Anda di halaman 1dari 6

Running Head: Herman Bin Hasim - SSW384

Pengaruh Kerohanian Terhadap Tingkah Laku Manusia


Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan dengan roh,
rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara
yang berlawanan dengan jasmani, iaitu bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat dengan
mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan semangat seseorang. Menurut Wikipedia
(2015), Kerohanian merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Dalam maksud
yang lebih luas, kerohanian membawa maksud semangat intrinsic yang dipunyai oleh segala
jirim di dunia. Namun, kerohanian sering dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang
melibatkan emosi kendiri dan penakulan strategik.
Dalam segi agama, kesucian rohani amat ditekankan. Kesucian rohani membawa maksud
keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan barulah kebaikan
individu itu sendiri. Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti keyakinan terhadap tuhan,
kepercayaan kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat dan berbudi perkerti mulia. Berdasarkan kepada agama Islam, kerohanian dan
amalan kerohanian dalam agama Islam tidak boleh dipisahkan. Pada umumnya kerohanian Islam
merupakan ilmu tasawuf dan juga berkaitan dengan tasawuf seperti Tarikat. Ilmu tasawuf adalah
ilmu yang menjelaskan tata cara pengembangan rohani manusia dalam rangka usaha mencari dan
mendekati diri kepada Allah. Dalam ayat terminologis, ilmu tasawuf merupakan suatu cabang
dari ilmu keislaman yang lebih menekankan pada tujuan pembersihan diri melalui penerapan
ajaran-ajaran akhlak secara sistematis dan peresapan nilai-nilai agama secara bathiniyah.
Akhlak dalam erti terbatas ialah sejumlah tindakan yang baik, etis, bersifat ikhtiyari dan
pelakunya patut dipuji. Dalam erti luas akhlak merupakan segala tindakan yang baik yan
mendatangkan pahala bagi orang yang mengerjanya atau tindakan yang didasarkan pada perintah

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA


2

syara, yang wajib ataupun sunnat, yang haram ataupun makruh. Oleh itu, seseorang yang
berakhlak merupakan seseorang yang taat beragama.
Pengaruh kerohanian terhadap tingkaklaku manusia untuk kearah yang harmoni dan baik.
Dengan penerapan kerohanian dalam ilmu, manusia akan menimbulkan rasa takut kepada Allah
S.W.T. Menurut al-Ghazali, beliau menjelaskan fungsi ilmu sebagai pembekalan kepada hati, dan
manfaat yang akan dicapai oleh seseorang kepada rohaninya daripada bekal ilmu itu adalah
amalan salih. Kerohanian yang berhubung kait dengan ilmu ialah kelebihan ilmu apabila mampu
membawa rasa takut kepada Allah. Ini kerana dengan ilmu, seseorang dapat mengenali Allah,
beibadah dan mengagungkanNya, serta membuahkan taat dan menghalangi maksiat. Dengan
penerapan kerohanian dalam ilmu, manusia akan bertakutan dengan Allah dan akan mengelakkan
perbuatan yang tidak baik seperti mencuri, merompak, menagih dadah dan sebagainya.
Penerapan kerohanian dalam manusia boleh mewujudkan keimanan yang kuat dalam diri
manusia.
Selain itu, amalan kerohanian juga boleh diterapkan melalui keyakinan dengan Tuhan.
Dengan penerapan ini juga boleh membawa pengaruh kepada tingkahlaku manusia yang tidak
baik. Manusia akan mengelakkan diri daripada perbuatan yang jahat. Dalam keyakinan, adalah
penting bagi seseorang untuk memahami dengan penuh keyakinan tentang makna dan isi
kandungan syahada bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad
itu pesuruh Allah, kerana keyakinan ini dapat mendorong seseorang untuk mendukung sunnag
disamping terpelihara dari pengaruh golongan sesat. Dengan keyakinan ini mengandungi tentang
kewujudan zat, sifat dan segala perbuatan Allah dan keyakinan tentang kenenaran Rasul
termasuk keyakinan kepada semua perkara yang didengar melalui pengajaran agama iaitu

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA


3

samiyyat seperti pengumpulan dan kebangkitan sesudah mati, pertanyaan Munkar dan Nakir,
azab kubur, neraca, titian, syurga dan neraka. Persoalan iman dan keyakinan mempunyai kesan
kepada rasa taat di dalam hati manusia. Dengan ini, keyakinan menjadi dorongan bagi manusia
untuk beibadah dengan Allah dan yakin terhadap pembalasan Allah.
Amalan kerohanian yang diterapkan melalui ibadah juga boleh mempengaruhi
tingkahlaku manusia. Dalam hikmah bersuci, menurut al-Ghazali, Allah menganugerahkan
ibadah kepada hamba-hambahnya dengan kebersihan dan menjadikan air untuk mensucikan
aspek zahir. Menurut beliau, terdapat empat tingkatan bersuci yang harus dihayati iailah
mensucikan anggota zahir dari hadas, kotoran dan benda yang menjijikkan, mensucikan anggota
badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, mensucikan hati dari segala pekerti yang tercela atau
sifat-sifat rendah terkutuk dan mensucikan rahsia hati atau batin dari sesuatu yang laiun selain
dari Allah. Dengan penerapan amalan kerohanian pada diri manusia, manusia akan menghindari
diri daripada perbuatan jahat dan sifat-sifat rendah untuk menyucikan diri sendiri. Manusia akan
selalu mengingat bahawa semua yang jijik atau kotor pada batiniah manusia wajib dibersihkan,
adalah lebih banyak berbanding dengan mensucikan aspek zahir manusia.
Pengaruh kerohanian membawa seseorang untuk mentaati agamanya, dalam agama Islam
seseorang akan sentiasa untuk mengingati hikmah solat dan puasa. Solat boleh memberikan
kesan besar kepada kesejahteraan kerohanian seseorang kerana ia tunggak keyakinan. Selain itu,
solat juga merupakan jalan utama untuk mendekati diri kepada Allah. Untuk menghasilkan solat
yang bernyawa semuanya bermula dari azan, takbir, penyempurnaan rukun termasuk rukuk,
sujud, tasyahhud, solat fardu dan sunat, solat secara berjamaah, kesemuanya mengandungi rahsia
tersendiri untuk tujuan pembersihan jiwa dan pembentukan peribadi manusia. Dengan itu,

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA


4

khusyuk secara ringkasnya terhasil dari iman dan keyakinan kerana faktor-faktor sperti
memahami apa yang div\baca di dalam solat, mengagungkan Allah dan takut kepadaNya kerana
mengenal dan merasakan kehebatan kekuasaanNya. Manusia juga akan berasa malu kerana
mengetahui kelemahan dan keaiban diri, bahawa hawa nafsu, kurang keikhlasan, kekotoran batin
kerana, manusia hanya mengejar kepada kebahagiaan yang segera di dunia, Solat dalam bentuk
dimaksudkan didalam al-Quran dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan jahat. Puasa
juga sebagai pencegah dari gangguan hawa nafsu, mengukuhkan kerohanian dan
mententeramkan jiwa. Ia mempunyai tiga tingkatan yang mana semakin tinggi tingkatan puasa
seseorang, semakin tinggi tingkatan kerohanian dan peribadi luarannya.
Aspek kerohanian juga merujuk kepada etika. Hal ini kerana semua etika dan peraturan
dalam kehidupan mesti dirujuk dan berdasarkan kepada agama. Etika yang berdasarkan kepada
agama termasuk segala adab, keperibadian dan cara-caranya. Antara aspek yang mempengaruhi
kerohanian seseorang adalah apa yang seseorang makan, dengan siapa ia bergaul dan bagaimana
perilaku pancainderanya selain daripada aspek ibadah khusus. Dengan mengikut adab makanan
yang betul, manusia boleh membentuk sifat-sifat baik dan menghapuskan sifat-sifat tidak baik
manusia contohnya malas, berlengah-lengah dan tanduk kepada hawa nafsu. Kesederhana dalam
segi kuantiti makanan yang diambil akan menjamin keringan tubuh badan dan kecergasannya
untuk menambahkan kebajikan dan amal. Dengan ini, pengamalan adab yang betul dapat
mengubah tingkahlaku seseorang manusia.
Kerohanian dari segi adab pershabatan mengikut cara yang diperintahkan oleh syarak,
akan mendekatkan diri pengamalnya kepada Allah sebagai satu ketaatan, sebagai manifestasi dari
penyesuaian dan bersefahaman serta jauh dari keburukan budi, saling memarahi, saling

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA


5

berdengki dan memusuhi. Seseorang yang mengamalkan amalan kerohanian merupakan seorang
yang boleh mengawal nafsu diri. Mereka akan mengelakkan berlaku anak luar nikah dan berzina.
Oleh itu, kerohanian merupakan sesuatu amalan yang memandu tingkahlaku manusia kearah
yang baik.
Kerohanian juga dapat dipraktikan melalui pembentukan akhlak. Menurut al-Ghazali
(1988), akhlak dan budi pekerti pada hakikatnta menerangkan atau menjelaskan tentang keadaan
dalam jiwa. Akhlak yang baik merupakan seorang yang sihat dari segi jiwa rohani. Manakala
seseorang yang lemah dari sudut akhlak merupakan kesan daripada penyakin hati. Menurut alGhazali, setiap orang mempunyai penyakit hati yang perlu diubati dengan segera. Hal ini kerana
penanguhan penyakit atau masalah akan menyebabkan masalah jadi lagi serius. Ia terbahagi
kepada empat aspek yang sangat mempengaruhi akhlak iaitu kekuatan ilmu, kekuatan marah,
kekuatan nafsu syahwat dan kekuatan keadilan. Akhlak merupakan suatu tindakan yang baik
berdasarkan syara, akhlak juga mnerupakan sesuatu tindakan ikhtiyari yang patut dipuji. Akhlak
merupakan buah dari keimanan, bersifat fithri, akhlak bersifat taabudi. Bagi memperkuatkan
akhlak, manusia harus memantapkan keimanan, memiliki penetahuan agama yang cukup dan
benar, memiliki falsafah hidup yanmg baik dan yang sesuai dengan ajaran Islam. Manusia yang
mampunyai akhlak yang kuat merupakan orang yang memiliki lingkungai pergaulan yang baik,
seorang yang berwawasan dan sifat-sifat baik.
Kesimpulannya, pengaruh kerohanian terhadap tingkahlaku manusia adalah positif.
Manusia yang mengamalkan amalan kerohanian merupakan manusia yang berdisiplin,
berwawasan dan mempunyai sifat-sifat baik pada dirinya. Dengan pengamalan kerohanian dalam
hidup, kerharmonian masyarakat dapat diwujud.

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA


6

Rujukan
Al-Ghazali. (t.t). Mishkat Al-Anwar. 1974: Terjemahan Abdul Majid Khatib. Kelantan Pustaka.
Kamus Bahasa Melayu. (2015, Mei 20). Didapatkan dari Gerbang Maya Dewan Bahasa dan
Pusaka Malaysia: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kerohanian
Kerohanian. (2015, Mei 20). Didapatkan dari Wikipedia Ensiklopedia Bebas:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerohanian
Majid, M. Z. (2006). Penghayatan Agama Sebagai Paksi Melayu Glokal. Konvensyen Melayu
Glokal (hlm. 01-05). Kuala Terengganu: Terengganu Development Institute.
Siti Sarawati bt. Hj. Johar & Ishak b. Mad Shah. (2011). Kecerdasan emosi ketua dalam elemen
tadbir urus insan dari perspektif model kerohanian Imam al-Ghazali. International
Management Conference (IMaC2011) (hlm. 01-20). Kuala Terengganu: Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai