Anda di halaman 1dari 12

Running Head: Herman Bin Hasim - SSW352

Kesejahteraan Penghuni Warga Emas di Pusat Jagaan Warga Emas


Warga emas adalah ditakrifkan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan
ini adalah berpandukan kepada takrifan yang dipersetujui dan diterimapakai di dalam United
Nations World Assembly On Aging in 1982 di Vienna. Warga emas juga dikenali sebagai warga
tua.
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, (1998), warga tua didefinasikan sebagai ahli
atau anggota yang sudah lanjut usia. Ciri-ciri fizikal warga tua yang dapat dikesan seperti muka
berkedut, badan lemah, penglihatan kabur dan lain-lain. Warga tua juga dapat dikenalpasti dari
segi biologi antara kesan-kesan yang dapat dikenalpasti ke atas kaum wanita ialah mereka akan
menghadapi menopause manakala bagi kaum lelaki pula mereka akan mengalami
andropaus.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O) membahagikan tua kepada tiga peringkat iaitu
peringkat awal (50 hingga 65 tahun), peringkat pertengahan (65 hingga 75 tahun) dan peringkat
akhir (75 tahun ke atas). Secara amnya, kita melihat ramai daripada mereka yang berada pada
peringkat awal dan pertengahan masih bekerja tetapi golongan di peringkat akhir pada
kebiasaannya akan mengalami tahap kesihatan yang rendah dan sering ditimpa penyakit.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan golongan warga emas dihantar ke pusat
jagaan warga tua. Antra faktor yang mendorong perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh
kesibukkan tugas ahli keluarga yang tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap
golongan ini yang terdiri samada ibu bapa mahupun mempunyai pertalian keluarga yang dekat
seperti bapa saudara ataupun ibu saudara. Terdapat juga warga emas yang terpaksa menghuni di
pusat jagaan warga emas adalah kerana hidup sebatang kara dan tidak mampu menguruskan diri.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


2

Menurut Seksyen 2 Akta 506, jagaan dalah termasuk perlindungan, pengawasan,


pemulihan dan latihan. Manakala pusat jagaan pula bermaksud pusat jagaan berkediaman dan
pusat jagaan harian. Manakala setiap pusat jagaan perlulah berdaftar mengikut syarat-syarat
dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 503). Menurut statistik pusat jagaan 2013 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terdapat 1116 buah pusat jagaan yang telah
didaftarkan oleh badan bukan kerajaan dan pihak swasta manakala seramai 5168 orang warga
emas yang tinggal di pusat jagaan ini. Selain dari pusat jagaan ini terdapat juga institusi yang
disediakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menempatkan
golongan warga emas yang kurang bernasib baik iaitu terdapat sebanyak Sembilan buah Rumah
Seri Kenangan yang menempatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas manakala terdapat dua
buah Rumah Ehsan yang menempatkan warga emas pesakit terlantar, manakala menurut statistik
yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2013 terdapat seramai 1,858
orang penghuni warga emas yang menghuni di institusi yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat di seluruh Malaysia.
Sorotan Karya
Hasil daripada tujuh bahan bacaan jurnal yang telah dibaca dan dikaji oleh pelajar
terdapat jurnal yang menyatakan penjagaan warga emas memerlukan penjagaan yang rapi dan
mencabar. Kekurang tenaga kerja memberi kesan dalam kualiti perkhidmatan. Justeru tenaga
penjaga dan bilangan penjaga memainkan peranan yang penting ketika memberi layanan dan
jagaan kepada golongan warga emas.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


3

Menurut Syed Akil et .al (2013), penjaga warga emas yang bertugas di pusat jagaan perlu
dilatih secara profesional seperti yang telah dikalkukan di oleh organisasi swasta supaya mereka
dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Kekurangan tenaga pekerja boleh diselesaikan
dengan mengambil sukarelawan. Sokongan psikologi dan emosi perlu diberikan kepada
penghuni warga emas untuk mengelakkan perasaan kecewa dan bosan. Program-progam perlu
diatur mengikut keperluan sebenar penghuni yang menghuni di pusat jagaan warga emas.
Menurut Zulkifli dan Khan (2014), dipetik daripada Chee dan Barraclough (2007),
sesebuah pusat jagaan warga emas mestilah mementingkan keselesaan, kesejahteraan dan
kesihatan warga emas. Sebaliknya kebanykkan pusat jagaan warga emas ketika ini tidak sesuai
dengan keupayaan warga emas yang menghuni pusat jagaan tersebut. Hal ini adalah kerana ratarata pusat jagaan menjadikan rumah kediaman menjadi pusat jagaan warga emas yang tidak
mesra warga emas yang menggunakan tangga yang menyukarkan pergerakkan warga emas
terutama mereka yang menggunakan tongkan dan kerusi roda.
Dengan keadaan rumah sedemikian, ianya menyukarkan warga emas yang menghuni
rumah tersebut untuk melakukan aktiviti harian mereka malahan dengan keadaan tersebut ia
boleh mengundang bahaya kepada warga emas yang menghuni kerana perlu melalui rintangan
seperti anak tangga. Keadaan rumah seperti ini tidak sesuai digunakan untuk dijadikan pusat
jagaan warga emas.
Faktor-faktor seperti pendidikan, pekerjaan, kualiti perumhan serta hubungan dengan
jiran tetangga sangat penting bagi warga emas untuk hidup dalam keadaan yang baik dan

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


4

sejahtera. Justeru amalan seperti ini perlu dibawa ke pusat jagaan warga emas untuk meneruskan
dan memberi peluang kesejahteraan kepada warga emas yang minghuni pusat jagaan warga
emas. Menurut analisis Wan Ahmad et al. (2009), dengan menggunakan teknik regrasi berganda
yang menggunakan pemboleh ubah pendidikan, pekerjaan, kualiti perumahan, hubungan dengan
pasangan dan jiran tetangga mempunyai pengaruh signifikasi ke atas kesejahteraan warga emas.
Rawatan dan jagaan pesakit terlantar adalah lebih mencabar, tanpa berkat kesabaran
penjaga yang terlibat warga emas yang memerlukan ini akan terabai dan kesejahteraan untuk
terus hidup terpadam. Terdapat banyak kes pesakit terlantar yang terdiri daripada golongan
warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan antaranya ialah Rumah Ehsan yang dikelola oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurut Fatimang & Rahmah (2011), menjaga seorang pesakit terlantar lebih
memerlukan tugasan yang berat serta intensif menyebabkan kelesuan fizikal dan emosi. Keadaan
terlantar dan bergantung sepenuhnya meletakkan pesakit dalam keadaan berisiko menjadi
mangsa penganiayaan, akibat penjaga yang mengalami kekecewaan, tekanan dan kelesuan
selepas menjaga untuk tempoh lama. Usaha mempromosikan caragaya hidup sihat untuk
memastikan warga tua kekal sihat dan boleh terus bekerja wajar ditingkatkan.
Menurut Alavi et .al (2011), didalam kajian mereka, mereka berharap kerajaan perlu
mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti rumah penjagaan harian untuk warga
tua dan rumah penjagaan sementara, terutama untuk melatih warga tua dan memberi peluang

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


5

kepada penjaga berehat seketika. Secara praktis, kerajaan telah mengaplikasikan bantuan dan
sokongan untuk warga tua dan penjaga mereka di Malaysia.
Menerusi harapan dan saranan diatas dapat dilihat warga tua akan diberi latihan untuk
berdikari dengan bertujuan memberi peluang kepada penjaga berhehat. Namun dikhuatiri
harapan tersebut akan memudaratkan warga emas yang uzur dan berlaku pengabaian kerana
penjaga leka berehat. Pemantauan yang rapi perlu dilakukan dari setiap sudut bagi mengelakkan
pengabaian berlaku kerana penjaga lebih selesa untuk berehat.
Kesunyian di dalam hidup merupakan perkara yang paling tidak diingini oleh setap
manusia. Begitu juga dengan warga emas yang pada usia muda, mereka memiliki segala-galanya
seperti pekerjaan, berperanan membesarkan anak-anak dan kesihatan yang baik. Namun setelah
menjangkau usia warga emas, pelbagai masalah berkaitan kesihatan dan penglibatan diri terhad
menyebabkan adakala mereka tersisih dari masyarakat dan kesunyian boleh terjadi. Begitu juga
dengan warga emas yang menghuni di pusat jagaan warga tua.
Menurut Zakaria, Alavi dan Subhi (2013), Warga tua di rumah penjagaan lebih tinggi
risiko kepada kesunyian kerana mereka kini berjauhan daripada anak-anak tersayang dan
keluarga. Ia lebih parah jika anak-anak itu mengabaikan mereka dan langsung tidak
menunjukkan keprihatinan. Warga tua perlu dibantu untuk menangani kesunyian supaya mereka
mempunyai kualiti hidup yang baik. Mereka hanya dapat melalui penuaan yang aktif dan sihat
jika gejala kesunyian dapat dikawal. Peranan membantu perlu dipikul oleh semua ahli
masyarakat.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


6

Kehilangan kuasa dalam menentukan hidup sendiri sedikit sebanyak akan mengganggu
kesejahteraan warga emas, dan ini biasanya berlaku di pusat jagaan warga emas apabila
penghuni warga emas dipaksa mengikut set-set peraturan yang telah ditetapkan. Menurut
Mohamed dan Rostam (2012), bagi warga tua yang tidak mempunyai anak dan kaum keluarga
lain, mereka kehilangan autonomi apabila keupayaan untuk mengurus diri berkurangan. Mereka
ini selalunya berserah kepada pihak berwajib untuk menguruskan mereka. Golongan ini
selalunya dihantar ke rumah Seri Kenangan apabila sudah tidak berupaya mengurus diri sendiri.
Bila berada di sana persekitaran mereka berubah secara langsung, mereka terpaksa mengikut
peraturan yang ditetapkan. Mereka kehilangan kuasa dalam mengurus keperluan harian.
Penjagaan terhadap warga emas adalah agak sukar, hal ini adalah kerana ianya bukan
sahaja melibatkan emosi semata-mata malahan ianya juga melibatkan alatan dan kemudahan
yang khusus untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Memandangkan keadaan fizikal
warga emas semakin merosok ketika lanjut usia maka bantuan alat sokongan sangat perlu.
Penyataan Masalah
Isu pengabaian warga emas bukanlah lagi suatu perkara baharu di Malaysia. Mereka
terpaksa menghuni di pusat jagaan disebabkan desakkan hidup dan tidak mampu untuk
menguruskan diri setelah tidak berdaya. Malahan terdapat anak-anak warga emas sendiri yang
menghatar ibu bapa mereka ke pusat jagaan atas faktor-faktor tertentu. Jika isu pengabaian
berlaku di rumah dan dilakukan dari kalangan warga emas sendiri, pengabaian warga emas di
pusat jagaan juga boleh berlaku.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


7

Menurut mstar, (2014), tedapat pengendali rumah penjagaan orang tua yang
meninggalkan lima warga emas hidup sengsara dalam rumah yang berkeadaan kotor dan tiada
bekalan air selama dua bulan di Kuala Lumpur. Manakala menurut laporan dari
utusansarawakonline.com, (2013), melaporkan pelakuan jururawat di pusat jagaan warga tua
dituduh membakar sebuah pusat jagaan warga tua yang mengakibatkan 11 orang warga tua
terkorban di Sydney pada tahun 2011. Melalui dari laporan ini dikhuatiri terdapat dikalangan
warga emas yang menghuni di pusat jagaan terabai dari segi fizikal, mental mahupun emosi
seterusnya menyebabkan sisa-sisa kehidupan mereka menjadi igauan ngeri sekiranya
diperlakukan sedemikian.
Objektif Kajian
Selaras dari penyataan masalah beberapa objektif kajian dapat ditetapkan. Antara objekitf
kajiah ialah:
I.

Untuk mengetahui keadaan sebenar tahap keselesaan dan kesejahteraan penghuni warga
emas di pusat jagaan warga emas.

II.

Mengkaji tahap ketelusan dan keikhlasan penjaga di pusat jagaan dari setiap jawatan
(pengendali pengghuni sehingga ketua pusat jagaan warga emas) dalam memberi
perkhidmatan kepada warga emas.

III.

Untuk mengetahui sebarang corak atau bentuk pengabaian yang berlaku di pusat jagaan
warga emas terhadap golongan warga emas yang menghuni di pusat jagaan warga emas.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


8

IV.

Untuk memberi pendidikan, latihan dan menerapkan nilai-nilai murni kepada penjaga,
agar penjaga yang terlibat lebih menyanyagi warga emas yang dijaga di pusat jagaan, dan
menganggap warga emas seperti ahli keluarga mereka sendiri bagi mengelakkan isu
pengabaian di pusat jagaan warga emas.
Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang ingin diketahui terhadap kajian yang akan dijalankan.

Tiga persoalan tersebut ialah:


I.

Adakah warga emas yang tinggal di pusat jagaan warga emas berasa selesa dan hidup
dalan keadaan sejahtera?

II.

Adakah pekerja di pusat jagaan melakukan tugas atas rasa tanggungjawab teradap warga
emas atau terpaksa kerana hanya untuk mendapatkan gaji semata-mata?

III.

Adakah berlakunya pengabaian terhadap warga emas di pusat jagaan warga emas oleh
merka yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan di pusat jagaan warga
emas?
Metodologi Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, beberapa kaedah kajian akan digunakan bagi mendapatkan

maklumat, data dan hasil yang tepat. Kaedah kerja kajian dan penyelidikan yang akan digunakan
adalah dalam bentuk membuat pemerhatian secara berserta, temubual dan lawatan ke tapak.
Rekabentuk Kajian dan Jenis Data

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


9

Dua rekabentuk pendekatan akan digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kualitatif
dan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif akan digunakan untuk menjawab persoalan mengenai latar
belakang subjek untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman mereka selama tinggal atau
bertugas di pusat jagaan warga emas. Melalui pendekatan ini maklumat yang diperolehi boleh
didapati secara keseluruhan dan dapat mengelakkan maklumat yang terselindung dengan cara
melakukan temubual dan pemerhatian terhadap sampel dari sudut gerak geri tubuh. Manakala
melalui pendekatan kualitatif setiap penghuni dan petugas di pusat jagaan warga emas akan
menjadi sampel dalam mendapatkan data melalui borang soal selidik. Jesteru jenis data yang
akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
Sampel Kajian, Bilangan Sampel dan Lokasi Sampel
Sampel kajian yang akan dipilih ialah dari kalangan warga emas yang tinggal di pusat
jagaan warga emas serta kakitangan yang bertugas di pusat jagaan warga emas. Lokasi sampel
ialah di pusat jagaan warga emas iaitu di Rumah Seri Kenangan Taiping dan di Pusat Jagaan
Rumah Orang Tua Larut Matang. Terdapat dua buah pusat jagaan yang dipilih ini dapat
membantu menentukan kualiti diantara pusat jagaan kerajaan dan juga swasta. Manakala
bilangan sampel yang akan dipilih berdasarkan jumlah penghuni dan kakitangan yang terlibat di
dua buat pusat jagaan berkenaan. Iaitu Seramai 180 orang penghuni dan 50 kakitangan di rumah
Seri Kenangan Taiping dan 17 orang Penghuni dan 5 Orang kakitangan bagi Pusat Jagaan
Rumah Orang Tua Larut Matang menjadikan jumlah keseluruhan sampel yang dipilih ialah
sebanyak 252 sampel.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


10

Kaedah Pengutipan Data


Temubual dan pemerhatian dilakukan terhadap sampel bagi mendapatkan data kualitatif,
manakala borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif.
Cara Analisa Data
Analisis data kualitatif akan melibatkan proses seperti proses menyusun data untuk
mendapatkan tafsiran. Data akan disusun mengikut tema, kategori dan pola untuk memahami
sesuatu fenomena. Manakala data yang akan dikumpul melalui kaedah kuantitatif akan dianalisa
menggunakan kaedah SPSS dan statistik mengikut faktor-faktor yang akan ditentukan.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


11

Rujukan
Alavi, K., Sail, R., Idris, K., Abu Samah, A. & Chan, C. (2011). Keperluan sokongan emosional
dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua. Jurnal e-Bangi, 6(1), 102-114.
Fatimang, L. & Rahmah M. A. (2011). Penjagaan pesakit strok: adakah ia satu bebanan? Apa
penjaga persepsikan. Journal of Community Health, 17(1), 32-41.
Mohamed, A. & Rostam, K. (2012). Warga tua melayu di pinggir wilayah metropolitan,
Selangor: Pengalaman dan persepsi tentang diri. Geografia OnlineTM Malaysia Journal
of Society and Space, 8(6), 1-14.
Syed Akil, S. M., Abdullah, S., Ghani, S. & Othman, K. (2013). Developing quality care
facilities and programs for elderly. Global Journal of Sociology, 3(1), 01-08.
Wan Ahmad, W. I., Redzuan, M., Emby. Z. & Hamid A. H. (2009). Kesejahteraan subjektif
warga tua di Malaysia: Kes warga tua desa Kelantan. IJMS, 16(2), 63-96.
Zakaria, S. M, Alavi, K. & Subhi. N. (2013). Risiko kesunyian dalam kalangan warga tua di
Rumah Seri Kenangan. Journal of phychology & human development, 1(1), 49-56.

KESEJAHTERAAN PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS


12

Zulkifli, N. D. F. & Khan, T. H. (2014). Perception of middle class retirees towards Old Folks
Home: a case study on the Malays in Malaysia. British Journal of Humanities and Social
Sciences 56, 56-64.

Anda mungkin juga menyukai