Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL ANIMASI 2D
SDD 2 PRA PRODUKSI

TUGASAN 2
PENULISAN SKRIP

Nama

: MOHAMAD NURFIRDAUS BIN IDRIS

NO MATRIK

: J01SDD15F022

.Sesi

: JULAI 2015

Pensyarah

: PUAN SHARIZAN BINTI ABD WAHAB

IDEA CERITA
Idea adalah cetusan desakan fikiran
PLOTLATARBELAK
mengenai sesuatu
ANG
Memperhaluskan masyarakat dan
Merujuk kepada teknik
budaya dengan memberikan yang
yang digunakan
terbaik
sepanjang proses
bercerita untuk
Membantu memperlihatkan keadaan
menghasilkan cerita yang
sekarang bagi menjelaskan dunia
berkesan.
seseorang
Ia boleh menarik perhatian
Membantu kemampuan seseorang
khayalak ramai apabila
berhadapan cabaran kehidupan.
dihasilkan dan disiarkan.
Cerita
Idea cerita juga terhasil daripada hasil
utama/pesoalan/motif
pemerhatian sekeliling termasuk dari
utama cerita
bahan bacaan dan asas kehidupan.
Plot kecil peringkat
dimana berlaku
Contoh:- cerita dongeng,cerita
penyimpangan cerita
rakyat,cerita teladan, dll
menghasilkan konflik dan
komplikasi sehingga
mencetus peleraian

Latar Belakang adalah


sebuah gambaran
mengikut situasi
berlakunya sesebuah
peristiwa itu,
Contohnya:- di dalam
hutan, dalam rumah , tepi
sungai , dll

KAREKTOR
Menyampaikan mesej cerita
Membantu penonton memahami jalan cerita
Membantu penonton mengenali watak dan ciri setiap karektor

Dongeng warisan Melayu - Batu Belah Batu Bertangkup

Menurut hikayat orang tua-tua, pada zaman dahulu kala, di sebuah negeri ada sebuah gua yang penuh
keajaiban. Gua ini digelar Batu Belah Batu Bertangkup dan digeruni segenap lapisan masyarakat di negeri
berkenaan. Pintu gua ini boleh terbuka bila diseru. Akan tetapi, sesiapa sahaja yang masuk ke dalam gua itu
pasti tidakkan dapat keluar lagi!
Hendak dijadikan cerita, di kampung berdekatan dengan gua itu tinggallah Mak Tanjong bersama-sama dua
anaknya, si Melor dan si Pekan. Mak Tanjong asyik bersedih kerana baru kehilangan suami tersayang. Tekanan
emosi menjadikan Mak Tanjong kurang seimbang, tambahan pula dia terpaksa menjaga anaknya dalam
keadaan yang miskin dan daif.
Kesedihan, tekanan perasaan dan kedaifan hidup membuatkan Mak Tanjong terlupa akan rahmat Tuhan.
Depresi yang terlalu lama dirasai membutakan hati Mak Tanjong akan dua keajaiban dalam hidupnya Melor
dan Pekan. Kasihan Mak Tanjong terus berasa keseorangan walaupun Pekan dan Melor sebenarnya amat dekat
kepadanya.
Pada suatu hari, Mak Tanjong teringin sangat memakan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk
menangkap ikan itu. Bukan main suka hati Mak Tanjong apabila seekor ikan tembakul yang besar dapat
ditangkap.
Besarnya ikan tu mak! teriak si Pekan sambil menepuk tangan kegembiraan.
Ya nak, ni namanya ikan tembakul. Mak rasa ikan ni ada telurnya. Lama mak teringin makan telur ikan
tembakul, balas Mak Tanjong.
Mak Tanjong terus menyiang ikan tembakul tersebut. Setelah bersih diberikan kepada Melor untuk dibuat gulai.
Buat gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ni, ya Melor? Mak ke hutan cari kayu. Kalau mak lambat balik,
Melor dan Pekan makan dulu, ya? Tapi, jangan lupa, tinggalkan sikit telur ikan untuk mak nanti, pesan Mak
Tanjong.
Selesai membuat gulai, Melor menggoreng pula telur ikan tembakul itu. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan
seperti pesanan Mak Tanjong. Namun, walau lama menunggu, ibu mereka tidak pulang-pulang. Pekan, si kecil
nakal, menangis kelaparan. Melor terus menyajikan nasi putih, telur goreng dan gulai ikan tembakul untuk
dinikmati bersama Pekan.
Sedapnya telur ikan ni, kata Pekan sambil menikmati juadah yang tersedia.
Tapi Pekan, jangan adik asyik makan telur ikan tu saja. Makanlah nasi dan gulai juga, pesan Melor kepada
adiknya yang baru berusia 5 tahun itu.
Kak, telur dah habis. Minta lagi, minta lagi. Adik nak lagi! rayu Pekan merengek-rengek.
Dik, telur ikan tak banyak. Nah, adik ambil bahagian kakak, ya? Melor yang berusia 13 tahun itu berkorban
demi melayan kehendak adiknya yang terlalu dimanja.
Pekan makan telur ikan kakaknya dengan lahap. Mungkin kerana enak rasa telur ikan itu, mungkin juga kerana
minda kanak-kanaknya yang belum matang, si Pekan mula merengek lagi sambil menangis yang dibuat-buat.
Kak, Pekan nak lagi. Nak lagi kak, nak lagi kak. Bagi telur ikan tu kak... Pekan nak, kak! Pekan meraung-raung
sambil menarik-narik tangan si Melor.
Mana ada lagi! Dah habis. Sudahlah, Pekan makan nasi dan gulai ikan, ya? Lagipun, telur ikan yang sikit lagi tu
untuk mak. Mak dah pesan supaya kakak simpan sikit telur ikan untuk dia, Melor menjelaskan.
Sayangnya, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Raungannya kuat kedengaran dan dia meronta-ronta di
atas tikar mengkuang di lantai dapur mereka. Puas Melor memujuk Pekan tetapi si kecil nakal itu terus berdegil.
Secara tiba-tiba, Pekan melompat dan mencuri telur ikan yang disimpan oleh Melor untuk ibu mereka.
Kan dah dapat... adik dah dapat. Adik dapat telur ikan! Adik dapat telur ikan! teriak Pekan begitu gembira.

Pekan!!! jerit Melor. Adik jangan makan telur tu! Kakak simpankan untuk mak telur tu, pekik Melor sambil cuba
mengambil kembali telur goreng berkenaan.
Mana dia telur ikan tembakul mak, Melor? tanya Mak Tanjong.
Malangnya, Pekan langsung tidak mempedulikan pekikan kakaknya. Dengan lahap, Pekan menelan telur ikan itu
sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjong pun pulang. Melor terus menyajikan makanan untuk ibunya.
Mana dia telur ikan tembakul mak, Melor? tanya Mak Tanjong.
Melor... Melor... Melor ada simpankan. Tapi mak, Pekan dah ambil semuanya. Bahagian Melor pun dia ambil
mak. Melor dah larang tapi dia ambil juga!
Jadi? Jadi sikit pun tak ada untuk mak? Mak Tanjong hampa.
Melor terdiam tidak menjawab. Dia terasa amat bersalah. Dia sedih melihat ibunya yang sebegitu hampa kerana
tidak dapat merasa telur ikan tembakul.
Mak dah lama mengidam makan telur ikan tembakul. Ya Tuhan, sedihnya hati... sanggup anak-anak mak
lupakan mak... sanggup kamu berdua... sanggup kamu!
Mak Tanjong bingkas berdiri. Dia memandang Melor dan Pekan dengan penuh rasa pilu lalu berjalan tidak
bermaya menuju ke hutan. Hatinya bertambah sayu mengenangkan arwah suami. Mak Tanjong merasakan
dirinya tidak disayangi lagi. Kesedihan membuat Mak Tanjong semakin yakin bahawa anak-anaknya teramat
bencikan dirinya.
Mak Tanjong terlupa amanah yang diberi Tuhan. Mak Tanjong terlupa nikmat memberi kemaafan. Mak Tanjong
nekad meninggalkan anak-anaknya, meninggalkan dunia kerana tidak dapat menikmati telur ikan tembakul.
Melor dan Pekan berlari mengejar ibu mereka. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya
ikut pulang.
Mak, jangan pergi, jangan pergi mak! Pekan minta maaf, Mak! Ampunkan Pekan mak! Ampun mak! Ampun mak!
Pekan tak buat lagi mak! jerit Pekan sekuat hati sambil memeluk erat kaki Mak Tanjong.
Melor juga turut menangis sekuat hati, berteriak meminta simpati Mak Tanjong, Mak, kesianlah kami mak!
Ampunkan kami mak! Jangan pergi mak! Jangan pergi mak!
Malangnya kasihan sudah hilang dari hati ibu tunggal itu. Tidak ada secebis pun rasa simpati buat Pekan dan
Melor. Semuanya sudah diganti rasa hampa dan marah. Bagi Mak Tanjong, tidakkan ada kemaafan untuk anakanak yang tidak mengenang budi. Sekuat-kuat hatinya Mak Tanjong menolak Pekan ke lantai hutan dan berlari
sepantas yang termampu.
Melor menarik tangan adiknya sambil mereka berdua mengejar Mak Tanjong. Sayangnya mereka terlambat, Mak
Tanjong tidak mempedulikan rayuan mereka. Ternyata, Mak Tanjong sudah menyeru Batu Belah Batu
Bertangkup agar membuka pintunya. Sebaik sahaja Mak Tanjong melangkah masuk, pintu gua itu pun tertutup
rapat.
Tinggallah dua-beradik itu menangis, meraung sekuat hati. Namun, air mata darah sekali pun tidakkan dapat
mengembalikan Mak Tanjong ke dunia. Mak Tanjong sudah mengambil nyawanya sendiri. Tinggallah Pekan dan
Melor sebagai yatim piatu, hidup lara tidak terbela.
http://teechconsult.typepad.com/kids/2013/02/dongeng-warisan-melayu-batu-belah-batu-bertangkup.html

RANGKA KONSEP CERITA BAGI Dongeng warisan Melayu - Batu Belah Batu Bertangkup

PLOT
Mak Tanjung berasa
kecewa atas pemergian
suaminya yang
meninggalkan keluarga
miskin.

SITUASI
Bunyi aliran air sungai
Geseran batu belah batu
bertangkup
Bunyi serangga di hutan

Mak Tanjung yang


menangkap ikan tembakul
yang mempunyai telur
kegemarannya.Mak
Tanjung telah lama
mengidamkan telur itu.
Pekan, adik kepada melor
telah menghabiskan
kesemua telur ikan
tembakul.

LATARBELAK
ANG
Suasana yang berlaku
disebuah Hutan yang
berdekatan dengan
Kediaman mereka.
Kejadian berlaku di depan
Batu Belah Bertangkup
Di dalam rumah kediaman
Mereka

IDEA CERITA

Situasi yang berada di


tepian sungai semasa
menangkap ikan tembakul

FIKSYEN DAN CERITA


RAKYAT

Mak Tanjung merajuk lalu


lari ke hutan dan menyeru
batu belah bertangkup
supaya menelan dirinya.
KAREKTOR
Pekan merupakan Si adik yang nakal dan degil
Mak Tanjung yang mempunyai hati yang sensitif
Melor Kakak yang sudah pandai masak

RANGKA KONSEP CERITA BAGI Dongeng warisan Melayu - Batu Belah Batu Bertangkup

Olahan Sendiri
PLOT
Si Ayah yang memburu dihutan di
dapati telah hilang.
Mak Kenanga terdengar akan
kehilangan suaminya telah
kecewa dan sedih di samping
hidup dalam kemiskinan.

SITUASI
Bunyi aliran air sungai
Geseran batu belah batu
bertangkup
Bunyi serangga di hutan

Mak Kenanga merajuk dan


kecewa serta menyalahkan
dirinya yang bersangka tidak
pandai mendidik anak-anaknya
dalam memasak.

Suasana yang berlaku


disebuah Hutan yang
berdekatan dengan
Kediaman mereka.
Kejadian berlaku di depan
Batu Belah Bertangkup
Di dalam rumah kediaman
Mereka

Mak Kenanga telah Berjaya


menangkap ikan tembakul yang
mempunyai telur juga merupakan
makanan kesukaannya.
Melati cuba untuk memasak
makanan kegemaran maknya
tetapi telur ikan tembakul telah
hangus dan tidak boleh dimakan

LATARBELAK
ANG

Situasi yang berada di


tepian sungai semasa
menangkap ikan tembakul

IDEA CERITA
FIKSYEN DAN CERITA
RAKYAT

Berlari Mak Kenanga kearah gua


batu belah bertangkup untuk
menyeru menelan dirinya.
Dengan takdir tuhan Si ayah telah
lama hilang rupanya terperangkap
dalam dalam gua batu belah batu
bertangkup telah bebas kerana
permintaan Mak Kenanga.
Mereka telah bersatu sekeluarga
dan hidup mereka kembali pulih.

KAREKTOR
Megat merupakan Si adik kepada Melati
Mak Kenanga yang mempunyai hati yang sensitif
Melati Kakak yang tidak mahir dalam memasak
SI Ayah yang sudah lama menghilang

Cerita olehan/rekaan sendiri BATU BELAH BATU BERTANGKUP.


Pada suatu zaman dahulu mengikut hikayat orang tua-tua, di sebuah negeri ada sebuah
gua yang penuh keajaiban. Gua ini digelar Batu Belah Batu Bertangkup dan digeruni
segenap lapisan masyarakat di kawasan itu. Gua ini dikatakan cuba memerangkap sesiapa
sahaja yang menghampiri gua itu dengan tidak menentu malahan ada yang berkhabar angin
bahawa pintu gua akan terbuka sekiranya diseru , Akan tetapi , sesiapa sahaja yang masuk
ke dalam dua itu pasti tidak akan dapat keluar lagi!
Tersebutlah alkisah, terdapat sebuah kampung yang berdekatan dengan gua itu tinggallah
Mak Kenanga bersama suaminya Si Ayah dan anak-anaknya Si Melati dan Si Megat.
Seperti biasanya pada hujung minggu Si Ayah telah ke hutan untuk memburu yang juga
merupakan mata pencarian bagi menyara keluarga Mak Kenanga. Si Ayah terasa ingin
membuat kejutan kepada isterinya dengan menangkap ikan tembakul yang bertelur
merupakan makanan kegemaran isterinya. Nasib tidak menyebelahi Si Ayah apabila dia
tidak menemukan seekor ikan tembakul untuk di bawa pulang kerumah akibat hari hujan
yang lebat tidak berhenti-henti seharian. Berlari mencari tempat teduh adalah pilihan yang
terbaik kepada Si Ayah.
Sedang berlari kedalam hutan Si Ayah melalui denai yang berduri menyebabkan baju yang
dipakainya terkoyak lalu meninggalkan serpihan. Lariannnya terhenti di sebuah gua yang
selama ini Si Ayah tidak menyedari ia telah wujud dalam hutan itu. Sambil menunggu hujan
kembali reda Si Ayah telahpun berada didalam gua itu. Tidak lama kemudian kedengaran
runtuhan batu yang kuat dan dalam keadaan sekelip mata Si Ayah sudah pun terperangkap
dalam Gua Batu Belah Bertangkup.
Setelah dua minggu kehilangan Si Ayah di sebarkan melalui khabar angin orang kampong
yang akhirnya sampai juga ke telinga Mak Kenanga. Mak Kenanga menyangka akan
kematian suaminya adalah sahih dan asyik bersedih atas kehilangan suaminya yang
tersayang. Tekanan emosi menjadikan Mak Kenanga kurang seimbang, tambahan pula dia
terpaksa menjaga anaknya dalam keadaan yang miskin dan dhaif.
Pada suatu hari, Mak Kenanga teringin sangat memakan makanan kegemarannya telur ikan
tembakul. Dia pun meminta bantuan si Megat anak lelakinya yang setahun muda dari
akaknya serta berkemahiran menangkap ikan mewarisi kemahiran bapanya di sungai.
Bukan main suka hati Mak Kenanga apabila seekor ikan tembakul yang besar dapat
ditangkap.
Mak Kenanga terus menyiang ikan tembakul tersebut sambil diperhatikan anak
perempuannya Si Melati yang tidak berapa mahir dalam masakan. Setelah mngasingkan
telur dari perut ikan tembakul itu Mak Kenanga memberikan kepada Melati untuk dibawa
pulang kerumah, sementara itu Mak Kenanga ke hutan untuk mencari kayu api.
Melati akan faham situasi keluarganya cuba untuk menolong ibunya untuk memasak telur
ikan tembakul. Akan kemahiran masak yang cetek, telur ikan tembakul yang dimasaknya
menjadi hangus dan tidak boleh dimakan lagi. Mak Kenanga yang pulang dari hutan
mendapati telur ikan tembakul itu sudah tidak di dapat menjadi bahan santapannya..
Mak kenanga bingkas berdiri. Dia memandang akan Melati dan Megat dengan penuh rasa
pilu lalu berjalan tidak bermaya menuju ke hutan. Hatinya bertambah sayu mengenangkan

arwah suaminya yang disangka telah mati. Kesedihan membuat Mak Kenanga semakin
yakin bahawa dia tidak layak untuk mendidik anak-anaknya.
Mak Kenanga terlupa akan nikmat untuk memberi kemaafan kepada manusia. Mak
Kenanga nekad meninggalkan anak-anaknya, meninggalkan dunia kerana tidak dapat
menikmati telur ikan tembakul. Melati dan Megat berlari mengejar ibu mereka. Mereka
berteriak sambil menangis memujuk ibu supaya ikut pulang ke rumah semula.
Melati juga turut menangis sekuat hati, berteriak meminta simpati Mak Kenanga. Malangnya
kasihan sudah hilang dari hati ibu tunggal itu. Tidak ada secebis pun rasa simpati buat
Melati dan Megat. Semuanya sudah diganti rasa hampa dan menyesal. Bagi Mak Kenanga,
tidak ada peluang yang kedua untuk dirinya sendirii. Sekuat-kuat hatinya Mak Tanjong
menolak Melati ke lantai hutan dan berlari sepantas yang termampu.
Melati menarik tangan adiknya sambil mereka berdua mengejar Mak Kenanga. Sayangnya
mereka terlambat, Mak Kenanga tidak mempedulikan rayuan mereka. Ternyata, Mak
Tanjong sudah menyeru Batu Belah Batu Bertangkup agar membuka pintunya. Sebaik
sahaja Mak Kenanga melangkah masuk, Mak Kenanga seolah seolah terpaku berdiri
didepan pintu gua tersebut.
Seorang lelaki telah berdiri didalam mulut gua batu belah batu bertangkup dalam keadaan
kusut dan tidak bermaya menjadi tanda tanya Mak Kenanga. Kenanga Mengapa kamu di
sini? Tanya lelaki itu dalam suara yang perlahan. Melati dan Megat sesampainya di depan
gua itu.Mereka telah terdengar seakan suara milik si ayahnya yang sedang bercakap
dengan emaknya. Si Ayahnya Mak Kenanga yang sedang berdiri kaku itu tidak semenamenanya mengeluarkan air mata dan sebak akan tidak sangka yang lelaki itu merupakan
suaminya yang telah lama hilang yang dikhabarkan sudah mati oleh orang kampong.
Dengan takdir tuhan mereka telah bertemu kembali sekeluarga. Mereka sekeluarga
menangis,kegembiraan dengan rasa bersyukur atas semua yang berlaku. Sejak dari itu
hidup mereka telah kembali pulih menjalani kehidupan di kampong.

Anda mungkin juga menyukai