
Fasa 3: Pembangunan Program
Fasa 4 ; Persediaan Pelaksanaan
Fasa 5 : Penilaian

Program yang dijalankan disekolah


1. Program Pemakanan Sihat

Program program yang dijalankan disekolah ini menggunakan kaedah model MATCH.
Kaedah ini membantu pelaksanaan setiap program yang dijalankan sepanjang tahun.
Program yang dijalankan adalah pada amnya untuk memberi maklumat dan
penerangan tentang amalan kesihatan yang baik tetapi matlamat khususnya ialah
mengurangkan jumlah obesiti dikalangan

murid

dan

kakitangan sekolah. Obesiti

dikalangan murid dan kakitangan sekolah semakin meningkat disebabkan amalan kesihatan
dan kurangnya pendedahan terhadap amalan kesihatan dan pemakanan yang baik.

Model MACTH
Fasa 1: Penetapan matlamat
Langkah 1: memilih matlamat kesihatan
Matlamat utama program ini dijalankan ialah untuk mendedahkan murid kepada amalan
gaya hidup sihat yang mementingkan penjagaan kesihatan dengan amalan bersenam dan
pemilihan pemakanan yang seimbang. Matlamat kesihatan ini amatlah penting dalam
menentukan hala tuju program yang akan dijalankan.
Langkah 2: memilih populasi yang tinggi
Program ini dipilih adalah kerana populasi murid yang mengalami lebihan berat badan dan
obesiti semakin meningkat semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini. Program ini
mensasarkan secara umumnya keseluruhan murid yang mengikuti namun sasaran khusus
ialah murid- murid yang mengalami berlebihan berat badan dan obesiti. Obesiti dipilih
kerana ianya adalah penyakit tidak berjangkit yang boleh memudaratkan kesihatan di
mana ianya mempengaruhi hidup seseorang individu dan juga masyarakat.

Langkah 3 : mengenal pasti matlamat tingkah laku kesihatan


Matlamat tingkah laku yang dikenal pasti ialah murid yang mengalami masalah berat badan
berlebihan dan obesiti seringkali mengalami masalah dalam kelas pendidikan jasmani
dimana mereka ini sering kali mengelak daripada melakukan aktiviti dengan pelbagai
alasan. Mereka seringkali mengelak daripada melakukan aktiviti kerana keadaan fizikal
mereka yang besar dan berat dimana mereka sukar untuk bergerak dan melakukan aktiviti
fizikal. Keadaan fizikal mereka yang terlebih berat badan mempengaruhi sikap dan
perlakuan mereka sama ada didalam kelas mahupun semasa mengikuti aktiviti yang
dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Meraka akan merasa tidak cergas dan cepat

letih malahan sering mengantuk menyebabkan prestasi mereka tidak dapat ditingkatkan.
Program ini dijalankan supaya mereka mampu mengubah keadaan fizikal mereka daripada
mengalami berat badan berlebihan kepada berat badan ideal dan mampu untuk
meningkatkan kecergasan fizikal.

Langkah 4 : mengenal pasti matlamat faktor persekitaran


Program yang dijalankan mengambil kira faktor persekitaran dimana persekitaran murid
adalah dikelilingi sumber makanan yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan
yang utamanya ialah meningkatkan berat badan. Persekitaran murid semasa di rumah juga
adalah menyebabkan kurangnya pendedahan terhadap amalan pemakanan yang seimbang
yang sememangnya baik untuk kesihatan diri dan keluarga. Program ini menyediakan
landasan yang baik untuk murid mengetahui dan mempelajari amalan pemakan yang baik
untuk tumbesaran yang sempurna dan sihat.
Fasa 2 : Perancangan Intervensi
Program ini bekerjasama dengan kementerian kesihatan untuk mendapatkan khidmat
nasihat dan bimbingan mengenai aspek yang terdapat didalam jadual program. Khidmat
nasihat daripada pihak kesihatan amatlah diperlukan untuk membantu menghebahkan
mengenai amalan kesihatan yang baik. Disamping itu juga persatuan persatuan
kesihatan sekitar juga di maklumkan mengenai program yang akan dijalankan ini. Kerjasama
daripada semua pihak akan membuatkan program ini berjalan dengan lancar disamping
input yang disampaikan mendapat manfaat yang baik kepada peserta program.
Langkah 1: mengenal pasti sasaran intervensi
Sasaran

utama

adalah

kementerian

kesihatan

iaitu

doktor,

ketua

jururawat,

jururawat masyarakat dan juga ahli- ahli persatuan kesihatan bebas yang lain yang berada
disekitar sekolah dan komuniti.

Langkah 2: memilih objektif intervensi


Memilih objektif intervensi adalah untuk menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan dan
padat terhadap isi program dan membuka minda mereka terhadap kepentingan amalan
kesihatan yang baik untuk kesejahteraan hidup. Objektif utama ialah mengurangkan
bilangan murid yang mengalami berat badan berlebihan dan obesiti.
Langkah 3: mengenalpasti pengantara didalam objektif intervensi
Pengatara dalam objektif program adalam bahan edaran, poster- poster kesihatan dan juga
secara lisan iaitu melalui ceramah yang diadakan. Pengatara ini membantu dengan lebih
jelas maksud program ini dijalankan.

Langkah 4: mengenal pasti matlamat faktor persekitaran


Matlamat utama program ini dijalankan adalah membantu murid mengurangkan makanan
yang tidak sihat disamping mengamalkan amalan bersenam untuk sihat. Murid

dipilih

kerana persekitaran murid adalah lebih terdedah kepada ancaman permasalahan yang
mengganggu kesihatan fizikal dan masyarakat.

Fasa 3: Pembangunan Program


Langkah 1 : mewujudkan komponen atau unit program
Mewujudkan senarai ahli jawatankuasa untuk menjalankan program yang telah dirancang
bertetapan dengan visi dan misi program agar segala perancangan dapat disempurnakan
dengan baik mengikut masa yang diberikan.
Langkah 2: memilih dan membangunkan kurikulum atau panduan intervensi
Memilih dan mengaitkan kurikulum seperti kaitan antara subjek dalam matapelajaran
dengan bahan ceramah dan edaran-edaran semasa program dijalankan. Contohnya
pemakanan yang seimbang, jenis- jenis makanan dan khasiatnya. Bagaimana pemakanan
membantu meningkatkan kesihatan diri dan membantu pertumbuhan fizikal disamping
makanan yang membantu melawan penyakit. Program ini juga mengajar murid supaya
mengenali makanan yang menyebabkan pertambahan berat badan dan cara mengawalnya.
Langkah 3: membangunkan sesi perancangan
Menyusun semula jadual program dengan

melengkapkan

setiap

aktiviti program

dengan perkara yang berkaitan dan memberi manfaat kepada murid.


Langkah 4 : mewujudkan atau memperoleh bahan instruksional, produk atau sumber
Menjalinkan kerjasama dengan klinik kesihatan berdekatan untuk memperolehi maklumat
dan bahan- bahan bercetak untuk di edarkan kepada murid semasa program dijalankan.
Poster- poster kesihatan amatlah penting dalam memberi input yang terbaik untuk murid.
Fasa 4 ; Persediaan Pelaksanaan
Langkah 1: memudahkan penggunaan, pelaksanaan dan penyenggeraan Menggunakan
kemudahan yang sedia ada untuk menjalankan aktiviti dengan lebih efisyen seperti
dewan tertutup dimana ianya mempunyai pentas dan sistem audio yang amat baik.
Dewan yang digunakan akan memudahkan urusan, kawalan dan penyenglenggaraan.
Langkah 2 :memilih dan melatih pelaksana
Mengadakan mesyuarat untuk menerangkan peranan dan fungsi setiap ahli jawatankuasa
untuk program yang dirancang. Penerangan secara detail akan memudahkan pelaksanaan
kerana setiap ahli jawatankuasa memahami dan mengetahui peranan dan tugas masingmasing.

Fasa 5 : Penilaian
Langkah 1: mengawal proses penilaian
Apabila selesai program dijalankan, proses penilaian dilakukan dengan melibatkan ahli
jawatankuasa program, beberapa wakil guru dan murid serta wakil daripada jemputan yang
hadir. Perkara ini amatlah diperlukan dan ianya memberi kesan terhadap program yang
akan dianjurkan pada masa akan datang.
Langkah 2: mengukur kesan
Melalui penilaian yang dijalankan, kesan program diukur dengan mengambil beberapa orang
murid yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan dipantau berat badannya
dalam tempoh tertentu. Hal ini akan dapat mengetahui kesan program terhadap diri murid
yang terlibat.

Langkah 3: memantau hasil


Diakhir sekali ialah memantau hasil di atas kesan program yang dijalankan. Hasil yang
didapati sama ada bertambah baik ataupun tiada perubahan. Pemantau hasil ini
diperlukan untuk menilai sejauh mana keberkesana program yang dijalankan.

Kertas Kerja
Program Pemakanan Sihat

Pengenalan
Makanan adalah sumber yang mempengaruhi tumbesaran seseorang individu itu. Makanan
menjadi

perkara

utama

dalam

kehidupan

kerana

makanan

memberikan

tenaga,

mencantikkan serta menguatkan sistem imun seseorang. Makanan mempengaruhi corak


kehidupan sesorang sama ada sihat atau tidak sihat.
Pemakanan yang sihat mampu memberikan kehidupan yang sempurna dan
sejahtera disamping mengamalkan senaman. Program ini bertujuan membantu memperbaiki
tabiat pemakanan golongan sasaran. Selain itu juga diharap golongan sasaran dapat
mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan mempengaruhi ahli keluarga yang lain juga
untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang demi memiliki kualiti hidup yang sejahtera.
Aktiviti yang dijalankan membantu golongan sasaran mengamalkan amalan pemakanan
yang optimum.
Tema Sambutan
Kesihatan Tunjang Kesejahteraan
Objektif
Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan dan faedah mengamalkan pemakanan
dan gaya hidup yang sihat.
Khusus
Di akhir program, murid dapat:
1.

Mengetahui status berat badan mereka

2.

Mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat

3.

Mengetahui keburukkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Sasaran
Murid Tahap Dua SK Gugusan Lekir

Tarikh
21 Ogos 2013

Tempat
Dewan Sekolah Rendah

Aktiviti
1.

Saringan BMI

2.

Ceramah oleh kakitangan daripada Kementerian Kesihatan

3.

Pameran Pemakanan sihat ( Piramid Makanan Malaysia)

4.

Kuiz Pemakanan

6.

Edaran risalah pemakanan

7.

Edaran mini poster kesihatan

8.

Panduan Pemakanan Kanak-kanak

Perbelanjaan
Peruntukan daripada duit Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Aturcara Majlis
8.00 9.00pg

: Pendaftaran
: Saringan BMI
: Pameran Pemakanan dan kuiz bertulis

9.00 9.45pg

: Ceramah daripada Kementerian Kesihatan

9.45 10.15pg

: Minum Pagi

10.15 11.00pg

: Pertandingan melukis poster kesihatan (Kesihatan Tunjang


Kesejahteraan)

11.00 11.30pg

: Majlis Penyampaian Hadiah

11.30pg

: Bersurai

Carta Organisasi Program


Penasihat

Pn.Aminah bt Abd Jabar

Pengerusi

En.Ismail b Din

Setiausaha

En. Muhamad Madrisam b Muhamad

Bendahari

Pn. Che Norliza bt Che Zainal

Brosur

Pn. Asiah bt Arsad

Banner

En. Ikhwan b Jamaludin

Ahli jawatankuasa

Pengacara majlis perasmian :

Pn. Sharidah Farwin bt Arsad

Persiapan tempat

En. Zulkifli Bin Tuan Ismail

Jemputan

Pn. Auni Sofea Bt Ahmad

Ajk BMI

Pn. Sofiah Bt Rahman

Ajk Ceramah

Pn. Ainul Mardiah Bt Ahmad Syukri

Ajk Pameran

En. Abdul Razak Bin Hashim Ajk

Kuiz Kesihatan

Pn. Malah Nadarajah

Makanan dan minuman

Pn. Khatijah bt Khalid

Kawalan murid

Pn. Ruslin Bt Anuar

Penutup
Program ini diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti kesihatan
dan kecergasan di sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menjadi satu platform bagi
warga pendidikan memulakan amalan atau budaya hidup sihat dengan cara yang mudah
dan menyeronokkan. Melalui program ini juga diharap akan lahir masyarakat yang
mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek. Adalah menjadi harapan semua pihak agar
segala perancangan yang dibuat akan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program
Kesihatan dan Kecergasan yang bakal diadakan ini juga diharap dapat membuka
lembaran baru dan mewujudkan kerjasama serta penglibatan masyarakat ke arah
perubahan tingkahlaku yang sihat.

Disediakan oleh

(EN

MUHAMAD

MADRISAM

Setiausaha
Program Pemakanan Sihat

MUHAMAD

RUMUSAN
Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial dan
sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang sejahtera dan produktif. Kesihatan
yang baik dipengaruhi oleh amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Dalam
merealisasikan

penjagaan

menyebarkan,

memberi

kesihatan,
khidmat

pelbagai

nasihat

pihak

serta

terlibat

dalam

mempromosi,

membantu mendapatkan rawatan

kesihatan. Program kesihatan yang dijalankan disekolah merupakan

program

yang

bertujuan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid secara berterusan sepanjang
tahun demi muwujudkan suasana persekitaran yang kundusif dan bebas ancaman penyakit
serta membina amalan- amalan kesihatan yang baik.
Program yang dijalankan ini membantu membentuk sahsiah murid agar menitik
beratkan amalan pemakanan yang sihat demi menjaga tubuh badan supaya tidak
mengalami obesiti dimana individu yang terlibat membuka peluang kepada penyakit tidak
berjangkit menyerang seterusnya memudaratkan kesihatan. Amalan pemakanan yan baik
memberi impak dalam kehidupan dimana hidup individu yang mengamalkan pemakan
secara sihat hidup lebih baik daripada individu yang tidak mengamalkannya.
Model kesihatan pula membantu dalam merancang dan melaksanakan sesuatu
program. Model kesihatan memberikan panduan tentang bagaimana menguruskan sesuatu
aktiviti itu dengan bijaksana dan dapatan hasil daripada kursus tersebut mendapat
manfaat yang baik untuk semua yang terlibat. Model kesihatan adalah pemudah cara
bagi merangka sesuatu program yang akan diadakan.
Kesihatan pada umumnya adalah perkara yang perlu ada dalam diri namun
sebenarnya kesihatan ialah kehidupan kita sendiri dimana kesihatan penentu kehidupan.
Kehidupan yang sejahtera bermula dari kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik pula
bermula dari amalan pemakanan dan senaman. Semuanya adalah saling berkait di antara
satu sama lain. Kehidupan yang sempurna dan sejahtera merangkumi semua aspek yang
dinyatakan tadi. Oleh itu mengamalkan amalan kesihatan contohnya amalan pemakanan
yang sihat amatlah penting dalam merealisasikan kehidupan yang penuh bermakna.

RUJUKAN
Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program
Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan
Kosmik
Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and
Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan
Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya

Anda mungkin juga menyukai